Bahang makin dirasai. Bahkan makin panas. Dirasakan dirinya makin dekat dengan api yang marak menyala. Kaki yang memijak tanah juga dirasakan sangat pedih mencucuk. Seakan dicucuk besi yang panas. Jiwanya resah gelisah apabila melihat kiri dan kanannya manusia digari dan dirantai dengan rantai yang berapi. Manusia-manusia itu menjerit meronta-ronta. Dan rata-rata manusia itu adalah wanita. Ada yang menghantuk kepalanya ke besi, ada yang meminum darah dan nanah dan bermacam lagi keadaan yang mengerikan.
Argggggh…dimana aku, tempat manakah aku berada. Aku ingin lari jauh dari tempat ini. Kakinya dihayunkan dengan laju, tetapi seakan berat untuk bergerak. Tiba-tiba, pangggg.. satu bongkah besi jatuh di atas kepalanya. Pengsan.
**
Terjaga dari mimpi ngeri itu, badannya berpeluh. Asraghfirullah.. Alia memandang jam di dinding. Jarumnya menunjukkan jam 2 pagi. Kepalanya terasa berat dengan mimpi tersebut. Lama sudah dia tidak bermimpi seburuk itu. Teringat yang dirinya demam yang masih belum kebah, tertidur dengan kepala yang terasa amat sakit. Terngiang-ngiang juga kata-kata doktor tempoh hari, penyakitnya makin teruk dan di tahap kritikal. Masa yang Alia punya juga tidak lama. Mungkin mimpi itu peringatan Allah, memandangkan amanah Allah yang amat berat terpikul dibahu. Rasa takut mula mencengkam di dalam dirinya, masih banyak lagi tugasan yang belum diselesaikan. Mujurlah lenanya tadi masih Allah bangkitkan.
Terasa kesejukan air wudhu’ itu menggigit, namun nikmat angin pagi itu lembut menerjah ke pipi. Terasa teramat rindu dengan kekasih agungnya,Allah. Alia tunduk sendu di atas sejadah. Sujud merintih kepada Illah. Merasakan diri yang penuh dengan dosa, fikiran dan hati yang banyak lalai dari mengingatiNYA.
Lama Alia berteleku di atas sejadah. Dia teringat beberapa peristiwa. Wanita. Alia bermonolog “Wanita, aku wanita. Aku juga sayangkan wanita. Aku risaukan mereka yang bergelar wanita.”
Sewaktu menunggu bas di Hentian Raya. Alia terpandang seorang mak cik, seorang wanita muda dan seorang bayi. Duduk jauh di sudut yang paling tepi. Alia hanya memerhati. Kedengaran bebelan dan dengusan dari bibir mak cik itu, “ Kan aku dah cakap dulu, jangan kau ikut lelaki tak guna tu. Sekarang ni anak ni sape nak bertanggungjawab? Anak haram ni kau nak bin kan pada siapa? Kalau aku tak fikir aku ni ibu kau, aku tak datang ambik kau! Bersusah payah membesarkan kau,harapnya boleh membantu aku, tapi memalukan aku. Menghinakan aku!......bla..bla..bla..” laju airmata mak cik itu keluar. Wanita muda yang mengendong bayi itu juga menangis teresak-esak. Bayi kecil itu juga kedengaran tangisannya.
Alia terkedu. Sayu hatinya. Allah..dunia ini penat dengan ragam manusia. Baginya tiga jenis tangisan itu milik mereka yang bergelar hamba. Tangisan mak cik itu, tangisan kecewa menanggung malu. Tangisan kecewa dengan darah dagingnya. Tangisan wanita muda itu pula mungkin tangisan penyesalan. Tangisan bayi itu yang belum mengerti hakikat buasnya dunia, dan dia lahir tanpa bapa yang sah.
****
Titt..titt. 1 mesej received. Tasya.
“Alia, aku bodoh. Aku menyesal tak dengar cakap kau. Dia dah tinggalkan aku. Dia tipu aku. Aku dah terlanjur. Aku mengandung 2 bulan. Alia..tolong aku, jangan tinggalkan kau. Aku takut. Aku nak gugurkan kandungan ni. Aku taknak anak ni!!!!”
Bagaikan direnggut jantung Alia membaca mesej tersebut. Tasya, kawan sepermainan sejak dari kecil. Yang amat dia kasihi,walau jarak memisahkan mereka,tidak pernah sesekali Alia membiarkan Tasya tanpa pesan dan nasihat sahabat.
Alia diselubungi rasa bersalah yang teramat. Tidak pernah dia terfikir, kes terlanjur dan mengandung anak luar nikah ini terkena pada orang yang rapat dengannya. Alia rasa makin berdosa sebagai kawan. Jahatnya lelaki. Hatinya membentak dan membenci lelaki itu. Sudah berbuih mulutnya menasihat Tasya, jangan mudah menyerahkan seglaanya pada seorang lelaki yang belum halal untuk kita, namun akhirnya Tasya kalah dengan janji manis seorang lelaki yang nyata pendusta.
Alia juga tidak menyalahkan lelaki itu sepenuhnya. Tasya juga salah. Mudah benar kalah dengan permainan nafsu. Namun, sebagai kawan, dia tidak akan membiarkan Tasya terus begitu.
Alia tekad! Dia perlu segera berjumpa Tasya. Anak di dalam kandungan itu tidak berdosa. Tasya perlukan dia saat ini. Dia tidak ingin Tasya makin menambah dosa dengan menggugurkan kandungan.
Kepalanya berat dirasakan. Allah. “Penatnya aku dengan duniaMU, namun aku tidak mampu lagi meminta untuk aku cepat tiba di akhiratMU kerana amalku masih sedikit cuma. Allah, kekalkan aku sentiasa dalam ketaatan padaMU”
Kotak fikirannya tidak henti berfikir penyelesaian terbaik untuk Tasya. Dia perlu rasional saat ini.
***********
Alia sempat membuka emel. Terkejut dengan emel yang diterima. Luahan daripada seseorang.
Salam Kak Alia,
Saya Ain. Saya pernah jumpa akak sewaktu akak bagi pengisian di kolej dulu. Akak, saya buntu dan tidak tahu ingin bercerita pada sesiapa. Saya sangat-sangat buntu. Saya sebilik dengan lesbian kak. Saya sangat-sangat tertekan. Saya rimas dengan roommate saya ni. Kak, apa yang saya perlu buat kak. Saya takut. Akak……tolong saya.
Akak, ni no.phone saya. 013 xxxxxxx
Satu lagi kes sosial wanita.
**************
Ketiga-tiga peristiwa itu benar-benar membuatkan Alia termenung panjang. Banyak betul amanah Allah kepadanya sebagai Daie. Diam membisu tidak akan menjadi penyelesaian, melainkan Alia bertindak segera untuk menyelesaikan.
Usai sahaja solat tahajjud, Alia membelek Al-Quran. Direnungnya beberapa firman Allah tentang beberapa perkara.
Antara lelaki dan perempuan, Allah mengadakan pertalian persahabatan (9:71). Namun, yang paling manis sekali yang diadakan-Nya pada mereka ialah perasaan cinta dan pengasihan, seperti kata-Nya yang berbunyi "Dia mengadakan di antara kamu, cinta dan pengasihan" (30:21). Perasaan cinta dan pengasihan ini selanjutnya mengikat kedua-dua jantina ini dalam ikatan perkahwinan agar mereka dapat hidup bersama, dengan halal, dan bersatu dalam kebahagiaan.
Perkahwinan, yang disuruh Allah, adalah lawan bagi amalan zina. Ini disimpulkan setelah diperhati tiap-tiap ayat al-Qur'an yang mengandungi kata ikatan perkahwinan, di mana kata ini sentiasa dituruti kata lawannya, iaitu perzinaan. Sebagai contoh ialah ayat yang berbunyi "Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga mereka .... sebagai wanita-wanita dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan" (4:25).
Amalan zina adalah bukan sahaja dilarang, malah, ia dilarang daripada mendekatinya jua. Firman-Nya, "Dan janganlah mendekati zina; sesungguhnya ia satu kesumbangan, dan jalan yang jahat" (17:32). Lupakanlah sahaja keinginan untuk melakukan zina!
Amalan sumbang dan jahat ini bukan suatu fenomena yang baharu dalam masyarakat. Pengamalannya yang meluas adalah sejak dari zaman dahulu lagi, seperti pada zaman Nabi Yahya dan Mariam (ibu Nabi Isa), iaitu kira-kira dua ribu tahun dahulu. Andaian dibuat setelah mendapati Allah menyebut dengan jelas kepada bapa Nabi Yahya (Zakaria) bahawa anaknya yang bakal dilahirkan adalah seorang yang suci daripada kejahatan nafsu berahi (3:39), sementara Mariam pula, disebut sebagai seorang perempuan yang menjaga kemaluannya (21:91 dan 66:12). Mereka berdua tentu telah menjadi contoh teladan yang terbaik pada zaman itu.
Zina bukanlah amalan orang-orang lelaki dan perempuan yang mukmin (yang mempercayai Allah dan Kitab-Nya), kerana mereka diperintah supaya menjaga kemaluan mereka. Firman-Nya, "Katakanlah kepada orang-orang mukmin supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka" (24:30). Pandangan yang tidak dikawal dan kemaluan yang tidak dijaga adalah punca berlakunya perzinaan.
Tanpa bapa
Hukuman adalah hanya ke atas penzina, tidak pada anak-anak yang mereka lahirkan. Hukuman yang dikenakan ke atas anak-anak mereka berupa istilah, seperti anak luar nikah, atau anak haram, yang lazim digunakan. Sebaliknya pula, kata-kata ini tidak seharusnya menjadi sebutan orang-orang Islam, kerana ia tidak disebut, atau tidak diajar oleh Allah di dalam kitab-Nya, al-Qur'an. Justeru, anak-anak yang tidak berdosa itu sewajarnyalah tidak dizalimi dengan cercaan seperti ini.
Kezaliman pada anak-anak ini ditambah lagi apabila wujud undang-undang yang menyuruh mengosongkan tempat bagi nama bapa-bapa mereka (dan butiran lain mengenainya) pada sijil pengakuan kelahiran mereka, atau surat beranak. Walhal, surat beranak adalah suatu dokumen yang merekodkan kelahiran bayi, dan mereka pula, seperti bayi-bayi lain, tidak seperti Nabi Isa yang dilahir tanpa bapa!
Dengan tidak mencatat nama bapa, dan butiran lain mengenainya, pada surat beranak anaknya, kelihatan pula seperti dapat melepaskan kaum lelaki (yang sama-sama terlibat dalam kejahatan) daripada tanggungjawab mereka, dan selanjutnya memungkinkan mereka untuk berterusan dalam dosa zina dengan perempuan-perempuan lain.
Perzinaan tidak berlaku sekiranya kesopanan dijagai, dan Allah ditakuti. Kesopanan bagi lelaki dan perempuan semasa mereka berinteraksi sebagai sahabat telah disebut, iaitu mereka diperintah supaya mengawal pandangan dan menjaga kemaluan mereka. Akan tetapi, bagi kaum wanita (kerana kewanitaannya) ditambah lagi dan tambahannya adalah seperti yang tersurat di dalam sebuah ayat yang panjang berbunyi,
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, supaya mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka, dan tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang nampak daripadanya;
Dan hendaklah mereka meletakkan penudung (mantel) mereka pada dada mereka, dan tidak menampakkan perhiasanmereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa suami mereka, atau anak lelaki mereka, atau anak lelaki suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara lelaki mereka, atau anak lelaki saudara perempuan mereka, atau perempuan mereka, atau apa yang tangan kanan mereka memiliki (hamba daripada rampasan perang),
Atau lelaki yang melayan mereka yang tanpa mempunyai keinginan seks, atau kanak-kanak kecil yang belum mengertiaurat (bahagian-bahagian sulit) perempuan" (24:31).
Ayat ini menggesa kaum wanita supaya tidak menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada orang-orang yang rapat seperti yang telah disebut. Kata perhiasan selalu dituju kepada barang-barang kemas. Akan tetapi perhiasan perempuan di sinibermaksud bahagian anggotanya yang di dada, yang digesa supaya ditutup dengan penudung.  Maka, pakaian wanita haruslah labuh dan menutup bahagian dada mereka
Selain zina, seseorang wanita itu boleh melakukan kesumbangan akibat nafsu berahinya pada yang sejantina dengannya. Bagi kesalahan ini, pesalah dikurung, yang ada kalanya sampai mati. Firman-Nya, "Dan perempuan-perempuan kamu yang melakukan kesumbangan, panggillah empat di antara kamu untuk menyaksikan terhadap mereka; dan jika mereka menyaksikan, tahanlah mereka di dalam rumah-rumah mereka sehingga kematian mematikan mereka, atau Allah mengadakan bagi mereka satu jalan" (4:15).
 Usaha untuk mencari pemberian daripada Allah. Firman-Nya, "Bagi orang lelaki, sebahagian daripada apa yang mereka mengusahakan, dan bagi orang perempuan, sebahagian daripada apa yang mereka mengusahakan. Dan mintalah kepada Allah pemberian-Nya" (4:32).
Keimanan dan ganjaran daripada Allah. Firman-Nya, "Lelaki yang muslim dan perempuan yang muslim, dan lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, dan lelaki yang patuh dan perempuan yang patuh, dan lelaki yang benar dan perempuan yang benar, dan lelaki yang sabar dan perempuan yang sabar, dan lelaki yang merendah hati dan perempuan yang merendah hati, dan lelaki yang bersedekah dan perempuan yang bersedekah, dan lelaki yang berpuasa dan perempuan yang berpuasa, dan lelaki yang menjaga kemaluan mereka dan perempuan yang menjaga, dan lelaki yang mengingat Allah dengan banyak dan perempuan yang mengingat - bagi mereka, Allah menyediakan keampunan dan upah yang besar" (33:35).
Benar! Al-quran surat cinta Allah yang memberinya jawapan. Allah tidak pernah mengecewakan. Airmatanya menitis, merasa kekerdilan hamba. Merasai keagungan Allah yang menciptakan Al-quran. Dalam muhasabahnya itu, dia temui jawapan. Tanpa sedar, Alia terlena di atas sejadah.
********

Alia tersedar dari pengsan, berat kepalanya. Dirinya berada dalam sebuah pondok. Ditepi pondok kecil itu mengalir sebatang sungai yang jernih airnya. Di hadapan pondok itu kelihatan kebun bunga mawar yang berwarna putih dan merah yang harumnya semerbak. Indah dan sungguh indah. Kebun bunga mawar yang sangat luas dan panjang.
Alia masih lagi kepeningan, dirasakan baru sekejap tadi dirinya melewati tempat yang amat mengerikan. Jeritan-jeritan wanita yang menakutkan. Malah dirinya juga dihempap bongkah besi yang berat. Tetapi, sekarang Alia berada di suatu tempat seolah-olah seperti taman. Hairan.
Alia terpandang satu cahaya. Setelah diamati, cahaya itu datangnya dari sebuah kotak. Alia berjalan menghampiri kotak itu, melihat apa isinya. Alia memberanikan diri membuka kotak tersebut, sebutir permata yang berkilau cahayanya, sekuntum mawar putih dan sekeping surat.
Alia membuka surat itu, dirasakannya surat itu buat dirinya. Ya, benar surat itu buat dirinya.
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamua’laikum.
Buat anakandaku Alia, permata kesayangan Abah.
Alia, kamu adalah daie, sang penyeru.
Sedarilah hakikat bahawa dunia ini tidak akan pernah kekal buatmu.
Sedarilah amanah dakwah yang terpikul dibahumu..
Kamu permata ummah,
Kamu juga mawar yang sedang mekar di jalan dakwah.
Kukuhkan pendirianmu dan jangan goyah kerana nafsu.
Jagalah maruah dan kehormatan dirimu.
Jadilah wanita berharga dan bernilai.
Jagalah kaummu yang bergelar wanita.
Jangan biarkan wanita tergadai maruahnya.
Jangan biarkan wanita rapuh imannya.
Jangan biarkan wanita terkapai tanpa pedoman.
Pegang erat tangan wanita, tunjukkan mereka jalan kebenaran.
Tunjukkan mereka cahaya keimanan.
Bawa mereka kembali mengenal apa itu ‘kehidupan’
Bawa mereka kembali mengenal apa itu Allah.
Jadikan wanita umpama permata di sebalik timbunan kaca.
Jadikan generasimu adalah generasi wanita yang terpelihara dan terjaga.
Anakku, wanita..
Suaramu, tingkahmu, senyumanmu, semuanya bias mengundang fitnah.
Jadikanlah dirimu dan diri mereka,wanita yang mencintai Allah..
Dan dicintai Allah.
Kerana..akhir zaman ini, susah benar mencari wanita yang meletakkan Allah melebihi segalanya.
Teruskan usahamu..menjadi sang penyeru,
Moga syurga buatmu..
Abah tunggu Alia..kita jumpa di sana.
Namun, jangan pernah berharap untuk berjumpa abah, andai Alia menjadi daie yang gagal dan wanita yang lemah dan rapuh.
Abah tetap menunggumu..
Wassalam.
Manik-manik jernih mula keluar. Alia menangis teresak-esak. Surat itu bermakna buatnya.
**********
Alia terjaga, basah seluruh wajahnya. Sejadahnya juga basah. Alia benar-benar menangis. Rupa-rupanya dalam lelapnya seketika tadi, dia bermimpi lagi.
Rasa rindu teramat pada arwah Abah terubat. Isi surat yang dijumpai dalam mimpi tadi masih terbayang di ruang mindanya. Tempat yang dijumpai di dalam mimpinya tadi juga indah dan menenangkan.
“Allah, terima kasih mengingatkan hamba tika hamba lupa. Allah..kekalkan kecintaanku padaMU. Allah..bantu aku dalam melaksanakan amanah dakwahmu. Allah..bantu aku untuk membantu wanita-wanita yang tersasar langkahnya..”
Sayup-sayup kedengaran azan subuh. Alia membisikkan ke dalam dirinya, ingin menjadi permata yang benar-benar bernilai buat ummah. Walaupun masa yang tinggal cuma seketika, Alia tekad menyumbangkan sepenuh tenaga yang ada. Hayatnya yang masih berbaki ini adalah amanah Allah, nafas yang Allah masih berikan walaupun cuma tinggal beberapa detik ini akan digunakan sebaiknya.
Tasya..
Ain..
Jemaah..
Hewi..
Wanita, kerana kita begitu berharga.
“Tidak aku gadaikan tawaran menjadi bidadari syurga hanya kerana ingin merebut gelaran wanita dunia yang pudar kecantikannya”

Jundatullah
Riyadhus Solihin
Masih ada waktu

0 comments:

WELCOME TO THIS SITE!