: Bismillahirahmanirrahim ::
Akhi/Ukht muslim …
Masaku amat terhad untuk menulis. Namun atas nama muslim. Kutitipkan jua pena jundatullah sebagai perkongsian  sebagai ibrah dalam perjalanan kita yang panjang…
Aku bicarakan lagi tentang dakwah dan tarbiyah..dan aku tidak akan pernah jemu untuk berkongsi dengan kalian tentang dakwah & tarbiyah.

Beginilah seandainya  ‘dakwah’ itu boleh berbicara…:-
“Kamu tidak mengenali aku jika kamu bukan seorang da’ie. Kamu tidak mengetahui akan isi hati ku jika kamu tidak ikhlas dalam perhubungan ini. Dan kamu akan terus mendiamkan diri, membisu kerana kamu tidak yakin dengan suara hati mu …dengan kehendak naluri mu ….dengan secebis hatimu yang  telah terusik dan secubit cinta mu yang telah aku miliki dan pastinya kamu akan kehilangan aku selama lamanya … ya selama lamanya!”
Dia sentiasa berbicara dan memanggil kita supaya kita membuat satu keputusan dalam hidup. Sama ada memilikinya atau kita meninggalkannya.
Pilihlah. Bersamanya atau meninggalkannya. Tidak ada jalan tengah antara itu.
Kenapa kita masih ragu ragu. Kenapa kita harus mendiamkan diri. Memendam perasaan. Membiar cinta dan kasih kita semakin tawar?
Kiranya kita yakin….
Harunginya. Pecahkan kebekuan hati kita. Hangatkan kembali cita cita kita. Jangan berhenti. Jangan melamun. Jangan mundur!
Mari kita tembus dinding waktu itu mengerakan hidup kita agar terjelma satu team yang akan terus bergeliat dan bergerak dalam kebajikan tanpa henti.
Begitulah seruan demi seruan dakwah menyeru kita agar kita bersamanya.
Memang terkadang sukar untuk kita membuat pilihan dalam hidup. Tapi mau tidak mau kita harus memilih. Bukan dua atau tiga tapi hanya satu dalam hidup ini.
Jika kita pilih dakwah! Seperti yang kita tahu. Akan compang campinglah dunia kita. Akan terlukalah kita. Akan terasinglah kita. Akan sunyilah kita. Akan terpenjaralah kita. Akan terikatlah kita dengan kerenah kerenah dunia.
Inilah yang kita sedia maklum. Dan telah terbukti bagi yang telah melaluinya!
Namun itulah keuntungan yang didapati oleh setiap duat dalam menfaatkan masa hidupnya untuk beramal solih dan  melaksanakan kewajipannya.
Justeru bagi orang yang tidak memilih jalan dakwah, mereka merasakan kewajipan ini sebagai satu beban yang terpikul dipundak mereka. Dan beban itu seolah olah bagai seekor hantu raya yang duduk ditengkoknya.  mencengkam  dan menekan dengan kukunya. Dan mereka menderita dalam tekanan.
Bagi yang memahami dan memilih jalan dakwah, mereka amat berbeda. Mereka memahami masuliyah Allah itu dengan alfahmu yang indah dan amat menyenangkan kerana bebanan bagi duat itu adalah;
·         Peluang terbesar untuk mendekatkan diri kepadaNya.
·         Peluang untuk membaiki dan meningkatkan kualiti diri kita.
Sebagai tangga untuk memperoleh cinta Allah yang mana dengan cinta itulah akan terjaga dan terjauhnya diri kita  dari sedutan graviti dunia dan memfokuskan diri kita menjadi insan rabbani. Yang dekat dengan Rabbnya.
Sebagai penggerak didalam jamaah dan sebagai naqib didalam usrah tidaklah semudah yang disangka.
Apalagi untuk menjadikan halaqah dan usrah itu sebagai ‘ USRAH MUNTIJAH ‘.
Amat memerlukan kerja yang penuh dengan komitmen kerana dunia dakwah kita memasuki era yang kompetitif.
Era yang penuh ujian yang menentukan kita bertahan, maju atau kita  terkikis  dek zaman.
Kita kena tahu  Junud addakwah itu.
Tabiat dakwah itu. Agar kita dapat menjadikannya cerdas, penuh semangat dan lebih bertanggungjawab.
Trend tarbiyah didalam usrah juga harus berubah!
Bukan hanya bertemu lutut kelutut untuk menadah pengisian.  Atau hanya menghayati ukuhuwah semata sambil bermain main dengan banjir airmata tapi harus mewarnakan diri a’dha a’dha kita menjadi kader militan yang memiliki kekuatan jiwa dan kehendak dengan memberi mereka target target tertentu untuk mencapai KPI Usrah.
Usrah harus ada target dan KPI nya.
Target untuk melahirkan naqib atau murabbi.
Target untuk menambah ahli dalam masa setahun dan sebagainya mengikut kreativiti.
Jangan jadikan usrah sebagai majlis taalim yang tidak memberi apa apa makna sekalipun.
Memang aku tahu dikalangan kamu telah lama berusrah dan berhalakah tetapi sesekali kita harus mengaudit danmemuhasabah akan kepimpianan kita dan ke Muntijahan usrah itu supaya kita tidak banyak membuang masa dalam mentarbiyah benda yang sama dan orang yang sama setiap tahun.
Kreativiti amat penting bagi seorang naqib untuk jamaah itu sampai kepada ahdafnya.
Inilah iltizam kita dengan dakwah ini.

Akhirnya,
Satu lagi yang aku ingin ingatkan pada kamu wahai murabbi dan murabbiyah! Yakni akan tarbiyah ruhiyah! Jangan abaikan kerana disinilah sendi kekuatan USRAH MUNTIJAH itu.
Kamu wahai murabbi kena tahu bahawa Al-khibrah binnufus ( Memahami aspek kejiwaan ) adalah  salah satu syarat dari 3 syarat untuk menjadi murabbi.
Tanpanya kamu akan gagal menjadi murabbi!
Kita kena tahu bahawa kerja seorang murabbi tidak lain adalah untuk menghidupkan jiwa, bergumul dengan nya, menyatu dengannya dan menjadikannya sasaran yang pertama dan terakhir dalam proses tarbiyah.
Jiwa manusia dan jiwa anak binaan kita tidak seperti gigi sikat. Sama dan rata sahaja.
Jiwa manusia berbeza antara satu dengan yang lain. Ada yang lemah. Ada yang kuat. Ada yang peka. Ada yang pekak. dan ada yang over sensitif serta hindustani mere muhabbat nehi au nehi.  Ada yang lembut. Ada yang keras dan ada yang bebal dan lugu.
Justeru itu kita sebagai murabbi seharusnya dapat handle  perangai mereka dengan sifat kejiwaan mereka dan berhati hati dalam menanganinya dan janganlah terlalu tegas keras dan kasar kepada orang yang jiwanya halus dan hindustani melainkan kamu hadapinya dengan lembut dan begitulah sebaliknya pada jiwa yang kasar hadapinya dengan ketegasan.
Dan inilah yang telah diajar oleh Rasullulah yang sentiasa berhadapan dengan sahabatnya yang berbagai ragam dan kita sebagai murabbi ini kena melihat sikap beliau kerana beliau adalah sebaik baik murabbi jiwa bagi kita.
Hanya ini yang mampu ku coretkan buat tatapan kerana aku kini amat bimbangkan tentang tarbiyah & dakwah... Entah bila aku akan menulis lagi ….
..Perkongsian menyubur jiwa..

:: Jundatullah (Bait Srikandi) ::
Ya Allah..istiqamahkan aku dijalan ini..


Bismillahirrahmanirrahim..ini perkongsian biasa-biasa cuma untuk tatapan kalian..
Fazakkir...fainna azzikra tanfaul mukminin.. jiwa saya dan jiwa kalian perlu selalu disiram moga pohon keimanan dan ketaqwaan tidakkan layu..

Sesungguhnya seorang da’i harus mempunyai jiwa yang besar.
Memang tidak dinafikan jalan dakwah itu sukar! Hanya jiwa yang besar saja yang mampu untuk meneruskan perjalanan. Sebab itu da’i itu adalah insan pilihan. Insan yang Allah pilih untuk mengemban tugas berat ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Diantara jutaan manusia yang Allah ciptakan. Kita yang terpilih. Walau kita berada didalam thoifah yang kecil tapi tugas dan tanggungjawab tetap sama. Untuk menyelamatkan seberapa ramai manusia dari menyembah kepada thagut dan kebendaan serta isme yang bermacam warna ini kepada addeeen yang syumul dan kita adalah perintis kepada khilafah yang hilang.

Tidak kah kita rasa bangga dan bertuah dibumi ini. Dari setitis air kehinaan, Allah bangunkan kita dan saff kan kita dikalangan saff para pewaris Nabi.

Mungkin para intelektual banyak membaca sirah, tapi kita duduk didalam sirah. Merasai asam garam perjuangan sekalipun tidak sehebat rasullulah dan para sahabat tapi sedikit sebanyak dapat kita rasakan kemanisan ruh dijalan ini. Dapat kita rasakan betapa nikmatnya munajat untuk mendoakan ummat ini dan dapat kita rasakan betapa jiwa kita hidup untuk orang lain dan bukan untuk diri sendiri.

Diri kita hanyalah kisah kecil dari sejarah dakwah. Sekalipun tidak terkenal sebagai figure hebat dibumi ini tapi kita adalah sebahagian kerlipan bintang yang bersinar sekalipun tidak seterang bulan kita tetap menyumbangkan cahaya keindahan untuk dilihat oleh generasi terkemudian.

Sebab itu, jiwa ini perlu kita program dan groom serta di didik menjadi jiwa besar. Berkemahuan keras untuk mencapai tahap tertinggi dan menuju maqam yang dikasihi Allah. Jiwa kita terletak pada apa yang ada didalam hati kita. Keinginan dan keenganan.  Kekuatan keyakinan dan kelemahan.

Jiwa yang mulia tidak rela dengan segala sesuatu kecuali yang paling tinggi, paling utama dan natijah nya adalah paling terpuji disisi Allah.

Dan da’i tidak sepatutnya mempunyai jiwa yang rendah yang hanya berkutat kepada apa yang ada. Tidak kreatif dan tidak dinamik menghadapi hidup yang akhirnya terjerembap sebagaimana lalat yang jatuh kedalam limbah.

Jiwa yang mulia tidak rela berleha leha dengan kelazatan dunia. Dengan kerja kerja dunia yang tidak pernah habis sekadar untuk memuaskan hawa nafsu dan mengumpulkan kekayaan. Terperosok dengan keglamouran atas nama da’i tetapi da’i yang telah distappler dengan kemalasan dengan kejumudan lingkungan nya sahaja.



Aku bukan da’i yang hebat! namun aku punya jiwa yang besar dan berkemahuan tinggi. Sebab itu aku suka untuk menulis sejarah manusia yang hebat hebat supaya aku dapat jazamkan ruh perjuangan mereka didalam ruh ku yang kerdil ini.

Supaya bulu roma ku sentiasa meremang dijalan dakwah ini. Supaya semangatku sentiasa membara untuk membakar  rawasib2 jahiliyah diperjalanan ini.  

Supaya airmata ku, kutumpahkan sekalipun hanya doa dan munajat untuk aku buktikan aku mencintai ummah ini mencintai deen ini mencintai daulah islam dan ingin merasa duduk dibawah naungan khalifah dan menurut segala perintahnya dengan samiqna wa ataqna!

Aku tidak miliki apa apa didunia ini kecuali kemahuan yang kuat untuk terus bergerak semampu mungkin. Dan pastinya aku tidak akan menoleh kebelakang untuk mengintai jalan pulang.

Aku selalu melihat kedepan dan pemikiran ku sentiasa bergayut kepada maut dan aku ingin memandang maut itu sebagai satu kenikmatan dan aku ingin mati didalam kenikmatan itu. Dalam usia ini aku sentiasa melihat maut disetiap tempat dan ini membangunkan semangat ku untuk hidup didalam kehidupan.

Sebolehnya aku tidak mahu hidup untuk diri sendiri kerana ku rasakan hidup ini pendek. Pendek dan sempit dan pastinya aku diblender dan dikitar dengan nafsu serakah yang tak pernah puas.
Apalah ada dengan sebuah kehidupan yang bangun pagi, bekerja, pulangkerumah, menonton Tv dan dan tidur serta berulang alik kemasjid dan surau dan menunggu mati.

Atau sebagai seorang pelajar, pergi kekuliyyah, pulang menelaah pelajaran sampai tengah malam,  esok kuliah  lagi, berhujung minggu bersantai dan cuti semester melancong dan bila peperiksaan hampir, bermunajat pada Allah untuk score dan memperolehi keputusan yang baik dan cemerlang  tanpa memikirkan tentang ummah dan dakwah ini? Inikah wawasan dan tidak memikirkan ummah ini?

Inilah yang banyak ku lihat dalam perjalanan suci ini. Dihamparan dunia ini dan didalam pengalaman yang telah ku lalui. Aku lihat manusia yang jiwa kecil ini hanya bergantungan dengan Allah pada zaman zaman mereka lemah dan punya masaalah dan zaman himpitan kepapaan sahaja. Bila mereka kuat dan berjaya. Memperolehi apa yang ingin dimiliki, mereka melupai Allah!

Mereka menganggap kekuatan mereka, mereka tidak memerlukan Allah lagi.
Seolah olah kelemahan dan kepapaanlah yang membuka minda dan pemikiran mereka terhadap Allah sedangkan bila mereka berjaya dan beroleh kekayaan menutupi mata dan hati mereka kepada Allah.
Inikah dia intelektual islam yang diwarnakan islam diluar negara dan didalam negara sendiri yang mendapat tarbiyah yang ada sekarang? Tidak hairanlah kita kehilangan mereka apabila ribuan dan jutaan yang keluar saban tahun dari institusi yang ketandusan ruh kesedaran ini!
 
Apakah 30 juzuk alquran yang diberi dan berjuta hadith yang ditinggalkan Nabi kepada kita, untuk kita hidup begini?

Bagi ku ini bukan kehidupan tapi adalah mesin yang dienginkan.
Aku tidak mahu nilai mulia sorang manusia yang Allah rakamkan didalam alQuran aku letak kan setaraf engin kereta atau engin mesin rumput yang digerakan oleh ciptaan manusia juga bukan dari nur Allah yang suci!
Aku ingin puas dengan hidup ini. Puas dengan penyerahan dan penghambaan kepada kecenderungan ilahi.
Prinsip ku tetap tegas. Allah matlamatku. Namun jika kamu juga punya prinsip seperti ku tidak ada ertinya tanpa  dogma yang aktual dan daya dorong yang kuat!

Daya dorong adalah disebabkan oleh cita cita kita yang kuat. Cita cita yang luhur tidak akan hidup kecuali dalam cita yang baik.
Ingin ku bisikan kepada kamu bahwa cinta bukan datang terkemudian tapi cinta itu datang dahulu barulah kita akan gapai keindahan kehidupan ini.

Dan fahamilah cinta itu tidak ada pembahagian tetapi kesatuan. Sebab itu jika kamu mencintai Allah. Kamu pasti akan mencintai dakwah. Dan jika kamu mencintai dakwah pasti kamu akan mencintai orang2 yang berada dalam jalan dakwah dan kebahgiaan kamu adalah untuk membina keluarga dakwah dan negara dakwah. Dan inilah Kesatuan. Wehdah!

Dan cinta bukan untuk kamu sekularkan dan kamu letakkan didepan dan kemudian atau bezakan kerana induk cinta adalah Allah dan rasul.

Dan jika kita ingin bersama dijalan ini, kita boleh lakarkan kembali peta perjuangan kita kedepan kerana pintu pintu ini tidak pernah tertutup kerana ujian ujian yang sama sama kita lalui terdahulu adalah sebahagian dari proses ukuhuwah kita untuk kita mantap dan jalinkan …..
dan kerana itu kita jangan menoleh kebelakang …..

:: Jundatullah ::
~Riyadhus solihin~
Bismillahirrahmanirrahim... Dengan kudrat yang dikurniakan Allah..dapat juga tangan ini mencoret sedikit, cuma perkongsian biasa-biasa saja.



Fasa ini, fasa imtihan bagi saya dan sahabat seperjuangan di Uni Malaya. Esok pun, sudah ada di kalangan teman-teman yang akan menduduki peperiksaan.
Saya mengagumi teman-teman yang sanggup bersengkang mata,berjaga 2,3,4 pagi kuatnya belajar.. kakak-kakak juga begitu..masing-masing bersungguh membuktikan kecemerlangan bagi sang pejuang adalah kecemerlangan dari segala segi.

Semangat mereka juga turut meresap ke dalam jiwa saya, walaupun diri masih tidak berapa sihat oleh kerana dihadiahkan Allah, demam panas, sehinggakan diri ini hanya terlantar di bilik, tidak larat untuk berbuat apa-apa.

Terima kasih teman-teman syurgaku yang menjaga diri ini waktu sakit, apatah lagi dua orang "Nurse" yang sangat take care dan sanggup berjaga malam, tak tido untuk menjaga diri ini. Juga 2 orang  "Pemandu kereta conan" yang menghantar ke klinik.. dan alhamdulillah..dengan kuasa Allah, diri ini makin beransur sembuh.

Sempena exam ni, pesanku..
* Kita jaga hak Allah...InsyaALLAH, DIA menjaga hak kita.
* Jaga hati mak ayah, pendidik, teman-teman..mintak mereka doakan kita..
* Tawakkal adalah setelah berusaha..kerana Usaha itulah yang dipandang Allah.
* Jaga kesihatan, minum air banyak-banyak, cuaca sekarang sangat panas dan mudah sangat nak sakit. Kalau sakit, terus makan ubat ye :)
*Setiap saat itu berharga..manfaatkannya !!
*Mulakan dengan menyebut namaNYA (Bismillahirrahmanirrahim)..dan tamatkan dengan penuh kesyukuran padaNYA(Alhamdulillah)
*Jangan ada dengki antara kita dengan orang lain.
*InsyaAllah..kejayaan milik semua, andai bekalnya adalah usaha dan doa.


** Jangan pula kita jadi begini ye..minta dijauhkan.


dan ini juga..no...no..no..


Moga2 natijah imtihan dunia ini buat kita adalah :-

Ape2 pun.. moga berjaya buat warga Riyadhus Solihin :) .. cermin ajaib, bidadari-bidadari besi, mujahid-mujahid yang tegar dan seluruh warga Uni Malaya.

Percayalah..kasih dan rahmat Allah itu seiring dengan usaha kita.

Kita cemerlang bersama ye :)

:: Jundatullah ::
Riyadhus Solihin

Setiap tahun, pasti timbul persoalan di kalangan warga kampus Uni Malaya, siapa yang bakal mewarisi kepimpinan mahasiswa dan bakal mengisi setiap kerusi di dalam kabinet Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya.. tertunggu-tunggu, ternanti-nanti..siapakah orangnya, barangkali orangnya sudah lama dikenali dan barangkali mungkin orangnya langsung tidak pernah kita kenali.. bersama kita nantikan, siapakah gerangannya yang akan memegang dan menyalakan OBOR PERJUANGAN MAHASISWA ISLAM??? Membawa suara mahasiswa bersama momentum perubahan dan pembaharuan.



Ayuh, kita meramaikan Mesyuarat Agung Tahunan, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)

WELCOME TO THIS SITE!