Fatihah & Annisa, sepupu2 yg disayangi

Salamullahia’laikum..

Setiap kanak-kanak dilahirkan dalam keadaan fitrah (Islam), ibu bapanyalah yang menjadikannya seorang Yahudi, Majusi atau Nasrani.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

*****###########*****

Fatrah cuti ini mengumpulkan aku bersama adik-adik dan sepupu yang sudah lama ku nantikan masa untuk berkumpul dengan mereka..pasti juga banyak sekali cerita-cerita yang ingin mereka kongsi dengan aku..

Apa yang paling mencuit hati adalah kerenah sepupu-sepupuku..Fatin (Along), Fatihah, Annisa, Fareez Hakim..

Kebiasaannya, mereka akan duduk tersusun di atas katilku, sambil berkata:- “ Kak Ayu, cepatlah cerita pasal nabi-nabi” …dan aku tersenyum lalu menjadi penglipurlara bagi kanak-kanak kecil ini.

Cuti kali ini, banyak mereka habiskan waktu bersamaku, memandangkan ibu mereka menolong umiku yang sibuk membuat persiapan dan kelengkapan hantaran untuk perkahwinan abangku.

Musim cuti ini tidak membolehkan aku untuk selalu keluar rumah, memandangkan langit seringkali gelap,mendung..dan hujan turun tak henti-henti..sehinggakan sekitar kawasan rumah turut dipenuhi air..apatah lagi, negeri Kelantan ini memang menjadi negeri yang paling famous bila tengkujuh melanda..

Teringat kata-kata sahabatku, “cuti inilah masa untuk kita buat usrah dalam usrah”

Tiba-tiba aku terfikir…aku perlu memanfaatkan masa cuti si kain2 puteh sekalian..aku tidak ingin mereka membuang masa hanya dengan bermain..dah kena mula tarbiyah dari kecik ni.hehe..lalu tercetus rancangan untuk mengadakan ‘kelas smart’..yang aku jadualkan untuk menjelaskan asas-asas kefahaman Islam dan pengukuhan solat pada sepupu2 ku…kelas akan berlansung sehinggalah hari terakhir, akan diadakan peperiksaan penilaian, siapa yang paling tinggi markah examnya, akan dapat hadiah.. hehe.. apalagi ku kumpulkan mereka semua..bersidang..menjelaskan hasratku, dan menanyakan persetujuan mereka dengan cadanganku...Alhamdulillah..semua mengangguk..boleh2..kata mereka.. “ Bila kak ayu nak mula?”..sampuk sepupuku..”InsyaAllah, kita mula besok, kak akan bagi markah untuk solat dan mengaji Al-Quran sekali ye..”

Alhamdulillah..sekali lagi aku bersyukur, mereka semua sudah pandai membaca Al-Quran, apatah lagi..Fatin dan Fatihah,sudah lancar bacaannya. (“,)

Kelas kami berjalan lancar, semuanya mereka patuhi dengan senang hati..Cuma, apa yang melucukan..bila tiba waktu rehat tengahari, terdengarlah jeritan : “Kak ayu…nak beli ais-krim ngan keropok..jomlah”..apalagi, terpaksalah..aku mengayuh basikal membonceng mereka dibelakang menuju ke kedai berdekatan untuk belikan ais-krim dan keropok.

Mereka begitu bersemangat, petangnya mereka riadah dengan bermain badminton dan berbasikal. Tenang aku melihat mereka, si kain puteh yang senang sekali dibentuk dan dilakar untuk menjadi insan yang cintakan Islam..sayangkan solat, cintakan Al-Quran.

Kanak-kanak kecil ini mereka tiada dosa..senang untuk kita canai dan bentuk.. mereka kain puteh yang seringkali membuatkan hati ini sayu tatkala memandang mereka kerana mengingatkan diri yang dosanya banyak tidak terhitung..Astaghfirullah.

Hari terakhir kelas, exam berlangsung..dan pastinya ghurfah jundatullah inilah menjadi port exam mereka..dan pemenang kelas smart ini ialah :- Fatihah..

Oleh kerana tidak ingin mengecewakan kesungguhan mereka mengikuti rancanganku..semuanya kuberikan hadiah..saja, untuk mengikat hati mereka supaya tidak jemu untuk ditarbiyah J..

Suatu hari, fatin berkata kepadaku : “Kak Ayu, Along(membahasakan dirinya) tak nak jadi peguam la..”

Aku bertanya : “kenapa pulak?..kan haritu kata nak jadi peguam? ”

Dia membalas : “tak nak la Along..berdosa..nanti along tolong adili orang yang salah ke..jahatke.. dan silap..tak pasal-pasal berdosa…”

Dalam hatiku, budak ni..jauhnya dia berfikir..aku membalas : “ Along, menjadi seorang peguam tu cita-cita yang baik, ikhlaskan hati along untuk tolong orang yang teraniaya, tegakkan keadilan atas nama Islam, jangan diniatkan untuk kesenangan kita sahaja, berdoa dengan Allah, moga Allah bantu permudahkan cita-cita kita, jika niat ikhlas semata-mata kerana Allah,InsyaAllah..DIA tidak akan sia-siakan hambanya, boleh terima..?”

Dia mengangguk sambil tersenyum..entah apa la yang bermain di fikiran sepupuku ini..

**********#######***********

:: Usia kanak-kanak masa terbaik membentuk sakhsiah ::

Aku yakin bahawasanya masa kanak-kanak adalah masa terbaik dalam pembentukan sahsiah seorang manusia. Dalam masa itulah tunas sebatang pokok mula tumbuh. Tunas yang sihat akan menghasilkan pokok yang sihat. Begitu sebaliknya, tunas yang sakit akan menjadikan pokok sakit.

Tunas sebagai objek boleh menjadi sihat jika peladang memberikan semua keperluan menasihatkannya dan ia juga boleh menjadi sakit jika peladang memberikan keperluan memudaratkannya.

Di sinilah rahsia hadis Nabi yang bermaksud: “Setiap kanak-kanak dilahirkan dalam keadaan fitrah (Islam), ibu bapanyalah yang menjadikannya seorang Yahudi, Majusi atau Nasrani.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Rasulullah pernah berlalu di hadapan sekelompok kanak-kanak dan memberi salam kepada mereka. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) …. Dan Rasulullah pun menghormati hak kanak-kanak seperti dalam sebuah hadis bahawa Baginda pernah diberi minuman. Baginda pun meminumnya. Di sebelah kanannya ada seorang anak kecil dan di sebelah kirinya orang dewasa, lalu Nabi berkata kepada anak kecil: “Apakah engkau membenarkanku memberi mereka (minum terlebih dulu)?” Anak itu menjawab, “Tidak, demi Allah! Aku tidak akan mendahulukan bahagianku darimu untuk siapapun.” kemudian Rasulullah memberi minuman itu pada anak kecil. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah mengambil kira keperluan kanak-kanak. Baginda bersabda maksudnya: “Jika seorang daripada kalian menjadi imam, maka hendaklah meringankan solat kerana di antara mereka ada anak kecil, orang tua, orang lemah dan sakit. Namun jika solat bersendirian, silakan dia solat sekehendaknya.” (Hadis riwayat Muslim)

:: KEPRIHATINAN MASYARAKAT ::

Kasih sayang kepada kanak-kanak adalah sebahagian daripada pendidikan pertama yang sepatutnya diberi perhatian oleh masyarakat khasnya orang tua. Mengapa masyarakat, kerana mereka adalah tempat kanak-kanak menimba pengalaman. Mengapa orang tua, kerana mereka adalah kandang tempat hidupnya dipelihara.

Kanak-kanak memerlukan kasih sayang kerana mereka memerlukan kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup; kerana pembentukan dari segi pemikiran; dan kerana pembentukan dari segi masyarakat.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Didiklah anak-anak kamu dengan tiga perkara iaitu cintakan nabi kamu, cintakan keluarga nabi kamu dan mengajarkan al-Quran kerana orang yang mendampingi al-Quran dinaungi oleh ’arash llah pada hari yang tidak ada naungan selain darinya bersama nabi dan pembantunya.” (Hadis riwayat al-Tabrani)

Tarbiyah islam untuk kanak-kanak hari ini yang berlandaskan kepada contoh pendidikan Nabi akan dianggap berhasil jika hasil didikannya kelak menjadikan solat, ibadat, hidup dan matinya untuk Allah Subhanahu Wata’ala… insyaALLAH..

Sekadar ini dulu perkongsian bersama, moga yang baik dapat di ambil sebagai panduan dalam kita menjalani sebuah kehidupan yang pastinya menuntut ketinggian nilai kesabaran.

:: pandanglah setiap sudut kehidupan itu adalah tarbiyah daripada Allah..moga hati kita tidak lalai dan leka serta lupa untuk member walau sekelumit cuma ::

~ Jundatullah ~

U.Z.A (ghurfah usrah zainab al-ghazali)

Indahnya tarbiyah-MU..



Zaman satu bangsa yang hina


tidak pernah sunyi dari ilmuan, sasterawan dan orang yang arif bijaksana!


Mereka dipecahbelahkan dengan berbagai ideologi


tetapi semua ideologi itu tertumpu kepada satu rencana:


Mereka ajar anak singa agar menjadi kijang yang pengecut


dan mereka hapuskan kisah-kisah singa pada bicara zaman silam

Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan

Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan.

(Muhammad Iqbal, Diwan Dharb al-Kalim, m.s. 102)


Keterangan


Kandungan madah penyair Islam Muhammad Iqbal Rahimahullah membongkar taktik kotor musuh islam (kaum Yahudi dan Kristian) yang mengasuh anak singa Islam menjadi kijang yang pengecut. Mereka padamkan kisah singasinga Islam dari kalangan para ulama’, ahli zuhud dan para pejuang Islam dari sejarah abad pertama Islam.

Sistem pendidikan jahiliyah dan taghut musuh islam ini telah melahirkan kijang-kijang yang pengecut, tidak lagi mampu menerkam. Kijang-kijang ini tidak mahu lagi memikul apa-apa tanggungjawab dan sentiasa cuba melarikan diri seboleh-bolehnya….!


Pejuang-pejuang muda dan anak-anak singa dididik supaya berlembut dan tunduk kepada syahwat, mengikut hawa nafsu, karam dalam keseronokan seks dan kemewahan hidup. Seterusnya mereka padamkan sejarah umat Islam yang bertamadun tinggi. Mereka hapuskan kisah kisah para ulama’ kerana bimbang ia akan menjadi lampu penyuluh untuk generasi baru muslim, ditakuti menunjukkan jalan kerja kepada mereka semula.


Rancangan mereka telah benar-benar berjaya. Inilah generasi baru dari putera-putera Islam! Anak-anak singa yang bertukar menjadi kijang yang pengecut.


Perancangan mereka telah berjaya. Apa yang berlaku sekarang, kita dapati terdapat sesetengah orang yang ikhlas lebih cenderung untuk beruzlah, mengasingkan diri dan takut berganding bahu bersama-sama umat Islam..tidak lain melainkan adalah akibat pengaruh daripada kesan pendidikan tersebut. Ini jelas membuktikan keberkesanan perancangan mereka.

Ianya bukanlah suatu yang menghairankan. Kalaulah mereka telah berjaya menjauhkan ramai orang Islam dari Islam sendiri, maka tentu lebih mudah bagi mereka untuk menjauhkan lebih ramai lagi orang Islam dari sebahagian dari Islam. Mereka meyakinkan kebanyakan orang Islam dengan perlunya mengasingkan diri (beruzlah) dan lebih baik berjaga-jaga dari sebarang kerja yang mengundang risiko kepada mereka (jihad dan amal Islam).


Ketika itu berlakulah proses peralihan cepat dari Islam kepada jahiliyyah...!

*Dipetik daripada buku ”Al-Munthalaq” karangan Muhammad Ahmad Ar-Rasyid untuk perkongsian bersama*


:: jundatullah::

26_disember_09


Salam kasih sayang buat teman-teman..

Pasti sekarang semua tengah sibuk berjuang menghadapi final exam kan..aku doakan kalian dipermudahkan urusan.

Sudah lama blog ini dibiarkan kesepian tanpa dimuatkan entri baru untuk perkongsian bersama.. Apatah lagi sekarang focus tertumpu pada final exam..dan masuk hari ini..sudah 3 paper aku lalui..esoknya pula paper pengantar dakwah..(",)

Allahu Akbar..terima kasih banyak2 ya Allah..banyak titipan hidayah dan zuqq ilmu yang aku rasai semingu dua minggu ini sehinggakan acapkali membuatkan aku hampir menitiskan airmata..dan amat rugi jika tidak aku kongsikan bersama teman2. Bukannya sebelum ini aku tidak merasakan nikmatnya ilmu, tetapi semenjak dua menjak ni..rasa nikmatnya begitu mendalam.

Subhanallah..apatah lagi bila aku mengulangkaji madah pengantar dakwah dan pemikiran islam ini.. membelek dalil-dalil quran, hadis, kata2 ulama’ membuatkan hati ini menjerit..terasa suatu ketenangan yang tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata.. seumpama, Allah memberiku peringatan demi peringatan yang membuatkan aku merasakan Allah amat hampir denganku..Allahu Akbar. Membuatkan aku makin banyak merenung kembali hakikat hidupku yang mengaku sebagai daie muda..hakikat tenangnya menjadi insan yang cintakan ilmu..dan juga hasrat serta impianku menjadi srikandi yang faqih. Apatah lagi malam tadi, kerinduanku pada Darul Quran amat mencengkam..seakan zuqq para huffaz di sana memanggil ruh ku untuk merealisasikan dan memperkasakan cita-citaku menjadi Hamlatul Quran....


Sahabat-sahabat, hakikat keberkatan ilmu ialah yang membawa kita makin mencintai Tuhan..makin merasakan Dia peneman kita setiap masa dan ketika. Dan aku melihat, fatrah imtihan ini bukan saja mampu menjadikan kita insan yang setia bersama kitab-kitab, tetapi satu fatrah penyucian jiwa yang menilai dan menghargai tingginya nilaian menjadi sang pencinta ilmu..dan aku yakin, andai rasa inilah yang dipasakkan pada semua penuntut ilmu di Universiti Malaya ini, pasti Malaysia takkan kontang dengan generasi muda yang cintakan ilmu, mengamalkan ilmu, menyampaikan ilmu dan menjadikan ilmu wadah mendekati tuhan..takkan tandus Malaysia ini dengan ulama’-ulama’ nanti.

Terimbas pula kembali perancangan aku bersama sahabat2 kesayanganku (Long, Lang & Teh) sewaktu kami makan tengahari seusai exam Titas di ghurfah mujahidah tentang cita-cita kami tentang ilmu..sehinggakan hampir kami bertekad ingin ke Morocco la..ke Syiria la..dan macam-macam lagi. Perbincangan kami membuatkan kami saling bermuhasabah ke mana kaki kami akan bertapak untuk mendalami ilmu di samping menjadikan diri kami OBOR PERUBAHAN UMMAT yang mampu menyinari masyarakat dengan keberadaan kami..InsyaAllah teman-temanku..(“,)

Petang tadi, bila aku mengulangkaji tentang tokoh-tokoh dakwah, subhanallah..rasa kagumnya aku pada sang daie Said Badiuzzaman Said an-nursi, seorang tokoh dakwah, seorang mujaddid, seorang ulama’ yang muncul menjadi obor penerang di kala masyarakat Turki diselubung kegelapan dan taghut Si Kamal Atartuk .. Apatah lagi dalam minggu ini kerapkali aku mendengar tentang hebatnya karya Sang Tokoh ini iaitu Rasail-Nur. Insya ALLAH, pada entri akan datang, insyaALLAH akan aku kongsikan bersama tentang siapa Badi’uzzaman Said Nursi , pemikirannya,semangatnya dan sumbangannya yang aku pelajari dalam madah pengantar dakwah ini.

Pembinaan iman mestilah dengan ilmu. Tanpa ilmu, dapatkah iman terhasil? Tanpa iman pula, apalah gunanya ilmu? Kerana dengan ilmu, ia membolehkan kita melihat bukti dan tanda kekuasan-Nya dari pelbagai sudut, lalu mampu membuahkan iman yang baik dengan izin rahmat dan hidayah petunjuk-Nya. Dengan ilmu juga berupaya membuahkan kefahaman, lantas mampu membawa diri kita beramal dengan sahih.

Yang pastinya sahabat-sahabat, galilah ilmu supaya kita mampu berdiri gah membela syariat dan mengakkan yang hak..tiada ke mananya kita bercakap kosong , menjadi insan yang hamasah tanpa kita buktikan kitalah daie berilmu yang mampu menambahkan ketaqwaan kita padanya, dan sesungguhnya darjat orang bertaqwa mendapat jaminan 5 bintang disisi Allah..

Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu.” (al-Hujuraat, 49: 13)

"Allah meningkatkan darjat orang yang beriman di antara kamu dan juga orang yang dikurniakan pengetahuan dengan kelebihan beberapa darjat." – (Surah al-Mujadalah, ayat 11)

“Katakanlah adakah sama orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang berilmu dan bijaksana.” (Surah al-Zumar), ayat 9

Sahabat-sahabatku.. aku merasa rugi andai masa mudaku tidak ku penuhi dadaku dengan ilmu, dan aku tidak ingin kalian juga rugi..ayuh! kita bersama manfaatkan masa dan berusaha menjadi insan yang memperolehi cintaNYA.

Aku bawakan juga Sabda Junjungan S.A.W yang bermaksud: “Siapa merintis jalan mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.” (Hadis riwayat Muslim)

****Persoalan :- Apakah kita daie yang benar berilmu dan mencintai ilmu? Apakah kita betul-betul menjadi sang daie yang sudah Berjaya meniggalkan kesan pada sebuah suasana??

****Alangkah indah jika kita rajin belajar dan mencemburui orang bukan Islam di atas kejayaan mereka di dalam pelbagai bidang ilmu kerana kejayaan mereka dalam memartabatkan ilmu.

:: Jundatullah::





Ukhuwwah itu indah, dan luas pengertiannya.

Islam mengajar kepada kita bahawa setinggi-tinggi nilai ukhuwwah adalah pada seseorang itu mengutamakan saudaranya melebihi keutamaan dirinya sendiri.

Kita mahu berukhuwwah dengan orang yang tidak minat berukhuwwah, kita tidak boleh paksa dia. Apa yang kita boleh buat ialah terus bersikap terbuka. Kalau ada halangan, biarlah halangan itu bukan di pihak kita.

Ukhuwwah ini akan datang sendiri, apabila manusia kembali kepada sifatnya sebagai seorang hamba, suburkan jiwa hamba.

إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ إِخۡوَةٌ۬ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَ أَخَوَيۡكُمۡ‌ۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara. Maka damaikanlah di antara keduannya yang bersaudara. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, moga kamu di kalangan orang yang memperolehi rahmat” al-Hujarat (49:10)

Ukhuwwah yang berteraskan ayat: sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, adalah ukhuwwah yang menghasilkan manusia yang mampu berinteraksi serta berhubung dan memesrakan diri dengan manusia yang lain

Sedangkan taasub berkumpulan itu jauh berbeza. Ia adalah suatu kemesraan yang terhad kepada sesama ahli kumpulan. Mereka mesra sesama mereka tetapi tidak dengan orang yang berada di luar lingkungan kumpulan mereka. Orang lain akan hanya dapat menikmati kemesraan itu jika dia diterima sebagai ahli kumpulan tersebut.

Tiada kemesraan di antara insiders dengan outsiders.

Kita kena faham tujuan kita menjadi ahli kumpulan adalah untuk bergerak di dalam satu kekuatan besar, agar lebih tersusun dan bukannya untuk berukhuwwah khusus dengan ahli kumpulan semata-mata.

Setiap yang beriman adalah bersaudara, maka selagi kita beriman dengan Allah Taala, maka kita adalah bersaudara dalam erti kata tidak mengenal darjat, jawatan, kumpulan, hirarki atau apa-apa.

Apabila kita bersama dalam satu kumpulan, maka selalunya kemesraan itu secara automatiknya akan jadi lebih daripada yang lain kerana kesamaan fikrah, hati dan melakukan sebarang aktiviti tanpa ada pergeseran. Lantas hati mudah cenderung buat baik sesamanya. Namun, ini tidak bermaksud, hubungan yang mesra juga tidak boleh dijalinkan dengan manusia lain.

JANGAN SEMPITKAN UKHUWWAH

Kampus kita membuktikan kebenaran penulis ini. Hanya pelajar yang pro-Islamik sahaja yang menjadi ‘pisang goreng panas’ dan masak dalam hal ehwal agama. Hingga ada yang menyertai lebih dua usrah dari kumpulan berlainan dalam satu-satu masa.

Tetapi bagaimana penumpuan terhadap pelajar yang tidak mempunyai asas Islam? Golongan ini tersisih dari permainan ‘rebutan’ kumpulan-kumpulan di kampus.

Bagaimana dengan dakwah. Bila sibuk mencari kader-kader baru untuk jemaah, terlupa pula mereka untuk melakukan dakwah umum terhadap orang Islam yang tidak minat dengan Islam. Adakah jamaah hanya memikirkan tentang pengkaderan ahli dan soal menyelamatkan diri sendiri bila berada dalam jemaah?

Tidak perlu menuding jari kepada kumpulan lain, cukup soalkan diri kita dalam kumpulan mana sekalipun yang kita berada:

“Apa yang aku sudah lakukan demi kepentingan Islam?”

Sikap berbangga dengan kebenaran yang dimiliki dan gembira terhadap kelemahan orang lain menjadi punca kepada kelemahan dakwah pada hari ini

Sebuah gerakan dakwah sebenarnya menghina dan menganggap bodoh ahlinya dengan menyekat mereka dari berdialog dan meraikan keluasan input dengan gerakan lain.

Jika gerakan dakwah gagal melahirkan da’ie yang berani mendedahkan diri kepada cabaran pemikiran, maka lupakan sahaja agenda untuk memenangkan Islam. Cukup sekadar meletakkan sasaran menjadikan jemaah masing-masing sebagai alat menjaga diri dari terseleweng, dan bukannya sebuah force untuk memenangkan Islam.


ISLAM, UKHUWWAH DAN TARBIAH
Soal tarbiah merupakan satu pencarian yang kritikal bagi remaja khususnya mahasiswa pada era arus perdana sekarang. Lebih-lebih lagi bila ianya diisukan dengan persoalan jemaah mana yang perlu diberi intima' (pengabunggan diri).

Tarbiah kami lebih mantap, sufi lagi haraki dan mendekati sunnah nabi s.a.w adalah antara dakwaan yang acap kali diulangsiar. Lebih mencuit hati ada yang dengan kenyataan bahawa dakwah mereka lebih ikhwan atau seakan-akan Partai Keadilan Sejahtera (PKS) di Indonesia.

Mengapa sandaran sebegini dijadikan hujah dalam menggalas bebanan khalifah di bumi Allah Taala? Sedang strategi, wasilah dan pendekatan untuk mencuit hati mad'u itu sesuatu yang fleksibel juga bergantung kepada waqie' lokaliti setempat.

Apabila menyentuh persoalan tarbiah ramai yang akan merujuk pandang kepada model Ikhwan Muslimin. Alasannya, mereka terlebih dahulu mengenal asam garam dalam dunia dakwah Islamiah. Hinggakan ramai yang melupakan jalan yang pernah dirintis ulama', pada murabbi, dan kaum muslimin sebelum wujudnya Ikhwan Muslimin di Mesir.

Bagi penulis Ikhwan adalah satu model bukan satu-satunya model yang ada.

Cuba kita teliti pentarbiahan di kalangan ahli tarikat dalam memahmudahkan akhlak, sejarah turut menukilakan bahawa kelompok ini banyak berjasa dalam penyebaran Islam di Eropah satu ketika dahulu. Ianya satu juzuk daripada tarbiah dan tazkiah. Jangan dilupakan didikan para ulama' pondok satu ketika dahulu dalam membentuk murid yang faham, beramal, dan berjasa kepada agama.

Para ulama di zaman kegemilangan ilmu Islam melalui tarbiah dan akhirnya mentarbiah.Mereka punyai method tersendiri dalam mendidik masyarakat menghayati agama. Bagaimana cekalnya mereka melakarkan kecemerlangan dalam sejarah kebangkitan Islam dengan penyuburan ilmu dan amal perlu dicungkil kembali.

Sejarah dulu sebelum kejatuhan khilafah banyak bergantung kepada kesedaran masyarakat daripada majlis-majlis ilmu bersama ulama'. Dengan tersebarnya kefahaman ilmu, kita dapat membaca sendiri sejarah kekuatan ummah yang berjaya dibangkitkan dalam jihad fisbilillah sama ada menentang musuh atau peluasan empayar Islam.

Dakwah tidak hanya bertumpu kepada sekelompok manusia yang sudah dicampak oleh Allah Taala ke dalam hatinya minat kepada Islam. Anda hanya akan syok sendiri berprogram dengan mereka sebegini.

Dalam konteks Malaysia sahaja kita dihadapkan dengan latar mad’u yang pelbagai. Daripada pendokong agama sehinggalah musuhnya, daripada mukmin yang sudah indah Iman dan amalnya sehinggalah muslim yang fajir lagi lemas dalam lautan maksiat, daripada yang memegang kad pengenalan Islam hinggalah yang ingin menukarnya kepada status yang lain, bahkan dakwah kita didepani dengan tanggungjawab memperkenalkan agama kepada hampir separuh penduduk yang belum mengenal syahadah.

Dakwah dan tarbiah sewajibnya dibawa kepada segenap lapis masyarakat yang kenal huruf untuk dibaca sehinggalah yang tidak mampu mengeja.

Kita menzalimi para petani dan nelayan sekiranya dakwah hanya ditumpukan kepada golongan profesional, dan kita menzalimi mereka yang jahil sekiranya hanya berlegar seruan Islam di kalangan mereka yang bijak pandai. Bahkan kita menzalami mereka yang fajir sekiranya hanya seronok bersama mereka yang sudah baik akhlak di ruang legar masjid dan halaqah usrah.

Kalau kita fahami dakwah itu penting bergerak bersama keterikatan ukhuwwah tanpa perlu ta’sub pada mana-mana gerakan dan kumpulan, kita tidak akan tinggalkan sunnah hidup berjuang.

Moga kitalah antara mereka yang mengecapi indahnya ukhuwwah dalam dakwah & tarbiyah.

:: Jundatullah ::
Bersama-MU
**Orang yang berjihad kerana ALLAH..

jiwanya takkan layu.

jiwanya takkan lesu...jiwanya tak mudah patah lalu goyah...

kerana jalan tarbiyyah yang dia lalui adalah ketaatan kepada ALLAH swt..

seorang pemburu syahid...

dibelakangnya tertegak syariat cinta kepada ALLAH...

takkan senang baginya untuk cair kerana dunia...

sedangkan buruannya adalah hari akhirat..


**biarpun dia seolah2 rasa keseorangan..

biarpun dia terasa seolh2 terlau penat...

biarpun dia terasa seolah2 hilang penyusunan jadual kehidupan..

biarpun dia merasakan seolah2 hilang daya kekuatan..


NAMUN...

ALLAH SWT kuatkan dia dihadapan manusia..

walaupun dia selalu melutut lemah disisi ALLAH..

sujudnya dengan penuh air mata..


**Dia seorang perwira...

pemburu cinta sang Pencipta...

dalam sarang hatinya hanya dipenuhi cinta ILLAHI...

kerana rasa CINTA ILLAHI itulah...

kerana ketaatan kepada NABI SAW itulah...

kerana keyakinan kepada AL-QURAN itulah...

dia memilih jalan perjuangan...
ingin sekali merasa akrab bersama NABI SAW ....

dengan cara mencontohi suka duka perjuangan NABI SAW...


**biarpun dirinya seolah2 tiada riangnya..

tiada normalnya...

tiada rehatnya...

namun apabila bekerja untuk ISLAM...

seolah2 dia cuti sepanjang masa...

seolah2 dia rehat setiap ketika...

kerana apa yang dia lakukan adalah untuk berehatkan di akhirat sana...


**menginfaqkan diri untuk perjuangan ISLAM...

tetap tinggi keyakinan pada ALLAH...

tetap positif membina kekuatan..

walaupun getir hidup hanya dikongsi dengan TUHAN...


**YA ALLAH...

KUATKAN AKU DAN SAHABAT-SAHABATKU...

ILHAMKANLAH PETUNJUKMU KEPADANYA...

AMPUNILAH JUA DOSA-DOSA...


:: jUndAtuLLaH ::
1_OKTOBER_09
-ghurfah mujahidah-


Apakah perasaan bila cinta anda berbalas? Tambahan yang membalas cintamu adalah Yang Maha Perkasa.. Allah Rabbul jalil.

Disini saya titipkan beberapa tanda anda dilamun cinta dengan yang Maha Pencipta.(",)

* Anda suka untuk bertemu dengan-Nya. Tak sabar untuk bertemu. Tak berjumpa sesaat seolah-olah anda jadi tak menentu. Persiapan dibuat setiapa kali sebelum bertemu-Nya.

* Mendahulukan-Nya lebih dari yang lain. Dia mengatasi yang lain. Segala kehendaknya anda utamakan dan yang dilarangnya anda cepat-cepat menjauhkan diri.

* Gembira bila bersama-Nya. Ingin sentiasa bersama walaupun di mana anda berada. Susun kata indah hendak bertemu. Ayat-ayat cinta kau luahkan pada-Nya sebagai pujian ke atasnya.

* Tidak sedih kehilangan segalanya kerana cintamu terhadap-Nya melebihi segalanya. Biarlah semuanya hilang dan tiada asalkan anda tak kehilangan ISLAM .

* Merasa nikmat melakukan ketaatan terhadap perintahn-Nya. Membela agamanya sudah cukup membuatkan anda merasa nikmat di dunia.

* Tegas terhadap mereka yang menghina Islam. Apatah lagi yang melanggar apa yang disuruh-Nya.

Itulah sedikit tanda-tanda anda dilamun cinta bersama-Nya. Adakah cinta anda berbalas? Atau anda dalam dilema cinta si dia atau yang Maha Pencipta? Moga kita mendapat cinta dari-Nya. Terkadang dalam hidup ini kita perlu korbankan nikmat yang sedikit untuk mendapat yang lebih besar.

"Katakanlah (wahai Muhammad) jika benar kamu mengasihi Allah, maka ikutilah Aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani" (Ali Imran:31)
~Allah..puncak cintaku..~
_ Jundatullah_
Asssalamualaikum teman-teman..

Dah sebulan blog ini tidak diupdate..astaghfirullah..rasa bersalah kerana ada blog tapi tidak diisi.. alkisahnya...kenapa saya sudah lama tidak menjenguk blog sendiri kerana laptop kesayangan saya rosak teruk.. tak boleh dibuka langsung,tak keluar ape2 pun...sebelum tu pun skrinnya jadi putih..sedih sangat2 sebab laptop inilah yang banyak berjasa pada diri dan perjuangan saya semenjak di bumi Nilam Puri lagi..yang menjadi tempat saya mencoret..meluah bingkisan hati..teman yang mendendangkan irama jihad dan macam2 lagi..apatah lagi laptop ini hadiah dari bonda yang amat disayangi. Saya bawa pergi ke kedai, kata tuan punya kedai ni laptop ni memang tak boleh nak dibaiki dah..kalu sanggup baiki pun dekat dengan 1000..beli baru jelah..cakap pak cik tu.. punyalah saya sedih, kalau bonda tahu ni..mesti panas telinga saya mendengar kata2 indah darinya....

Akan tetapi, seorang sahabat saya mengesyorkan saya memberikan laptop pada seorang hamba Allah yang katanya boleh baiki laptop walaupun laptop rosak teruk dan dengarnya dia memang doktor lah dalam merawat laptop berpenyakit ni.. apalagi, saya pun bagi la dekat doktor laptop tu.. lepas raya, doktor laptop tu bagitahu yang laptop saya dah ok..rupanya rosak kat tempat letak ram dan laptop saya ni cepat panas..dan kalau panasnye, boleh goreng telur atas laptop tu, kata doktor laptop tu.. syukurnya saya laptop ni dah ok(",)..boleh kembali berjasa kepada saya dan perjuangan..terima kasih ALLAH..terima kasih doktor laptop, saudara syamsul.

: jundatullah :


Jemput datang beramai-ramai, tak kira anda dari negeri mana sekalipun, @ mana-mana kolej, akademi or universiti sekalipun . Jangan lepaskan peluang untuk bersama FESKUM 09 terutama jemputan khas pada malam ini ; YB Datuk Paduka Hj Husam Musa.
Wacana Perdana
EKONOMI MALAYSIA
"Liberalisasi Ekonomi: Ke Mana Arah Tujuannya ? "
bersama
YB Datuk Paduka Hj Husam Musa
Exco Kerajaan Negeri Kelantan
serta turut menampilkan,
Feriz Omar
Presiden Pertubuhan Profesional dan Pewaris Bangsa (PROWARIS)
dan Moderator,
Syed Munawwar Syed Mustar
Pengacara Ikon RTM
13 Ogos 2009
Khamis
Auditorium, KPS Uni Malaya
8.00 malam
Membina dan meruntuh...

Jangka masa yang di ambil untuk membina jauh lebih sukar dan lama daripada tempoh masa meruntuh. Jika 20 tahun diperlukan untuk membina, tak mustahil dalam masa 2 hari saja digunakan untuk proses meruntuh. Contohnya, bangunan yang tinggi mencakar langit sudah pasti memakan masa yang lama untuk dibina lengkap dengan konkrit yang kukuh dan batu bata yang teguh..namun, mudah saja dan sekejap saja ingin meruntuhkannya..mungkin dengan satu letupan bom..dan mungkin juga dengan langgaran pesawat seperti yang pernah berlaku pada 11 september dulu, yang telah menghancurkan bangunan World Trade Centre, New York.

Apa yang ingin saya perkatakan di sini ialah berkaitan dengan proses membina dan meruntuhkan kefahaman, sakhsiah, akhlak dan pegangan dalam kehidupan insan.

Sejarah pernah mencatatkan bagaimana Islam begitu gemilang suatu ketika dahulu dan pernah menjadi satu kuasa besar dengan mampu menguasai 2/3 dunia dengan nur Islam diterima oleh semua lapisan ummat..ini menunjukkan bukan mudah Deen Islam itu menapak..memakan proses membina yang agak lama..tapi runtuhnya khilafah Islam dan suramnya nur Islam tidak memerlukan masa yang lama, cukup dengan kehadiran syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia berjaya meruntuhkannya sehingga ummat Islam kini dipandang rendah.

Terukir sudah sejarah bagaimana begitu mudah Kamal Atartuk menukarkan wajah turki dengan pemerintahan sekularnya sehinggakan dihapuskan sistem khalifah, mengharamkan pemakaian yang mempamerkan imej Islam, serta pelbagai lagi usaha men‘sekular’kan Turki, dan yang Paling kemuncak adalah apabila Perlembagaan Turki 1924 memansuhkan Artikel 2 yang menyatakan bahawa “ Islam adalah agama rasmi Turki”. Artikel ini telah diganti dengan artikel lain dalam Perlembagaan Turki pada 1937 yang menjelaskan dengan rasmi bahawa Turki adalah sebuah negara sekular. Segala kegemilangan Islam yang dibina bertahun-tahun lamanya berjata diruntuhkan dengan mudah dengan menukar wajah Islam sekaligus pada negara yang pernah berpusatnya Daulah Islam.

Itu sejarah dahulu, bahkan kini juga begitu..mudah saja proses meruntuh dan menghancur bila jiwa insan dalam kelalaian dan jati diri ampuh. Apa yang ingin saya nyatakan di sini bukanlah runtuhnya daulah tetapi, apa yang berlaku lebih dekat dengan diri saya, iaitu runtuhnya jiwa-jiwa insan yang belajar ilmu agama.. kalau dulu 2 tahun saya dan sahabat2 di bumi Nilam.. memperkemaskan diri dengan kefahaman Islam, membentuk diri dengan akhlak dan nilai2 Islam, menyedari erti kemahasiswaan dan keberkatan ilmu serta sebagainya yang mampu menjadikan seseorang itu utuh pegangan hidupnya..yang lelaki dengan peribadi mulianya..yang perempuan pula, sejuk mata memandang mereka..

Tetapi..bila melangkah ke realiti yang makin mencabar ini, betul2 menguji.. melalui minggu suai kenal yang bukan membina jiwa dan sakhsiah mahasiswa, malah melagho dan menghakis sedikit demi sedikit yang makin berjaya membuktikan mereka yang punya jiwa yang rapuh kian goyah dari hari ke hari. Habis sahaja, minggu yang menyakitkan hati itu..2,3 hari sahaja keluar sudah watak-watak sebenar.. bahkan dengan bangga mempamerkan imej-imej kelam dosa, yang punya pasangan dengan datingnya, berjalan seiringan ke kuliyah, makan satu pinggan lelaki perempuan, minum satu gelas, waktu maghrib masih lagi berdua-duaan..

Jelas benar, meruntuh memerlukan masa yang sedikit cuma. Dua tahun di bumi Nilam belum cukup membuktikan lamanya proses untuk membina insan diperlukan. Saya amat-amat sedih melihat sahabat2 yang kian hari kian hanyut.. jiwa kian ampuh bak dedaunan yang kekeringan ...apatah lagi mereka seolah merasa langsung tidak berdosa dengan apa yang dilakukan. Yang lebih memalukan, semuanya belajar agama..tahu hukum hakam, bakal pendidik, bakal pakar dalam hukum syariat Islam.. apakah tidak malu?? Seolah menjaja pelajar agama yang tidak segan silu melakukan dosa..makin membimbangkan saya bila teringat sebuah firman ALLAH s.w.t, mafhumnya :-

“ Dalam hati mereka itu ada ‘penyakit’, lalu Allah tambahkan lagi ‘penyakit’, dan mereka mendapat azab yang pedih, kerana mereka berdusta”
{Surah Al-Baqarah : 10 }

Nauzubillah..minta dijauhkan..bimbang dan gusar andai kita sudah terbiasa dengan maksiat, Allah akan tambahkan lagi lalai dan lagho dijiwa yang akan membuatkan kita makin jauh daripada rahmat dan maghfirahnya. Tika itu, kata nasihat sudah menjadi ibarat mencurahkan air ke daun keladi.

Kita hamba yang selalu lupa, dengan segala nikmatnya..kita selalu menjadi hamba yang derhaka.


Firman Allah s.w.t dalam surah Ar-Rahman, mafhumnya :-

(1.) (Tuhan) yang Maha pemurah, (2.)Yang Telah mengajarkan Al Quran. (3.)Dia menciptakan manusia. (4). Mengajarnya pandai berbicara. (5).Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan. (6).Dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohonan kedua-duanya tunduk kepada nya. (7).Dan Allah Telah meninggikan langit dan dia meletakkan neraca (keadilan). (8).Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu. (9).Dan Tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu. (10). Dan Allah Telah meratakan bumi untuk makhluk(Nya). (11).Di bumi itu ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang. (12).Dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya. (13).Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
{ Ar- Rahman :- 1-13}

Kita dikurniakan aqal yang mampu menilai baik dan buruk..nikmat ALLAH tiada bandingan..tapi, kita yang sering mendustakan! Bukan meenjadi insan yang membina..tapi menjadi insan yang meruntuh..

Tanggungjawab saya kian berat, sesekali tidak akan saya biarkan sahabat2 terus menerus dalam keadaan sebegitu..apa jawapan saya di depan Allah nanti.. apakah saya hanya menangis dalam hati dan mulut terkunci rapat untuk menyatakan yang makruf dan mencegah yang mungkar??

Tidak..tidak..dan tidak.. saya tidak ingin menjadi hamba Allah yang gagal membina insan..gagal membina peribadi..serta gagal membina kefahaman Islam..minta Allah jauhkan saya daripada menjadi hamba yang sebegitu. Biarlah apa yang saya runtuhkan adalah mazmumah..apa yang saya runtuhkan adalah kejahilan..dan apa yang saya runtuhkan adalah kelamnya kezaliman. Ya Allah..bantu hamba-MU ini..

~ BINA nur ISLAM, RUNTUHkan kelamnya KEBATILAN !!

Coretan :- jundatullah
ghurfah_mujahidah


Pesan Imam Ghazali: Carilah hatimu pada 3 tempat.
"Cari hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"



~ HATI yang SEDAR ~

Firman Allah, maksudnya: "Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar), atau yang menggunakan pendengarannya bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya." (Surah Qaf 50:37)


# HATI yang BERSIH #

Firman Allah S.W.T, maksudnya:" Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya-yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)." (Surah al-Syams 91:9)


~ HATI yang LURUS ~


Firman Allah s.w.t, maksudnya : (Mereka berdoa dengan berkata):"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, kurniakanlah kepada kami limpah rahmat daripada sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya." (Surah Ali'Imran 3:8)



......dan KAU pelihara daripadaku hati ini......


DARIPADA


#HATI yang TERHIJAB (TERTUTUP)#

Firman ALLAH S.W.T,mafhumnya :- "Dan di antara mereka ada Yang mendengarkanmu (membaca Al-Quran), pada hal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, Yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak); dan kalaupun mereka melihat tiap-tiap keterangan (dan mukjizat Yang membuktikan kebenaran Rasul), mereka tidak juga akan beriman kepada keterangan itu; sehingga apabila mereka datang kepadaMu, sambil membantahmu, berkatalah orang-orang Yang kafir itu: "Ini tidak lain hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu". (Al-An'am :25 )


by:- _Jundatullah_


WELCOME TO THIS SITE!