Tanya sama angin
Mengapa hati sukar diduga
Nanti jawab angin
Hati ibarat awan

Tanya sama awan
Mengapa hati sukar diduga
Nanti jawab awan
Hujan turun sering tiba-tiba


Tanya sama hujan
Mengapa turunnya sering tiba-tiba
Hingga hati sukar diduga
Nanti jawab hujan
Mentari kadang terik kadang tidak

Tanya sama mentari
Mengapa kadang terik kadang tidak
Hingga hujan turunnya sering tiba-tiba
Hingga hati sukar diduga
Nanti jawab mentari
Itu aturan alam diciptaNya

Duhai angin,
Duhai awan,
Duhai hujan,
Duhai Mentari,
Bantulah hati ini tika ia diduga
Kelak akhirnya hati ini kembali kembali kepada PenciptaNya
Pencipta alam seisinya..


Inspirasi Srikandi
Pasir Puteh, Kelantan.
28 dis 2011
 
Kuala Lumpur, 27 Dis: Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA) menyifatkan keputusan  Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk tidak lagi menapis filem-filem yang disiarkan di Malaysia adalah keputusan yang tidak wajar dan bersikap lepas tangan. SIGMA melalui kenyataan pengerusinya, Saudari Rohayu Rusli mendesak dan menggesa agar LPF menarik balik keputusan untuk tidak menapis filem yang akan berkuatkuasa tahun depan itu.

“SIGMA mewakili seluruh suara siswi melihat LPF seakan berlepas tangan apatah lagi bila melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tan Sri Mahmood Adam minggu lalu berhubung dengan tiada lagi penapisan filem oleh Lembaga Penafisan Filem Malaysia menunjukkan suatu tindakan yang tidak wajar.apatah lagi beliau juga menyebut bahawa segala urusan perfileman dibawah tanggungjawab pengarah dan penerbit filem tersebut, termasuklah sekiranya terdapat masalah-masalah yang berbangkit kemudian hari”

“Saya melihat tiada satu jaminan yang kukuh diperingkat Kementerian berhubung perkara ini, dan mahasiswa sebagai salah satu entiti dalam masyarakat menilai filem-filem di Malaysia sekarang ini banyak berunsur negatif dan tidak membina. Malah tahun 2011 ini sahaja Malaysia seakan-akan meraikan festa filem hantu dan lucah kerana banyak cerita-cerita hantu dan lucah yang memenuhi pawagam sepanjang tahun ini”

“Apabila melihat tujuan LPF, badan ini jelas ditubuhkan untuk menapis kandungan rakaman untuk filem dan video untuk ditayangkan di Malaysia. LPF ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta Filem (Penapisan) 1952 (disemak tahun 1971) dengan tujuan "menjaga keselamatan negara dan keharmonian kaum serta melindungi kepentingan negara dan rakyat daipada pengaruh buruk dan unsur-unsur negatif ” jelasnya lagi.

“Dari sisi pandang masyarakat yang menilai, apabila sesebuah filem itu melalui Lembaga Penapisan Filem ianya sesuai untuk ditonton oleh segenap lapisan masyarakat”.
 SIGMA juga meluahkan kebimbangan terhadap keputusan LPF dengan senario masyarakat kita yang mudah terpengaruh. Apatah lagi filem-filem tempatan dan barat banyak memberi pengaruh besar kepada perkembangan masyarakat . Merujuk ucapan mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Abdullah Badawi dalam Konvensyen LPF pada tahun 2003, beliau menyebut bahawa filem telah dijadikan agen kepada fahaman atau cara hidup anti sosial, anti agama pada dekad globalisasi ini.

Filem menjadi begitu penting dalam proses globalisasi dengan hasrat untuk menjadikan ``satu budaya satu dunia''. Filem-filem Hollywood antaranya telah menjadi pengeksport doktrin penting ke arah ``satu budaya satu dunia''. Memang benar, industri filem adalah sebuah industri hiburan, tetapi filem yang dieksport juga mempunyai nilai-nilai yang bertentangan dengan budaya negara yang mengimport. Ini suatu yang sangat membimbangkan dan kita terpaksa membanteras nilai-nilai yang bercanggah dan membawa idealisme yang tidak sesuai dengan negara ini.


Dalam keadaan Malaysia yang penuh dengan isu masalah sosial ini, SIGMA terus akan mendesak LPF menarik balik keputusannya. Apabila segala tanggungjawab diserahkan kepada pengarah dan penerbit filem, mereka belum tentu mampu untuk sepenuh melakukannya, kerana setiap daripada mereka semestinya mempunyai kepentingan sendiri dan tidak mustahil hal ini boleh menyebabkan pelanggaran disiplin filem di negara ini.

“Saya juga meragui soal moraliti dalam penerbitan sesuatu filem apabila sepenuh tanggungjawab diserahkan kepada pengarah dan penerbit. Malah, jika Lembaga Penapisan Filem tidak lagi menapis filem-filem, apa kayu ukur kepada kesesuaian filem untuk ditonton oleh seluruh lapisan masyarakat dan tidak melanggar syarat.? Kita masih lagi memerlukan satu badan khas yang bertanggungjawab untuk menapis filem.”

 “Saya juga mendapati banyak pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan LPF, seperti Presiden Persatuan Pena Nasional saudara Saleeh Rahamat dan Presiden Persatuan Veteran RTM saudara Helan Adam yang menimbulkan banyak kerisauan dan masih mengharapkan LPF bertanggungjawab dan tidak berlepas tangan” Tambah Nur Syazwani merangkap Timbalan Pengerusi Sigma.

Sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/2011/12/27/lpf-mahu-lepas-tangan/

Jika awal tahun dahulu, medan tahrir menjadi saksi berlakunya revolusi menjatuhkan pemerintahan Hosni Mubarak, akhir tahun ini pula MedanTahrir menjadi saksi rakyat diperlakukan dengan kejam dan keterlaluan oleh tentera mesir lebih-lebih lagi ianya berlaku kepada wanita. Tentera Mesir telah mengambil alih kerajaan selepas bekas Presiden Hosni Mubarak digulingkan pada 11 Februari lalu. 
Pada awalnya, kehadiran tentera Mesir diterima rakyat, tetapi kini rakyat Mesir bangkit menuntut agar kepimpinan kerajaan kembali ditadbir oleh orang awam dan menuntut Dewan Tertinggi Angkatan Bersenjata (SCAF) segera melepaskan pentadbiran negara.
Tindakan biadap tentera mesir menperlihatkan kepada dunia bahawa mereka ini kejam. Apatah lagi minggu lalu, tiga orang tentera memukul seorang wanita yang tidak bersenjata, menarik pakaian wanita itu, dan menyeret dia ke bawah jalan Kaherah.

Penghinaan buat wanita
SIGMA (Sinergi Gabungan Mahasiswi) dengan tegasnya menyatakan kecaman dan menyifatkan tindakan tentera tersebut adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan biadap. Ianya memperlihatkan bahawa bukan sahaja wanita itu dibelasah, malah lebih teruk lagi bilamana mengaibkan dan mencabul kehormatannya sebagai seorang wanita. Ini merupakan penghinaan terhadap seorang wanita yang jelas bukan sahaja melukai fizikal wanita itu, malah emosi seluruh wanita di dunia. Kaum  wanita sepatutnya dilindungi dan dihormati kaum lelaki apatah lagi tentera yang sepatutnya menjaga keselamatan dan bukan bertindak zalim kepada orang awam.
Tindakan tentera ‘melukai’ revolusi
Insiden yang berlaku ini menempelak dunia arab yang hebat melaungkan larangan keganasan terhadap wanita yang tidak bersenjata kerana yang berlaku adalah sebaliknya. Pihak tentera pada mulanya melindungi para aktivis revolusi pada bulan Februari dahulu kini secara terbuka menyerang dan menzalimi orang awam,malah tidak akan mengubah polisi perang mereka terhadap aktivisme demokrasi. Tindakan demi tindakan yang dilakukan pihak tentera ini tanpa disedari ‘melukai’ revolusi rakyat mesir.
Laungan dunia : selamatkan wanita
Wanita mampu bangkit berani jika emosinya tercalar. Tarikh 24 disember ini membuktikan tidak mudah bagi wanita untuk kalah dengan keadaan. Sebanyak 10 000 orang wanita Mesir telah turun ke jalanan, dengan lantangnya melaungkan “Anak-anak perempuan Mesir adalah satu barisan merah!”, mereka bangun membantah tindakan zalim dan kejam tentera terhadap aktivis wanita itu.
SIGMA menyeru seluruh badan kerajaan mahupun bukan kerajaan, organisasi hal ehwal wanita dan mahasiswi samaada dalam negara dan luar negara untuk bersuara menyatakan bantahan dan kecaman terhadap kezaliman yang berlaku. Jika 10 000 wanita Mesir menggerakkan jasad  mereka turun ke jalanan, marilah kita anak muda dan wanita di Malaysia mengerakkan jiwa menyatakan kebenciaan kita terhadap pencabulan kehormatan wanita. 
Jika 1 orang wanita dianiayai, biar seluruh wanita di dunia bangkit dengan sedar mempertahankannya.
Selamatkan wanita.
Rohayu Rusli
Pengerusi,
Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA)



Hari ini mahasiswa mahasiswi, anak muda malaysia, bangkit dengan penuh semangat menjulang obor kebenaran. Bangkit bersolidariti membawa tuntutan kebebasan anak muda,akademik dan sisipan suara intelektual kepada pemerintah negara.

Sejarah hari ini membuktikan, mahasiswa bertindak dengan matang dan berani. Kerajaan perlu disedarkan dengan laungan lantang mahasiswa. Sudah sekian lama AUKU ini menghantui dan mencengkam mahasiswa. Sudah terlalu lama ahli akademik gelisah dan takut bila cuba-cuba bersuara demi keadilan. Sudah sekian lama rakyat mebisu menutup pekung pemerintah. Hari ini mahasiswa malaysia mebuktikan kesatuan mereka menggentarkan kebobrokan pemerintah.

Biarlah mahasiswa menyedarkan rakyat untuk memilih siapa pemimpin yang mampu membawa keadilan dan kesenangan kepada mereka. Biarlah rakyat juga menilai siapa pemimpin yang mampu menghilangkan perit jerih di sanubari mereka.


Jika Mesir awal tahu dahulu, di'revolusi'kan oleh anak muda dan rakyat yang turun bersolidariti dan bersuara di Medan Tahrir, tidak mustahil Malaysia juga mampu mencapai revolusi dengan keberanian anak muda dan kebangkitan rakyat. Tidak mustahil 'kebanjiran rakyat' akan berlaku di 'medan tahrir' Malaysia.

Penuh semangat berarak melaungkan haq, dari masjid jamek ke SUHAKAM dan akhirnya ke Pejabat Agung UMNO!

Bangkit Anak Muda !
Bangkit Mahasiswi !

Rohayu Rusli
Pengerusi,
Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA)


Allah s.w.t menciptakan manusia ini lengkap dengan aqal untuk menimbang di antara perkara kebaikan dan keburukan. Malah hikmahnya aqal ini yang membezakan istimewanya manusia sebagai makhluk Allah berbanding makhluk lainnya. Namun jika aqal ini tidak dipandu syariat dan dikawal oleh nafsu, maka yang terhasilnya adalah perkara yang membawa kerosakan, keji dan mungkar.
Terkejut mendengar khabar berita tentang seorang pelajar  melayu Islam, warganegara Malaysia yang bernama Ariff Alfian Rosli, seorang pelajar jurusan perubatan tajaan Petronas di University College Dublin, Ireland. Misteri kehilangannya selama 3 tahun tanpa khabar berita akhirnya terbongkar. Kini, Ariff Alfian Rosli mula mencipta nama di segenap pelusuk Malaysia. Orangnya pandai, jika tidak mana mungkin dia berjaya belajar ke luar negara. Tapi sayang, GAY!

Menurut Encik Rosli Harun bapa kepada Ariff Alfian, beliau dan isterinya telah 8 kali ulang alik ke Dublin untuk menjejaki anaknya itu. Namun, semua misteri terlerai apabila dia didapati telah berkahwin dengan Jonathan, seorang lelaki warga Dublin. Hati ibu bapa mana yang tak hancur bila anak yang lama menghilang, muncul khabar berita sebegini. Malu, jijik dengan apa yang berlaku.
Apa yang lagi membebankan keluarganya adalah pihak Petronas telah pun menyaman ayah Ariff selaku penjamin pertama dengan menuntut kembali wang pengajian RM890,000 yang telah dilaburkan kepada Ariff.
Akhir zaman begini, perkara yang pernah terjadi pada kaum Nabi Lut dulu banyak berlaku hari ini. Manusia menjadi hina, nafsu meraja dan berkuasa sehingga mereka Nampak tidak ubah seperti binatang-binatang yang tidak beraqal bahkan lebih teruk lagi.
Jom anak muda mahasiswa!
Kita bersama berhimpun hari ini di hadapan Masjid Jamek
Jam 1 tengahari,
Ayuh bersama, bersolidariti untuk Kebangkitan Anak Muda!
Kita bersama membawa 6 tuntutan :-
1)      Mansuhkan AUKU, AKTA 174 dan AKTA 555
2)      Bebaskan ilmuan berakademik 
3)      Bebaskan mahasiswa bersuara 

4)      Bebaskan mahasiswa mengurus pilihanraya kampus 

5)      Bebaskan mahasiswa mengurus tadbir persatuan dan aktiviti 

6)      Bebaskan mahasiswa berpartisipasi dalam politik
 
 
انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ ذَ‌ٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿٤١﴾
Pergilah kamu beramai-ramai, samada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah. Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
(Al-Taubah [9] : 41)
 
~Jumpa di sana nanti~
Hadir dengan kefahaman-

WELCOME TO THIS SITE!