Fatihah & Annisa, sepupu2 yg disayangi

Salamullahia’laikum..

Setiap kanak-kanak dilahirkan dalam keadaan fitrah (Islam), ibu bapanyalah yang menjadikannya seorang Yahudi, Majusi atau Nasrani.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

*****###########*****

Fatrah cuti ini mengumpulkan aku bersama adik-adik dan sepupu yang sudah lama ku nantikan masa untuk berkumpul dengan mereka..pasti juga banyak sekali cerita-cerita yang ingin mereka kongsi dengan aku..

Apa yang paling mencuit hati adalah kerenah sepupu-sepupuku..Fatin (Along), Fatihah, Annisa, Fareez Hakim..

Kebiasaannya, mereka akan duduk tersusun di atas katilku, sambil berkata:- “ Kak Ayu, cepatlah cerita pasal nabi-nabi” …dan aku tersenyum lalu menjadi penglipurlara bagi kanak-kanak kecil ini.

Cuti kali ini, banyak mereka habiskan waktu bersamaku, memandangkan ibu mereka menolong umiku yang sibuk membuat persiapan dan kelengkapan hantaran untuk perkahwinan abangku.

Musim cuti ini tidak membolehkan aku untuk selalu keluar rumah, memandangkan langit seringkali gelap,mendung..dan hujan turun tak henti-henti..sehinggakan sekitar kawasan rumah turut dipenuhi air..apatah lagi, negeri Kelantan ini memang menjadi negeri yang paling famous bila tengkujuh melanda..

Teringat kata-kata sahabatku, “cuti inilah masa untuk kita buat usrah dalam usrah”

Tiba-tiba aku terfikir…aku perlu memanfaatkan masa cuti si kain2 puteh sekalian..aku tidak ingin mereka membuang masa hanya dengan bermain..dah kena mula tarbiyah dari kecik ni.hehe..lalu tercetus rancangan untuk mengadakan ‘kelas smart’..yang aku jadualkan untuk menjelaskan asas-asas kefahaman Islam dan pengukuhan solat pada sepupu2 ku…kelas akan berlansung sehinggalah hari terakhir, akan diadakan peperiksaan penilaian, siapa yang paling tinggi markah examnya, akan dapat hadiah.. hehe.. apalagi ku kumpulkan mereka semua..bersidang..menjelaskan hasratku, dan menanyakan persetujuan mereka dengan cadanganku...Alhamdulillah..semua mengangguk..boleh2..kata mereka.. “ Bila kak ayu nak mula?”..sampuk sepupuku..”InsyaAllah, kita mula besok, kak akan bagi markah untuk solat dan mengaji Al-Quran sekali ye..”

Alhamdulillah..sekali lagi aku bersyukur, mereka semua sudah pandai membaca Al-Quran, apatah lagi..Fatin dan Fatihah,sudah lancar bacaannya. (“,)

Kelas kami berjalan lancar, semuanya mereka patuhi dengan senang hati..Cuma, apa yang melucukan..bila tiba waktu rehat tengahari, terdengarlah jeritan : “Kak ayu…nak beli ais-krim ngan keropok..jomlah”..apalagi, terpaksalah..aku mengayuh basikal membonceng mereka dibelakang menuju ke kedai berdekatan untuk belikan ais-krim dan keropok.

Mereka begitu bersemangat, petangnya mereka riadah dengan bermain badminton dan berbasikal. Tenang aku melihat mereka, si kain puteh yang senang sekali dibentuk dan dilakar untuk menjadi insan yang cintakan Islam..sayangkan solat, cintakan Al-Quran.

Kanak-kanak kecil ini mereka tiada dosa..senang untuk kita canai dan bentuk.. mereka kain puteh yang seringkali membuatkan hati ini sayu tatkala memandang mereka kerana mengingatkan diri yang dosanya banyak tidak terhitung..Astaghfirullah.

Hari terakhir kelas, exam berlangsung..dan pastinya ghurfah jundatullah inilah menjadi port exam mereka..dan pemenang kelas smart ini ialah :- Fatihah..

Oleh kerana tidak ingin mengecewakan kesungguhan mereka mengikuti rancanganku..semuanya kuberikan hadiah..saja, untuk mengikat hati mereka supaya tidak jemu untuk ditarbiyah J..

Suatu hari, fatin berkata kepadaku : “Kak Ayu, Along(membahasakan dirinya) tak nak jadi peguam la..”

Aku bertanya : “kenapa pulak?..kan haritu kata nak jadi peguam? ”

Dia membalas : “tak nak la Along..berdosa..nanti along tolong adili orang yang salah ke..jahatke.. dan silap..tak pasal-pasal berdosa…”

Dalam hatiku, budak ni..jauhnya dia berfikir..aku membalas : “ Along, menjadi seorang peguam tu cita-cita yang baik, ikhlaskan hati along untuk tolong orang yang teraniaya, tegakkan keadilan atas nama Islam, jangan diniatkan untuk kesenangan kita sahaja, berdoa dengan Allah, moga Allah bantu permudahkan cita-cita kita, jika niat ikhlas semata-mata kerana Allah,InsyaAllah..DIA tidak akan sia-siakan hambanya, boleh terima..?”

Dia mengangguk sambil tersenyum..entah apa la yang bermain di fikiran sepupuku ini..

**********#######***********

:: Usia kanak-kanak masa terbaik membentuk sakhsiah ::

Aku yakin bahawasanya masa kanak-kanak adalah masa terbaik dalam pembentukan sahsiah seorang manusia. Dalam masa itulah tunas sebatang pokok mula tumbuh. Tunas yang sihat akan menghasilkan pokok yang sihat. Begitu sebaliknya, tunas yang sakit akan menjadikan pokok sakit.

Tunas sebagai objek boleh menjadi sihat jika peladang memberikan semua keperluan menasihatkannya dan ia juga boleh menjadi sakit jika peladang memberikan keperluan memudaratkannya.

Di sinilah rahsia hadis Nabi yang bermaksud: “Setiap kanak-kanak dilahirkan dalam keadaan fitrah (Islam), ibu bapanyalah yang menjadikannya seorang Yahudi, Majusi atau Nasrani.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Rasulullah pernah berlalu di hadapan sekelompok kanak-kanak dan memberi salam kepada mereka. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) …. Dan Rasulullah pun menghormati hak kanak-kanak seperti dalam sebuah hadis bahawa Baginda pernah diberi minuman. Baginda pun meminumnya. Di sebelah kanannya ada seorang anak kecil dan di sebelah kirinya orang dewasa, lalu Nabi berkata kepada anak kecil: “Apakah engkau membenarkanku memberi mereka (minum terlebih dulu)?” Anak itu menjawab, “Tidak, demi Allah! Aku tidak akan mendahulukan bahagianku darimu untuk siapapun.” kemudian Rasulullah memberi minuman itu pada anak kecil. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah mengambil kira keperluan kanak-kanak. Baginda bersabda maksudnya: “Jika seorang daripada kalian menjadi imam, maka hendaklah meringankan solat kerana di antara mereka ada anak kecil, orang tua, orang lemah dan sakit. Namun jika solat bersendirian, silakan dia solat sekehendaknya.” (Hadis riwayat Muslim)

:: KEPRIHATINAN MASYARAKAT ::

Kasih sayang kepada kanak-kanak adalah sebahagian daripada pendidikan pertama yang sepatutnya diberi perhatian oleh masyarakat khasnya orang tua. Mengapa masyarakat, kerana mereka adalah tempat kanak-kanak menimba pengalaman. Mengapa orang tua, kerana mereka adalah kandang tempat hidupnya dipelihara.

Kanak-kanak memerlukan kasih sayang kerana mereka memerlukan kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup; kerana pembentukan dari segi pemikiran; dan kerana pembentukan dari segi masyarakat.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Didiklah anak-anak kamu dengan tiga perkara iaitu cintakan nabi kamu, cintakan keluarga nabi kamu dan mengajarkan al-Quran kerana orang yang mendampingi al-Quran dinaungi oleh ’arash llah pada hari yang tidak ada naungan selain darinya bersama nabi dan pembantunya.” (Hadis riwayat al-Tabrani)

Tarbiyah islam untuk kanak-kanak hari ini yang berlandaskan kepada contoh pendidikan Nabi akan dianggap berhasil jika hasil didikannya kelak menjadikan solat, ibadat, hidup dan matinya untuk Allah Subhanahu Wata’ala… insyaALLAH..

Sekadar ini dulu perkongsian bersama, moga yang baik dapat di ambil sebagai panduan dalam kita menjalani sebuah kehidupan yang pastinya menuntut ketinggian nilai kesabaran.

:: pandanglah setiap sudut kehidupan itu adalah tarbiyah daripada Allah..moga hati kita tidak lalai dan leka serta lupa untuk member walau sekelumit cuma ::

~ Jundatullah ~

U.Z.A (ghurfah usrah zainab al-ghazali)

Indahnya tarbiyah-MU..



Zaman satu bangsa yang hina


tidak pernah sunyi dari ilmuan, sasterawan dan orang yang arif bijaksana!


Mereka dipecahbelahkan dengan berbagai ideologi


tetapi semua ideologi itu tertumpu kepada satu rencana:


Mereka ajar anak singa agar menjadi kijang yang pengecut


dan mereka hapuskan kisah-kisah singa pada bicara zaman silam

Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan

Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan.

(Muhammad Iqbal, Diwan Dharb al-Kalim, m.s. 102)


Keterangan


Kandungan madah penyair Islam Muhammad Iqbal Rahimahullah membongkar taktik kotor musuh islam (kaum Yahudi dan Kristian) yang mengasuh anak singa Islam menjadi kijang yang pengecut. Mereka padamkan kisah singasinga Islam dari kalangan para ulama’, ahli zuhud dan para pejuang Islam dari sejarah abad pertama Islam.

Sistem pendidikan jahiliyah dan taghut musuh islam ini telah melahirkan kijang-kijang yang pengecut, tidak lagi mampu menerkam. Kijang-kijang ini tidak mahu lagi memikul apa-apa tanggungjawab dan sentiasa cuba melarikan diri seboleh-bolehnya….!


Pejuang-pejuang muda dan anak-anak singa dididik supaya berlembut dan tunduk kepada syahwat, mengikut hawa nafsu, karam dalam keseronokan seks dan kemewahan hidup. Seterusnya mereka padamkan sejarah umat Islam yang bertamadun tinggi. Mereka hapuskan kisah kisah para ulama’ kerana bimbang ia akan menjadi lampu penyuluh untuk generasi baru muslim, ditakuti menunjukkan jalan kerja kepada mereka semula.


Rancangan mereka telah benar-benar berjaya. Inilah generasi baru dari putera-putera Islam! Anak-anak singa yang bertukar menjadi kijang yang pengecut.


Perancangan mereka telah berjaya. Apa yang berlaku sekarang, kita dapati terdapat sesetengah orang yang ikhlas lebih cenderung untuk beruzlah, mengasingkan diri dan takut berganding bahu bersama-sama umat Islam..tidak lain melainkan adalah akibat pengaruh daripada kesan pendidikan tersebut. Ini jelas membuktikan keberkesanan perancangan mereka.

Ianya bukanlah suatu yang menghairankan. Kalaulah mereka telah berjaya menjauhkan ramai orang Islam dari Islam sendiri, maka tentu lebih mudah bagi mereka untuk menjauhkan lebih ramai lagi orang Islam dari sebahagian dari Islam. Mereka meyakinkan kebanyakan orang Islam dengan perlunya mengasingkan diri (beruzlah) dan lebih baik berjaga-jaga dari sebarang kerja yang mengundang risiko kepada mereka (jihad dan amal Islam).


Ketika itu berlakulah proses peralihan cepat dari Islam kepada jahiliyyah...!

*Dipetik daripada buku ”Al-Munthalaq” karangan Muhammad Ahmad Ar-Rasyid untuk perkongsian bersama*


:: jundatullah::

26_disember_09

WELCOME TO THIS SITE!