Bahang makin dirasai. Bahkan makin panas. Dirasakan dirinya makin dekat dengan api yang marak menyala. Kaki yang memijak tanah juga dirasakan sangat pedih mencucuk. Seakan dicucuk besi yang panas. Jiwanya resah gelisah apabila melihat kiri dan kanannya manusia digari dan dirantai dengan rantai yang berapi. Manusia-manusia itu menjerit meronta-ronta. Dan rata-rata manusia itu adalah wanita. Ada yang menghantuk kepalanya ke besi, ada yang meminum darah dan nanah dan bermacam lagi keadaan yang mengerikan.

Bismillahirrahmanirrahim.
Buat ummi Nur Hayati.
Apabila teman-teman sibuk mengucapkan hari  ibu, saya nekad di dalam hati saya, bahawa untuk ummi saya, tiada hari ibu.
Tiada hari ibu untuk ummi, kerana setiap hari adalah hari ibu. Ummi terlalu istimewa dihati kak. Terlalu bermakna dalam hidup kak. Ummi inspirasi sebuah ketabahan dan kekuatan seorang wanita.
(Kak Kartika tengah membaca surah Yaasin sewaktu menunggu kepulangan anaknya)

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya,   jika kamu org2 yg beriman."
Saya mewakili PMIUM dan juga merangkap koordinator pertubuhan Sisters in Movement (SIM) tidak bersetuju dengan beberapa isu yang melibatkan perdagangan wanita. Lebih-lebih lagi mengenai tindakan biadab Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) yang mengeluarkan arahan peraturan mewajbkan pemain badminton wanita memakai skirt. Kononnya bertujuan memastikan aksi lebih menarik dapat ditonjolkan untuk menarik lebih ramai penonton dan penaja.
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah s.w.t kerana dengan rahmat dan kasih sayangNya kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas dan meneruskan kehidupan. Dengan sifat Ar-Rahman Allah jualah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) masih segar menggerakkan idea faham Islam di universiti yang kita cintai ini. Dengan sifat Ar-Rahman Allah jualah saya dapat bertemu rakan-rakan mahasiswa di dalam perutusan pertama saya selaku Naib Presiden PMIUM sesi 2011/2012. Salam perkenalan dan salam kasih sayang saya ucapkan.

WELCOME TO THIS SITE!