Mengapa entri saya kali ini bertajuk ‘MESTI’ ?? Ini kerana, sedar ataupun tidak, bila sesuatu perkara itu ‘mesti’ dilakukan, ianya akan menghasilkan hasil yang memuaskan hati. Apatah lagi kita sering mengungkapkan mesti di waktu yang urgent. Contoh yang sinonim, jika tugasan perlu dihantar pada petang ini, tidak dapat tidak tugasan itu mesti disiapkan jugak sebelum petang ini. Hikmah yang tersirat disebalik kata ‘mesti’ adalah = apa yang kita lakukan akan menjadi, berjaya dan tercapai.

Hanya dengan mendengar kata-kata yang diucapkan oleh seseorang , kita dapat mengetahui sejauh manakah orang itu komited hendak mencapai tujuannya. Kerana perkataan ‘mesti’ ianya adalah suatu yang pasti bukannya seperti perkataan ‘harap’, ‘rasa’.

Apa yang ingin saya katakan di sini adalah, kata-kata yang kita gunakan membawa kesan yang amat kepada minda kita. Cuba kita perhatikan, apabila kita menggunakan kata seperti ‘saya rasa’ dan ‘ saya harap’, kita tidak mendapatkan dorongan bagi bertindak dengan segera. Apabila sesuatu itu mesti dilakukan, kita mengeluarkan segala momentum untuk keberhasilannya..dan tanpa kita sedari kita melakukan luar daripada keupayaan kita.

Jadi, salah satu petua kejayaan adalah mesti.

Saya bawakan satu potongan kisah sejarah pejuang Islam,

Tariq bin Ziyad telah membakar semua kapal-kapal yang dinaiki oleh tentera-tenteranya sewaktu peperangan, seraya beliau berkata:-

“ Di mana jalan pulang?? Laut berada di belakang kamu. Musuh pula berada di hadapan. Sungguh kamu tidak memiliki apa-apa kecuali sikap benar dan jujur.......”

Tariq menambah lagi dengan berkata “Sekiranya perang ini berpanjangan, dan kamu tidak segera menghadapinya, akan hilanglah kekuatan kalian semua. Akan lenyaplah rasa gentar musuhmu pada kalian. Oleh itu, singkirlah sifat hina yang ada dalam diri kamu dengan sifat terhormat. Kamu mesti rela mati.......”

Dan beliau bertempik sekuat hati “ Perang atau mati!!”

Akhirnya Tariq bin Ziyad berserta tenteranya berjaya mengalahkan pasukan musuh.

Berdasarkan kisah Tariq dan tenteranya ini, kita dapati satu hikmah yang amat bernilai iaitu strategi Tariq selaku ketua memasakkan semangat juang pada tentera-tenteranya melalui kata ‘mesti’. Tidak dapat tidak, mereka perlu menghadapi tentera musuh. Dengan aksi berdepan dan memerangi mahupun mati sebagai syahid. Dan inilah yang berjaya menghasilkan momentum jihad dalam jiwa tentera-tenteranya sehinggakan mereka mampu mengalahkan pasukan Raja Roderick.

Minda sang pejuang islam yang telah dipasakkan dengan kata mesti berjuang ataupun syahid, tidak akan duduk diam bersahaja, bahkan semakin rancak mengatur strategi terbaik ke arah tercapainya apa yang dicita.

Kesimpulannya, minda merupakan objek ajaib yang bila diletakkan suatu kata-kata yang ajaib, ianya juga akan menghasilkan sesuatu yang ajaib. ( contohnya : mesti (“,)

Sebagai penuntut ilmu, mesti berusaha belajar supaya berjaya

Sebagai seorang pemimpin, mesti mempunyai kredibiliti dan karisma kepimpinan.

Sebagai seorang pejuang, mesti memperjuangkan Islam selagi termampu.

Dan apa-apa jelah =)

Apa yang mesti, segalanya pasti !!!

Apabila kita menjadikan kejayaan itu suatu kemestian, kita pasti mencari jalan mencapainya!!

“while most are dreaming of success, winners wake-up and work hard to achieve it”

- Ketika kebanyakan orang hanya mengelamun tentang kejayaan, sang juara bangun dan bekerja keras untuk mencapainya- (pepatah inggeris)

Melangkah... menuju redha Allah..

Dari pena : Jundatullah

Pasir Puteh, Kelantan.



Salam perjuangan buat teman-teman.. kali ini saya bawakan entri saya berkenaan dengan Ahmadinejad, Iran dan campurtangan AS yang mana, tumpuan dunia beralih pada isu pilihanraya dan rusuhan rakyat di iran serta kemenangan Ahmadinejad sebagai pihak konservatif yang menimbulkan ketidakpuasan hati pihak-pihak tertentu terutamanya Amerika Syarikat yang kononnya mengatakan pilihan raya Iran penuh penipuan !! Alahai..AS..

Ahmadinejad istimewa??

Mahmoud Ahmadinejad, satu nama besar bagi Iran.. yang memimpin menggunakan konsep konservatif. Seorang pemimpin yang tegas dan berani menyuarakan prinsipnya terhadap kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat. Beliau pernah menegaskan “pergi jahanam dengan barat!!”.

Malah Ahmadinejad ternyata tidak membiarkan begitu sahaja, kelantangan makin jelas pada sidang kemuncak serantau di Rusia dengan mengecam Washington dengan mengishtiharkan bahawa “ zaman empayar AS telah berakhir”. Sewaktu berucap sebagai pemerhati pada sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), beliau menegaskan sistem kapitalis antarabangsa semakin merosot.

“ sudah nyata bahawa zaman empayar sudah berakhir dan kebangkitannya sudah berakhir”..tegas Ahmadinejad di depan pemimpin dunia dari negara kuasa besar lain termasuk Presiden Rusia, Dmitry Medvedev dan Presiden China, Hu Jintao..

Kelantangan beliau menyebabkan AS semakin tidak senang duduk. Sikap tidak toleran Ahmadinejad membuatkan AS tidak selesa dengan keadaan politik semasa Iran.

Suatu ketika dahulu, Bush pernah menggertak untuk menyerang Iran dengan menggunakan lesen Majlis Keselematan PBB, tetapi Ahmadinejad tidak mempedulikan gertakan itu. Ketika itu, Iran memegang kunci Majlis Keselamatan. Gertakan AS sekadar serangan psikologi untuk melemahkan semangat Iran.

Ahmadinejad juga menyokong pergerakan Hizbullah di Lebanon yang dianggap pengganas oleh barat.

Iran...

Iran telah melalui zaman Revolusi Iran yang dicetuskan oleh Ayatullah Khomeini yang telah menjatuhkan kerajaan kejam Shah Iran pada akhir 70-an. Walaupun Ayatullah Khomeini dan Iran amat terkenal dengan kekuatan ajaran Syiah. Revolusi Iran sebenarnya telah “mencipta” “Iran baru”. Iran yang tidak pernah tunduk pada barat dan sanggup berdepan dengan apa jua sekatan demi mempertahankan kedaulatan negara dan agama.

Iran juga sering muncul sebagai negara yang sering mempertahankan Palestin walaupun ia bukannya dari kalangan Arab. Iran juga didakwa oleh AS memiliki senjata nuklear.

Rusuhan besar berlaku di Iran yang melibatkan penyokong pencabar utama kepada Ahmadinejad iaitu Mousavi adalah rusuhan kedua terbesar selepas rusuhan rakyat Iran ketika Disember 1978 dulu yang menuntut disingkirkan pemerintahan kuku besi Shah Iran.

Kecemburuan AS..

Dakwaan bahawa kemenangan Ahmadinejad dan Pilihan Raya Presiden ke-10 di Iran penuh penipuan membuktikan AS memang amat cemburu. Persoalannya kini, apakah AS tidak faham atau sengaja membutakan mata dengan kemenangan lalu.

Malah Naib Presiden AS, Joe Biden memperlihatkan semacam kebimbangan dengan perkembangan terbaru di Iran dan yakin ada sesuatu yang tidak kena dengan pilihan raya tersebut.

Obama juga dalam beberapa kenyataannya jelas memperlihatkan harapannya agar pemimpin yang dipilih oleh rakyat Iran adalah daripada kalangan reformis. Obama juga kerap menekankan beliau ingin melihat “perubahan” dalam arena politik di Iran. Terang lagi bersuluh menunjukkan harapan Obama supaya Ahmadinejad kecundang dan pemimpin yang lebih “toleran” akan dipilih.

Antara kata-kata Obama kita bakal bedepan dengan rejim Iran yang telah lama bermusuhan dengan AS. Mereka yang menyebabkan masalah di Asia Barat kerana menjalankan program senjata nuklear” ....

ape2 jelah Obama..kalau dah tak senang duduk tu..

Media barat juga menggembar-gemburkan rusuhan rakyat di Iran dan melaporkan keadaan di Tehran sangat-sangat tegang. Nada beberapa media barat kelihatan sangat sehaluan dengan dasar AS yang sememangnya prejudis dengan Ahmadinejad.

*Dunia tidak mendapat gambaran yang jelas mengenai situasi politik di Iran. Bayangan AS terlalu tebal untuk melihat adakah rusuhan yang berlaku itu benar-benar memprotes ketelusan pilihanraya Iran atau campur tangan kuasa asing yang menyusup masuk bagi mencetus porak peranda?

Teman-teman, kita memang sedia maklum tentang sikap AS dan sekutu-sekutunya yang seperti cacing kepanasan apabila melihat ada kuasa lain yang boleh mengatasi mereka.. makhluk yang terkutuk dan penuh dengan perasaan hasad dengki.

Apa yang jelas mengkagumkan saya, ketika AS kuat mengecam.. Ahamadinejad masih tetap gah berdiri menegakkan haknya !

Kesimpulannya, Iran mempunyai Ahmadinejad yang berani dan lantang bersuara mempertahankan hak sehinggakan mampu membuatkan AS tidak boleh duduk diam dengan tindak- tanduknya. Kita pula bagaimana agaknya ya?? (“,)


Dari pena :- Jundatullah.




Salam perjuangan..

Sempat saya menjelajah ke blog sahabat-sahabat seperjuangan dan blogger yang ada memuatkan entri selamat hari bapa@ happy father’s day..

Alangkah indahnya bagi mereka yang masih mempunyai bapa..pasti ucapan itu mampu diungkapkan dan pastinya mereka mampu melihat bapa mereka tersenyum gembira. Tetapi, berlainan bagi diri ini, saya dan abah saya jauh terpisah pada dua alam yang berbeza.. yang kekal hidup bersama saya adalah kenangan bersamanya..itupun waktu dan ketika masih kanak-kanak dan tidak mengenal erti apa-apa.

Abah saya seorang bapa yang sangat baik dan saya merupakan anak yang paling rapat dengannya.. selalu menunggu abah pulang kerja kerana saya pasti tersenyum gembira kerana abah pasti tak pulang dengan tangan kosong..mesti ada saje buah tangan yang dia belikan untuk saya.

Selamat hari bapa..abah yang amat ku sayangi, yang kini tiada lagi di depan mata. Sudah sepuluh tahun dia meninggalkan saya, ummi tersayang dan adik-beradik. Kemalangan jalan raya yang begitu tragis.. yang masih lagi terpahat kukuh di ingatan saya.. yang mana dalam kemalangan itu saya kehilangan dua anggota keluarga iaitu abah tersayang dan bapa sepupu. Perginya tanpa sempat meniggalkan pesanan terakhir buat anaknya ini..juga saya pada waktu itu..tiada sempat menuturkan kata maaf. Cuma pesannya yang selalu meniti dibibir..sewaktu saya menunjukkan buku rekod kemajuan sekolah rendah untuk ditandatangani suatu ketika dulu, masih terngiang-ngiang kata-katanya :-“ kakak, belajar bersungguh-sungguh dan jadi anak yang baik”.

Berita kemalangan dan kematiannya juga saya tahu daripada satu panggilan telefon.. tersedar saya diawal jam 4 pagi apabila terdengar bunyi bising suara orang ramai.. dan saya hanya melihat sekujur tubuh yang sudah dikafankan dan sudah tidak lagi mampu bersuara. Waktu itu..saya belajar menerima erti sebuah kehilangan..walau betapa sayang saya pada abah.. sayang lagi ALLAH pada dia.. semuanya kuasa Allah..dan erti kehilangan itu menjadikan saya orang yang tabah dan redha.. terima kasih Ya Allah..

Buat abah.. doa kakak tak pernah putus.. dan hari bapa dari kakak untuk abah bukan terikat hanya pada hari-hari tertentu sahaja..tapi buat selamanya.. apa yang kakak buat dan lakukan di dunia ni, kakak sedekahkan pahalanya buat abah dan kakak tarbiyah diri menjadi anak dan mujahidah yang solehah..moga2 abah peroleh kebahagiaan di alam sana..

Kata pujangga :- kasihnya ibu membawa ke syurga..kasihnya ayah tiada penghujungnya..

Selamat hari bapa..abah..

Firman Allah s.w.t dalam surah Luqman, ayat 14, mafhumnya ;

“……… bersyukurlah kepada-KU dan kepada kedua-dua orang ibu bapamu, hanya

lepada-KUlah kembalimu”

Anakmu..


Al-Fatihah..sama-sama kita hadiahkan buat sang pejuang dan pemikir Islam yang hebat..Dr. Fathi Yakan.. yang telah kembali ke rahmatullah..

Semenjak dari bangku sekolah menengah lagi, saya sering mendengar nama beliau, malah buku beliau yang pertama-tamanya saya kenali ialah “Maza Ya’ni intimail Islam”- apa ertinya saya menganut agama Islam. Sering jua bermain dibibir guru penasihat Badar sewaktu disekolah dahulu, tentang beliau dan penulisannya. Namun, waktu itu saya belum sepenuhnya mengenali beliau dan gerakan Islam, umumnya.. sehinggalah saya melangkah ke alam kampus

Firman Allah s.w.t, mafhumnya :-

“ sesungguhnya orang-orang yang sebenar beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada ALLAH dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta-benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar ( pengakuan imannya)

{ surah Al-Hujurat : ayat 15 }


Ijlis, nu’min saat..ayuh..melalui pembacaan saya tentang diri beliau, saya mengajak diri saya dan kalian, kita mengimbau jejak sang pejuang ini sejenak.. moga dengan mengenalinya makin menambahkan kecintaan kita terhadap perjuangan Islam.

Dr.Fathi Yakan telah banyak menghasilkan buku dakwah yang telah melahirkan semangat kebangkitan Islam. Beliau dilahirkan pada 9 februari 1933 di Lubnan. Beliau mempunyai seorang isteri iaitu Puan Dr.Mona Haddad Yakan dan 5 orang cahayamata.

Apa yang membanggakan ialah beliau merupakan lulusan B.A dan M.A dalam bidang kejuruteraan, akan tetapi beliau menyambung PHD nya dalam bidan pengajian Islam dan bahasa Arab. Malah, beliau juga antara pelopor yang mengasakan gerakan Islam di Lubnan.

Beliau tidak melihat Islam dari sudut teoritis semata-mata tetapi berjaya seorang daie mestilah hadir ditengah-tengah medan masyarakat dan berpartisipasi dengan penuh iltizam. Beliau juga pernah memenangi kerusi pada pilihanraya Lubnan pada tahun 1992.

Pada mulanya, Fathi Yakan merupakan salah seorang yang tidak bersetuju dengan pilihanraya, akan tetapi, setelah sering gagal menyatakan Islam kepada pemerintah, beliau akhirnya akur bahawa pilihanraya adalah satu-satunya wadah penting yang dapat menguasai negara Islam jika menang tanpa sebarang pertumpahan darah berlaku.

Berbicara tentang Lubnan, negara ini bukanlah sebuah negara arab yang membela Islam. Ini kerana mengikut kepada perjanjian taif, pembahagian kuasa secara adil antara golongan-golongan yang terlibat mesti berlaku. Oleh itu, presiden Lubnan mestu seorang kristian Maronite, Perdana Menteri adalah dari kalangan seorang pengikut sunnah, manakala speaker parlimen adalah daripada seorang pengikut syiah. Dan ini menunjukkan kepelbagaian pegangan agama dan mazhab yang menyukarkan perkembangan Islam di Lubnan.

Pengalaman beliau bersama al-marhum Dr. Mustafa as-sibaie yakni pengasas ikhwan di Syria, telah mematangkan Fathi Yakan untuk menerapkan pendekatan ikhwan di Lubnan. Tulisan dan penglibatan beliau bersama gerakan Islam dianggap mengancam kedudukan pihak berkuasa. Malah, beliau pernah dipenjara dan disiksa dengan diseterika seluruh badannya hingga remuk oleh penguasa taghut laknatullah..namun itu tidak menumpulkan usaha bekiau untuk terus membangkitkan semangat perjuangan islam.

Beliau sering aktif menyampaikan ceramah, membentangkan kertas kerja dan sebagainya. Beliau pernah menghadiri muktamar tahunan Pas dan mempunyai hubungan yang akrab dengan Presiden Pas, iaitu YB Tuan Guru Hj.Abdul Hadi Awang.


Apa yang membuatkan saya ingin membicarakan tentang beliau pada kali ini adalah kerana kesangatan tumpuan beliau terhadap dakwah dan juga kebangkitan generasi pemuda.

Beliau sering meransang anak-anak muda untuk bersama kebangkitan Islam. Dr. Fathi Yakan amat menjiwai peranan pemuda untuk membahterai gerakan Islam.

Antara buku- buku tulisannya adalah:-

1.Maza Ya’ni intimail Islam

2.Bagaimana kita menyeru kepada islam, yang terdapat didalamnya:-

*prinsip2 dakwah Islamiyyah

*Seruan kepada islam

*Maudu’ dakwah

*Tuntutan membentuk tanzim haraki dan kewajipan bekerja di dalamnya.

3. Rintangan perjuangan dalam kehidupan pendakwah.

4. Generasi pemuda dan perubahan.

Banyak lagi hasil penulisan beliau yang tidak saya nyatakan disini, yang mana penulisannya sering dikaitkan dengan dakwah dan pembinaan generasi muda.


Akhirnya, saya kongsikan bersama tulisan yang dilakarkan Dr.Fathi Yakan kepada generasi pemuda:-

“ Generasi pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam, tetapi orang lain mempergunakan mereka untuk menghancurkan umat manusia.

Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar; pemuda yang tiada peribadi, bersikap seperti kera, pemuda yang tiada akhlak; yang lebih dekat dengan binatang; pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, disusun oleh parti-parti kufur dan syaitan; TETAPI, keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-cita dan matlamat hidupnya!! ”


Nah! Sedarilah kita wahai generasi muda, kini beliau sudah kembali menemui Sang Pencipta. Walau jasadnya telah tiada, namun hasil penanya mampu menghidupkan jiwa. Kita yang masih bernyawa.. semakin hari berginjak usia, apakah jawapan kita kelak andai ditanya apakah sumbangan kita untuk Islam tercinta. Ayuh!! jiwa muda.. bersama laungkan..kitalah generasi muda yang cintakan syahid.


Melangkah..menuju Redha ALLAH..

Original by : jundatullah

Pasir Puteh, Kelantan.



WELCOME TO THIS SITE!