Bismillahirrahmanirrahim..
Salam perjuangan dan selamat bercuti semester buat teman-teman di Uni Malaya..
Salam kasih sayang buat pengujung taman pena Jundatullah ini.. :)

Dalam keterbatasan waktu ini, sempat juga saya mencatatkan beberapa nota buat teman,
Maaf ye teman-teman, nota saya cukup ringkas, ( cuti kalian lebih indah dengan Allah setiap saat dan ketika)

Bismillah.. Salam perjuangan pengunjung taman pena Jundatullah. Alhamdulillah, dengan izin Allah,dapat juga saya mengangkat tangan ini untuk menukilkan sesuatu sebagai aset dakwah untuk dikongsi bersama teman-teman yang melawat taman pena ini.
Hari-hari dalam kamus hidup kita selaku hamba yang berjuang mempunyai seribu erti dan makna, dan bagaimana kita memaknakan kehidupan dimuka bumi ini adalah dengan motivasi utama kita iaitu Allah s.w..t. Memotivasikan diri dengan wawasan akhirat dan jannah!! Menjadi matahari yang menyinar buat diri~
**********************
“Antum teruskan la..ana minta cuti buat seketika, jiwa ana perlu dibina..ana ingin beruzlah.” Luah seorang sahabat.

“Susah la macam ni,semua main tolak-tolak, siapa nak handle ni.? Rungut seorang teman.

“Ukhti, ana banyak masalah, orang ber masalah macam ana tidak layak berada dalam gerakan” Rakan meminta simpati.

Salam perjuangan buat teman-teman yang mengunjungi taman pena Jundatullah. Entri saya kali ini bertajuk “Misi Jihad peminang bidadari”, ianya sebuah cerpen berkisar kisah sang Mujahid dan Mujahidah Palestin..cerpen ini saya terima emel daripada seorang kenalan di Indonesia, namun laras bahasa Indonesianya telah saya ubahsuai mengikut laras bahasa melayu. Ini hadiah daripada saya buat pengunjung taman pena Jundatullah ini. J Jom hayati erti pengorbanan Aisya dan Ayyash demi jihad di bumi Palestin!

**********************************************************************
“Aisya, kamu mahu menikah ?” Soal mak cik Hafsah,satu-satunya ibu saudaranya.
Peristiwa Bai’atul Aqabah Kedua


Imam Ahmad meriwayatkan dari Jabir ra.,
“Kami bertanya, ‘Wahai Rasul Allah, apakah yang perlu kami nyatakan kepada Anda dalam pembai’atan ini?’ Nabi Saw menjawab,

1.      ‘Berjanji taat dan setia baik dalam keadaan sibuk mahupun senggang.
2.      Berinfaq, baik dalam keadaan 
Salam Perjuangan!!

Kagum sungguh saya bila melihat kesemua mereka menutup aurat sepenuhnya, dan pakai jubah pula tu walau dalam menggalas tanggungjawab sebagai penjaga keamanan sebuah negara. 

Biarpun begitu, ini tidak menghalang mereka untuk menjalankan tugas. Malah ada antara aksi mereka ala-ala pasukan komando! Hebat sungguh! Inilah polis dan tentera wanita negara Iran.

Cabaran buat "Briged Srikandi"

juga buat polis & tentera wanita Malaysia!

Nah! Lihat mereka beraksi :-


Tegar di medan juang!


Ketika perbarisan,


taajub saya melihat mereka, bisakah pegawai polis & tentera malaysia begini?


bersenjata..


berani menegakkan syariat!!







Wanita islam kat Malaysia selalu jadikan alasan menutup aurat membataskan pergerakkan, tapi polis wanita di Iran telah berjaya membuktikan. (",)
~Pakaian bukan penghalang
~Islam adalah agama yang mudah :)

Perkongsian, 
Jundatullah..
7hb disember 2010


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t..
Salam perjuangan dan salam mujahadah..
Dalam fatrah ini, saya sempat menitip beberapa bait kata-kata buat perkongsian di taman pena ini, moga yang sedikit ini meraih juga pandanganNYA..

Dari Abu Hurairah radhiallaahu 'anhu,berkata: Rasulullah Shallallâhu 'alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman: ‘barangsiapa yang memusuhi wali-Ku, maka sungguh! Aku telah mengumumkan perang terhadapnya. Dan tidaklah seorang hamba bertaqarrub (mendekatkan diri dengan beribadah) kepada-Ku dengan sesuatu, yang lebih Aku cintai daripada apa yang telah Ku-wajibkan kepadanya, dan senantiasalah hamba-Ku (konsisten) bertaqarrub kepada-Ku dengan amalan sunnah hingga Aku mencintainya; bila Aku telah mencintainya, maka Aku adalah pendengarannya yang digunakannya untuk mendengar, dan penglihatannya yang digunakannya untuk melihat dan tangannya yang digunakannya untuk memukul dan kakinya yang digunakannya untuk berjalan; jika dia meminta kepada-Ku niscaya Aku akan memberikannya, dan jika dia meminta perlindungan kepada-Ku niscaya Aku akan melindunginya”. (H.R.al-Bukhari)

Allah..bergetar hati ini tatkala membaca hadis ini. Pantaskah aku ya Allah menjadi hamba yang dicinta-MU..

Pantaskah aku berbicara tentang cinta,
ketika di batinku masih tersimpan berbagai keburukan..

Pantaskah aku mendekat kepadaMu,
ketika dalam sifatku masih tersembunyi kekhilafan,
masih dibelenggu tipu daya,
masih penuh kotoran..

Sesungguhnya benar-benar pantaskah aku,
yang mengaku mencintaiMu..
Ketika aku selalu melanggar laranganMu,
ketika aku sering mengabaikan seruanMu,
ketika aku berpura-pura takut kepadaMu,
ketika aku banyak berkata dan sedikit berbuat..

Aduhai.., pantaskah aku mengaku mencintaiMu.

Pantaskah aku mengaku cinta, 
sedang perbuatanku ynag kekadang mencerminkan kedurhakaan?..

Allah, Izinkan HambaMu MencintaiMu..



Jundatullah
Ghurfah Mujahidah
28_November_2010

Bismillahirrarmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t
Saat ini, tengah study methodogi dakwah, rasa nak isi sesuatu plak dalam taman pena Jundatullah ni ;)
Moga ada yg dapat manfaat,perkongsian santai je (",)

 "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya..."(Al-Baqarah : 286)




sebab..

"..Maka tiada kewajipan ke atas rasul-rasul,selain dari menyampaikan agama Allah dengan terang"
(aN-Nahl : 35)

dan..

" Dan kewajipan kami tidak lain hanyalah menyampaikan (pengajaran) dengan jelas"
(Yaasin : 17)

maka, walau berat kewajipan kita, senyumlah kerana..

" oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,"

 "(sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."
(Asy-Syarh : 5&6)



seterusnya..
Walau sesibuk mana.
Sebusy mana
Sehectic mana kesibukan kita
Jangan abaikan mutabaah dan amalan harian.
Disitulah tempat kita recharge kekuatan.
Disitulah lampu Alladin sorang da’i untuk jadi peneman.
Jangan kita ‘ ghurur‘ tertipu daya dijalan ini hingga alpa diri.
Buat kerja Dakwah seoptimum kemampuan …
Bukan ikut tak cukup orang …
Atau tak ada orang untuk ganti berjuang …
Jaga hak diri.
kerana
Dakwah kita perlu berpanjangan ….
Dakwah kita dakwah nafas panjang.
Dalam kerja dan dalam uslubnya
Memang kita seronok dan manis buat kerja dakwah tapi jangan lupa bahawa apa pun yang kita lakukan kena ada ‘ tawazun’ nya.
Kena ada mizannya.
Kena ada neracanya.
Kena ada methodnya..
Kena ada skill nya .
Kena ada pembantu nya..
Kena ada para hawariyyunnya.
Supaya kerja kita..
Tersusun dan indah.
Seindah saff diwaktu perang …
Itulah idealnya.
Biar kita living smart..
Tarbiyah smart dan Dakwah smart.

Kesimpulannya teman-teman ,
Allah telah merumuskan syarat kejayaan hambaNya bermula dari Iman dan Amal. Kemudian Allah sebut dakwah dan sabar ( Al-Asr )
Senyum walau berat..kerana dakwah itu pembuktian cinta kita :)


Jundatullah
Ghurfah Mujahidah

Becomes a psychologist ;)
insyaALLAH..
25_11_2010

********************

Ya Allah Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta Agungku
Nabi Muhammad pesuruh-Mu
Ya Allah Engkau sumber bahagia
Engkaulah Sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkaulah segalanya
Ya Allah Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rizkiku
Di waktu sakit Kau sembuhkan
Di waktu lapar Kau beri makan
Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Cintaku haraplah dibalas
Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Janganlah cintaku tidak dibalas
Jangan biarkan ku tanpa pimpinan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku
**Lirik nasyid : Cinta Agung**
Assalamualaikum w.b.t..
Sudah berbulan-bulan saya membiarkan taman pena ini usang,sunyi sepi tanpa pengisian. Rasa bersalah yang teramat dengan taman pena ini. Dalam pada waktu ini juga, saya dan sahabat-sahabat seperjuangan di bumi Uni Malaya sedang menghadapi peperiksaan akhir. Entah mengapa hati berasa ingin berkongsi sesuatu.
Lirik diatas adalah lirik nasyid Cinta Agung, lagu ini mendamaikan hati saya dan juga teman-teman yang sentiasa bersama. Lagu yang unik pada pandangan saya sebagai manusia kerana ianya mampu mengingatkan ingatan ini terus pada-NYA.
Cubalah dengar disaat anda resah, sedih, keseorangan, lemah.... Allahuakbar, subhanallah, alhamdulillah.. tenang sangat, terasa kekerdilan hamba.
Teman-teman,
Pesanan seorang Murobbi kepada saya :-
“Jangan sekali2 kita bergantung kepada manusia untuk memenuhi impian kita. Kalau menyayangi orang, sayangi dia kerana Allah…dan Allah tetap di atas dan di depan kita. Kalau membenci, benci semata2 kerana Allah…. dan Allah tetap di atas dan di depan kita.
Usah membenci kerana kepentingan peribadi sebagaimana usah menyayangi kerana nafsu sendiri. Kalau kita dikecewakan oleh seorang manusia, InsyaAllah akan ada manusia lain yang lebih baik yang akan didatangkan Allah untuk mengubati kekecewaan kita. Kalau kita redha lagi, ALLAH akan datang sendiri memberi kasih sayang yang tidak terkira hebatnya. Carilah cinta agungNya”
Ada masanya kita tidak suka dengan apa yang berlaku di depan mata. Kalau ia dalam kuasa kita, tanganilah. Tetapi kalau di luar kuasa kita, berdoalah dan redha dengan taqdirNya. Di sana kita akan meniti cinta agungNya.
Penghormatan atau penghinaan orang pada kita bukanlah perkara utama dalam hidup dan kita tidak perlu berhempas pulas mencari atau menghindarkannya. Tetapi berusahalah sekuatnya2 mencari cinta agungNya.
Adakalanya kita sudah melakukan yang terbaik, tetapi tidak di mata orang lain.
Adakalanya kita tidak melakukan apa2 tetapi dibicarakan orang sebaliknya.
Adakalanya kita menyangka baik terhadap seseorang, tetapi kita kecewa di penghujungnya.
Adakalanya kita menyangka tidak baik pada seseorang, tetapi rupanya dialah insan terpuji yang tidak kita ketahui sebenarnya.
Pujian merosak jiwa kalau tidak dikembalikan pada Yang Maha Pencipta.
Penghinaan penguat tekad asalkan kita menerimanya dengan sabar.
Kalau memuji orang pujilah perbuatannya sahaja bukan apa yang ada padanya, takut kita membawanya pada riak. Membenci orang juga pada perbuatannya bukan apa yang ada padanya, takut kita membenci orang yang mungkin sangat dikasihi Allah sedangkan kita tidak tahu. Siapalah kita hendak membenci kekasih Yang Maha Agung.
Kebahagian dunia yang kita dapat hanyalah bonus dari Allah. Bonus tidak datang setiap masa. Bonus itu hadiah dan apabila melihat sendiri ke dalam diri kita, kita akan malu sendiri dengan ibadah yang tidak sebeberapa dan dosa yang bertimbun, masih menerima anugerah kebahagian dariNya.
Ujian itu adalah bonus yang lebih mahal kerana kesabaran kita menghadapinya akan dibalas dengan rahmatNya yang sangat besar.
Letakkan diri kita sentiasa dalam genggaman Allah. Kerana cinta Allah pada makhluk yang taat itu membuatkan kita tidak lagi memerlukan cinta manusia yang kerap menyakitkan .
Hargai nikmat iman kerana tidak semua dapat merasanya. Nikmat yang tidak dijaga dengan baik akan ditarik balik dan kita akan tercampak ke lembah yang sangat hina.

Sama-sama kita hayati Firman Allah,mafhumnya :-
"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak Agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya" (Al-'Ankabut :29:69)
Indahnya hidup beriman, dalam derita kita akan mencari cinta agungNya.
 Dalam bahagia kita mengucap rindu padaNya.
< Jundatullah >
 < Ghurfah Mujahidah >
24_11_2010



Anas ra. berkata: Rasulullah saw bersabda di dalam satu khutbahnya: "Andaikata kamu mengetahui sebagaimana yang aku ketahui, nescaya kau akan sedikit ketawa dan banyak menangis." Anas berkata: seketika itu para sahabat menutup muka masing-masing sambil menangis teresak-esak.


Hari ini aku juga menangis, menangis dan terus menangis. Tetapi tangisanku amat jauh bezanya dengan tangisan para solihin. Jika para solihin menangis kerana mengenang nasibnya di akhirat, bagaimana pula aku? Mungkin aku menangis kerana takut kehilangan dunia, atau mungkin kerana takutkan kematianku. Tangisan yang datang dari hati yang lalai dan yang kekadang rapuh.


Kalau para solihin takut berpisah dengan iman dan terluput rasa cinta kepada Ilahi, bagaimana pula diriku? Mungkin aku takut berpisah dengan dunia. Jika mereka takut menghadapi akhirat yang panjang masanya, amat dahsyat keadaannya, tetapi aku bagaikan tenang menghadapinya.


Tetapi tatkala para solihin berani menghadapi gelombang hidup serta ujian dunia, aku pula tersepuk rebah lantaran kecewa kerana gagal dalam hidup. Betapa lemahnya jiwa ini.

Usai sahaja terawih di Masjid Ar-Rahman, aku terfikirkan sesuatu. Saat ini aku masih lagi boleh ke mana-mana mengikut kata hatiku, ke mana sahaja tempat yang aku boleh merasakan Allah begitu dekat denganku. Masih lagi boleh menunggang motosikal ke mana sahaja. Bagaimana pula andai suatu hari nanti, aku buta?? Ditarik Allah nikmat mata? Ataupun di masa hadapan Allah jodohkan aku dengan orang buta ataupun mendapat anak yang buta, saat itu redhakah hati ini menerima ketentuan Allah??

Aku bisikkan pada diri, diri ini perlu di tanam dan di didik dengan kesabaran yang tinggi jua qanaah kerana bila hati dan bibir mulut mengaku beriman, Allah tidak akan membiarkan hambanya tanpa ujian samada kesusahan mahupun kesenangan.


Di sini, aku kongsikan bersama petikan dari kitab Al-Hikam, Ibnu Atho’illah yang sempat aku tatap siang tadi.

“Allah melapangkan bagimu, supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan, dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah”

 Menangis lagi, wahai mata..minggu ini sahaja kerap benar engkau mengalirkan airmata. Biar aku menangis dalam Ramadhan ini. Susah untuk aku meluah pada manusia. Mungkin kalian mudah melihat hikmah dan mudah menggapai hidayah Allah. Tapi, aku..perlu sentiasa usaha..

~Ya Allah, hamba kembara mencari-MU~

Jundatullah
Kembaraku tiada henti..
Riyadhus solihin
Ramadhan 1431 H
Sebenarnya sudah lama saya mencari-cari kisah wanita muslimah di belakang Imam Hasan Al-Banna. Sukar juga sebenarnya kerana tidak banyak yg diperkatakan tentang beliau, sayap kiri As-Syahid.  Alhamdulillah, suatu hari Allah mempertemukan saya dengan kisahnya, kisah yang sudah lama ingin saya ketahui.
 
Kita banyak membaca kisah-kisah wanita teladan dari zaman lampau, kadangkala terasa ingin mengetahui kisah zaman ini kerana situasi, latar tempat, masa dan cabarannya berbeza. Saya rasa itu penting dalam kita membaca kisah yg terdahulu, carilah juga suntikan dari zaman sendiri, kisah yang lebih dekat. Sebagaimana pesan Saidina Ali r.a.:

"Didiklah anak-anakmu sesuai mengikut zamannya"

Pesan ini menunjukkan peri pentingnya untuk kita hidup berpijak pada zaman sendiri, usah terlalu idealistik sehingga tidak realistik. Ingin saya kongsikan buat semua kisah wanita dibelakang mujahid ummah yang ulung ini. Moga bermanfaat.

Dia adalah Lathifah As Suri. Dia berdiri disamping Imam Syahid Al Banna. Sejak awal Imam Syahid telah menegaskan bahawa ia inginkan seorang muslimah yang tegar, yang tak lekang dan surut oleh banyaknya halangan dan rintangan dalam berda’awah. Tidak mudah menjadi isteri seorang Hasan Al Banna. Seseorang yang setiap detik kehidupannya sarat dengan kegiatan da’awah. Di pagi buta dia sudah bergegas untuk memulakan berda’wah dan kembali pulang di gelap malam. Boleh dipastikan ia adalah seorang muslimah sejati, yang mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Imam Syahid Al Banna.

Perjuangan Imam Syahid bukanlah suatu hal yang main-main, bukan hanya sekadar da’awah seperti kebanyakan orang waktu itu. Bukan hanya sekadar membangun rumah ibadat. Imam As- syahid sedang dan hendak membangun sebuah peradaban. Dan ia percaya, peradaban tak akan pernah wujud, tanpa seseorang yang ia yakini kesetiaannya. Maka siapapun itu-pendampingnya-harus menyedari bahawa dipundaknya ada amanah yang sama besarnya dengan apa yang di impikan oleh Imam Syahid. Ada dimensi waktu disitu. Maka pertemuan diyakini menjadi suatu hal yang mahal bagi Imam Syahid dan isterinya. Maka bagi Lathifah As Suri menjadi isteri Hasan Al Banna menyimpan begitu banyak cabaran. Sejak awal pernikahan, Lathifah sudah menyedari bahawa dia harus bersedia jika sampai waktu dia harus menjalani hidup bersendirian tanpa seseorang, tempat berlabuh hidup dan cintanya.

Da’wah & Rumah Tangga

Da’wah Ikhwan yang dipimpin oleh suaminya banyak meminta risiko yang bukan ringan-ringan. Penjara bahkan nyawa menjadi penamat logik, yang bila-bila masa boleh menyapanya. Tanpa diminta, Lathifah sudah tahu dan mengerti bagaimana ia harus menempatkan dirinya. Ia memutuskan menutup seluruh aktiviti luarnya. Hanya satu yang ia curahkan, jihad utamanya adalah dilingkup rumahnya sendiri. Mengurus rumah tangga dan membesarkan anak-anak mereka berdua adalah dua hal yang tidak kalah pentingnya dengan yang dilakukan oleh Hasan Al Banna.

Sebelum menikah dengan Hasan Al Banna, Lathifah berasal dari keluarga yang taat beragama. Hingga tak hairan jika ia menyedari betul tuntutan hidup menjadi isteri seorang daie. Malam, dia harus rela untuk terbangun menyambut kepulangan suaminya. Walau jarang-jarang berlaku, Imam As-Syahid sangat berhati-hati, bahkan hanya untuk membuka pintu rumahnya sekalipun. Jauh dilubuk hatinya, Imam As-  Syahid tidak ingin mengganggu tidur bidadari kekasihnya yang telah seharian mengurus rumah dan anak-anak mereka berdua. Imam As-  Syahid bahkan tak segan untuk menyiapkan makan malam untuk dirinya sendiri.

Wanita, Isteri & Ibu

Lathifah tidak pernah mengeluh, walau seharian hanya ia habiskan seputar rumah dan rumah saja. Ia tidak pernah menuntut lebih kepada Imam As- Syahid. Padahal, Lathifah pun -berlepas diri dari ia seorang isteri Imam As-  Syahid- menyimpan banyak potensi. Anak-anak mereka yang berjumlah enam orang sesungguhnya adalah curahan tumpuannya menjalani hidup. Satu-satunya yang pernah membuat dirinya bingung adalah, ketika salah satu anak mereka sakit kuat dan Imam As-  Syahid perlu tetap menjalankan jihadnya. Ia bertanya kepada suaminya,”Bagaimana jika ia meninggal?”. Imam As-Syahid hanya menarik nafas panjang, dan kemudian berkata “Bapa saudaranya lebih tahu bagaimana mengurusnya.” Sejak hari itu, Lathifah menanamkan wawasan keIslaman kepada anak-anaknya. Mendorong mereka untuk membaca, sehingga dalam hidupnya mereka tidak terpengaruh dengan seruan-seruan yang meruntuhkan. Ketika Imam As-Syahid keluar-masuk penjara, Lathifah berusaha bersabar .

Lathifah sangat menyedari peranan dan kewajiban asasi seorang wanita sebagai isteri dan ibu bagi anak-anaknya. Dia  mengosongkan waktunya untuk mendidik anak-anaknya. Dia bahagia melihat anak-anaknya berjaya dalam hal akhlak dan amal. Ini tak mungkin terjadi jika seorang ibu sibuk di luar rumah. Seorang anak tidak mungkin belajar tentang akhlak dan amal dari orang selain ibunya. Ketika Hasan Al-Banna syahid, anak-anaknya belumlah dewasa. Lathifah tidak lantas menyerah. Tak ada resah ataupun ketakutan dalam hatinya. Ia sangat memelihara apa yang dikehendaki oleh almarhum suaminya. Ia tetap berusaha didalam rumah. Lathifah tidak meremehkan hudud (batasan) yang Allah tentukan. Kerananya, tidak hairan diantara anak-anaknya tidak ada ikhtilat (percampuran) - antara anak-anaknya dan sepupunya yang berlainan jenis.

  Pengetahuan & Perjuangan

Tidak ada yang berubah dirumah itu, apa yang Imam As-Syahid inginkan berlaku dalam keluarganya masih tetap di pegang teguh oleh Lathifah. Sendirian, ia membesarkan keenam anaknya. Dirumahnya kini ia mempunyai tugas tambahan, yaitu memperdalam wawasan keIslamannya.Yang dimaksud dengan wawasan keIslamannya adalah membaca Al-Quran dengan tafsirnya, mempelajari Sunnah Rasulullah SAW, haditsnya dilanjutkan dengan usaha kuat untuk menerapkannya. Lathifah juga masih menyempatkan diri mempelajari sejarah para salafussalih dan berita dunia Islam. Lathifah menyedari mengenepikan masalah ini akan menghasilkan persoalan serius. Seorang yang tidak menambah pengetahuan keIslamannya, akan merasa sulit untuk bangga dengan keagungan dan kebesaran Islam. Dengan melalui pemahaman keIslaman yang baik, seorang wanita akan menyedari betapa penting peranannya terhadap keluarga dan masyarakat.

Perjuangan Lathifah membuahkan hasil yang gemilang. Semua anaknya berjaya meraih kelulusan formal dalam pendidikan ilmiah. Yang sulung, bernama Wafa-menjadi isteri Dr.Said Ramadhan. Kedua Ahmad Saiful Islam, pernah duduk di parlimen. Ketiga bernama Tsana, kini sebagai pengajar di Universiti Cairo. Kelima Roja, kini menjadi doktor. Dan Halah sebagai doktor pakar anak di Universiti al-Azhar. Dan terakhir, Istisyhad sebagai doktor ekonomi Islam. Semuanya itu sebagai bukti, betapa berertinya peranan Ibu bagi keberhasilan da’wah sang suami. Selain juga untuk anak-anaknya…..




Buat saya dan kalian

Kisah Lathifah, bidadari hidup As-syahid Hassan Al-Banna boleh kita jadikan contoh untuk membakar spirit perjuangan kita, banyak lagi kisah-kisah srikandi yang lain.

Andai dipanjangkan umur, perjalanan hidup kita masih jauh, saat ini masih di kampus, 2,3 tahun mendatang alam baru akan ditempuhi. Saya menyeru diri dan teman-teman, kita perlukan persiapan yang kukuh untuk sebuah perjuangan hidup yang panjang. Saya kira kita tidak perlu segan unutuk berbicara tentang Baitu Da’wah yang akan masing-masing kita bina. 



 Tapaknya adalah kefahaman Islam yang sebenarnya, memahami tuntutan sebuah perjuangan, bukan tuntutan nafsu, kerana ‘Istana’ yang dibina ini juga adalah wasilah untuk kita ke syurga.
 Saya dan kalian punya dream yang berbeza, namun pokoknya adalah biar Bait Da’wah yang dibina ini makin menguatkan langkah perjuangan kita, malah menjadi tapak untuk lahirnya generasi yang akan menyambung perjuangan agar Islam kan terus gemilang dengan pendokong-pendokongnya.
 Buat akhawat, siapkan diri sepenuhnya kerana kita akan menjadi sayap kiri dalam Bait Da’wah nanti. Andai masa ini kita masih lagi bersikap sambil lewa terhadap amalan diri , kurangnya ilmu, kurang berdisiplin, bersikap negatif..mungkin Bait Da’wah yang akan kita bina nanti hanya tinggal angan kosong.

Moga kita akan  menjadi seperti Lathifah, tegar di sisi A-syahid Imam Hassan Al-Banna..
 Ya Allah, jadikanlah kami srikandi sejati yang menyedari dan memahami tuntutan perjuangan Islam, tidak kan meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan Ummat, kurniakanlah kami cinta-MU sehingga kami tidka kan pernah meminta cinta selain-MU, dan tidakkan kami goyah pada cinta dunia ini kerana hebatnya rasa penggantungan dan rasa Cinta pad-MU..

~ Jundatulllah~
Bait Srikandi : 5-mei-2010- 12:45



Syukur kepadamu Ilahi
dengan izinmu kami disini
tidak kami berbangga diri
menyerah hidup sebagai daie

daie itu bukan gelaran
bukan juga beban
tapi fitrah hidup insan
yang mengenal kehendak Tuhan

menjadi pemimpin bukannya mudah
bila yang dipimpin banyak karenah
namun ini kukira amanah
atas rezekiMU yang melimpah ruah

jadilah kalian,
pemimpin yang beraqidah mapan,
berakhlak ikutan,
tajam akal fikiran,
tinggi kesabaran,
kuat tubuh badan,
dan amanah dalam pekerjaan.

sungguh islam dibina atas hujah,
bukan taklid buta semata.

biar hidup tidak berharta,
tapi cukup bekal membeli syurga,
biar hidup dihina manusia,
tapi darajatnya tinggi disisi yang Esa.

sungguh islam bukan lemah,
islam adalah agama dakwah,
umat islam adalah qudwah.

tegakkanlah kebenaran,
walaupun ia tidak menyebelahi kalian,
berkatalah benar,
walaupun tidak dibenar

sedikit bukan bermakna kalah,
sedikit bukan bermakna lemah,
pelik bukan bermakna salah,
muda bukan bermakna mentah.

wujudkan suatu biah,
yang berpaksi Al-Quran dan Sunnah,
agar islam bukan lagi fitnah,
dan agama hanya milik Allah,
ikhlaskan niat ikut Rasulullah,
agar usaha dinilai ibadah.

rapatkan saf semangat jangan goyah
kota yang telah roboh harus dibina semula
jangan kau gentar pada bayang-bayang sendiri
di sebalik pahit getir kemenangan menanti

 kemenangan itu sudah pasti
namun bila tidak diketahui
mungkinkah ia tujuh generasi
mungkin juga menuntut mati

 mari disusun kaki biar rapat
agar ditolak tidak jatuh
angin ribut kekal utuh
patah sayap bertongkat paruh

kalau berjalan biar seirama
dibelakang mengejar didepan menunggu
kalau berlari biar bersama
agar terasa nikmat bersatu 

medan kita mungkin berbeza
tapi tempat tuju kita sama
di cubit kiri kanan terasa



kerana dakwah ini KITA tanggung bersama…

:: Jundatullah ::
Melangkah menuju redha Ilahi..
2_mei_2010
bait srikandi

WELCOME TO THIS SITE!