Menghitung hari
tahun berganti tahun

bulan bersilih bulan
hari bertukar hari
jam..minit..saat mengikut putaran alam..

seakan rasa baru semalam diri ini bertambah usia

Ya ALLAH
cepatnya masa berlalu

persisku telah meniti titian kehidupan berliku
walau ombak datang membadai

walau apa jua rintangan yang menghunjam
ku kentalkan pendirianku
kukejapkan iman di qalbu

ku teruskan langkah perjuanganku..

Ya Muqtadir
kemanisan yang dikecapi tersirat kisah keperitan
kelapangan dalam kesibukan yang bertalu

kesenangan dijahit nan disulam
kesusahan yang menimpa

semua itu sudah tertulis Qada’ dan Qadar
tiada kuasa yang mampu menghalangNYA..

Ya Rahman,Ya Rahim
jendela baru bakal dikunjungi

meninggalkan tirai yang usang berlalu pergi
moga diriku rancak menyiram taman hati Sahabiah

memurnikan sanubari insan
sambil menabur benih semaian di taman hati ini

ku sisip tarbiyah dan tazkirah seiringan
ku kutip mutiara dalam menongkah bahtera kembaraku

agar mekar mewangi
bersama kalungan munajatku

Ya Karim..Ya Zal JalaliWalIkram…
ku hanya menumpang kasihMU

atas nikmat yang tak terperi lagi terhitung
ku akui kekerdilan diri ini
di hadapan Qudrat dan IradatNYA..

PadaMU
ku rintih
teguhkan amanah Ad-Deen di bahuku
berikan nafas pada hatiku yang layu
moga ku senantiasa menikmati Taqarubbillah

tawadhuk dan istiqamah di jalanMU

Ya Mujib..Ya Fattah..
selamat berjuang untuk diriku
hingga ke titik noktah antara cita-cita dan impian
yang belum tertunai

wasilah dakwah yang di dambakan
perjuangan yang belum selesai
ALLAHU AKBAR !!

Pasti dariNYA kita datang….
Dan padaNYA kita kembali..

~ jendela baru ~

:: jundatullah ::




Pemuda dan pemudi sekarang hanya mampu berteori sahaja dan melaung-laungkan slogan jihad tetapi jiwa mereka kosong. Mereka mengagungkan kegagahan yang dimiliki generasi-generasi terdahulu..kita hanya dapat berbangga dengan teori-teori yang dicipta oleh mereka tanpa kita sendiri yang merealitikan teori tersebut.. Tugas kita bukan setakat berlatih ceramah untuk dikatakan hebat dan petah berkata-kata. Tugas kita juga bukan setakat mengaku sebagai pejuang tetapi tugas kita lebih besar…memahami ISLAM secara SYUMUL, MENDALAMI ILMU –ILMU ISLAM YANG LUAS, MEMBONGKAR LAUTAN HIKMAH DAN MENJADI PEMIKIR ISLAM !!! ISLAM PERLUKAN PEMUDA DAN PEMUDI YANG MENANGIS DI MALAM HARI MENGHITUNG DIRI & SIANGNYA TANGKAS BAGAI KUDA PERANG !! ISLAM PERLUKAN PEMUDA-PEMUDI YANG BERANI KERANA BENAR!!! ISLAM PERLUKAN PEMUDA-PEMUDI YANG MELETAKKAN ALLAH ADALAH SEGALA-GALANYA.. ISLAM PERLUKAN PEMUDA-PEMUDI YANG BENGIS PADA KEMUNGKARAN DAN LEMBUT BILA MELIHAT KEBAIKAN !!!!

Aku kah di kalangan pemuda-pemudi kebanggaan ISLAM itu????

Ya ALLAH..dhoifnya diri ini…

Monolog jundatullah.





“ Kejayaan tidak akan dapat di capai tanpa adanya matlamat yang jelas”….bagaimana ingin mendakap sebuah kejayaan jika matlamatnya tiada untuk digenggam…

Tentunya lebih menarik jika ana bawakan satu cerita untuk kita sama-sama hayati. Seorang pegawai syarikat perlombongan di Afrika Selatan, David Brown sangat bertuah kerana telah dipilih oleh ketuanya untuk berkursus di England. Tugasnya adalah mempelajari teknologi di England untuk dilaksanakan di Afrika Selatan. David Brown sangat gembira kerana inilah kali pertamanya beliau pergi ke England. David Brown juga telah berjanji kepada bosnya untuk mempelajari sebanyak mungkin teknologi di England untuk dipraktikkan bila kembali nanti.Setibanya David Brown di England,, beliau telah terpesona dengan kemajuan dan kemodenan England. Tugasnya telah dilupakan. Beliau mulai meneguk kemajuan dan tenggelam dalam kemewahan yang menipu. Wang syarikat dibelanjakan secara boros. Akhirnya beliau kehabisan wang. Begitulah manusia, kesusahanlah yang akan mengingatkan akan kebenaran. Begitu juga dengan David Brown, beliau telah menyedari bahawa beliau ada tugasan untuk dilaksanakan. Tapi, malang betul bagi David Brown kerana beliau telah lupa apakah tugasnya kerana terlalu asyik berfoya-foya. Beliau mengimpikan kejayaan tetapi sudah lupa tugas dan tidak jelas apa matlamatnya!!

Apa yang ingin ana utarakan adalah lebih penting daripada cerita David Brown. Kejayaan David Brown hanyalah mengenai kemajuan syarikatnya. Tetapi, apa yang ingin ana bicarakan adalah mengenai tujuan hidup manusia. Matlamat hidup manusia. Manusia dalam kehidupan dunia ini terbahagi kepada tiga golongan..dalam golongan manakah kita berada ???

GOLONGAN YANG HIDUP UNTUK DUNIA

Golongan yang hidup untuk dunia adalah golongan yang berfahaman metearilistik, baik dari segi akidah dan realiti kehidupan. Allah menggelarkan golongan ini di dalam AL-QURAN sebagai “DAHRIUN”. ALLAH telah berfirman mengenai golongan ini , mafhumnya:- “Dan mereka mengatakan..“hidup hanyalah kehidupan kita di dunia sahaja dan kita sekali-kali tidak akan dibangkitkan” (AL-AN’AM:29)

Golongan ini mengingkari wujudnya hidup setelah kehidupan dunia ini ; dimana segala perbuatan manusia akan dihisab, maka pada saat itu kehidupan di dunia ini menjadi matlamat utama. Sesiapa yang hidup untuk dunia, akan mengejarnya sehingga karam dalam nafsu dan tipudaya dunia.

ALLAH s.w.t telah berfirman, mafhumnya : “ Dan mereka : “kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan dunia sahaja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa”, dan mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang itu,mereka tidak lain hanyalah menduga-duga sahaja” (AL-JAATSIYAH :24)

Moga- moga kita bukan dari golongan ini…

GOLONGAN YANG SESAT ANTARA DUNIA DAN AKHIRAT

Golongan ini beriman kepada ALLAH dan hari akhirat tetapi, aqidah dan keyakinan mereka terhadap ALLAH dan hari akhirat hanyalah merupakan gambaran kulit sahaja. Aqidah dan keyakinan mereka terpisah terus dari reality hidup yang praktikal.

Golongan ini adalah terdiri daripada kebanyakan manusia yang Aqidah sentiasa bergelora dan sesat dalam menjalani hidup dunia sedang mereka menyangka yang mereka masih melakukan sesuatu yang baik. Golongan ini pada hakikatnya termasuk dalam golongan kebendaan walaupun pada zahirnya melakukan ibadat-ibadat rohani. Apa yang dikatakan oleh seorang penyair ini adalah sungguh tepat untuk menggambarkan golongan kebendaan ini.. “ kita menampal dunia kita dengan mengoyakkan agama kita, tapi tidak satu pun yang kekal baik dunia atau agama kita”

As-Syahid Imam Hassan Al-Banna dalam risalah yang bertajuk “ Ke mana kita menyeru manusia” telah menulis, Al-Quran menentukan matlamat hidup dan tujuan manusia hidup. Al-Quran telah menerangkan satu kaum yang tujuan hidup mereka hanyalah untuk makan dan bermewah-mewah. ALLAH taala telah berfirman, maksudnya: “Dan orang-orang kafir itu bersenang-senang (di dunia) dan mereka makan seperti binatang-binatang makan dan neraka adalah tempat tinggal mereka” (MUHAMMAD: 12)

Kita sama-sama usaha dan doakan kita bukan juga tergolong dalam golongan ini.

Al-Quran menerangkan juga satu golongan lain yang tujuan hidup mereka hanyalah untuk perhiasan dan kemewahan dunia yang akan hancur dan lebur. “Di jadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak,kuda pilihan, binatang ternakan dan sawah-ladang. Itulah kesenangan hidup dunia, dan di sisi ALLAH tempat kembali yang baik.” (ALI-IMRAN :14)

Ada juga golongan lain yang tujuan hidup mereka hanyalah untuk menimbulkan fitnah dan menyuburkan kejahatan serta kebinasaan. ALLAH mensifatkan mereka ini melalui firmanNYA yang bermaksud : “Di antara manusia itu ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu dan dipersaksikannya kepada ALLAH( atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia adalah penentang yang paling keras.” (AL-BAQARAH :204-205)

Marilah kita bersama-sama usahakan dan doakan agar kita bukan dari golongan ini kerana ALLAH telah membersihkan dan menjauhkan kita orang-orang mukmin darinya, mewajibkan kita orang-orang mukmin, tugas yang lebih tinggi dan mulia, meletakkan di atas bahu kita tanggungjawab yang lebih-lebih tinggi dan mulia, meletakkan atas bahu kita tanggungjawab yang lebih agung, tanggungjawab untuk menunjukkan jalan yang benar kepada manusia, menunjukkan arah kebaikan kepada manusia semuanya dengan sinar ISLAM.

GOLONGAN YANG MENGANGGAP DUNIA SEBAGAI LADANG AKHIRAT

Mereka inilah orang-orang mukmin yang sebenarnya. Mereka mengetahui hakikat hidup yang sebenarnya. Mereka juga mengetahui harga dunia berbanding akhirat. Firman ALLAH, mafhumnya: “Dan tiadalah kehidupan akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu memahaminya.” (AL-AN’AM :32)

Kehidupan dunia tidak dapat melalaikan dan menganggu mereka daripada melaksanakan tujuan dan matlamat mereka dicipta ALLAH di dunia ini. Sebagaimana yang telah diterangkan dalam Firman ALLAH, mafhumnya: “Dan AKU tidak menciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka mengabdikan diri kepadaKU.” (ADZ-DZARIYAT :56)

Orang yan benar-benar menganut agama ISLAM menganggap dunia ini sebagai satu medan perlumbaan untuk melakukan taat kepada ALLAH dan mencapai keredhaanNYA. Keseluruhan hidup mereka, baik ilmu,perniagaan,harta,rumahtangga, masa dan fikiran mereka kesemuanya digunakan unutk mencapai matlamat tersebut. Masa dan fikiran mereka kesemuanya digunakan untuk mencapai matlamat tersebut. Sebaliknya golongan kebendaan menggunakan perkara-perkara tersebut untuk menunaikan tuntutan hawa nafsu dan syahwat.

Imam Hassan Al-Banna juga menaqalkan dalam risalahnya “Ke mana kita menyeru manusia”, beliau menyentuh permasalahan ini katanya:-

“ Saudara yang dimuliakan, demi tuhan, adakah ummat ISLAM telah memahami pengertian ini dari kitab ALLAH, Tuhan mereka?. Dengan memahami pengertian ini jiwa mereka menjadi tinggi, semangat mereka menjulang, mereka bebas dari konkongan hawa nafsu dan syahwat. Mereka akan menjauhi perkara yang sia-sia, tujuan-tujuan yang rendah dan hina. Mereka akan membulatkan haluan mereka kepada ALLAH yang menciptakan langit dan bumi. Mereka akan bersifat hanif (suci), menegakkan kalimah ALLAH, berjihad pada jalan ALLAH, menyampaikan agama ALLAH dan mempertahankannya atau sebaliknya akan menjadi tawanan kepada syahwat,menjadi hamba abdi kepada hawa nafsu dan kerakusan. Seluruh impian mereka hanyalah makanan yangenak-enak dan lazat, kenderaan yang mewah, perhiasan yang indah, perempuan jelita yang menggoda, lahiriah yang palsu dan gelaran dan pangkat yang sia-sia”

Ana seru diri sendiri dan sahabat-sahabat….sekarang matlamat kita sudah jelas. Segalanya terpampang di depan mata. Pilihlah untuk kita menjadi golongan yang bagaimana. Matlamat sudah kita ketahui. Kejayaan sedang melambai-lambai menanti kita mendakapnya. Harus kita mulai sekarang usaha untuk mendakap kejayaan kerana tiada esok untuk menanti perubahan kerana bukan kata esok, tapi satu saat akan datang pun tak pasti kita ada lagi di dunia ini. Sebelum terlambat, marilah kita sama-sama berganding bahu..bersatu untuk bersama dan saling mengecapi kejayaan yang gemilang sebagai hamba yang berjaya dunia dan akhirat. Jangan biarkan diri kita masih tidak tahu dan mengerti apa TUJUAN HIDUP. ISLAM yang terbaik dan jangan kita menangguh dalam mengejar Cinta & Redho ILAHI..jangan menunda untuk melaksanakan yang terbaik selaku HambaNYA..

~Pengemis Cinta Ilahi..Perindu Syahid Abadi~

:: Jundatullah ::



Sahabat..

Aku mencintaimu kerna Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu. Ya,tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.

Sahabatku yang sangat aku cintai..
Sungguh,jalan yang kita lalui ini bukan jalan yang indah dan mudah. Jalan ini matlamatnya cantik dan mengkagumkan.Tapi, sungguh tidak dapat aku janjikan kepadamu jalan ini akan senang kau lalui. Bukankah sejarah membuktikannya, haq yang ingin dibawa tentu sekali akan ditentang.

Sahabat..

Bukankah dalam kita berdiskusi, seringkali kita ingatkan pejuang yang telah lama terkorban dulu? Sheikh Hassan Al Banna,ditembak di pasar. Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq! Syed Qutb,nyawanya tercabut menemui Rabb nya di tiang gantung? Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq. Sheikh Ahmad Yassin dibunuh dengan misil yahudi laknatullah di hadapan masjid di subuh yang hening. Kerna apa? Kerna dia juga membawa yang haq!

Amanah ini untuk kita,sahabatku.Amanah ini untuk orang seperti kalian. Bukanlah aku ingin menggoyahkan semangat wajamu dan bahkan tidak sesekali. Tetapi sahabat,yang pasti ingin aku ingatkan janji Allah terhadap orang yang menolong agamanya, Allah pasti akan membantu urusannya. Aku ingin ingatkanmu kasih sayangNya dan rahmatNya terhadap hamba yang diredhai Nya. Bukankah senang nanti bila Allah tanyakan kepada kita: Apa yang kau gunakan masa mudamu dan aku dan kau serentak menjawab :Ya Tuhanku, Ya Rabb, masa mudaku dan masa tuaku adalah aku letakkan pada jalanMu. Adalah untuk Kau. Hanya untuk hidup dalam redhaMu walau kami ditekan. Untuk hidup dalam cinta kami kepada Mu.


Sahabat...
Peluru, tali gantung, pedang yang tajam, bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja. Tapi bukan engkau. Engkau dibina dengan tarbiyah. Dihiasi keindahan akhlak. Dilahirkan sebagai pendukung agama ini. Biar siapa sahaja pun engkau, biar apa sahaja kata orang,kau terus menguatkan langkah menyusur jalan in. Aku yakin,kerna kau sahabatku.

Sahabatku yang dikasihi..
Tidak dapat aku janjikan kesenangan dan kemewahan mengikut jalan ini. Tidak dapat aku berikan nama dan pangkat. Tapi akan ku tawarkan yang lebih baik dari segala itu. Akan kuberikan doaku semoga kau teguh dalam jalan ini .Akan ku bersama kau melangkah membawa haq dalam jalan ini. Akan aku luka dan berdarah bersama kau. Kerna kita saudara yang saling mencintai kerna Nya.

Sungguh.. aku bersama mu.


Tulus,
~ JUNDATULLAH ~
11/NOVEMBER/2OO8
{ SELASA}




Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.]

Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.Maafkan, lupakan,...Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.

Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"Wahai diri,api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri.

Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati.
Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali? Oh,tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini.

Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,sama seperti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai: "Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"Ah, betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzar - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'.

Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan. Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hak-MU..

:: Jundatullah ::
10~november~08


~ YA ALLAH..padaMU kami serahkan segalanya..HasbunALLAHuwani'malwakil..cukuplah ALLAH sebagai penjagaku,dan DIA lah sebaik-baik penjaga..~

:: JUNDATULLAH ::
9/November/08


YA ALLAH..aku punyai impian,
Namun ku tak pasti..adakah impianku ini akan jadi kenyataan..
YA ALLAH..hanya kau yang tahu apa yang tersirat dan terpendam
di sudut hati ini..betapa aku rindu untuk memijakkan kaki di Bumi Madinah..




YA RASULULLAH..hati ini begitu merinduimu..
Rindu untuk berjumpa denganmu..
Rindu untuk berada di Bumi Perjuangan mu..
Bumi Madinah.. yang menyaksikan terbinanya
sebuah Daulah Islamiyah..



Ya ALLAH..aku cemburu pada mereka2 yg pernah Menjejakkan kaki ke sana..
Adakalanya, menitis airmataku..

bila rinduku pada
bumi Madinah mencengkam di dalam jiwa....
Kadangkala aku khuatir,, dapatkah aku memijak
pepasir -pepasir indah di sana..
Madinah,
Nantikan kedatanganku..
Bersama cintaku yang tumbuh mekar pada RASULULLAH..
Ya ALLAH..perkenankanlah impianku ini…


*Monolog rinduku pada bumi MADINAH….*

JUNDATULLAH
14/Ramadhan/1429
2:51 a.m





Alkisahnya.. suatu hari, pulang saja dari liqa’.. ana dan beberapa orang sahabat pimpinan muslimat berkumpul dan berbincanglah kami sehingga tercetusnya pernyataan “ pemimpin mencipta fenomena” ni..dan kaitannya dengan macam mana nak memenangi hati mad’u- mad’u kami semua..

Apa-apa pun fenomena yang kami cipta, semuanya adalah sumbangan untuk perjuangan Islam. Sekarang ni pun ukhti mastura pun melakar dalam blognya tentang pimpinan fenomena ni..dan sahabat-sahabat lain pun sibuk buat blog termasuklah ukhti farhah dengan blognya ALBI NADAK…lagipun blog ni boleh jadikan sebagai medium untuk luaskan skop lapangan dakwah..
Teringat ana pada kata-kata yang selalu disebut oleh YDP dan PRESIDEN.. “kita pencorak zaman kita!”…YA! memang kita pencorak zaman kita..kitalah yang akan lukis, lakar dan hiasi corakan kita itu…dan kita akan sama-sama lihat hasil corakan kepimpinan kita itu..adakah ianya indah dipandang dan cantik terukir??? Atau menjadi corakan yang akan memeningkan kepala dan menyerabutkan otak..


Sama-samalah kita buktikan bahawa kita bukan sahaja gah dengan slogan pemimpin mencipta fenomena..tapi kita laksanakan..kita realitikan ia..kita terobos segala penghadang-penghadang yang menghalang!! Bercakap memang senang..tapi untuk membuktikan menjadi kenyataan, bukanlah sesuatu yang mudah..tetapi tak mustahil andai kita benar-benar yakin..

Memikul tugas sebagai daie bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng..nak bagi kefahaman kepada mad’u yang dalam masa yang sama kena bersabar dengan pelbagai kerenah mereka..Ya ALLAH terima kasih kerana bagi kami semua peluang untuk berfikir jauh dari konteks kami sebagai remaja biasa kepada remaja yang memahami hadaf perjuangan.. Dengan cetusan bersama “pemimpin mencipta fenomena”..beriringanlah kita melakar sejarah..beradanya kita dibumi Apium Nilam Puri ni tak lama sahabat-sahabat..tempoh kepimpinan kita pun seketika cuma.. manfaatkan segala peluang dan ruang dalam kita melaksanakan dan melunaskan amanah ALLAH untuk meneruskan agenda pentarbiyahan di Bumi Nilam ini..kita kumpul dan topup sebanyak-banyaknya segala keperluan untuk kita teruskan perjuangan dan persediaan kita dalammenghadapi mehnah dan tribulasi di bumi KL nanti …Jadi, sementara masa dan kesempatan yang masih berbaki..kita cuba lakukan yang terbaiksekadar termampu bagi sesi kepimpinan kita..TAKKAN TERHASILNYA SUATU KENYATAAN TANPA SUATU PELAKSANAAN !!!

Ciptalah fenomena andai boleh membuat mata mad’u terpana..sama-sama kita fikirkan dan laksanakan..(”,)
*jundatullah*


Alhamdulillah.. malam ni, terlaksanalah sudah perasmian bagi program Ihya' Ramadhan yang diberi nama MURABBI 08' { mubarak Ramadhan bit-tazkiyatun nafsi }..tahniah ana ucapkan pada antum/antunna untuk gerak kerja yang pertama ni..walaupun nampak ada sedikit kelemahan yang perlu diperbaiki.. Teruskan usaha antum/antunna untuk mengimarahkan ramadhan yang mulia ini dengan aktiviti2 yang bermanfaat dan pastinya memberi pengisian berguna buat warga bumi tarbiyah..selalulah rujuk pimpinan MPP & JTK kerana mereka semua pernah berada di tempat adik-adik...merancang, mengendali dan melaksanakan program Ihya' Ramadhan selama sebulan.Namun ingatlah adik-adik yang dikasihi..pengalaman ni hanya kita je yang merasainya, dan sesungguhnya ia sesuatu yang amat bermakna..dan ingatlah segala penat lelah, susah dan payah yang kita hadapi..semua itu mengajar kita erti TARBIYAH dalam kembara kita menuju MARDHOTILLAH..lakukan yang terbaik sedaya termampu..ana percaya dengan antum/antunna semua.Dalam bergerak kerja, jaga hubungan dengan ALLAH kerana..hubungan dengan ALLAH tetap utama dan paling utama..kerana,kita merancang..ALLAH Juga merancang..dan DIAlah sebaik-baik PERANCANG.Buat yang terbaik untuk MURABBI 08'..Adik-adikku,AJRUN MINALLAH!!! ~ bit taufiq wan najjah~

:: JUNDATULLAH ::
..Apium Nilam Puri..
4.40 minit pagi
25 0g0s 2008
~Lagu ni ku tujukan khas buat sahabat2 seperjuangan yang sentiasa bersamaku dalam meneruskan kelangsungan DAKWAH & TARBIYAH di Bumi Nilam Puri yang tercinta..mesti antum & antunna semua masih ingat lagu ni kan?? Lagu yang mengandungi nostalgia tersendiri..dan yg pastinya hanya kita je yg tahu apa KENANGAN TARBIYAH di sebalik lagu ni..


:Kan melangkah kaki penuh pasti,
Menerobos segala onak duri,
Generasi baru yang telah dinanti,
Tak takut di caci tak gentar mati..

Badai gelombang terus menerjang,
Ku tumbangkan segala kezaliman,
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan,
Hingga pertiwi gapai sejahtera..

Takkan surut walau selangkah,
Takkan henti walau sejenak,
Cita kami hidup mulia,
Atau syahid mendapat syurga..

~terima kasih sahabat-sahabat..jika ISLAM yang kita julang dan sanjungi,,andai tak menang..pasti Syahid menanti !!!

: JUNDATULLAH:
3.08 Pagi
25 0G0S 2008

Definisi Teori

Dewasa ini, terlalu banyak teori atau ideologi tersebar dan diperkatakan dalam dunia ini. Samada ianya diperdebatkan, diterima atau ditolak. Jika ditinjau dari skop politik, ekonomi atau sastera, semuanya mempunyai teori tersendiri. Dalam sastera melayu, pelbagai teori dicipta dan dibahaskan. Mutakhir ini, terdapat keghairahan dan keberahian sarjana dan pengarang sastera dalam mencetuskan teori baru sastera. Sesuatu yang perlu dibangkitkan; untuk apa semua teori ini? Relevankah ia?

Apakah yang dimaksudkan dengan teori? Teori boleh dimaksudkan begini: pendapat (bersifat pandangan yang tidak dapat dibuktikan dengan kukuhnya) yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara dan sebagainya.

Protokol Cendekiawan Zionis Sedunia ke IX menyebut perihal teori dan ideologi. Bunyinya: Kita telah memperbodohkan, membingungkan dan mengotori pemikiran remaja goyim (bukan Yahudi) dengan mendidik mereka melalui prinsip dan teori yang walaupun kita tahu palsu, kitalah yang menciptanya.

Protokol kontroversi ini mengandungi 24 bab atau bahagian. Ia merupakan dokumen sulit yang menerangkan survival bangsa Yahudi pada masa 100 tahun. Dokumen ini mulanya didedahkan Sergius A Nilus.

Tiada bukti jelas siapa penulis dan mastermind protokol ini, tetapi ada spekulasi menyatakan ia diilhamkan oleh seorang wartawan Yahudi, Theodor Herzl yang juga dikenali sebagai bapa zionis.

Kaum Yahudi dalam surah al-Baqarah dikutuk kerana kejahatan dan kedegilan mereka. Beratus nabi telah dibunuh oleh mereka, misalnya Nabi Zakaria. Pendeta mereka terkenal sebagai ulama yang mengubahsuai kitab Injil, Zabur dan Taurat.

Terdapat cerita yang dipanggil Israeliyat, iaitu ciptaan pendeta mereka untuk menyesat dan memesongkan masyarakat awam.

Yahudi diketahui bergiat aktif dalam semua bidang kehidupan, terutama bidang teras atau utama seperti ekonomi dan politik.

Dalam dunia pemikiran, Yahudi tidak terkecuali. Untuk memukau pemikiran dunia, kadangkala mereka menunggang golongan intelektual bangsa goyim, selain tokoh mereka sendiri.

Penyebar Fahaman Yahudi

Tiga nama yang jelas disebut dalam Dokumen ke-IX adalah Karl Marx, Friedrich Nietzsche dan Charles Darwin. Mereka disebut sebagai tokoh berjaya membawa misi yang dikehendaki Yahudi. Kita ketahui juga, antara pemuka tulen Yahudi adalah Karl Marx, Sigmund Freud dan Lenin. Manakala di pihak goyim, termasuk George Bernard Shaw, Rosseaou, Darwin atau Nietzche.

Empat nama terakhir bukan berdarah Yahudi, tetapi dipercayai menjadi boneka dan dipergunakan secara sedar atau tidak oleh zionis dalam menjayakan misi mereka.

Shaw, penulis dan ahli falsafah British itu, seorang ahli aktif Kelab Fabian, sebuah persatuan anjuran Yahudi, selain Freemason dan Allience Israelite Universelle.

Dalam dunia politik, komunisme atau sosialisme diketahui jelas sebagai pembawaan dakyah atau agenda Yahudi.

Dengan fahaman komunis dan sosialis, mereka menggerakkan agenda revolusi untuk kehancuran dunia dan mengutip laba dalam politik, ekonomi dan sosial. Ini dibuktikan melalui kejayaan revolusi di Russia.

Slogan Freedom-equlity-fraternity juga disebar oleh intelektual Yahudi, walaupun ia disampaikan dari mulut bangsa goyim.

Perkara ini jelas tertera dalam catatan Protokol Zionis dengan nama mengejek kaum goyim.

Dalam jurusan sains politik, Harold J Laski, pensyarah di London School of Economics and Political Science adalah juga ahli jawatankuasa Fabian. Beliau dianggap sebagai rujukan penting bagi pelajar-pelajar dalam bidang sains politik.

Beliau sebenarnya adalah arkitek dan pembangun Yahudi dalam merangka teori pemikiran politik goyim. Buku tulisannya dipelajari di sini, Dewan Bahasa dan Pustaka sendiri telah menterjemahkan salah sebuah karya politiknya. Bahkan Lee Kuan Yew suatu ketika dahulu pernah berguru dengan Harold J Laski.

Buku sains politik, The Social Contract, karya Jean Jacques Rousseau yang mengumandangkan idea abad ke-18, persamaan manusia menurut lumrah alam adalah produk Yahudi.

Siapakah meniupkan inspirasi kepada Rousseau yang buah fikirannya dalam buku itu didakwa berjaya menyumbangkan peratusan besar faktor penyebab meletupnya revolusi di Perancis tahun 1789 itu? Beliau adalah Dr. Kallen, seorang Yahudi ahli Kelab Fabian.

Sokongan Negara Luar

Revolusi Perancis memberikan keuntungan besar kepada Yahudi. Revolusi Perancis telah menghadiahkan kebebasan sivil kepada Yahudi di Eropah Barat.

Seterusnya, Dean Roscoe Pound (Yahudi penganjur liberalisme) Kemudian David Ricardo telah mengobarkan doktrin abad ke -19 iaitu idea persamaan manusia menurut kejenteraan.

Dalam sastera, pemikiran berbaur Yahudi tidak terkecuali dan tidak dapat dinafikan. Misalnya, feminisme, absurdisme, eksistensialisme, surrealisme, realisme magis atau romantisme.

Meskipun bebas dan tidak diterbitkan pemuka Yahudi secara terang-terangan, tetapi dari satu segi, semua isme ini seolah-olah melengkapi, menyetujui dan menyokong pernyataan dokumen tadi. Berapa ramai intelektual dan sarjana sastera Malaysia mabuk dan selalu berhujah dengan menggunakan teori di atas?

Semua ini menuju matlamat untuk membingungkan pemikiran bangsa bukan Yahudi dalam usaha mereka untuk menguasai dunia. Ini semua dijalankan untuk kepentingan mereka.

Mereka cuba meletakkan perangkap dalam setiap bidang kehidupan, samada untuk melekakan, membingungkan atau merosakkan.

Teori di atas tiada gunanya, Ia amat tidak praktikal sama sekali. Kita ambil contoh feminisme, bolehkan diwujudkan persamaan hak antara wanita dan lelaki?

Kesamaan atau ketidaksamaan hak wanita dan lelaki sudah jelas dalam al-Quran, maka apa lagi yang mahu diambil dari Feminisme?

Mungkin terdapat pemikiran yang dibawa Yahudi baik dan positif. Hal ini mengingatkan kepada kisah Nabi Muhammad SAW dengan sekumpulan wanita berkisar persoalan ahli nujum.

Mereka bertanya kepada baginda, mengapa meramal nasib diharamkan? Walhal tilikian itu adakalanya tepat. Baginda menjawab, samada tepat atau tidak, haram hukumnya meramal nasib. Ini kerana mereka mencampurkan antara kebenaran dan kebatilan.

Kesedaran

Seharusnya satu penilaian semula dilakukan ke atas semua teori dan ideologi yang selama ini kita praktikkan. Dalam tulisan ini khasnya, merujuk teori sastera.

apakah sebenarnya teori? apa perlu adanya teori? Apa relevannya teori?

Kita bimbang jika pemikiran kita dilekakan dengan pembuatan, perbahasan dan penamaan teori yang tiada gunanya dan semua ini akhirnya menjayakan misi Yahudi dalam melekakan pemikiran umat manusia dari menghadapi kenyataan dan masalah sebenar. Malah dikhuatiri produk dan calon intelektual yang dikeluarkan pusat pengajian tinggi kelak, hanya mengajar, membahas dan menyebut teori yang tidak ada gunanya, tidak berpijak di bumi nyata atau khayalan semata.

Kita akhirnya leka dan sesat dalam permainan teori dan ideologi semata. Juga dibimbangkan, dalam keadaan kita mengkritik kaum muda yang dijangkiti kuman penyakit sosial yang disebar Yahudi seperi budaya Hedonisme atau Hippies, golongan intelektual sendiri lebih dahsyat dilekakan dengan candu teori dan ideologi tak berguna ciptaan Yahudi.

* sumber : Berita Harian



Jundatullah
1 a.m
23 Ogos 08
http://jundatullah.blogspot.com/

WELCOME TO THIS SITE!