Selamat Hari Wanita, kuntuman mawar penyeri dunia.
Bismillahirrahmanirrahim. Kiranya saya ini menjadi antara yang terlewat mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada seluruh wanita yang berada dimuka bumi Allah ni. Masa yang mengekang membuatkan saya benar-benar terhambat oleh desakan tugas yang banyak menanti untuk diselesaikan. Kepenatan menghinggap apabila terpaksa bergegas pulang ke Kelantan apabila medapat khabar yang tidak baik daripada bonda. Hampir dua hari juga saya di Kelantan, 'menyambut' Hari Wanita bersama dua wanita yang banyak berjasa pada diri saya iaitu umi dan nenek.
Tidak lupa untuk saya ucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat sahabat syurga saya, Ukhti Farhah Nabila
yang lahir pada tanggal 8 Mac, bersamaan sambutan Hari Wanita Sedunia.
farhah, hujung sekali sebelah kiri |
Sejarah Hari Wanita Sedunia 2011
Hari wanita bermula dari sebuah kisah wanita biasa yang mencipta sejarah perjuangan wanita yang berabad abad lamanya untuk persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan yang dikongsi dengan kaum lelaki. Kini sambutan hari wanita adalah simbolik kejayaan wanita seluruh dunia. Di hari ini semua wanita seluruh benua tanpa mengira latarbelakang agama, geografi, kaum, budaya dan politik berkumpul, bermuafakat, bersatu dan bersama-sama menyambutnya dengan perasaan muhibbah dan ceria.
Peristiwa itu berlaku 143 tahun yang lalu, 8 mac 1857. Pada tarikh ini satu mogok besar-besaran telah di adakan oleh beratus wanita yang menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York. Mereka melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yang mengekploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gaji yang amat rendah, masa kerja yang panjang serta keadaan suasana tempat kerja yang tidak berperi kemanusiaan. Lima puluh tahun kemudian di bulan Ogos 1910, Persatuan Wanita Sosialis Antarabangsa telah memilih tarih ini sebagai hari sambutan wanita sedunia. Pada tahun 1975 , Bangsa bangsa bersatu mula merayakan 8 mac sebagai sebagai hari wanita sedunia.

Islam mengangkat tinggi nilai wanita.
Ketika Hari Wanita Sedunia disambut, negara masih tidak sepi daripada penganiayaan terhadap golongan ini yang dianggap sebagai lumrah kepada yang lemah. Walaupun Barat meraikan kemenangan wanita dengan mewujudkan Hari Wanita Sedunia sejak 1911, Islam terlebih dulu memulihkan status kaum hawa yang terhina kerana amalan jahiliah, hatta memberi hak kesamarataan dalam soal ibadah.
Ketika Barat merangka undang-undang yang menolak diskriminasi terhadap wanita, Islam sudah lama memuliakan mereka dalam jaminan yang terkandung dalam Al-Quran. Bahkan sejak 15 abad lalu, Al-Quran merakamkan nas yang qat'i yang menyamakan kedudukan antara lelaki dan wanita dalam menjalankan kewajipan insani berbanding Revolusi Perancis yang berlaku di penghujung abad ke-18 dengan deklarasi piagam hak asasi manusia yang jelas mendiskriminasi wanita.

Firman Allah dalam Surah Ali 'Imraan, ayat 195 bermaksud: "Sesungguhnya aku tidak mensia-siakan amal orang yang beramal di antara kamu, baik lelaki mahupun perempuan (kerana) sebahagian kamu adalah turunan dari sebahagian yang lain."
Dan Allah juga berfirman dalam Surah An-Nahl yang mafhumnya: "Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya kami akan berikan kepadanya kehidupan yang baik. Dan sesungguhnya kami akan beri balasan kepada mereka dengan pahala lebih baik dari apa yang mereka kerjakan."
Wanita hari ini bukan seperti isteri yang dijual suami di Barat sebelum 1930-an, bukan juga seperti di Jazirah Arab di era jahiliah yang menjadi objek hinaan dan celaan serta punca keaiban keluarga. Malah wanita yang melahirkan bayi perempuan menanggung rasa bersalah yang tidak terhingga, begitu juga suaminya.
Sambutan Hari Wanita pada tahun ini pasti melonjakkan agenda pemerkasaan wanita seperti dilakukan pada tahun-tahun sebelum ini. Tiada siapa berani menafikan, apatah lagi menidakkan rencana ke atas wanita kerana umum mengetahui kecemerlangan wanita hari ini tidak boleh diragui dan terbukti.

Akhirnya, Selamat Hari Wanita buat umi,nenek, teman-teman syurgaku, akhawat gerakan dan seluruh wanita di dunia.
Tidak lupa juga ucapan tahniah buat sahabat2 YB MPMUM yang menghadiahkan kuntuman2 bunga mawar kepada seluruh warga kampus sempena hari wanita baru-baru ini.
perkongsian biasa-biasa,

yb ada,yb mas, yb tiong dan lain2 |
perkongsian biasa-biasa,
Rohayu Rusli :)
0 comments:
Catat Ulasan