Peristiwa Bai’atul Aqabah Kedua


Imam Ahmad meriwayatkan dari Jabir ra.,
“Kami bertanya, ‘Wahai Rasul Allah, apakah yang perlu kami nyatakan kepada Anda dalam pembai’atan ini?’ Nabi Saw menjawab,

1.      ‘Berjanji taat dan setia baik dalam keadaan sibuk mahupun senggang.
2.      Berinfaq, baik dalam keadaan longgar mahupun sempit.
3.      Menegakkan Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar.
4.      Teguh membela kebenaran Allah tanpa rasa takut dicela orang.
5.      Tetap membantuku dan akan tetap membelaku bila aku berada di tengah-tengah kalian, sebagaimana kalian membela diri kalian sendiri dan anak istri kalian. Dengan demikian, kalian akan memperoleh syurga.’

Di dalam riwayat Jabir ra., ia berkata, “Kemudian kami berdiri membai’at kepadanya. As’ad bin Zurarah memegang tangan Rasulullah saw seraya berkata, ‘Hai orang-orang Yatsrib, sesungguhnya kita tidak akan mahu 
menempuh jalan sejauh ini dari Yatsrib, melainkan kerana kita mengetahui bahawa beliau adalah utusan Allah. Mengeluarkan beliau dari Mekah berarti menentang dan melawan semua orang Arab. Akibatnya kalian harus bersedia mengorbankan nyawa dan mengangkat pedang. Jika kalian menyedari hal itu, bai’atlah beliau dan untuk itu kalian akan mendapat pahala dari Allah. Akan tetapi jika kalian takut mati, katakanlah terus terang, dan dengan alasan itu kalian jujur terhadap Allah.’

Semua yang hadir menyahut, ‘Hai As’ad, hulurkanlah tanganmu. Demi Allah, kami tidak mahu ketinggalan membai’at beliau dan tidak akan membatalkannya…”

Walaupun mereka akan diperangi oleh semua orang, ditentang oleh semua orang Arab, mereka tetap bersedia mengorbankan harta, nyawa dan kedudukan mereka. Hanya kerana mereka mengetahui hakikat sebuah kebenaran.

Mereka yakin kerana ketika mereka menjawab, “Kami mengambil bai’atnya dan siap mengorbankan harta dan nyawa. Jika kami setia melakukan hal tersebut, lalu apakah balasan kami wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Syurga.”

Selanjutnya mereka berkata, “Beruntunglah jual-beli ini. Kami tidak mahu ketinggalan dan tidak akan membatalkannya.”

Ummu Imarah
yang turut membai’at Rasulullah ketika itu, tidak pernah berasa lemah. Walaupun terkena 12 tusukan pada Perang Uhud. Walaupun anaknya dicincang oleh Musailamah si pendusta. Walaupun dia seorang perempuan. Dia tetap bertahan, yakin dengan janji Rasulullah.

sumber rujukan : Manhaj Haraki (Periode ke-3 - Mendirikan Negara)

“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.”
( Ash-Saff [61:10-11] )

Malu rasanya bila melangkahkan kaki di bumi, menggelar diri sebagai mujahidah Islam, tetapi di hati sedikit pun tidak terdetik rasa cinta pada yang Maha Esa..

By : Jundatullah
11_12_10
Ghurfah Mujahidah
~Memotivasi Diri~

0 comments:

WELCOME TO THIS SITE!