Membina dan meruntuh...

Jangka masa yang di ambil untuk membina jauh lebih sukar dan lama daripada tempoh masa meruntuh. Jika 20 tahun diperlukan untuk membina, tak mustahil dalam masa 2 hari saja digunakan untuk proses meruntuh. Contohnya, bangunan yang tinggi mencakar langit sudah pasti memakan masa yang lama untuk dibina lengkap dengan konkrit yang kukuh dan batu bata yang teguh..namun, mudah saja dan sekejap saja ingin meruntuhkannya..mungkin dengan satu letupan bom..dan mungkin juga dengan langgaran pesawat seperti yang pernah berlaku pada 11 september dulu, yang telah menghancurkan bangunan World Trade Centre, New York.

Apa yang ingin saya perkatakan di sini ialah berkaitan dengan proses membina dan meruntuhkan kefahaman, sakhsiah, akhlak dan pegangan dalam kehidupan insan.

Sejarah pernah mencatatkan bagaimana Islam begitu gemilang suatu ketika dahulu dan pernah menjadi satu kuasa besar dengan mampu menguasai 2/3 dunia dengan nur Islam diterima oleh semua lapisan ummat..ini menunjukkan bukan mudah Deen Islam itu menapak..memakan proses membina yang agak lama..tapi runtuhnya khilafah Islam dan suramnya nur Islam tidak memerlukan masa yang lama, cukup dengan kehadiran syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia berjaya meruntuhkannya sehingga ummat Islam kini dipandang rendah.

Terukir sudah sejarah bagaimana begitu mudah Kamal Atartuk menukarkan wajah turki dengan pemerintahan sekularnya sehinggakan dihapuskan sistem khalifah, mengharamkan pemakaian yang mempamerkan imej Islam, serta pelbagai lagi usaha men‘sekular’kan Turki, dan yang Paling kemuncak adalah apabila Perlembagaan Turki 1924 memansuhkan Artikel 2 yang menyatakan bahawa “ Islam adalah agama rasmi Turki”. Artikel ini telah diganti dengan artikel lain dalam Perlembagaan Turki pada 1937 yang menjelaskan dengan rasmi bahawa Turki adalah sebuah negara sekular. Segala kegemilangan Islam yang dibina bertahun-tahun lamanya berjata diruntuhkan dengan mudah dengan menukar wajah Islam sekaligus pada negara yang pernah berpusatnya Daulah Islam.

Itu sejarah dahulu, bahkan kini juga begitu..mudah saja proses meruntuh dan menghancur bila jiwa insan dalam kelalaian dan jati diri ampuh. Apa yang ingin saya nyatakan di sini bukanlah runtuhnya daulah tetapi, apa yang berlaku lebih dekat dengan diri saya, iaitu runtuhnya jiwa-jiwa insan yang belajar ilmu agama.. kalau dulu 2 tahun saya dan sahabat2 di bumi Nilam.. memperkemaskan diri dengan kefahaman Islam, membentuk diri dengan akhlak dan nilai2 Islam, menyedari erti kemahasiswaan dan keberkatan ilmu serta sebagainya yang mampu menjadikan seseorang itu utuh pegangan hidupnya..yang lelaki dengan peribadi mulianya..yang perempuan pula, sejuk mata memandang mereka..

Tetapi..bila melangkah ke realiti yang makin mencabar ini, betul2 menguji.. melalui minggu suai kenal yang bukan membina jiwa dan sakhsiah mahasiswa, malah melagho dan menghakis sedikit demi sedikit yang makin berjaya membuktikan mereka yang punya jiwa yang rapuh kian goyah dari hari ke hari. Habis sahaja, minggu yang menyakitkan hati itu..2,3 hari sahaja keluar sudah watak-watak sebenar.. bahkan dengan bangga mempamerkan imej-imej kelam dosa, yang punya pasangan dengan datingnya, berjalan seiringan ke kuliyah, makan satu pinggan lelaki perempuan, minum satu gelas, waktu maghrib masih lagi berdua-duaan..

Jelas benar, meruntuh memerlukan masa yang sedikit cuma. Dua tahun di bumi Nilam belum cukup membuktikan lamanya proses untuk membina insan diperlukan. Saya amat-amat sedih melihat sahabat2 yang kian hari kian hanyut.. jiwa kian ampuh bak dedaunan yang kekeringan ...apatah lagi mereka seolah merasa langsung tidak berdosa dengan apa yang dilakukan. Yang lebih memalukan, semuanya belajar agama..tahu hukum hakam, bakal pendidik, bakal pakar dalam hukum syariat Islam.. apakah tidak malu?? Seolah menjaja pelajar agama yang tidak segan silu melakukan dosa..makin membimbangkan saya bila teringat sebuah firman ALLAH s.w.t, mafhumnya :-

“ Dalam hati mereka itu ada ‘penyakit’, lalu Allah tambahkan lagi ‘penyakit’, dan mereka mendapat azab yang pedih, kerana mereka berdusta”
{Surah Al-Baqarah : 10 }

Nauzubillah..minta dijauhkan..bimbang dan gusar andai kita sudah terbiasa dengan maksiat, Allah akan tambahkan lagi lalai dan lagho dijiwa yang akan membuatkan kita makin jauh daripada rahmat dan maghfirahnya. Tika itu, kata nasihat sudah menjadi ibarat mencurahkan air ke daun keladi.

Kita hamba yang selalu lupa, dengan segala nikmatnya..kita selalu menjadi hamba yang derhaka.


Firman Allah s.w.t dalam surah Ar-Rahman, mafhumnya :-

(1.) (Tuhan) yang Maha pemurah, (2.)Yang Telah mengajarkan Al Quran. (3.)Dia menciptakan manusia. (4). Mengajarnya pandai berbicara. (5).Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan. (6).Dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohonan kedua-duanya tunduk kepada nya. (7).Dan Allah Telah meninggikan langit dan dia meletakkan neraca (keadilan). (8).Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu. (9).Dan Tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu. (10). Dan Allah Telah meratakan bumi untuk makhluk(Nya). (11).Di bumi itu ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang. (12).Dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya. (13).Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
{ Ar- Rahman :- 1-13}

Kita dikurniakan aqal yang mampu menilai baik dan buruk..nikmat ALLAH tiada bandingan..tapi, kita yang sering mendustakan! Bukan meenjadi insan yang membina..tapi menjadi insan yang meruntuh..

Tanggungjawab saya kian berat, sesekali tidak akan saya biarkan sahabat2 terus menerus dalam keadaan sebegitu..apa jawapan saya di depan Allah nanti.. apakah saya hanya menangis dalam hati dan mulut terkunci rapat untuk menyatakan yang makruf dan mencegah yang mungkar??

Tidak..tidak..dan tidak.. saya tidak ingin menjadi hamba Allah yang gagal membina insan..gagal membina peribadi..serta gagal membina kefahaman Islam..minta Allah jauhkan saya daripada menjadi hamba yang sebegitu. Biarlah apa yang saya runtuhkan adalah mazmumah..apa yang saya runtuhkan adalah kejahilan..dan apa yang saya runtuhkan adalah kelamnya kezaliman. Ya Allah..bantu hamba-MU ini..

~ BINA nur ISLAM, RUNTUHkan kelamnya KEBATILAN !!

Coretan :- jundatullah
ghurfah_mujahidah

1 comments:

Mohd Annas Shafiq Ayob berkata...

“ Sampaikan kepada Dr. Hertzl untuk tidak mengambil langkah lebih jauh lagi dalam projeknya ini. Aku tidak akan memberikan sejengkal pun tanah dari wilayah Palestine kerana memang tanah ini bukan milikku, tanah ini milik Daulah Islam. Daulah Islam yang telah mengobarkan jihadny demi untuk penggabungan wilayah ini, dan mereka telah mengaliri tanah ini dengan darah mereka. Silakan Yahudi menyimpan kembali wang mereka. Jika khalifah Islam suatu hari nanti berhasil dihancurkan, mereka boleh mengambil tanah palestin dengan percuma. Tapi selama aku masih hidup, aku lebih memilih menusukkan pedang ke dalam tubuhku daripada harus melihat tanah Palestine dipotong dan dilepaskan dari Khilafah Islam. Ini adalah suatu hal yang tidak akan terjadi. Aku tidak akan memulai memotong tubuh sendiri sementara ia masih hidup”.


“ Demi Allah, tanah ini bukan milik aku, tetapi milik umat Islam seluruh dunia. Aku lebih rela melihat daging tubuhku dicincang-cincang, daripada melihat tanah umat Islam di pisah-pisahkan., dan itu takkan berlaku selagi aku hidup. Beritahu pada Yahudi untuk simpan duit-berjuta-juta itu, dan mereka boleh ambil tanah Palestin sesuka mereka tanpa membayar sesen pun, ketika khilafah telah tumbang”

Satu lagi kata-kata berharga beliau: “Sesungguhnya hanya Islam sahajalah satu-satunya unsur yang menjadikan kita kuat. Kita mampu menjadi umat yang memiliki survival dan kuat dengan syarat kita hendaklah membenarkan ISLAM agama kita yang agung.”

“…Saya meninggalkan kekhalifahan bukan karena suatu sebab tertentu, melainkan karena tipu daya dengan berbagai tekanan dan ancaman dari para tokoh Organisasi Persatuan yang dikenal dengan sebutan Cun Turk (Jeune Turk), sehingga dengan berat hati dan terpaksa saya meninggalkan kekhalifahan itu. Sebelumnya, organisasi ini telah mendesak saya berulang-ulang agar menyetujui dibentuknya sebuah negara nasional bagi bangsa Yahudi di Palestina. Saya tetap tidak menyetujui permohonan beruntun dan bertubi-tubi yang memalukan ini. Akhirnya mereka menjanjikan uang sebesar 150 juta pounsterling emas.

Saya tetap dengan tegas menolak tawaran itu. Saya menjawab dengan mengatakan, “Seandainya kalian membayar dengan seluruh isi bumi ini, aku tidak akan menerima tawaran itu. Tiga puluh tahun lebih aku hidup mengabdi kepada kaum Muslimin dan kepada Islam itu sendiri. Aku tidak akan mencoreng lembaran sejarah Islam yang telah dirintis oleh nenek moyangku, para Sultan dan Khalifah Uthmaniah. Sekali lagi aku tidak akan menerima tawaran kalian.”

Setelah mendengar dan mengetahui sikap dari jawaban saya itu, mereka dengan kekuatan gerakan rahasianya memaksa saya menanggalkan kekhalifahan, dan mengancam akan mengasingkan saya di Salonika. Maka terpaksa saya menerima keputusan itu daripada menyetujui permintaan mereka.

Saya banyak bersyukur kepada Allah, karena saya menolak untuk mencoreng Daulah Uthmaniah, dan dunia Islam pada umumnya dengan noda abadi yang diakibatkan oleh berdirinya negeri Yahudi di tanah Palestina. Biarlah semua berlalu. Saya tidak bosan-bosan mengulang rasa syukur kepada Allah Ta’ala, yang telah menyelamatkan kita dari aib besar itu.

Saya rasa cukup di sini apa yang perlu saya sampaikan dan sudilah Anda dan segenap ikhwan menerima salam hormat saya. Guruku yang mulia. mungkin sudah terlalu banyak yang saya sampaikan. Harapan saya, semoga Anda beserta jama’ah yang anda bina bisa memaklumi semua itu.

Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

22 September 1909



Pelayan Kaum Muslimin
(Abdul Hamid bin Abdul Majid)



'....itulah yg tercatat dlm diari sultan abdul hamid 2,hari-hari terakhir.khalifah terakhir yg bukan boneka kerana khalifah selepasnya sudah tidak mempunyai kuasa lagi..kita mestilah melihat dari 2 sudut iaitu mengapa dan kenapa empayar islam yg terakhir ini runtuh.sekarang terpulang kepada setiap muslim untuk menjaga iman masing-masing.....

WELCOME TO THIS SITE!