Dulu, berlari-lari kemudian terjatuh. Seorang wanita itu
lantas mendapatkan saya memeriksa jika ada luka. Dengan senyuman dia bilang “jatuh sesekali takpe,tapi kena terus bangkit..”
Dia, seorang wanita itu. Ibu yang hadirnya sebab hadir saya
ke dunia ini. Usia yang sudah menganjak ke dewasa awal ini membuatkan setiap
saat di setiap hari saya amat merindui
dia. Ingin sekali berlari pulang ke kampong untuk memandang dan menatap wajahnya.
Ah, hati saya berbunga-bunga, minda saya mula berkhayalan.
Indahnya jika setiap masa dan ketika boleh memandang wajahnya. Mendengar buah nasihat daripadanya supaya
saya terus mendaki tangga kejayaan. Saya
benar tidak keruan dek kerana setiap hari dilanda rindu yang membunga mekar, jauh
di sudut hati saya berbisik, mungkin doa sang ibu di setiap hela nafasnya
membuatkan ruh kerinduan dihatii saya amat mekar padanya.
Saya tidak berapa senang dengan beberapa petikan yang saya
lihat dan dengar beberapa hari ini. Hari ibu haram. Saya tidak setuju. Saya melihat dari perspektif dan kacamata
dakwah, jangan kita terlalu keras, terlalu tega dengan sikap kita yang suka
menegah. Pada saya, biarkan jika dengan begitu anak muda ini mengaplikasikan
konsep ‘birrul walidain’. Mungkin dengan sehari yang mereka ingat itu menjadi
peristiwa yang mampu menjadikan mereka mengingat setiap hari.
Biarkan dan katakana iya pada mereka yang menyambut Hari
Ibu. Kita yang perlu sentiasa meletakkan martabat dan nilai seorang ibu itu
tinggi di dalam ajaran Islam. Terus-terusanlah mengingat dan mendoakan
kesejahteraan buat dia yang teristimewa.
Pada teman-teman yang sudah kehilangan ibu, walaupun pada
pandangan luaran anda kehilangan mereka, namun kasih dan sayang mereka tidak
pernah hilang, malah semakin mekar jika dibajai dengan doa.
Ibu, mata ini ingin selalu memandangmu..
0 comments:
Catat Ulasan