“….maka Katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah diri, dan Dia lah Yang mempunyai Arasy Yang besar." (At-taubah : 129)
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah,setelah selesai melalui fasa tarbiyah ramadhan dan meraikan kembalinya kita kepada fitrah di bulan syawal, besar dan agungnya nikmat Allah tidak terkira.
Ramadhan melatih kita menjadi hamba yang ihsan disisi Allah. Syawal pula menjadikan kita hamba yang memulihkan kesucian diri dengan nikmat kemenangan. Setiap kehidupan yang dicaturkan oleh Allah kepada kita punyai sejuta hikmah yang tidak terhitung. Yang utamanya, doa dan pengharapan kita kepada Allah dalam keadaan apa-apa sekalipun untuk kita pulang menemui Allah dalam keredhaan itu menjadi matlamat.
Dalam meniti kehidupan, seringkali kita dianugerahi Allah pelbagai ujian. Ujian kesakitan, kehilangan, kemiskinan dan sebagainya. Nyatanya, semua ujian itu bukan Allah mendera kita, tetapi Allah ‘membasuh’ dosa-dosa kita yang tidak terkira banyaknya. Allah juga menguji siapakah di kalangan kita yang imannya kuat dan makin bertambah ketika melalui ujian.
Oleh kerana kita sedar kita hanya hamba, maka jangan kita minta dikurangkan ujian, tetapi mintalah moga Allah sentiasa memberi kekuatan kepada kita untuk menghadapi ujian. Malah, mohonlah walau dalam keadaan sukar dan perit bagaimanapun ujian yang kita lalui, kita masih lagi menemukann jalan pulang kepada Allah, pulang meraih cinta kepada Allah.
Saidina Ali pernah ditanya oleh seseorang. “Wahai Khalifah, bagaimana ingin aku bezakan ujian dan hukuman dalam kehidupan. Jawab Saidina Ali :-“Hukuman adalah bilamana kamu diuji Allah, kamu makin jauh dari Allah, manakala ujian Allah pula apabila kamu diuji kamu makin hampir dan rapat dengan Allah.
Jadi, positiflah dengan setiap yang melanda kehidupan kita. HikmahNYA pasti ada kerana tiada suatu pun perkara yang diciptakan dengan sia-sia, hikmahNYA pasti datang lewat dan cepat.
Rahsia ketenangan hati bila kita memujuk dan mengajak hati kita untuk berbicara tentang redha dan ikhlas atas segala sesuatu yang menimpa. Ketenangan akan kita rasai bilamana Allah sentiasa ada disisi kita.
Manusia akan datang dan pergi. Manusia yang hidup akan mati. Mungkin yang pergi akan terus pergi dan tidak akan kembali, kerana di dunia ini tiada satu pun yang menjadi milik mutlak kita, malah tangan ini juga pinjaman Allah yang tidak akan bergerak tanpa kuasaNYA. Maka, didiklah hati agar tidak merasai memiliki, kerana jika dalam kita meletakkannya pasti kecewa kita temui dihujungnya. Jika pernah merasai kecewa, cakap pada hati bahawa rasa kecewamu ini menjadi pintu kepulanganmu kepada Allah,dan berterima kasih lah pada mereka yang pernah mengecewakanmu kerana ia menghantarkan kamu pulang kepada Allah.
Allah tidak pernah bosan menunggu hamba pulang merujuknya. Jika sebelum ini tanpa kita sedar, banyak dalam kehidupan ini tidak kita gantungkan sepenuhnya pada Allah. Jadi, himpunkan kembali segalanya dan muarakan kembali harapanmu kepada Allah. Nescaya kita akan rasa kebahagiaan yang selamanya.
Bahagiakan hati dengan banyak memberi tanpa mengharapkan balasan. Ini mendidik jiwa yang ikhlas dan tulus. Didiklah diri untuk memberi apa sahaja dalam kehidupan walaupun sedikit cuma. Jangan jemu untuk memberi dan terus memberi. Inilah resepi kebahagiaan orang beriman. Memberi tidak mengharap balas, kerana yang diharapnya cuma pandangan Allah.
Saya cuba menjadi mentari yang memberi, dan ini sahaja kesempatan yang saya punyai untuk berkongsi ketika ini. Muarakan harapan hanya pada Allah, kecapilah ketenangan hati dengan redha dan ikhlas dan bahagiakan diri dengan sentiasa memberi.
Di sini, saya kongsikan lirik nasyid “Ku serah Cinta”-In-team, lagu ini banar-benar berjaya menyentuh hati saya. Bait katanya menjadi motivasi. :) Apa sahaja yang kita temui di dalamnya kebaikan, maka lebih indah jika dikongsi. Istimewa untuk teman-teman.
*****
Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu
Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat
Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan
Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah
Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu, oh Tuhan
Aku adalah aku sekarang
******
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu
Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat
Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan
Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah
Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu, oh Tuhan
Aku adalah aku sekarang
******
Meniti KEHIDUPAN yang jauh ini seolah tidak tahu di mana perhentiannya dan di mana titik noktah di hujungnya nanti. Kerana tidak tahu apa yang bakal terjadi, maka ALLAH lah selayaknya menjadi teman penyuluh jalan. Doa dan tawakal jangan pernah dilupakan. Hasbunallahu wani'mal wakil.
“Orang yang ihklas dan tulus itu dapat kita rasai kekuatan hatinya dengan Allah”
Nukilan,Rohayu Rusli.
0 comments:
Catat Ulasan