Coretan ini saya mulakan dengan bismillah. Semoga ia mendatangkan manfaat buat semua.
Ramadhan ini, marilah sama-sama kita menyelami akan sebuah hakikat kehidupan. Di suatu sudut di dunia ini, ada insan-insan yang memerlukan bantuan, perhatian dan sokongan kita. Mereka itu bukan siapa-siapa, tetapi mereka adalah saudara kita. Saudara seIslam.
PM Somalia & PM Turki, Erdogan. ~Aqidah Islam yg merentasi benua~ |
Saya terharu dan ingin kongsikan sesuatu. Minggu lepas, Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan dan isteri bersama beberapa orang menteri kabinetnya membuat lawatan rasmi ke Somalia. Tujuannya jelas, melihat sendiri keadaan di sana dan membantu rakyat Somalia dan menarik perhatian dunia berkaitan kemarau yang sedang belaku di sana. Bagi saya, ia adalah suatu sokongan moral yang besar dan meninggalkan kesan yang besar kepada sudut pandangan dunia berkaitan isu ini.
Isterinya juga berjiwa Prihati, turut serta bersama Erdogan |
Beliau menyeru, agar negara-negara Islam dan negara maju yang lain turut prihatin dalam isu dan permasalahan yang sedang berlaku di sana. Presiden Somalia, Sharif Ahmad sangat-sangat berbesar hati dengan lawatan ini. Gembira, terharu dan sudah tentu jauh di sudut hatinya berbunga-bunga indah bahawa " Masih ada sinar harapan buat Somalia."
Kerajaan Turki memecah tradisi "ketidakpedulian" terhadap Somalia. Mereka mulakan langkah dan menjadi qudwah buat negara Islam lain. Menurut maklumat yang diterima, mereka telah menghulurkan pelbagai bentuk bantuan, dan PM Erdogan bercadang untuk membina 12 hospital, membina jalan menuju ke lapangan terbang di Somalia dan pembinaan sumber air yang lebih efisien di sana.
Katanya : "Turki tidak akan mempedulikan apa negara lain katakan. Tunjukan komitmen anda sebagai negara yang bertamadun."
Tersenyum puas saya dengan ucapan ini. Tahniah, pemimpin yang lantang dan pemberani. Ini baru pemimpin sejati.
27.Ramadhan.1432h.
0 comments:
Catat Ulasan