Membina dan meruntuh...

Jangka masa yang di ambil untuk membina jauh lebih sukar dan lama daripada tempoh masa meruntuh. Jika 20 tahun diperlukan untuk membina, tak mustahil dalam masa 2 hari saja digunakan untuk proses meruntuh. Contohnya, bangunan yang tinggi mencakar langit sudah pasti memakan masa yang lama untuk dibina lengkap dengan konkrit yang kukuh dan batu bata yang teguh..namun, mudah saja dan sekejap saja ingin meruntuhkannya..mungkin dengan satu letupan bom..dan mungkin juga dengan langgaran pesawat seperti yang pernah berlaku pada 11 september dulu, yang telah menghancurkan bangunan World Trade Centre, New York.

Apa yang ingin saya perkatakan di sini ialah berkaitan dengan proses membina dan meruntuhkan kefahaman, sakhsiah, akhlak dan pegangan dalam kehidupan insan.

Sejarah pernah mencatatkan bagaimana Islam begitu gemilang suatu ketika dahulu dan pernah menjadi satu kuasa besar dengan mampu menguasai 2/3 dunia dengan nur Islam diterima oleh semua lapisan ummat..ini menunjukkan bukan mudah Deen Islam itu menapak..memakan proses membina yang agak lama..tapi runtuhnya khilafah Islam dan suramnya nur Islam tidak memerlukan masa yang lama, cukup dengan kehadiran syaitan-syaitan yang bertopengkan manusia berjaya meruntuhkannya sehingga ummat Islam kini dipandang rendah.

Terukir sudah sejarah bagaimana begitu mudah Kamal Atartuk menukarkan wajah turki dengan pemerintahan sekularnya sehinggakan dihapuskan sistem khalifah, mengharamkan pemakaian yang mempamerkan imej Islam, serta pelbagai lagi usaha men‘sekular’kan Turki, dan yang Paling kemuncak adalah apabila Perlembagaan Turki 1924 memansuhkan Artikel 2 yang menyatakan bahawa “ Islam adalah agama rasmi Turki”. Artikel ini telah diganti dengan artikel lain dalam Perlembagaan Turki pada 1937 yang menjelaskan dengan rasmi bahawa Turki adalah sebuah negara sekular. Segala kegemilangan Islam yang dibina bertahun-tahun lamanya berjata diruntuhkan dengan mudah dengan menukar wajah Islam sekaligus pada negara yang pernah berpusatnya Daulah Islam.

Itu sejarah dahulu, bahkan kini juga begitu..mudah saja proses meruntuh dan menghancur bila jiwa insan dalam kelalaian dan jati diri ampuh. Apa yang ingin saya nyatakan di sini bukanlah runtuhnya daulah tetapi, apa yang berlaku lebih dekat dengan diri saya, iaitu runtuhnya jiwa-jiwa insan yang belajar ilmu agama.. kalau dulu 2 tahun saya dan sahabat2 di bumi Nilam.. memperkemaskan diri dengan kefahaman Islam, membentuk diri dengan akhlak dan nilai2 Islam, menyedari erti kemahasiswaan dan keberkatan ilmu serta sebagainya yang mampu menjadikan seseorang itu utuh pegangan hidupnya..yang lelaki dengan peribadi mulianya..yang perempuan pula, sejuk mata memandang mereka..

Tetapi..bila melangkah ke realiti yang makin mencabar ini, betul2 menguji.. melalui minggu suai kenal yang bukan membina jiwa dan sakhsiah mahasiswa, malah melagho dan menghakis sedikit demi sedikit yang makin berjaya membuktikan mereka yang punya jiwa yang rapuh kian goyah dari hari ke hari. Habis sahaja, minggu yang menyakitkan hati itu..2,3 hari sahaja keluar sudah watak-watak sebenar.. bahkan dengan bangga mempamerkan imej-imej kelam dosa, yang punya pasangan dengan datingnya, berjalan seiringan ke kuliyah, makan satu pinggan lelaki perempuan, minum satu gelas, waktu maghrib masih lagi berdua-duaan..

Jelas benar, meruntuh memerlukan masa yang sedikit cuma. Dua tahun di bumi Nilam belum cukup membuktikan lamanya proses untuk membina insan diperlukan. Saya amat-amat sedih melihat sahabat2 yang kian hari kian hanyut.. jiwa kian ampuh bak dedaunan yang kekeringan ...apatah lagi mereka seolah merasa langsung tidak berdosa dengan apa yang dilakukan. Yang lebih memalukan, semuanya belajar agama..tahu hukum hakam, bakal pendidik, bakal pakar dalam hukum syariat Islam.. apakah tidak malu?? Seolah menjaja pelajar agama yang tidak segan silu melakukan dosa..makin membimbangkan saya bila teringat sebuah firman ALLAH s.w.t, mafhumnya :-

“ Dalam hati mereka itu ada ‘penyakit’, lalu Allah tambahkan lagi ‘penyakit’, dan mereka mendapat azab yang pedih, kerana mereka berdusta”
{Surah Al-Baqarah : 10 }

Nauzubillah..minta dijauhkan..bimbang dan gusar andai kita sudah terbiasa dengan maksiat, Allah akan tambahkan lagi lalai dan lagho dijiwa yang akan membuatkan kita makin jauh daripada rahmat dan maghfirahnya. Tika itu, kata nasihat sudah menjadi ibarat mencurahkan air ke daun keladi.

Kita hamba yang selalu lupa, dengan segala nikmatnya..kita selalu menjadi hamba yang derhaka.


Firman Allah s.w.t dalam surah Ar-Rahman, mafhumnya :-

(1.) (Tuhan) yang Maha pemurah, (2.)Yang Telah mengajarkan Al Quran. (3.)Dia menciptakan manusia. (4). Mengajarnya pandai berbicara. (5).Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan. (6).Dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohonan kedua-duanya tunduk kepada nya. (7).Dan Allah Telah meninggikan langit dan dia meletakkan neraca (keadilan). (8).Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu. (9).Dan Tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu. (10). Dan Allah Telah meratakan bumi untuk makhluk(Nya). (11).Di bumi itu ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang. (12).Dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya. (13).Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
{ Ar- Rahman :- 1-13}

Kita dikurniakan aqal yang mampu menilai baik dan buruk..nikmat ALLAH tiada bandingan..tapi, kita yang sering mendustakan! Bukan meenjadi insan yang membina..tapi menjadi insan yang meruntuh..

Tanggungjawab saya kian berat, sesekali tidak akan saya biarkan sahabat2 terus menerus dalam keadaan sebegitu..apa jawapan saya di depan Allah nanti.. apakah saya hanya menangis dalam hati dan mulut terkunci rapat untuk menyatakan yang makruf dan mencegah yang mungkar??

Tidak..tidak..dan tidak.. saya tidak ingin menjadi hamba Allah yang gagal membina insan..gagal membina peribadi..serta gagal membina kefahaman Islam..minta Allah jauhkan saya daripada menjadi hamba yang sebegitu. Biarlah apa yang saya runtuhkan adalah mazmumah..apa yang saya runtuhkan adalah kejahilan..dan apa yang saya runtuhkan adalah kelamnya kezaliman. Ya Allah..bantu hamba-MU ini..

~ BINA nur ISLAM, RUNTUHkan kelamnya KEBATILAN !!

Coretan :- jundatullah
ghurfah_mujahidah


Pesan Imam Ghazali: Carilah hatimu pada 3 tempat.
"Cari hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"



~ HATI yang SEDAR ~

Firman Allah, maksudnya: "Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar), atau yang menggunakan pendengarannya bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya." (Surah Qaf 50:37)


# HATI yang BERSIH #

Firman Allah S.W.T, maksudnya:" Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya-yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)." (Surah al-Syams 91:9)


~ HATI yang LURUS ~


Firman Allah s.w.t, maksudnya : (Mereka berdoa dengan berkata):"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, kurniakanlah kepada kami limpah rahmat daripada sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya." (Surah Ali'Imran 3:8)



......dan KAU pelihara daripadaku hati ini......


DARIPADA


#HATI yang TERHIJAB (TERTUTUP)#

Firman ALLAH S.W.T,mafhumnya :- "Dan di antara mereka ada Yang mendengarkanmu (membaca Al-Quran), pada hal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, Yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak); dan kalaupun mereka melihat tiap-tiap keterangan (dan mukjizat Yang membuktikan kebenaran Rasul), mereka tidak juga akan beriman kepada keterangan itu; sehingga apabila mereka datang kepadaMu, sambil membantahmu, berkatalah orang-orang Yang kafir itu: "Ini tidak lain hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu". (Al-An'am :25 )


by:- _Jundatullah_



Perhatian :~
JOM RAMAI-RAMAI MENGHADIRI SATU FORUM KESELAMATAN MAHASISWI DI BAWAH TAJUK "WOMEN AND DANGER" YANG DIADAKAN DI GAZEBO KOMPLEKS PERDANA SISWA UM
PADA 24 JULAI 2009 JAM 9.00 MALAM

AHLI PANEL TERHEBAT:
-EN KAMAL AFENDI HASHIM (PENGANALISIS JENAYAH)
-EN MUHAMMAD ZAKIR B. MD SAAD (PEN. PENGARAH KESELAMATAN UM)
-CIK SHAHRIZUL AYUNI BT ZULKIPLY (SETIAUSAHA MPMUM)

p/s: Orang ramai dijemput hadir baik lelaki mahupun wanita, baik yang muda mahupun yang sudah berumur,=) Moga dengan forum ini, kita semua akan mendapat maklumat yang bermanfaat mengenai tips-tips keselamatan terutamanya di kalangan wanita baik di dalam kampus mahupun diluar kampus @ di mana-mana sahaja..
JOM RAMAI-RAMAI DATANG
Di akhir zaman ini
Memegang Islam ibarat mengenggam bara api

Kepada diri
Mari lafazkan janji
Islam ini
Akan kau pegang erat
Perjuangan ini
Akan kau genggam rapat
SungguhPanas memeras awas
Pedih menagih gigih
Bukti hidup beramal soleh
Hingga mulia ditentukan sahih
Kiranya kau layak terpilih
Sungguh..

Bila pegang tanganmu kejap
Bila genggam jejarimu kedap
Lemas di api akan merayap
Panas di bara kian lenyap
Rintih di bibir nian sunyi
Nyaman nikmat pula kan kau kecapi
Islam kau pegang penuh rahmat

Payung penaung manusia sejagat
Panas dan sakit hanya seketika

Nyaman dan nikmat untuk selamanya
Ah! Panas itu hanya menghidupkan..

Tidak sekali akan mematikan!!

Bara ini saya tujukan khas buat sahabat2 12 orang combat, kakak kesayangan (khaairunnisa'), serta sahabat2 seperjuangan yang lain..(walau tidak saya sebutkan nama, kalian pasti mengerti)

by :jundatullah
ghurfah mujahidah
Salam perjuangan..

Innalillahiwainnailaihi raji'un.. moga ruh muslimah mulia ini diangkat Allah bersama golongan muttaqin..

Hakikat dunia yang fana ..jika artis yang meninggal ataupun sakit, maka seluruh dunia membuat liputan seakan-akn merekalah dewa..akan tetapi sedikit cuma kisah kesyahidan insan2 yang mempertahankan Aqidah dan maruah agama disebar luaskan untuk membangkitkan semangat dan memberikan perangsang kepada ummah.


Sahabat2 mengenali tak siapa Marwa al-Sharbini ??

Tidak banyak liputan TV tentang Marwa Al-Sharbini, seorang ibu yang punya seorang anak, sedang mengandung tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tidak ramai pula di kalangan orang Islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian Raja Pop. Itupun kerana media, terutama TV melampau-lampau liputannya. Berhari-hari, bahkan berminggu masih belum reda isunya.

Ribuan penduduk Mesir menghantar jenazah Marwa ke tempat pengkebumiannya. Beliau tidak sepopular artis tersohor, MJ, tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya, yang dengannya ia syahid.Marwa ditikam di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman sebelum memberikan keterangan atas kesnya.

Ia mengadu tentang seorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya disebabkan beliau berjilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam keadaan kritikal di hospital di Dresden.

Dalam sejarah Islam, seorang wanita Islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi. Lantas pemuda Islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang Islam. Di zaman Khalifah Mu’tasim, seorang wanita meminta tolong dengan berkata: ‘Waa Mu’tasimah!’. Mu’tasim yang berada begitu jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya.


Hari Jilbab Antarabangsa

Umat Islam kini, apa yang dibuatnya? Media dunia umat Islam sendiri hanya pentingkan berita pengkebumian Michael Jackson sendiri. Tiada liputan besar-besaran untuk Marwa, melainkan media Islam khususnya di internet.

Untuk mengingati peristiwa ini, Hari Jilbab Antarabangsa dicadangkan bagi mengenang Marwa as-Sharbini. Usul itu dilontarkan oleh Ketua Perhimpunan Mempertahankan Hijab, Abeer Pharaon melalui Islamonline. Abeer mengatakan, Marwa Al-Sharbini adalah seorang syahid bagi perjuangan muslimah yang mempertahankan jilbabnya. “Ia menjadi korban Islamofobia, yang masih dialami ramai orang Islam di Eropah. Kematian Marwa layak untuk diperingati dan dijadikan sebagai Hari Hijab Sedunia,” kata Abeer.

Seruan Abeer disambut oleh beberapa orang tokoh Muslim, di antaranya Rawa Al-Abed dari Persekutuan Persatuan Islam di Eropah. “Kami mendukung cadangan ini. Kami juga menyeru agar diwar-warkan kempen seperti ini untuk meningkatkan kesedaran tentang hak-hak muslimah di Eropah, termasuk hak mengenakan jilbab,” kata Al-Abed.

Profesor bidang teologi dan falsafah dari Universiti Al-Azhar, Amina Nusser juga memberikan dokongannya atas cadangan Hari Jilbab Antarabangsa yang boleh dijadikan momentum untuk memberi tindakbalas sikap anti-jilbab di Barat. “Hari peringatan itu akan menjadi kesempatan bagi kita untuk mengingatkan Barat agar bersikap adil terhadap para muslimah dan kesempatan untuk menunjukkan pada Barat bahawa Islam menghormati hak beragama,” tegas Nusser.

Nusser menegaskan bahawa hak seorang muslimah untuk berpakaian sesuai dengan ajaran agamanya, tidak berbeza dengan hak penganut agama lain. Ia mengingatkan, kaum perempuan penganut Kristian Ortodoks juga mengenakan tudung sebelum masuk ke gereja.

Sokongan untuk mengadakan Hari Jilbab Antarabangsa itu juga datang dari Persatuan Muslim Denmark. Ketuanya, Mohammed Al-Bazzawi. “Hari Jilbab untuk mengingatkan masyarakat Barat bahawa hak muslimah untuk mengenakan jilbab sama dengan hak perempuan non-Muslim yang boleh mengenakan busana apa saja. Mereka di Barat yang berbicara soal hak perempuan, selayaknya menyedari bahawa mereka juga tidak boleh mengabaikan hak seorang perempuan untuk mengenakan jilbab,” ujarnya.

Gerakan Islam di rantau Asia juga wajar mengambil inisiatif menganjurkan Hari Jilbab Antarabangsa tersebut sebagai tanda solidariti umat Islam. Dewan Muslimat PAS dan NGO berkaitan boleh mengambil peranan ini.

Akhbar Jerman kurang ajar, Perlekeh Marwa as Sharbini

Surat khabar Jerman, Die Welt versi online memuatkan komentar-komentar pembacanya yang berisi penghinaan dan pernyataan anti-Arab dan anti-Muslim.

Komentar-komentar itu adalah reaksi pembaca atas artikel berjudul “Islamisten fordern Vergeltung für Mord im Gericht” yang diterbitkan berkaitan kes Marwa Al-Sharbini itu.

Salah satu pemberi komen misalnya, menyarankan agar pelaku pembunuhan Marwa diberi tanda jasa “Federal Cross of Merit”. Pemberi komen lainnya menyebut Marwa “toilet” dan masih banyak lagi komentar-komentar lainnya yang isinya jelas membela pembunuh Marwa dan melecehkan Marwa.

Pihak Die Welt pula anehnya, enggan menolak untuk menghapuskan komentar-komentar yang provokatif itu, seiring dengan sikap media massa Jerman lain untuk tidak menulis berita tentang insiden yang menimpa Marwa.

Media Jerman menganggap kes pembunuhan Marwa yang berlatar belakang islamofobia itu bukan kes yang serius. Sikap media Jerman mungkin akan berbeza jika yang dibunuh adalah seorang non-Muslim Jerman dan pelakunya seorang Muslim.


Hal ini menunjukkan bahaJajarkan ke Tengahwa benarnya firman ALLAH s.w.t, dalam surah Al-Anfal :-
" والذين كفروا بعضهم أولياء بعض , الاّ تفعلوه تكن فتنة في الأرض و فساد كبير "
mafhumnya :- "Dan orang-orang jafir, sebahagian mereka melindungi sebahagian yang lain. Jika kamu tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan ALLAH (saling melindungi), nescaya akan terjadi kekacauan di bumi dan kerosakan yang besar" -al-Anfal, ayat 73-

Sahabat-sahabat.. bagaimana perasaan kalian?? begitu hina dan teruk seorang muslimah diperlakukan?? Islam dipandang dengan pandangan yang negatif?? menitis airmata saya apabila mengetahui berita Marwa ini, apatah lagi..syahidnya dia dengan ditikam 18 kali dan kufur2 laknatullah berpuas hati..

Mungkin Marwa ada jawapan yang pasti bila menghadap ALLAH nanti..dan dia juga punyai bukti mempertahankan Aqidahnya.. bagaimana dengan kita, yang kita gelarkan diri kita pejuang?? fikir-fikirkan..oppss..bukan sahaja berfikir..tapi, laksanakan..
~ ku pohon Redha-MU bersamaku ya Ilahi~
coretan : jundatullah,
ghurfah mujahidah,
20_julai_09

" KEMENANGAN & KEJAYAAN ITU SEDANG MENANTI DI HADAPAN KITA. WALAUPUN TEKANAN SEMAKIN DAHSYAT DAN KERAS MENGHIMPIT KITA, TETAPI INGATLAH BAHAWA SESUNGGUHNYA FAJAR MENTARI PASTIKAN TERBIT WALAUPUN KEGELAPAN MASIH BERPANJANGAN "

--AL IMAM HASSAN AL BANNA--
Salam Perjuangan..

Astaghfirullah.. dah penuh sarang labah-labah dalam blog ni.. bersarang, tak diperbaharui pengisiannya. rasa bersalah pada blog ni makin menebal.. blog yang sepatutnya menjadi medium dakwahku, kini suram kelam tak terisi..

fuhh..melepas lelah..setelah melalui minggu2 yang menyesakkan di bumi UMKL ni, dengan minggu haluan siswa yang memerlukan kekentalan iman dan ketika mana, kaki mujahidah ini mula menapak selangkah demi selangkah di jalan juang realiti yang penuh dengan ujian yang menuntun hati mengikat kata sabar dan kuat.

Alhamdulillah, diri ini sudah dapat membiasakan diri dengan kondisi sekarang, apatah lagi dengan rasa ketenangan bergelar mahasiswi di Jabatan Dakwah & Pembangunan Insan disamping membantu menjalankan gerak kerja Islam di kampus ini.

Tidak layak inginku letakkan perkataan sibuk pada diri yang dhoif ini, kerana jika aku merasakan aku sibuk, apatah lagi dengan kakak2 dan abg2 yang lagi banyak berpenat lelah dalam memastikan kelangsungan nur Islam di bumi UM ini. Lebih baik kami disibukkan dengan gerak kerja Islam daripada kami dilalaikan dengan benda2 yang melaghakan.

Hari ini, aku singgah di bilik2 sahabat2 seperjuanganku.. ramai yang demam dan tidak sihat. tapi,apa yang membanggakan aku, demam panas ke..selsema ke.. mereka tetap kuat menjalankan amanah. beberapa minit lepas, gerak hatiku begitu kuat untuk ke bilik Adibah, patutlah..bila aku ke biliknya..dia tak sihat, demam panas..badannya pun panas. Itupun, dia masih lagi bercakap denganku berkaitan gerka kerjanya. Asyik bercakap dan bercerita dengannya..termasuklah bab2 keluarga dan realiti perjuangan di sini..ku lihat ada airmata yang mengalir keluar dari matanya..

Aku bangga dengan sahabat2 seperjuanganku... alhamdulillah..berkat tarbiyah menjadikan kami orang yang kuat tekad dan semangatnya. langkah kami di bumi UMKL ini baru berusia 3 minggu..dan pastinya langkahan ini akan tetap berterusan selagi jasadku masih bernyawa dengan iringan taufiq dan inayah Ilahi..

Aku sedar..sahabat2 sedar.. kami tak kuat tanpa kekuatan daripada ALLAH..kami takkan istiqamah jika ruh Islam tidak dipasakkan dihati kami..

Kerana aku mengerti..dan aku yakin, sahabat2 juga mengerti.. langkahan aku dan kalian tiada titik noktahnya selagi jasad tidak bertemu syahid..AllahuAkbar!!

~ tiada yang utama, melainkan Cinta-NYA~
jundatullah,
ghurfah mujahidah,

UmkL

Mengapa entri saya kali ini bertajuk ‘MESTI’ ?? Ini kerana, sedar ataupun tidak, bila sesuatu perkara itu ‘mesti’ dilakukan, ianya akan menghasilkan hasil yang memuaskan hati. Apatah lagi kita sering mengungkapkan mesti di waktu yang urgent. Contoh yang sinonim, jika tugasan perlu dihantar pada petang ini, tidak dapat tidak tugasan itu mesti disiapkan jugak sebelum petang ini. Hikmah yang tersirat disebalik kata ‘mesti’ adalah = apa yang kita lakukan akan menjadi, berjaya dan tercapai.

Hanya dengan mendengar kata-kata yang diucapkan oleh seseorang , kita dapat mengetahui sejauh manakah orang itu komited hendak mencapai tujuannya. Kerana perkataan ‘mesti’ ianya adalah suatu yang pasti bukannya seperti perkataan ‘harap’, ‘rasa’.

Apa yang ingin saya katakan di sini adalah, kata-kata yang kita gunakan membawa kesan yang amat kepada minda kita. Cuba kita perhatikan, apabila kita menggunakan kata seperti ‘saya rasa’ dan ‘ saya harap’, kita tidak mendapatkan dorongan bagi bertindak dengan segera. Apabila sesuatu itu mesti dilakukan, kita mengeluarkan segala momentum untuk keberhasilannya..dan tanpa kita sedari kita melakukan luar daripada keupayaan kita.

Jadi, salah satu petua kejayaan adalah mesti.

Saya bawakan satu potongan kisah sejarah pejuang Islam,

Tariq bin Ziyad telah membakar semua kapal-kapal yang dinaiki oleh tentera-tenteranya sewaktu peperangan, seraya beliau berkata:-

“ Di mana jalan pulang?? Laut berada di belakang kamu. Musuh pula berada di hadapan. Sungguh kamu tidak memiliki apa-apa kecuali sikap benar dan jujur.......”

Tariq menambah lagi dengan berkata “Sekiranya perang ini berpanjangan, dan kamu tidak segera menghadapinya, akan hilanglah kekuatan kalian semua. Akan lenyaplah rasa gentar musuhmu pada kalian. Oleh itu, singkirlah sifat hina yang ada dalam diri kamu dengan sifat terhormat. Kamu mesti rela mati.......”

Dan beliau bertempik sekuat hati “ Perang atau mati!!”

Akhirnya Tariq bin Ziyad berserta tenteranya berjaya mengalahkan pasukan musuh.

Berdasarkan kisah Tariq dan tenteranya ini, kita dapati satu hikmah yang amat bernilai iaitu strategi Tariq selaku ketua memasakkan semangat juang pada tentera-tenteranya melalui kata ‘mesti’. Tidak dapat tidak, mereka perlu menghadapi tentera musuh. Dengan aksi berdepan dan memerangi mahupun mati sebagai syahid. Dan inilah yang berjaya menghasilkan momentum jihad dalam jiwa tentera-tenteranya sehinggakan mereka mampu mengalahkan pasukan Raja Roderick.

Minda sang pejuang islam yang telah dipasakkan dengan kata mesti berjuang ataupun syahid, tidak akan duduk diam bersahaja, bahkan semakin rancak mengatur strategi terbaik ke arah tercapainya apa yang dicita.

Kesimpulannya, minda merupakan objek ajaib yang bila diletakkan suatu kata-kata yang ajaib, ianya juga akan menghasilkan sesuatu yang ajaib. ( contohnya : mesti (“,)

Sebagai penuntut ilmu, mesti berusaha belajar supaya berjaya

Sebagai seorang pemimpin, mesti mempunyai kredibiliti dan karisma kepimpinan.

Sebagai seorang pejuang, mesti memperjuangkan Islam selagi termampu.

Dan apa-apa jelah =)

Apa yang mesti, segalanya pasti !!!

Apabila kita menjadikan kejayaan itu suatu kemestian, kita pasti mencari jalan mencapainya!!

“while most are dreaming of success, winners wake-up and work hard to achieve it”

- Ketika kebanyakan orang hanya mengelamun tentang kejayaan, sang juara bangun dan bekerja keras untuk mencapainya- (pepatah inggeris)

Melangkah... menuju redha Allah..

Dari pena : Jundatullah

Pasir Puteh, Kelantan.



Salam perjuangan buat teman-teman.. kali ini saya bawakan entri saya berkenaan dengan Ahmadinejad, Iran dan campurtangan AS yang mana, tumpuan dunia beralih pada isu pilihanraya dan rusuhan rakyat di iran serta kemenangan Ahmadinejad sebagai pihak konservatif yang menimbulkan ketidakpuasan hati pihak-pihak tertentu terutamanya Amerika Syarikat yang kononnya mengatakan pilihan raya Iran penuh penipuan !! Alahai..AS..

Ahmadinejad istimewa??

Mahmoud Ahmadinejad, satu nama besar bagi Iran.. yang memimpin menggunakan konsep konservatif. Seorang pemimpin yang tegas dan berani menyuarakan prinsipnya terhadap kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat. Beliau pernah menegaskan “pergi jahanam dengan barat!!”.

Malah Ahmadinejad ternyata tidak membiarkan begitu sahaja, kelantangan makin jelas pada sidang kemuncak serantau di Rusia dengan mengecam Washington dengan mengishtiharkan bahawa “ zaman empayar AS telah berakhir”. Sewaktu berucap sebagai pemerhati pada sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), beliau menegaskan sistem kapitalis antarabangsa semakin merosot.

“ sudah nyata bahawa zaman empayar sudah berakhir dan kebangkitannya sudah berakhir”..tegas Ahmadinejad di depan pemimpin dunia dari negara kuasa besar lain termasuk Presiden Rusia, Dmitry Medvedev dan Presiden China, Hu Jintao..

Kelantangan beliau menyebabkan AS semakin tidak senang duduk. Sikap tidak toleran Ahmadinejad membuatkan AS tidak selesa dengan keadaan politik semasa Iran.

Suatu ketika dahulu, Bush pernah menggertak untuk menyerang Iran dengan menggunakan lesen Majlis Keselematan PBB, tetapi Ahmadinejad tidak mempedulikan gertakan itu. Ketika itu, Iran memegang kunci Majlis Keselamatan. Gertakan AS sekadar serangan psikologi untuk melemahkan semangat Iran.

Ahmadinejad juga menyokong pergerakan Hizbullah di Lebanon yang dianggap pengganas oleh barat.

Iran...

Iran telah melalui zaman Revolusi Iran yang dicetuskan oleh Ayatullah Khomeini yang telah menjatuhkan kerajaan kejam Shah Iran pada akhir 70-an. Walaupun Ayatullah Khomeini dan Iran amat terkenal dengan kekuatan ajaran Syiah. Revolusi Iran sebenarnya telah “mencipta” “Iran baru”. Iran yang tidak pernah tunduk pada barat dan sanggup berdepan dengan apa jua sekatan demi mempertahankan kedaulatan negara dan agama.

Iran juga sering muncul sebagai negara yang sering mempertahankan Palestin walaupun ia bukannya dari kalangan Arab. Iran juga didakwa oleh AS memiliki senjata nuklear.

Rusuhan besar berlaku di Iran yang melibatkan penyokong pencabar utama kepada Ahmadinejad iaitu Mousavi adalah rusuhan kedua terbesar selepas rusuhan rakyat Iran ketika Disember 1978 dulu yang menuntut disingkirkan pemerintahan kuku besi Shah Iran.

Kecemburuan AS..

Dakwaan bahawa kemenangan Ahmadinejad dan Pilihan Raya Presiden ke-10 di Iran penuh penipuan membuktikan AS memang amat cemburu. Persoalannya kini, apakah AS tidak faham atau sengaja membutakan mata dengan kemenangan lalu.

Malah Naib Presiden AS, Joe Biden memperlihatkan semacam kebimbangan dengan perkembangan terbaru di Iran dan yakin ada sesuatu yang tidak kena dengan pilihan raya tersebut.

Obama juga dalam beberapa kenyataannya jelas memperlihatkan harapannya agar pemimpin yang dipilih oleh rakyat Iran adalah daripada kalangan reformis. Obama juga kerap menekankan beliau ingin melihat “perubahan” dalam arena politik di Iran. Terang lagi bersuluh menunjukkan harapan Obama supaya Ahmadinejad kecundang dan pemimpin yang lebih “toleran” akan dipilih.

Antara kata-kata Obama kita bakal bedepan dengan rejim Iran yang telah lama bermusuhan dengan AS. Mereka yang menyebabkan masalah di Asia Barat kerana menjalankan program senjata nuklear” ....

ape2 jelah Obama..kalau dah tak senang duduk tu..

Media barat juga menggembar-gemburkan rusuhan rakyat di Iran dan melaporkan keadaan di Tehran sangat-sangat tegang. Nada beberapa media barat kelihatan sangat sehaluan dengan dasar AS yang sememangnya prejudis dengan Ahmadinejad.

*Dunia tidak mendapat gambaran yang jelas mengenai situasi politik di Iran. Bayangan AS terlalu tebal untuk melihat adakah rusuhan yang berlaku itu benar-benar memprotes ketelusan pilihanraya Iran atau campur tangan kuasa asing yang menyusup masuk bagi mencetus porak peranda?

Teman-teman, kita memang sedia maklum tentang sikap AS dan sekutu-sekutunya yang seperti cacing kepanasan apabila melihat ada kuasa lain yang boleh mengatasi mereka.. makhluk yang terkutuk dan penuh dengan perasaan hasad dengki.

Apa yang jelas mengkagumkan saya, ketika AS kuat mengecam.. Ahamadinejad masih tetap gah berdiri menegakkan haknya !

Kesimpulannya, Iran mempunyai Ahmadinejad yang berani dan lantang bersuara mempertahankan hak sehinggakan mampu membuatkan AS tidak boleh duduk diam dengan tindak- tanduknya. Kita pula bagaimana agaknya ya?? (“,)


Dari pena :- Jundatullah.




Salam perjuangan..

Sempat saya menjelajah ke blog sahabat-sahabat seperjuangan dan blogger yang ada memuatkan entri selamat hari bapa@ happy father’s day..

Alangkah indahnya bagi mereka yang masih mempunyai bapa..pasti ucapan itu mampu diungkapkan dan pastinya mereka mampu melihat bapa mereka tersenyum gembira. Tetapi, berlainan bagi diri ini, saya dan abah saya jauh terpisah pada dua alam yang berbeza.. yang kekal hidup bersama saya adalah kenangan bersamanya..itupun waktu dan ketika masih kanak-kanak dan tidak mengenal erti apa-apa.

Abah saya seorang bapa yang sangat baik dan saya merupakan anak yang paling rapat dengannya.. selalu menunggu abah pulang kerja kerana saya pasti tersenyum gembira kerana abah pasti tak pulang dengan tangan kosong..mesti ada saje buah tangan yang dia belikan untuk saya.

Selamat hari bapa..abah yang amat ku sayangi, yang kini tiada lagi di depan mata. Sudah sepuluh tahun dia meninggalkan saya, ummi tersayang dan adik-beradik. Kemalangan jalan raya yang begitu tragis.. yang masih lagi terpahat kukuh di ingatan saya.. yang mana dalam kemalangan itu saya kehilangan dua anggota keluarga iaitu abah tersayang dan bapa sepupu. Perginya tanpa sempat meniggalkan pesanan terakhir buat anaknya ini..juga saya pada waktu itu..tiada sempat menuturkan kata maaf. Cuma pesannya yang selalu meniti dibibir..sewaktu saya menunjukkan buku rekod kemajuan sekolah rendah untuk ditandatangani suatu ketika dulu, masih terngiang-ngiang kata-katanya :-“ kakak, belajar bersungguh-sungguh dan jadi anak yang baik”.

Berita kemalangan dan kematiannya juga saya tahu daripada satu panggilan telefon.. tersedar saya diawal jam 4 pagi apabila terdengar bunyi bising suara orang ramai.. dan saya hanya melihat sekujur tubuh yang sudah dikafankan dan sudah tidak lagi mampu bersuara. Waktu itu..saya belajar menerima erti sebuah kehilangan..walau betapa sayang saya pada abah.. sayang lagi ALLAH pada dia.. semuanya kuasa Allah..dan erti kehilangan itu menjadikan saya orang yang tabah dan redha.. terima kasih Ya Allah..

Buat abah.. doa kakak tak pernah putus.. dan hari bapa dari kakak untuk abah bukan terikat hanya pada hari-hari tertentu sahaja..tapi buat selamanya.. apa yang kakak buat dan lakukan di dunia ni, kakak sedekahkan pahalanya buat abah dan kakak tarbiyah diri menjadi anak dan mujahidah yang solehah..moga2 abah peroleh kebahagiaan di alam sana..

Kata pujangga :- kasihnya ibu membawa ke syurga..kasihnya ayah tiada penghujungnya..

Selamat hari bapa..abah..

Firman Allah s.w.t dalam surah Luqman, ayat 14, mafhumnya ;

“……… bersyukurlah kepada-KU dan kepada kedua-dua orang ibu bapamu, hanya

lepada-KUlah kembalimu”

Anakmu..

WELCOME TO THIS SITE!