Perhatian :~ JOM RAMAI-RAMAI MENGHADIRI SATU FORUM KESELAMATAN MAHASISWI DI BAWAH TAJUK "WOMEN AND DANGER" YANG DIADAKAN DI GAZEBO KOMPLEKS PERDANA SISWA UM PADA 24 JULAI 2009 JAM 9.00 MALAM
AHLI PANEL TERHEBAT: -EN KAMAL AFENDI HASHIM (PENGANALISIS JENAYAH) -EN MUHAMMAD ZAKIR B. MD SAAD (PEN. PENGARAH KESELAMATAN UM) -CIK SHAHRIZUL AYUNI BT ZULKIPLY (SETIAUSAHA MPMUM)
p/s: Orang ramai dijemput hadir baik lelaki mahupun wanita, baik yang muda mahupun yang sudah berumur,=) Moga dengan forum ini, kita semua akan mendapat maklumat yang bermanfaat mengenai tips-tips keselamatan terutamanya di kalangan wanita baik di dalam kampus mahupun diluar kampus @ di mana-mana sahaja.. JOM RAMAI-RAMAI DATANG
Nyaman nikmat pula kan kau kecapi Islam kau pegang penuh rahmat
Payung penaung manusia sejagat Panas dan sakit hanya seketika
Nyaman dan nikmat untuk selamanya Ah! Panas itu hanya menghidupkan..
Tidak sekali akan mematikan!!
Bara ini saya tujukan khas buat sahabat2 12 orang combat, kakak kesayangan (khaairunnisa'), serta sahabat2 seperjuangan yang lain..(walau tidak saya sebutkan nama, kalian pasti mengerti)
Innalillahiwainnailaihi raji'un.. moga ruh muslimah mulia ini diangkat Allah bersama golongan muttaqin..
Hakikat dunia yang fana ..jika artis yang meninggal ataupun sakit, maka seluruh dunia membuat liputan seakan-akn merekalah dewa..akan tetapi sedikit cuma kisah kesyahidan insan2 yang mempertahankan Aqidah dan maruah agama disebar luaskan untuk membangkitkan semangat dan memberikan perangsang kepada ummah.
Sahabat2 mengenali tak siapa Marwa al-Sharbini ??
Tidak banyak liputan TV tentang Marwa Al-Sharbini, seorang ibu yang punya seorang anak, sedang mengandung tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti-Islam dan anti-Muslim. Tidak ramai pula di kalangan orang Islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian Raja Pop. Itupun kerana media, terutama TV melampau-lampau liputannya. Berhari-hari, bahkan berminggu masih belum reda isunya.
Ribuan penduduk Mesir menghantar jenazah Marwa ke tempat pengkebumiannya. Beliau tidak sepopular artis tersohor, MJ, tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya, yang dengannya ia syahid.Marwa ditikam di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman sebelum memberikan keterangan atas kesnya.
Ia mengadu tentang seorang pemuda Jerman bernama Alex W yang kerap menyebutnya “teroris” hanya disebabkan beliau berjilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwa dan berusaha melepas jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwa, kali ini ia menikam Marwa berkali-kali. Suami Marwa yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembak suami Marwa yang kini dalam keadaan kritikal di hospital di Dresden.
Dalam sejarah Islam, seorang wanita Islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi. Lantas pemuda Islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang Islam. Di zaman Khalifah Mu’tasim, seorang wanita meminta tolong dengan berkata: ‘Waa Mu’tasimah!’. Mu’tasim yang berada begitu jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya.
Hari Jilbab Antarabangsa
Umat Islam kini, apa yang dibuatnya? Media dunia umat Islam sendiri hanya pentingkan berita pengkebumian Michael Jackson sendiri. Tiada liputan besar-besaran untuk Marwa, melainkan media Islam khususnya di internet.
Untuk mengingati peristiwa ini, Hari Jilbab Antarabangsa dicadangkan bagi mengenang Marwa as-Sharbini. Usul itu dilontarkan oleh Ketua Perhimpunan Mempertahankan Hijab, Abeer Pharaon melalui Islamonline. Abeer mengatakan, Marwa Al-Sharbini adalah seorang syahid bagi perjuangan muslimah yang mempertahankan jilbabnya. “Ia menjadi korban Islamofobia, yang masih dialami ramai orang Islam di Eropah. Kematian Marwa layak untuk diperingati dan dijadikan sebagai Hari Hijab Sedunia,” kata Abeer.
Seruan Abeer disambut oleh beberapa orang tokoh Muslim, di antaranya Rawa Al-Abed dari Persekutuan Persatuan Islam di Eropah. “Kami mendukung cadangan ini. Kami juga menyeru agar diwar-warkan kempen seperti ini untuk meningkatkan kesedaran tentang hak-hak muslimah di Eropah, termasuk hak mengenakan jilbab,” kata Al-Abed.
Profesor bidang teologi dan falsafah dari Universiti Al-Azhar, Amina Nusser juga memberikan dokongannya atas cadangan Hari Jilbab Antarabangsa yang boleh dijadikan momentum untuk memberi tindakbalas sikap anti-jilbab di Barat. “Hari peringatan itu akan menjadi kesempatan bagi kita untuk mengingatkan Barat agar bersikap adil terhadap para muslimah dan kesempatan untuk menunjukkan pada Barat bahawa Islam menghormati hak beragama,” tegas Nusser.
Nusser menegaskan bahawa hak seorang muslimah untuk berpakaian sesuai dengan ajaran agamanya, tidak berbeza dengan hak penganut agama lain. Ia mengingatkan, kaum perempuan penganut Kristian Ortodoks juga mengenakan tudung sebelum masuk ke gereja.
Sokongan untuk mengadakan Hari Jilbab Antarabangsa itu juga datang dari Persatuan Muslim Denmark. Ketuanya, Mohammed Al-Bazzawi. “Hari Jilbab untuk mengingatkan masyarakat Barat bahawa hak muslimah untuk mengenakan jilbab sama dengan hak perempuan non-Muslim yang boleh mengenakan busana apa saja. Mereka di Barat yang berbicara soal hak perempuan, selayaknya menyedari bahawa mereka juga tidak boleh mengabaikan hak seorang perempuan untuk mengenakan jilbab,” ujarnya.
Gerakan Islam di rantau Asia juga wajar mengambil inisiatif menganjurkan Hari Jilbab Antarabangsa tersebut sebagai tanda solidariti umat Islam. Dewan Muslimat PAS dan NGO berkaitan boleh mengambil peranan ini.
Akhbar Jerman kurang ajar, Perlekeh Marwa as Sharbini
Surat khabar Jerman, Die Welt versi online memuatkan komentar-komentar pembacanya yang berisi penghinaan dan pernyataan anti-Arab dan anti-Muslim.
Komentar-komentar itu adalah reaksi pembaca atas artikel berjudul “Islamisten fordern Vergeltung für Mord im Gericht” yang diterbitkan berkaitan kes Marwa Al-Sharbini itu.
Salah satu pemberi komen misalnya, menyarankan agar pelaku pembunuhan Marwa diberi tanda jasa “Federal Cross of Merit”. Pemberi komen lainnya menyebut Marwa “toilet” dan masih banyak lagi komentar-komentar lainnya yang isinya jelas membela pembunuh Marwa dan melecehkan Marwa.
Pihak Die Welt pula anehnya, enggan menolak untuk menghapuskan komentar-komentar yang provokatif itu, seiring dengan sikap media massa Jerman lain untuk tidak menulis berita tentang insiden yang menimpa Marwa.
Media Jerman menganggap kes pembunuhan Marwa yang berlatar belakang islamofobia itu bukan kes yang serius. Sikap media Jerman mungkin akan berbeza jika yang dibunuh adalah seorang non-Muslim Jerman dan pelakunya seorang Muslim.
Hal ini menunjukkan bahawa benarnya firman ALLAH s.w.t, dalam surah Al-Anfal :-
" والذين كفروا بعضهم أولياء بعض , الاّ تفعلوه تكن فتنة في الأرض و فساد كبير " mafhumnya :- "Dan orang-orang jafir, sebahagian mereka melindungi sebahagian yang lain. Jika kamu tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan ALLAH (saling melindungi), nescaya akan terjadi kekacauan di bumi dan kerosakan yang besar" -al-Anfal, ayat 73-
Sahabat-sahabat.. bagaimana perasaan kalian?? begitu hina dan teruk seorang muslimah diperlakukan?? Islam dipandang dengan pandangan yang negatif?? menitis airmata saya apabila mengetahui berita Marwa ini, apatah lagi..syahidnya dia dengan ditikam 18 kali dan kufur2 laknatullah berpuas hati..
Mungkin Marwa ada jawapan yang pasti bila menghadap ALLAH nanti..dan dia juga punyai bukti mempertahankan Aqidahnya.. bagaimana dengan kita, yang kita gelarkan diri kita pejuang?? fikir-fikirkan..oppss..bukan sahaja berfikir..tapi, laksanakan..
" KEMENANGAN & KEJAYAAN ITU SEDANG MENANTI DI HADAPAN KITA. WALAUPUN TEKANAN SEMAKIN DAHSYAT DAN KERAS MENGHIMPIT KITA, TETAPI INGATLAH BAHAWA SESUNGGUHNYA FAJAR MENTARI PASTIKAN TERBIT WALAUPUN KEGELAPAN MASIH BERPANJANGAN "
Astaghfirullah.. dah penuh sarang labah-labah dalam blog ni.. bersarang, tak diperbaharui pengisiannya. rasa bersalah pada blog ni makin menebal.. blog yang sepatutnya menjadi medium dakwahku, kini suram kelam tak terisi..
fuhh..melepas lelah..setelah melalui minggu2 yang menyesakkan di bumi UMKL ni, dengan minggu haluan siswa yang memerlukan kekentalan iman dan ketika mana, kaki mujahidah ini mula menapak selangkah demi selangkah di jalan juang realiti yang penuh dengan ujian yang menuntun hati mengikat kata sabar dan kuat.
Alhamdulillah, diri ini sudah dapat membiasakan diri dengan kondisi sekarang, apatah lagi dengan rasa ketenangan bergelar mahasiswi di Jabatan Dakwah & Pembangunan Insan disamping membantu menjalankan gerak kerja Islam di kampus ini.
Tidak layak inginku letakkan perkataan sibuk pada diri yang dhoif ini, kerana jika aku merasakan aku sibuk, apatah lagi dengan kakak2 dan abg2 yang lagi banyak berpenat lelah dalam memastikan kelangsungan nur Islam di bumi UM ini. Lebih baik kami disibukkan dengan gerak kerja Islam daripada kami dilalaikan dengan benda2 yang melaghakan.
Hari ini, aku singgah di bilik2 sahabat2 seperjuanganku.. ramai yang demam dan tidak sihat. tapi,apa yang membanggakan aku, demam panas ke..selsema ke.. mereka tetap kuat menjalankan amanah. beberapa minit lepas, gerak hatiku begitu kuat untuk ke bilik Adibah, patutlah..bila aku ke biliknya..dia tak sihat, demam panas..badannya pun panas. Itupun, dia masih lagi bercakap denganku berkaitan gerka kerjanya. Asyik bercakap dan bercerita dengannya..termasuklah bab2 keluarga dan realiti perjuangan di sini..ku lihat ada airmata yang mengalir keluar dari matanya..
Aku bangga dengan sahabat2 seperjuanganku... alhamdulillah..berkat tarbiyah menjadikan kami orang yang kuat tekad dan semangatnya. langkah kami di bumi UMKL ini baru berusia 3 minggu..dan pastinya langkahan ini akan tetap berterusan selagi jasadku masih bernyawa dengan iringan taufiq dan inayah Ilahi..
Aku sedar..sahabat2 sedar.. kami tak kuat tanpa kekuatan daripada ALLAH..kami takkan istiqamah jika ruh Islam tidak dipasakkan dihati kami..
Kerana aku mengerti..dan aku yakin, sahabat2 juga mengerti.. langkahan aku dan kalian tiada titik noktahnya selagi jasad tidak bertemu syahid..AllahuAkbar!!
~ tiada yang utama, melainkan Cinta-NYA~ jundatullah, ghurfah mujahidah, UmkL
Mengapa entri saya kali ini bertajuk ‘MESTI’ ??Ini kerana, sedar ataupun tidak, bila sesuatu perkara itu ‘mesti’ dilakukan, ianya akan menghasilkan hasil yang memuaskan hati. Apatah lagi kita sering mengungkapkan mesti di waktu yang urgent.Contoh yang sinonim, jika tugasan perlu dihantar pada petang ini, tidak dapat tidak tugasan itu mesti disiapkan jugak sebelum petang ini. Hikmah yang tersirat disebalik kata ‘mesti’ adalah = apa yang kita lakukan akan menjadi, berjaya dan tercapai.
Hanya dengan mendengar kata-kata yang diucapkan oleh seseorang , kita dapat mengetahui sejauh manakah orang itu komited hendak mencapai tujuannya. Kerana perkataan ‘mesti’ ianya adalah suatu yang pasti bukannya seperti perkataan ‘harap’, ‘rasa’.
Apa yang ingin saya katakan di sini adalah, kata-kata yang kita gunakan membawa kesan yang amat kepada minda kita. Cuba kita perhatikan, apabila kita menggunakan kata seperti ‘saya rasa’ dan ‘ saya harap’, kita tidak mendapatkan dorongan bagi bertindak dengan segera. Apabila sesuatu itu mesti dilakukan, kita mengeluarkan segala momentum untuk keberhasilannya..dan tanpa kita sedari kita melakukan luar daripada keupayaan kita.
Jadi, salah satu petua kejayaan adalah mesti.
Saya bawakan satu potongan kisah sejarah pejuang Islam,
Tariq bin Ziyad telah membakar semua kapal-kapal yang dinaiki oleh tentera-tenteranya sewaktu peperangan, seraya beliau berkata:-
“ Di mana jalan pulang?? Laut berada di belakang kamu. Musuh pula berada di hadapan. Sungguh kamu tidak memiliki apa-apa kecuali sikap benar dan jujur.......”
Tariq menambah lagi dengan berkata “Sekiranya perang ini berpanjangan, dan kamu tidak segera menghadapinya, akan hilanglah kekuatan kalian semua. Akan lenyaplah rasa gentar musuhmu pada kalian. Oleh itu, singkirlah sifat hina yang ada dalam diri kamu dengan sifat terhormat. Kamu mesti rela mati.......”
Dan beliau bertempik sekuat hati “ Perang atau mati!!”
Akhirnya Tariq bin Ziyad berserta tenteranya berjaya mengalahkan pasukan musuh.
Berdasarkan kisah Tariq dan tenteranya ini, kita dapati satu hikmah yang amat bernilai iaitu strategi Tariq selaku ketua memasakkan semangat juang pada tentera-tenteranya melalui kata ‘mesti’. Tidak dapat tidak, mereka perlu menghadapi tentera musuh. Dengan aksi berdepan dan memerangi mahupun mati sebagai syahid. Dan inilah yang berjaya menghasilkan momentum jihad dalam jiwa tentera-tenteranya sehinggakan mereka mampu mengalahkan pasukan Raja Roderick.
Minda sang pejuang islam yang telah dipasakkan dengan kata mesti berjuang ataupun syahid, tidak akan duduk diam bersahaja, bahkan semakin rancak mengatur strategi terbaik ke arah tercapainya apa yang dicita.
Kesimpulannya, minda merupakan objek ajaib yang bila diletakkan suatu kata-kata yang ajaib, ianya juga akan menghasilkan sesuatu yang ajaib. ( contohnya : mesti (“,)
Sebagai penuntut ilmu, mesti berusaha belajar supaya berjaya
Sebagai seorang pemimpin, mesti mempunyai kredibiliti dan karisma kepimpinan.
Sebagai seorang pejuang, mesti memperjuangkan Islam selagi termampu.
Dan apa-apa jelah =)
Apa yang mesti, segalanya pasti !!!
Apabila kita menjadikan kejayaan itu suatu kemestian, kita pasti mencari jalan mencapainya!!
“while most are dreaming of success, winners wake-up and work hard to achieve it”
- Ketika kebanyakan orang hanya mengelamun tentang kejayaan, sang juara bangun dan bekerja keras untuk mencapainya-(pepatah inggeris)
Salam perjuangan buat teman-teman.. kali ini saya bawakan entri saya berkenaan dengan Ahmadinejad, Iran dan campurtangan AS yang mana,tumpuan dunia beralih pada isu pilihanraya dan rusuhan rakyat di iran serta kemenangan Ahmadinejad sebagai pihak konservatif yang menimbulkan ketidakpuasan hati pihak-pihak tertentu terutamanya Amerika Syarikat yang kononnya mengatakan pilihan raya Iran penuh penipuan !! Alahai..AS..
Ahmadinejad istimewa??
Mahmoud Ahmadinejad, satu nama besar bagi Iran.. yang memimpin menggunakan konsep konservatif. Seorang pemimpin yang tegas dan berani menyuarakan prinsipnya terhadap kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat. Beliau pernah menegaskan “pergi jahanam dengan barat!!”.
Malah Ahmadinejad ternyata tidak membiarkan begitu sahaja, kelantangan makin jelas pada sidang kemuncak serantau di Rusia dengan mengecam Washington dengan mengishtiharkan bahawa “ zaman empayar AS telah berakhir”.Sewaktu berucap sebagai pemerhati pada sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), beliau menegaskan sistem kapitalis antarabangsa semakin merosot.
“ sudah nyata bahawa zaman empayar sudah berakhir dan kebangkitannya sudah berakhir”..tegas Ahmadinejad di depan pemimpin dunia dari negara kuasa besar lain termasuk Presiden Rusia, Dmitry Medvedev dan Presiden China, Hu Jintao..
Kelantangan beliau menyebabkan AS semakin tidak senang duduk. Sikap tidak toleran Ahmadinejad membuatkan AS tidak selesa dengan keadaan politik semasa Iran.
Suatu ketika dahulu, Bush pernah menggertak untuk menyerang Iran dengan menggunakan lesen Majlis Keselematan PBB, tetapi Ahmadinejad tidak mempedulikan gertakan itu. Ketika itu, Iran memegang kunci Majlis Keselamatan. Gertakan AS sekadar serangan psikologi untuk melemahkan semangat Iran.
Ahmadinejad juga menyokong pergerakan Hizbullah di Lebanon yang dianggap pengganas oleh barat.
Iran...
Iran telah melalui zaman Revolusi Iran yang dicetuskan oleh Ayatullah Khomeini yang telah menjatuhkan kerajaan kejam Shah Iran pada akhir 70-an. Walaupun Ayatullah Khomeini dan Iran amat terkenal dengan kekuatan ajaran Syiah. Revolusi Iran sebenarnya telah “mencipta” “Iran baru”. Iran yang tidak pernah tunduk pada barat dan sanggup berdepan dengan apa jua sekatan demi mempertahankan kedaulatan negara dan agama.
Iran juga sering muncul sebagai negara yang sering mempertahankan Palestin walaupun ia bukannya dari kalangan Arab. Iran juga didakwa oleh AS memiliki senjata nuklear.
Rusuhan besar berlaku di Iran yang melibatkan penyokong pencabar utama kepada Ahmadinejad iaitu Mousavi adalah rusuhan kedua terbesar selepas rusuhan rakyat Iran ketika Disember 1978 dulu yang menuntut disingkirkan pemerintahan kuku besi Shah Iran.
Kecemburuan AS..
Dakwaan bahawa kemenangan Ahmadinejad dan Pilihan Raya Presiden ke-10 di Iran penuh penipuan membuktikan AS memang amat cemburu.Persoalannya kini, apakah AS tidak faham atau sengaja membutakan mata dengan kemenangan lalu.
Malah Naib Presiden AS, Joe Biden memperlihatkan semacam kebimbangan dengan perkembangan terbaru di Iran dan yakin ada sesuatu yang tidak kena dengan pilihan raya tersebut.
Obama juga dalam beberapa kenyataannya jelas memperlihatkan harapannya agar pemimpin yang dipilih oleh rakyat Iran adalah daripada kalangan reformis. Obama juga kerap menekankan beliau ingin melihat “perubahan”dalam arena politik di Iran. Terang lagi bersuluh menunjukkan harapan Obama supaya Ahmadinejad kecundang dan pemimpin yang lebih “toleran” akan dipilih.
Antara kata-kata Obama “ kita bakal bedepan dengan rejim Iran yang telah lama bermusuhan dengan AS. Mereka yang menyebabkan masalah di Asia Barat kerana menjalankan programsenjata nuklear” ....
ape2 jelah Obama..kalau dah tak senang duduk tu..
Media barat juga menggembar-gemburkan rusuhan rakyat di Iran dan melaporkan keadaan di Tehran sangat-sangat tegang. Nada beberapa media barat kelihatan sangat sehaluan dengan dasar AS yang sememangnya prejudis dengan Ahmadinejad.
*Dunia tidak mendapat gambaran yang jelas mengenai situasi politik di Iran. Bayangan AS terlalu tebal untuk melihat adakah rusuhan yang berlaku itu benar-benar memprotes ketelusan pilihanraya Iran atau campur tangan kuasa asing yang menyusup masuk bagi mencetus porak peranda?
Teman-teman, kita memang sedia maklum tentang sikap AS dan sekutu-sekutunya yang seperti cacing kepanasan apabila melihat ada kuasa lain yang boleh mengatasi mereka.. makhluk yang terkutuk dan penuh dengan perasaan hasad dengki.
Apa yang jelas mengkagumkan saya, ketika AS kuat mengecam.. Ahamadinejad masih tetap gah berdiri menegakkan haknya !
Kesimpulannya, Iran mempunyai Ahmadinejad yang berani dan lantang bersuara mempertahankan hak sehinggakan mampu membuatkan AS tidak boleh duduk diam dengan tindak- tanduknya. Kita pula bagaimana agaknya ya?? (“,)
Dari pena :- Jundatullah.
Salam perjuangan..
Sempat saya menjelajah ke blog sahabat-sahabat seperjuangan dan blogger yang ada memuatkan entri selamat hari bapa@ happy father’s day..
Alangkah indahnya bagi mereka yang masih mempunyai bapa..pasti ucapan itu mampu diungkapkan dan pastinya mereka mampu melihat bapa mereka tersenyum gembira. Tetapi, berlainan bagi diri ini, saya dan abah saya jauh terpisah pada dua alam yang berbeza.. yang kekal hidup bersama saya adalah kenangan bersamanya..itupun waktu dan ketika masih kanak-kanak dan tidak mengenal erti apa-apa.
Abah saya seorang bapa yang sangat baik dan saya merupakan anak yang paling rapat dengannya.. selalu menunggu abah pulang kerja kerana saya pasti tersenyum gembira kerana abah pasti tak pulang dengan tangan kosong..mesti ada saje buah tangan yang dia belikan untuk saya.
Selamat hari bapa..abah yang amat ku sayangi, yang kini tiada lagi di depan mata. Sudah sepuluh tahun dia meninggalkan saya, ummi tersayang dan adik-beradik. Kemalangan jalan raya yang begitu tragis.. yang masih lagi terpahat kukuh di ingatan saya.. yang mana dalam kemalangan itu saya kehilangan dua anggota keluarga iaitu abah tersayang dan bapa sepupu. Perginya tanpa sempat meniggalkan pesanan terakhir buat anaknya ini..juga saya pada waktu itu..tiada sempat menuturkan kata maaf. Cuma pesannya yang selalu meniti dibibir..sewaktu saya menunjukkan buku rekod kemajuan sekolah rendah untuk ditandatangani suatu ketika dulu, masih terngiang-ngiang kata-katanya :-“ kakak, belajar bersungguh-sungguh dan jadi anak yang baik”.
Berita kemalangan dan kematiannya juga saya tahu daripada satu panggilan telefon..tersedar saya diawal jam 4 pagi apabila terdengar bunyi bisingsuara orang ramai.. dan saya hanya melihat sekujur tubuh yang sudah dikafankan dan sudah tidak lagi mampu bersuara. Waktu itu..saya belajar menerima erti sebuah kehilangan..walau betapa sayang saya pada abah.. sayang lagi ALLAH pada dia.. semuanya kuasa Allah..dan erti kehilangan itu menjadikan saya orang yang tabah dan redha.. terima kasih Ya Allah..
Buat abah.. doa kakak tak pernah putus.. dan hari bapa dari kakak untuk abah bukan terikat hanya pada hari-hari tertentu sahaja..tapi buat selamanya.. apa yang kakak buat dan lakukan di dunia ni, kakak sedekahkan pahalanya buat abah dan kakak tarbiyah diri menjadi anak dan mujahidah yang solehah..moga2 abah peroleh kebahagiaan di alam sana..
Kata pujangga :- kasihnya ibu membawa ke syurga..kasihnya ayah tiada penghujungnya..
Selamat hari bapa..abah..
Firman Allah s.w.t dalam surah Luqman, ayat 14, mafhumnya ;
“……… bersyukurlah kepada-KU dan kepada kedua-dua orang ibu bapamu, hanya
Al-Fatihah..sama-sama kita hadiahkan buat sang pejuang dan pemikir Islam yang hebat..Dr. Fathi Yakan.. yang telah kembali ke rahmatullah..
Semenjak dari bangku sekolah menengah lagi, saya sering mendengar nama beliau, malah buku beliau yang pertama-tamanya saya kenali ialah “Maza Ya’ni intimail Islam”- apa ertinya saya menganut agama Islam. Sering jua bermain dibibir guru penasihat Badar sewaktu disekolah dahulu, tentang beliau dan penulisannya. Namun, waktu itu saya belum sepenuhnya mengenali beliau dan gerakan Islam, umumnya.. sehinggalah saya melangkah ke alam kampus
Firman Allah s.w.t, mafhumnya :-
“ sesungguhnya orang-orang yang sebenar beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada ALLAH dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta-benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar ( pengakuan imannya)
{ surah Al-Hujurat : ayat 15 }
Ijlis, nu’min saat..ayuh..melalui pembacaan saya tentang diri beliau, saya mengajak diri saya dan kalian, kita mengimbau jejak sang pejuang ini sejenak.. moga dengan mengenalinya makin menambahkan kecintaan kita terhadap perjuangan Islam.
Dr.Fathi Yakan telah banyak menghasilkan buku dakwah yang telah melahirkan semangat kebangkitan Islam. Beliau dilahirkan pada 9 februari 1933 di Lubnan. Beliau mempunyai seorang isteri iaitu Puan Dr.Mona Haddad Yakan dan 5 orang cahayamata.
Apa yang membanggakan ialah beliau merupakan lulusan B.A dan M.A dalam bidang kejuruteraan, akan tetapi beliau menyambung PHD nya dalam bidan pengajian Islam dan bahasa Arab. Malah, beliau juga antara pelopor yang mengasakan gerakan Islam di Lubnan.
Beliau tidak melihat Islam dari sudut teoritis semata-mata tetapi berjaya seorang daie mestilah hadir ditengah-tengah medan masyarakat dan berpartisipasi dengan penuh iltizam. Beliau juga pernah memenangi kerusi pada pilihanraya Lubnan pada tahun 1992.
Pada mulanya, Fathi Yakan merupakan salah seorang yang tidak bersetuju dengan pilihanraya, akan tetapi, setelah sering gagal menyatakan Islam kepada pemerintah, beliau akhirnya akur bahawa pilihanraya adalah satu-satunya wadah penting yang dapat menguasai negara Islam jika menang tanpa sebarang pertumpahan darah berlaku.
Berbicara tentang Lubnan, negara ini bukanlah sebuah negara arab yang membela Islam. Ini kerana mengikut kepada perjanjian taif, pembahagian kuasa secara adil antara golongan-golongan yang terlibat mesti berlaku. Oleh itu, presiden Lubnan mestu seorang kristian Maronite, Perdana Menteri adalah dari kalangan seorang pengikut sunnah, manakala speaker parlimen adalah daripada seorang pengikut syiah. Dan ini menunjukkan kepelbagaian pegangan agama dan mazhab yang menyukarkan perkembangan Islam di Lubnan.
Pengalaman beliau bersama al-marhum Dr. Mustafa as-sibaie yakni pengasas ikhwan di Syria, telah mematangkan Fathi Yakan untuk menerapkan pendekatan ikhwan di Lubnan. Tulisan dan penglibatan beliau bersama gerakan Islam dianggap mengancam kedudukan pihak berkuasa. Malah, beliau pernah dipenjara dan disiksa dengan diseterika seluruh badannya hingga remuk oleh penguasa taghut laknatullah..namun itu tidak menumpulkan usaha bekiau untuk terus membangkitkan semangat perjuangan islam.
Beliau sering aktif menyampaikan ceramah, membentangkan kertas kerja dan sebagainya. Beliau pernah menghadiri muktamar tahunan Pas dan mempunyai hubungan yang akrab dengan Presiden Pas, iaitu YB Tuan Guru Hj.Abdul Hadi Awang.
Apa yang membuatkan saya ingin membicarakan tentang beliau pada kali ini adalah kerana kesangatan tumpuan beliau terhadap dakwah dan juga kebangkitan generasi pemuda.
Beliau sering meransang anak-anak muda untuk bersama kebangkitan Islam. Dr. Fathi Yakan amat menjiwai peranan pemuda untuk membahterai gerakan Islam.
Antara buku- buku tulisannya adalah:-
1.Maza Ya’ni intimail Islam
2.Bagaimana kita menyeru kepada islam, yang terdapat didalamnya:-
*prinsip2 dakwah Islamiyyah
*Seruan kepada islam
*Maudu’ dakwah
*Tuntutan membentuk tanzim haraki dan kewajipan bekerja di dalamnya.
3. Rintangan perjuangan dalam kehidupan pendakwah.
4. Generasi pemuda dan perubahan.
Banyak lagi hasil penulisan beliau yang tidak saya nyatakan disini, yang mana penulisannya sering dikaitkan dengan dakwah dan pembinaan generasi muda.
Akhirnya, saya kongsikan bersama tulisan yang dilakarkan Dr.Fathi Yakan kepada generasipemuda:-
“ Generasi pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam, tetapi orang lain mempergunakan mereka untuk menghancurkan umat manusia.
Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar; pemuda yang tiada peribadi, bersikap seperti kera, pemuda yang tiada akhlak; yang lebih dekat dengan binatang; pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, disusun oleh parti-parti kufur dan syaitan; TETAPI, keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-cita dan matlamat hidupnya!! ”
Nah! Sedarilah kita wahai generasi muda, kini beliau sudah kembali menemui Sang Pencipta. Walau jasadnya telah tiada, namun hasil penanya mampu menghidupkan jiwa. Kita yang masih bernyawa.. semakin hari berginjak usia, apakah jawapan kita kelak andai ditanya apakah sumbangan kita untuk Islam tercinta. Ayuh!! jiwa muda.. bersama laungkan..kitalah generasi muda yang cintakan syahid.
Salam perjuangan, di sini saya bawakan kisah seorang serikandi dahulu buat pedoman diri dan sahabat-sahabat yang mengunjung blog ni. Inilah kisah seorang serikandi solehah yang telah meninggalkan sejarah gemilang untuk dicontohi oleh setiap wanita sepanjang zaman.
Beliau ialah Ummu Sulaim atau nama gelarannya Rumaisha iaitu ibu kepada Saidina Anas bin Malik. Salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang terkenal. Ummu Sulaim merupakan seorang yang tegas dan kuat keyakinannya kepada Islam. Beliau lebih menyintai perjuangan Islam. Beliau lebih rela berpisah dengan suaminya iaitu ayah kepada Anas yang masih seronok dengan alam jahiliyah.
*Bercerai dengan suaminya kerana kebenaran Islam
Walaupun sudah berkali-kali Ummu Sulaim mengajak suaminya kepada kehidupan yang lebih baik dengan percaya dan tunduk dengan hokum-hukum ALLAH, tapi suaminya enggan dan akhirnya berlakulah perceraian. Setelah berlaku perceraian dengan Malik Nazhar, Ummu Sulaim berazam tidak akan berkahwin lagi sehinggalah Anas dewasa. Ini adalah kerana mahu anaknya benar-benarterdidik dan menjadi anak yang bertaqwa.
*Anaknya sebagai hadiah kepada sebuah perjuangan Islam.
Sewaktu Rasulullah berhijrah ke Madinah, Ummu Sulaim membawa Anas berjumpa dengan Baginda s.a.w.Ketika itu usia Anas baru meningkat 10 tahun. Ummu Sulaim berkata kepada Rasulullah SAW:-
“Hampir semua kaum Ansar, baik lelaki mahupun wanita telah menghadiahkan Baginda dengan suatu hadiah yang berharga. Aku tidak mempunyai sesuatu untukku hadiahkan, melainkan seorang anak lelakiku. Maka ambillah dia supaya dapat dia melayani dan melakukan tugas yang Baginda perintahkan kepadanya”
Ummu Sulaim sangat menginginkan anaknya memperoleh sebanyak mungkin keberkatan daripada Rasulullah SAW. AkhirnyaAnas menjadi seorang yang alim yang tinggi ilmunya dan banyak meriwayatkan hadis.
*Perkahwinan kali kedua
Datanglah Abu Talhah yang masih kafir ingin mengahwini Ummu Sulaim. Ummu Sulaim telah memintanya membawa mas kahwin yang paling tinggi. Abu Talhah pergi mendapatkan Rasulullah SAW dan menceritakan segala-galanya.
*Mas kahwin yang teramat tinggi nilaianya :- Kalimah Syahadah LA ILAHA ILLA ALLAH
Lalu Rasulullah SAW menikahkan Abu Talhah dengan Ummu Sulaim menurut syarat yang diminta. Berkahwinlah Ummu Suliam buat kali kedua dengan Abu Talhah dengan mas kahwinnya ialah Abu Talhah mengucap dua kalimah Syahadah.
Mungkin pada zaman sekarang, kalau berlaku sekarang..masyarakat akan pelik. Bagaimanakah seorang wanita sanggup berkahwin tanpa ada ems, perak, duit hantaran ataupun apa-apa pemberian sebagai mas kahwin. Hakikatnya ALLAH S.W.Ttidak pernah memandang kepada harta kemewahan kita, tetapi yang paling utama disisiNYA adalah Iman dan Taqwa.
*Seorang isteri yang solehah.
Ummu Sulaim hidup bersama Abu Talhah dengan penuh kebahagiaan, beliau menjadi isteri yang taat, sentiasa menyuburkan jiwa suaminya dengan iman dan taqwa. Memberikan galakn kepada suaminya agar gigih berjuang, takut dengan ALLAH, rindu dengan syurga ALLAH dan sabar serta redha dalam menghadapi ujian ALLAH. Beliau melayani suaminya sebaik-baiknya. Tidak pernah meminta itu dan ini, beliau merasa cukup dengan apa yang ada. Masa terluang beliau gunakan untuk beribadah, bertahajjud, berwirid dan berzikir kepada ALLAH. Ummu Sulaim tidak menyibukkan diri dengan dunia, hatinya sentiasa terikat dengan ALLAH.
*Diuji ALLAH SWT dengan kematian anaknya.
ALLAH SWT menurunkan ujian untuk menguji dan meningkatkan lagi ketaqwaan kepada-NYA. Anaknya yang masih kecil meninggal dunia setelah menderita sakit beberapa lama ketika Abu Talhah tiada di rumah. Ummu Sulaim dengan tenang menghadapi kematian anaknya itu. Dimandikan, dikafankan dan ditutup anaknya itu dengan kain.
Apabila Abu Talhah pulang ke rumah, seperti biasa dia menanyakan tentang keadaan kesihatan anaknya itu, Ummu Sulaim menjawab : “Dia kini sudah tenang dan berehat sepuas-puasnya.”Pada sangkaan Abu Talhah, anaknya itu telah sembuh.
Kebetulan hari itu mereka berpuasa. Ummu Sulaim menyediakan makanan dan berbukalah mereka. Tiba waktu malam, Ummu Sulaim berdandan dan bersolek serta mengenakan wangi-wangian dan melayan suaminya sehingga suaminya lupa untuk bertanyakan khabar anaknya itu.
Sehinggalah keesokan harinya, Abu Talhah bersiap-siap untuk keluar, Ummu Sulaim berkata kepada Abu Talhah : “Wahai suamiku, ada seorang jiran kita telah diberi pinjam pinggan padanya, datang tuan pinggan untuk mengambil pinggannya kembali. Tetapi, jiran kita itu tidak mahu memulangkan semula pinggan itu kepada tuan empunya pinggan. Apa pendapat engkau tentang jiran kita ini??
“Mereka tidak berhak berbuat demikian”, jawab Abu Talhah. Lalu Ummu Sulaim berkata lagi : “ Allah telah meminjamkan kepada kita anak, kemudian DIA meminta kembali anak itu, wahai suamiku.”
Terdiam Abu Talhah, lalu dia pergi berjumpa dengan Rasulullah SAW dan menceritakan apa yang berlaku antara dia dan isterinya. Bersabda Rasulullah SAW: “ semoga Allah memberkati kamu berdua dalam perbuatan kamu malam tadi.”
Doa Rasulullah itu dimakbulkan. Dan dengan kematian anaknya itu, ALLAH gantikan dengan kurniaan yang makin bertambah.Sejak malam itu, Ummu Sulaim mengandung dan melahirkan anak lelaki yang diberi nama Abdullah yang kelaknya menjadi ayah dari seorang anak lelaki pula yang diberi nama Ishaq iaitu seorang tabi’in besar dan alim dalam ilmu hukum-hukum Islam, dan anak lelakinya yang lain kesemuanya berjumlah Sembilan orang. Kesemuanya adalah orang yang berilmu dan penghafal Al-Quran.
Demikianlah sebuah kisah wanita solehah yang hati dan cintanya hanya untuk ALLAH.. yang mahar perkahwinannya Kalimah Tauhid..subhanallah.. indahnya perhiasan dunia wanita solehah.. mampukah aku menjadi sehebat ini..(“,)
Ya Allah..jadikan aku serikandi solehah..penyejuk dimata, penawar dihati..yang mampu mengetuk pintu kelalaian insani.
~Aku ingin lebih memberi daripada menerima, lebih menyayangi dari disayangi, lebih menghargai dari dihargai~
~Aku ingin lebih berkorban untuk cinta NYA~
~Moga ada bait kata-kata yang terlakar di pena ini menjadi jalan mengajak manusia kepada Allah~
~Allahurobbi, cukup namaMU dalam hatiku~
~ Become a Psycologist ~
Rohayu Rusli, Graduan, Ijazah Sarjana Muda Usuludin
(Dakwah & Pembangunan Insan) Universiti Malaya
~Note Hati~
" Takhallikan dirimu dari terjerumus ke lembah noda serta sikap bermain-main dengan perjuangan.. tahallikan dirimu dengan sifat sebenar seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan serta jihad dan kefahaman juga dambaan syahid "
-Srikandi-
~Nota Hati~
Bila meletakkan ALLAH sebagai prioriti,Di MATA manusia pahit, di HATI kita manis..
~Nota Hati~
Pandanglah sesuatu dengan mata hati, InsyaALLAH kita pasti akan dapat melihat yang tersirat melalui yang tersurat.. Keyakinan yang tinggi terhadap ALLAH, hanya terletak pada hati hamba yang dekat dengan-NYA..
~Terima kasih singgah (",)
Setiap jejak ziarah kalian dan masa yang terbuang di taman pena ini meresahkan saya, jika kalian pulang tanpa mendapat apa-apa yang bermanfaat..
saya cuma mampu membayar masa kalian dengan penulisan dan perkongsian sahaja, moga kalian beroleh sesuatu yang mendekatkan diri kalian dengan Allah... terima kasih :)
~Tidak akan pernah terlepas TANGGUNGJAWABku memperbaiki UMMAH jika aku terus senyap membisu, selesa dengan hidup..dan hanya memandang UMMAH yang kian bermasalah dan makin runcing sakhsiahnya dengan PANDANGAN bersahaja~
:: PMIUM ::
:: HEWI ::
Caring, Sharing & Loving
:: GAMIS ::
:: SIGMA ::
:: GMI ::
:: Pro Mahasiswa UM ::
Nahnu Hawariyyun!!
Nahnu Hawariyyun !!
~Posititve Mind~
What grows without an effort in the land is weed and what grows with efforts in the land is seed. Similary what grows without an effort in the mind is a negative thought and what grows with efforts in the mind is a positive thought.
" Jika kamu seorang yang mempunyai pandangan, maka jadilah juga seorang yang punyai pendirian, sesungguhnya suatu pandangan itu akan menjadi rosak..hanya kerana kamu berbelah bahagi" ~ Abu Tayyib Al-Mutanabbi~
~If Allah loves someone~
“If Allah loves someone, He will give that person faith. If Allah loves that person a little bit more, He will give that person strenght and perseverance to practice His religion perfectly. And If Allah loves that person a little bit more, He will make his life in this Dunya difficult, for that slave of His to test how far is the love of His Slave to Him.”