KETENANGAN jiwa merupakan sumber penting dalam menentukan kehidupan manusia. Apa yang dimaksudkan dengan jiwa itu adalah ‘qalb’ (hati) menurut istilah agama. Apakah pula yang dimaksudkan dengan jiwa (hati) yang tenang, ‘muthmainnah’ itu?

Fakhrur Razy, ahli tafsir tersohor pernah menghuraikan dalam “Tafsir Kabir”, bahawa jiwa (hati) manusia itu memang hanya satu, tetapi sifat-sifatnya banyak dan bermacam-macam. Apabila hati itu lebih condong kepada nilai-nilai Ketuhanan dan mengikuti petunjuk-petunjuk Ilahi, maka ia bernama nafsul muthmainnah, jiwa yang tenang dan tenteram. Jika ia condong kepada hawa nafsu dan marah maka ia dinamakan ammarah bissui, iaitu hati yang dipenuhi oleh kejahatan. (“Tafsir Ar-Razi”).

Di kalangan beberapa ulama merumuskan bahawa jiwa yang ‘muthmainnah’ (tenang) itu ialah jiwa yang disinari oleh akal dan rasional. Jiwa yang tenang itu tumbuh kerana kemampuan menempatkan sesuatu kepada tempat yang sewajarnya, dan senantiasa meletakkannya di atas dasar iman. Dengan dasar iman, maka manusia akan menerima segala sesuatu yang dihadapinya, baik senang mahu pun susah, baik menang mahu pun kalah dan lain-lain dengan perasaan reda. Sekiranya seseorang manusia itu mendapat nikmat, berhasil, dan mencapai kejayaan, dia tidak melonjak-lonjak kerana kegirangan. Sebaliknya, jika mengalami bencana, muflis, kalah dalam perjuangan dan lain-lain, dia tidak berdukacita, apalagi berputus asa.

Dalam situasi lain, mereka yang bersifat ‘muthmainnah’ ini, dapat menguasai diri dalam keadaan apa sekali pun, berfikiran rasional, mampu menciptakan keseimbangan dalam dirinya, hatinya tetap tenang dan tenteram. Jiwa yang tenang itu sentiasa berasa reda menghadapi apa jua keadaan, juga sentiasa mendapat keredaan Ilahi, seperti yang dinyatakan di dalam al-Quran, yang bermaksud: “Wahai jiwa yang tenang tenteram! Kembalilah kepada Tuhanmu, merasa senang (kepada Allah) dan Allah senang pula kepadanya. Masuklah dan berkumpul bersama-sama hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku.” (al-Fajr: 27-28)

Menurut al-Quran, jiwa yang tenang disaluti dengan memiliki keyakinan yang tidak goyah terhadap kebenaran, seperti yang terkandung di dalam surah an-Nahl ayat 16. Ia juga memiliki rasa aman, bebas daripada rasa takut dan sedih di dunia dan akhirat kelak serta memiliki hati yang tenteram kerana selalu mengingati Allah. Apabila ini terjadi, pada hakikatnya seseorang itu telah mencapai kemuncak kebahagiaannya.

Dalam setiap perjuangan, bahkan peperangan, diperlukan ketenangan jiwa itu. Ketenteraman hati dalam menghadapi puncak-puncak perjuangan dapat dicapai dengan selalu ingat kepada Allah (zikrullah). Malah dengan zikrullah itu akan meningkatkan semangat juang, malah ia akan menghalau semangat putus asa yang menjadi musuh dalam selimut bagi diri manusia serta meningkatkan daya tahan sehingga pantang berundur atau menghindar menjadi pembelot dalam pertempuran.

Mengimbas kembali peperangan Badar, di mana kekuatan pasukan kaum musyrikin tiga kali ganda daripada kaum Muslimin, dengan persenjataan yang lebih lengkap, maka dengan mengingati kepada Allah (zikrullah) itulah yang melahirkan ketenangan dan kekuatan jiwa pasukan Islam. Pada saat itu Rasulullah s.a.w memohonkan doa, yang bermaksud: “Ya Allah, bala tentera Quraisy yang lengkap dan teguh datang menyerbu untuk mendustakan Rasul-Mu. Ya Allah! Berikanlah pertolongan yang telah Engkau janjikan. Ya Allah! Kalau tidak Engkau hancurkan kekuatan musuh itu, maka sesudah ini tidak ada orang lagi yang akan menyembah Engkau.”

Doa Rasulullah itu yang berlandaskan zikrullah, pada saat-saat yang genting itu, diperkenankan Allah, sehingga akhirnya pasukan musuh yang kuat itu mengalami porak-peranda dan kemenangan berpihak kepada kaum Muslimin. Allah s.w.t mengirimkan bala bantuan 1000 malaikat yang menghancurkan barisan musuh sebagaimana yang tergambar di dalam al-Quran, yang bermaksud: “Ketika kamu memohonkan pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya, dengan frman-Nya: ‘Sesungguhnya Aku menolong kamu dengan seribu malaikat yang berbaris dan teratur. Tuhan melakukan semua itu sebagai berita gembira dan supaya hatimu tenteram. Dan pertolongan itu hanya datang dari sisi Allah’.” (al-Anfal: 10)

Justeru, mengingati Allah dalam setiap detik dan ketika, juga dalam mengharungi perjuangan hidup yang serba berkemungkinan ini, berupaya menjadikan kita sebagai Muslim yang teguh jati diri dan mulia pula di sisi Allah s.w.t. Dengan memperoleh ketenangan jiwa dalam menjalani liku-liku kehidupan, insya-Allah segala yang cabaran dan dugaan yang mendatang akan dapat kita terima dengan rasa reda dan mengakui akan kebesaran Allah, pencipta sekalian alam.

~Ingin sentiasa bersamaNYA dalam jiwa yang Muthmainnah~

Tanya sama angin
Mengapa hati sukar diduga
Nanti jawab angin
Hati ibarat awan

Tanya sama awan
Mengapa hati sukar diduga
Nanti jawab awan
Hujan turun sering tiba-tiba


Tanya sama hujan
Mengapa turunnya sering tiba-tiba
Hingga hati sukar diduga
Nanti jawab hujan
Mentari kadang terik kadang tidak

Tanya sama mentari
Mengapa kadang terik kadang tidak
Hingga hujan turunnya sering tiba-tiba
Hingga hati sukar diduga
Nanti jawab mentari
Itu aturan alam diciptaNya

Duhai angin,
Duhai awan,
Duhai hujan,
Duhai Mentari,
Bantulah hati ini tika ia diduga
Kelak akhirnya hati ini kembali kembali kepada PenciptaNya
Pencipta alam seisinya..


Inspirasi Srikandi
Pasir Puteh, Kelantan.
28 dis 2011
 
Kuala Lumpur, 27 Dis: Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA) menyifatkan keputusan  Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk tidak lagi menapis filem-filem yang disiarkan di Malaysia adalah keputusan yang tidak wajar dan bersikap lepas tangan. SIGMA melalui kenyataan pengerusinya, Saudari Rohayu Rusli mendesak dan menggesa agar LPF menarik balik keputusan untuk tidak menapis filem yang akan berkuatkuasa tahun depan itu.

“SIGMA mewakili seluruh suara siswi melihat LPF seakan berlepas tangan apatah lagi bila melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tan Sri Mahmood Adam minggu lalu berhubung dengan tiada lagi penapisan filem oleh Lembaga Penafisan Filem Malaysia menunjukkan suatu tindakan yang tidak wajar.apatah lagi beliau juga menyebut bahawa segala urusan perfileman dibawah tanggungjawab pengarah dan penerbit filem tersebut, termasuklah sekiranya terdapat masalah-masalah yang berbangkit kemudian hari”

“Saya melihat tiada satu jaminan yang kukuh diperingkat Kementerian berhubung perkara ini, dan mahasiswa sebagai salah satu entiti dalam masyarakat menilai filem-filem di Malaysia sekarang ini banyak berunsur negatif dan tidak membina. Malah tahun 2011 ini sahaja Malaysia seakan-akan meraikan festa filem hantu dan lucah kerana banyak cerita-cerita hantu dan lucah yang memenuhi pawagam sepanjang tahun ini”

“Apabila melihat tujuan LPF, badan ini jelas ditubuhkan untuk menapis kandungan rakaman untuk filem dan video untuk ditayangkan di Malaysia. LPF ditubuhkan di bawah Seksyen 3 Akta Filem (Penapisan) 1952 (disemak tahun 1971) dengan tujuan "menjaga keselamatan negara dan keharmonian kaum serta melindungi kepentingan negara dan rakyat daipada pengaruh buruk dan unsur-unsur negatif ” jelasnya lagi.

“Dari sisi pandang masyarakat yang menilai, apabila sesebuah filem itu melalui Lembaga Penapisan Filem ianya sesuai untuk ditonton oleh segenap lapisan masyarakat”.
 SIGMA juga meluahkan kebimbangan terhadap keputusan LPF dengan senario masyarakat kita yang mudah terpengaruh. Apatah lagi filem-filem tempatan dan barat banyak memberi pengaruh besar kepada perkembangan masyarakat . Merujuk ucapan mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Abdullah Badawi dalam Konvensyen LPF pada tahun 2003, beliau menyebut bahawa filem telah dijadikan agen kepada fahaman atau cara hidup anti sosial, anti agama pada dekad globalisasi ini.

Filem menjadi begitu penting dalam proses globalisasi dengan hasrat untuk menjadikan ``satu budaya satu dunia''. Filem-filem Hollywood antaranya telah menjadi pengeksport doktrin penting ke arah ``satu budaya satu dunia''. Memang benar, industri filem adalah sebuah industri hiburan, tetapi filem yang dieksport juga mempunyai nilai-nilai yang bertentangan dengan budaya negara yang mengimport. Ini suatu yang sangat membimbangkan dan kita terpaksa membanteras nilai-nilai yang bercanggah dan membawa idealisme yang tidak sesuai dengan negara ini.


Dalam keadaan Malaysia yang penuh dengan isu masalah sosial ini, SIGMA terus akan mendesak LPF menarik balik keputusannya. Apabila segala tanggungjawab diserahkan kepada pengarah dan penerbit filem, mereka belum tentu mampu untuk sepenuh melakukannya, kerana setiap daripada mereka semestinya mempunyai kepentingan sendiri dan tidak mustahil hal ini boleh menyebabkan pelanggaran disiplin filem di negara ini.

“Saya juga meragui soal moraliti dalam penerbitan sesuatu filem apabila sepenuh tanggungjawab diserahkan kepada pengarah dan penerbit. Malah, jika Lembaga Penapisan Filem tidak lagi menapis filem-filem, apa kayu ukur kepada kesesuaian filem untuk ditonton oleh seluruh lapisan masyarakat dan tidak melanggar syarat.? Kita masih lagi memerlukan satu badan khas yang bertanggungjawab untuk menapis filem.”

 “Saya juga mendapati banyak pihak yang tidak bersetuju dengan keputusan LPF, seperti Presiden Persatuan Pena Nasional saudara Saleeh Rahamat dan Presiden Persatuan Veteran RTM saudara Helan Adam yang menimbulkan banyak kerisauan dan masih mengharapkan LPF bertanggungjawab dan tidak berlepas tangan” Tambah Nur Syazwani merangkap Timbalan Pengerusi Sigma.

Sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/2011/12/27/lpf-mahu-lepas-tangan/

Jika awal tahun dahulu, medan tahrir menjadi saksi berlakunya revolusi menjatuhkan pemerintahan Hosni Mubarak, akhir tahun ini pula MedanTahrir menjadi saksi rakyat diperlakukan dengan kejam dan keterlaluan oleh tentera mesir lebih-lebih lagi ianya berlaku kepada wanita. Tentera Mesir telah mengambil alih kerajaan selepas bekas Presiden Hosni Mubarak digulingkan pada 11 Februari lalu. 
Pada awalnya, kehadiran tentera Mesir diterima rakyat, tetapi kini rakyat Mesir bangkit menuntut agar kepimpinan kerajaan kembali ditadbir oleh orang awam dan menuntut Dewan Tertinggi Angkatan Bersenjata (SCAF) segera melepaskan pentadbiran negara.
Tindakan biadap tentera mesir menperlihatkan kepada dunia bahawa mereka ini kejam. Apatah lagi minggu lalu, tiga orang tentera memukul seorang wanita yang tidak bersenjata, menarik pakaian wanita itu, dan menyeret dia ke bawah jalan Kaherah.

Penghinaan buat wanita
SIGMA (Sinergi Gabungan Mahasiswi) dengan tegasnya menyatakan kecaman dan menyifatkan tindakan tentera tersebut adalah tindakan yang tidak berperikemanusiaan dan biadap. Ianya memperlihatkan bahawa bukan sahaja wanita itu dibelasah, malah lebih teruk lagi bilamana mengaibkan dan mencabul kehormatannya sebagai seorang wanita. Ini merupakan penghinaan terhadap seorang wanita yang jelas bukan sahaja melukai fizikal wanita itu, malah emosi seluruh wanita di dunia. Kaum  wanita sepatutnya dilindungi dan dihormati kaum lelaki apatah lagi tentera yang sepatutnya menjaga keselamatan dan bukan bertindak zalim kepada orang awam.
Tindakan tentera ‘melukai’ revolusi
Insiden yang berlaku ini menempelak dunia arab yang hebat melaungkan larangan keganasan terhadap wanita yang tidak bersenjata kerana yang berlaku adalah sebaliknya. Pihak tentera pada mulanya melindungi para aktivis revolusi pada bulan Februari dahulu kini secara terbuka menyerang dan menzalimi orang awam,malah tidak akan mengubah polisi perang mereka terhadap aktivisme demokrasi. Tindakan demi tindakan yang dilakukan pihak tentera ini tanpa disedari ‘melukai’ revolusi rakyat mesir.
Laungan dunia : selamatkan wanita
Wanita mampu bangkit berani jika emosinya tercalar. Tarikh 24 disember ini membuktikan tidak mudah bagi wanita untuk kalah dengan keadaan. Sebanyak 10 000 orang wanita Mesir telah turun ke jalanan, dengan lantangnya melaungkan “Anak-anak perempuan Mesir adalah satu barisan merah!”, mereka bangun membantah tindakan zalim dan kejam tentera terhadap aktivis wanita itu.
SIGMA menyeru seluruh badan kerajaan mahupun bukan kerajaan, organisasi hal ehwal wanita dan mahasiswi samaada dalam negara dan luar negara untuk bersuara menyatakan bantahan dan kecaman terhadap kezaliman yang berlaku. Jika 10 000 wanita Mesir menggerakkan jasad  mereka turun ke jalanan, marilah kita anak muda dan wanita di Malaysia mengerakkan jiwa menyatakan kebenciaan kita terhadap pencabulan kehormatan wanita. 
Jika 1 orang wanita dianiayai, biar seluruh wanita di dunia bangkit dengan sedar mempertahankannya.
Selamatkan wanita.
Rohayu Rusli
Pengerusi,
Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA)



Hari ini mahasiswa mahasiswi, anak muda malaysia, bangkit dengan penuh semangat menjulang obor kebenaran. Bangkit bersolidariti membawa tuntutan kebebasan anak muda,akademik dan sisipan suara intelektual kepada pemerintah negara.

Sejarah hari ini membuktikan, mahasiswa bertindak dengan matang dan berani. Kerajaan perlu disedarkan dengan laungan lantang mahasiswa. Sudah sekian lama AUKU ini menghantui dan mencengkam mahasiswa. Sudah terlalu lama ahli akademik gelisah dan takut bila cuba-cuba bersuara demi keadilan. Sudah sekian lama rakyat mebisu menutup pekung pemerintah. Hari ini mahasiswa malaysia mebuktikan kesatuan mereka menggentarkan kebobrokan pemerintah.

Biarlah mahasiswa menyedarkan rakyat untuk memilih siapa pemimpin yang mampu membawa keadilan dan kesenangan kepada mereka. Biarlah rakyat juga menilai siapa pemimpin yang mampu menghilangkan perit jerih di sanubari mereka.


Jika Mesir awal tahu dahulu, di'revolusi'kan oleh anak muda dan rakyat yang turun bersolidariti dan bersuara di Medan Tahrir, tidak mustahil Malaysia juga mampu mencapai revolusi dengan keberanian anak muda dan kebangkitan rakyat. Tidak mustahil 'kebanjiran rakyat' akan berlaku di 'medan tahrir' Malaysia.

Penuh semangat berarak melaungkan haq, dari masjid jamek ke SUHAKAM dan akhirnya ke Pejabat Agung UMNO!

Bangkit Anak Muda !
Bangkit Mahasiswi !

Rohayu Rusli
Pengerusi,
Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA)


Allah s.w.t menciptakan manusia ini lengkap dengan aqal untuk menimbang di antara perkara kebaikan dan keburukan. Malah hikmahnya aqal ini yang membezakan istimewanya manusia sebagai makhluk Allah berbanding makhluk lainnya. Namun jika aqal ini tidak dipandu syariat dan dikawal oleh nafsu, maka yang terhasilnya adalah perkara yang membawa kerosakan, keji dan mungkar.
Terkejut mendengar khabar berita tentang seorang pelajar  melayu Islam, warganegara Malaysia yang bernama Ariff Alfian Rosli, seorang pelajar jurusan perubatan tajaan Petronas di University College Dublin, Ireland. Misteri kehilangannya selama 3 tahun tanpa khabar berita akhirnya terbongkar. Kini, Ariff Alfian Rosli mula mencipta nama di segenap pelusuk Malaysia. Orangnya pandai, jika tidak mana mungkin dia berjaya belajar ke luar negara. Tapi sayang, GAY!

Menurut Encik Rosli Harun bapa kepada Ariff Alfian, beliau dan isterinya telah 8 kali ulang alik ke Dublin untuk menjejaki anaknya itu. Namun, semua misteri terlerai apabila dia didapati telah berkahwin dengan Jonathan, seorang lelaki warga Dublin. Hati ibu bapa mana yang tak hancur bila anak yang lama menghilang, muncul khabar berita sebegini. Malu, jijik dengan apa yang berlaku.
Apa yang lagi membebankan keluarganya adalah pihak Petronas telah pun menyaman ayah Ariff selaku penjamin pertama dengan menuntut kembali wang pengajian RM890,000 yang telah dilaburkan kepada Ariff.
Akhir zaman begini, perkara yang pernah terjadi pada kaum Nabi Lut dulu banyak berlaku hari ini. Manusia menjadi hina, nafsu meraja dan berkuasa sehingga mereka Nampak tidak ubah seperti binatang-binatang yang tidak beraqal bahkan lebih teruk lagi.
Jom anak muda mahasiswa!
Kita bersama berhimpun hari ini di hadapan Masjid Jamek
Jam 1 tengahari,
Ayuh bersama, bersolidariti untuk Kebangkitan Anak Muda!
Kita bersama membawa 6 tuntutan :-
1)      Mansuhkan AUKU, AKTA 174 dan AKTA 555
2)      Bebaskan ilmuan berakademik 
3)      Bebaskan mahasiswa bersuara 

4)      Bebaskan mahasiswa mengurus pilihanraya kampus 

5)      Bebaskan mahasiswa mengurus tadbir persatuan dan aktiviti 

6)      Bebaskan mahasiswa berpartisipasi dalam politik
 
 
انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ ذَ‌ٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿٤١﴾
Pergilah kamu beramai-ramai, samada dengan keadaan ringan ataupun dengan keadaan berat dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah. Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
(Al-Taubah [9] : 41)
 
~Jumpa di sana nanti~
Hadir dengan kefahaman-
Usai subuh ini, ingin saya berkongsi sebuah puisi untuk mereka yang bergelar sahabat. Pagi ini hati ini benar-benar terimbau kenangan terindah yang kami cipta suatu ketika dahulu. Saat dimana kami masih bertatih mengenal apa itu erti sebuah perjuangan. Namun, itu yang bernama kenangan, dan adakalanya kenangan itu jika diingat kembali mencengkam. Biarlah waktu yang menentukan perjalanan kami. Allah punyai kuasa atas segalanya dan Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk dilakarkan dalam kanvas hidup kita.


~Pernah ada masa-masa~
Pernah ada masa-masa dalam persahabatan kita
kita rapat bagai api dan kayu
bersama menyala, saling menghangatkan rasanya
hingga terlambat untuk menginsafi bahawa
tak tersisa dari diri-diri selain debu dan abu

Pernah ada waktu-waktu dalam ukhuwwah ini
kita terlalu akrab bagai awan dan hujan
merasa menghias langit, menyuburkan bumi
dan melukis pelangi
namun tak sedar,hakikatnya kita saling tidak memiliki

Disatu titik lalu sejenak kita berhenti, menyedari
mungkin hati kita telah terkecualikan dari ikatan iman
bahkan saling nasehat pun tak lain bagai dua lilin
saling mencahayai, tapi masing-masing habis dimakan api

Kini saatnya kembali pada iman yang menerangi hati
pada amal salih yang menjulang bercabang-cabang
pada akhlak yang manis,lembut dan wangi
hingga ukhuwwah kita menggabungkan huruf-huruf menjadi kata
yang dengannya kebenaran terbaca dan bercahaya..

~Salim A.fillah~

Perkongsian, Jundatullah (Riyadhus Solihin 17.10.11)



“….maka Katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah diri, dan Dia lah Yang mempunyai Arasy Yang besar." (At-taubah : 129)


Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah,setelah selesai melalui fasa tarbiyah ramadhan dan meraikan kembalinya kita kepada fitrah di bulan syawal, besar dan agungnya nikmat Allah tidak terkira.

Ramadhan melatih kita menjadi hamba yang ihsan disisi Allah. Syawal pula menjadikan kita hamba yang memulihkan kesucian diri dengan nikmat kemenangan. Setiap kehidupan yang dicaturkan oleh Allah kepada kita punyai sejuta hikmah yang tidak terhitung. Yang utamanya, doa dan pengharapan kita kepada Allah dalam keadaan apa-apa sekalipun untuk kita pulang menemui Allah dalam keredhaan itu menjadi matlamat.
Dalam meniti kehidupan, seringkali kita dianugerahi Allah pelbagai ujian. Ujian kesakitan, kehilangan, kemiskinan dan sebagainya. Nyatanya, semua ujian itu bukan Allah mendera kita, tetapi Allah ‘membasuh’ dosa-dosa kita yang tidak terkira banyaknya. Allah juga menguji siapakah di kalangan kita yang imannya kuat dan makin bertambah ketika melalui ujian.
Oleh kerana kita sedar kita hanya hamba, maka jangan kita minta dikurangkan ujian, tetapi mintalah moga Allah sentiasa memberi kekuatan kepada kita untuk menghadapi ujian. Malah, mohonlah walau dalam keadaan sukar dan perit bagaimanapun ujian yang kita lalui, kita masih lagi menemukann jalan pulang kepada Allah, pulang meraih cinta kepada Allah.
Saidina Ali pernah ditanya oleh seseorang. “Wahai Khalifah, bagaimana ingin aku bezakan ujian dan hukuman dalam kehidupan. Jawab Saidina Ali :-“Hukuman adalah bilamana kamu diuji Allah, kamu makin jauh dari Allah, manakala ujian Allah pula apabila kamu diuji kamu makin hampir dan rapat dengan Allah.
Jadi, positiflah dengan setiap yang melanda kehidupan kita. HikmahNYA pasti ada kerana tiada suatu pun perkara yang diciptakan dengan sia-sia, hikmahNYA pasti datang lewat dan cepat.
Rahsia ketenangan hati bila kita memujuk dan mengajak hati kita untuk berbicara tentang redha dan ikhlas atas segala sesuatu yang menimpa. Ketenangan akan kita rasai bilamana Allah sentiasa ada disisi kita.
Jahit Kembali Sejadah Iman Yang Kian Terkoyak Dek Debu-debu Dan Pepasir Jahiliyah Yang Meratah Iman Kita.. Bangunlah Dari Merangkak Dalam Mencari Keredhaan Nya...

Andaikan tiga orang yang berlainan meminjam sebiji pinggan daripada kita.. 
Selang beberapa hari, peminjam pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Kita pun terus menyimpannya di dalam rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..
Peminjam kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor, tidak dicuci.. Pinggan tersebut terpaksa kita basuh sehingga bersih sebelum menyimpannya..  
Peminjam ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain membuangnya ke dalam tong sampah..  
Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga..
Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..
Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah yang tidak bernilai lagi..
Perkongsian Jiwa,
Jundatullah
Muhasabah Cinta pada MU,Robbi.

WELCOME TO THIS SITE!