“Ketahuilah, takdir itu tidak berjalan menurut rencana kita, bahkan kebanyakkan yang terjadi adalah apa yang tidak kita rencanakan, dan sedikit sekali terjadi apa yang kita rencanakan” –Ibnu Athaillah.



Bismillahirrahmanirrahim. Salam perjuangan buat teman-teman.
Saya cuma ingin berkongsi  rasa bersyukur menjadi hamba. Alhamdulillah dengan kuasaNYA, tangan dan kaki saya boleh bergerak semula setelah di‘rehat’kan buat seketika dari normalnya.
Hampir sebulan juga saya terlantar sakit di rumah, kemalangan dilanggar kereta ketika ingin menghadiri usrah bersama kumpulan nasyid dari Indonesia, Izzatul Islam di Masjid Kg Tungku. Terkejut juga apabila doktor mengesahkan tangan kiri dan kaki kanan saya patah. Muka juga cedera,penuh berdarah. Terkejut . Patut la saya merasa sakit yang teramat sewaktu kemalangan.
Hari ini, tangan saya sudah boleh bergerak, boleh menekan keyboard untuk saya menukilkan perkongsian ringkas bersama kalian. 
Jujur dari hati ,saya teramat rindu ingin melakukan gerak kerja dakwah bersama masyarakat tika ini, apatah lagi waktu kemalangan ini adalah tempoh saya sedang melalui proses praktikal di Jabatan Agama Wilayah. Saya juga benar-benar rindu pada gerak kerja bersama sahabat-sahabat seperjuangan keluarga besar PMIUM, benar-benar rindu. Wajah dan kata-kata mereka penguat semangat saya tika sakit.
Seorang murobbi menasihati saya, “Allah bagi enti sakit, supaya enti boleh rehatkan fizikal..tapi enti tak boleh rehat minda dan hati. Mesti kena terus-terusan bekerja. Banyakkan membaca,membaca dan terus membaca”. Benar. Saya mengakuinya, sebab itu saya mengerah kudrat minda dan hati saya untuk terus-terusan membaca.

Assalamua'laikum..
Just A short story for us :)

A little girl and her mother were crossing a river.

Mother said : Please hold my hand. 

Girl : No mum, you hold my hand.

Mother : What's the difference?
 

Girl : If I hold your hand and something happens to me. Chances are that i may let your hand go, but if you hold my hand, I know for sure, you will never let my hand go...

Mum..thanks coz you always hold my hand..whatever my situation..
:'(
Your Daughter :- Rohayu 
Bahang makin dirasai. Bahkan makin panas. Dirasakan dirinya makin dekat dengan api yang marak menyala. Kaki yang memijak tanah juga dirasakan sangat pedih mencucuk. Seakan dicucuk besi yang panas. Jiwanya resah gelisah apabila melihat kiri dan kanannya manusia digari dan dirantai dengan rantai yang berapi. Manusia-manusia itu menjerit meronta-ronta. Dan rata-rata manusia itu adalah wanita. Ada yang menghantuk kepalanya ke besi, ada yang meminum darah dan nanah dan bermacam lagi keadaan yang mengerikan.

Bismillahirrahmanirrahim.
Buat ummi Nur Hayati.
Apabila teman-teman sibuk mengucapkan hari  ibu, saya nekad di dalam hati saya, bahawa untuk ummi saya, tiada hari ibu.
Tiada hari ibu untuk ummi, kerana setiap hari adalah hari ibu. Ummi terlalu istimewa dihati kak. Terlalu bermakna dalam hidup kak. Ummi inspirasi sebuah ketabahan dan kekuatan seorang wanita.
(Kak Kartika tengah membaca surah Yaasin sewaktu menunggu kepulangan anaknya)

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya,   jika kamu org2 yg beriman."
Saya mewakili PMIUM dan juga merangkap koordinator pertubuhan Sisters in Movement (SIM) tidak bersetuju dengan beberapa isu yang melibatkan perdagangan wanita. Lebih-lebih lagi mengenai tindakan biadab Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) yang mengeluarkan arahan peraturan mewajbkan pemain badminton wanita memakai skirt. Kononnya bertujuan memastikan aksi lebih menarik dapat ditonjolkan untuk menarik lebih ramai penonton dan penaja.
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah s.w.t kerana dengan rahmat dan kasih sayangNya kita masih lagi diberi peluang untuk bernafas dan meneruskan kehidupan. Dengan sifat Ar-Rahman Allah jualah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) masih segar menggerakkan idea faham Islam di universiti yang kita cintai ini. Dengan sifat Ar-Rahman Allah jualah saya dapat bertemu rakan-rakan mahasiswa di dalam perutusan pertama saya selaku Naib Presiden PMIUM sesi 2011/2012. Salam perkenalan dan salam kasih sayang saya ucapkan.
:: Harap Maaf, Blog ini dalam proses pengubahsuaian. ::
-Jundatullah-
Selamat Hari Wanita, kuntuman mawar penyeri dunia.



Bismillahirrahmanirrahim. Kiranya saya ini menjadi antara yang terlewat mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada seluruh wanita yang berada dimuka bumi Allah ni. Masa yang mengekang membuatkan saya benar-benar terhambat oleh desakan tugas yang banyak menanti untuk diselesaikan. Kepenatan menghinggap apabila terpaksa bergegas pulang ke Kelantan apabila medapat khabar yang tidak baik daripada bonda. Hampir dua hari juga saya di Kelantan, 'menyambut' Hari Wanita bersama dua wanita yang banyak berjasa pada diri saya iaitu umi dan nenek.

Bismillahirrahmanirrahim... Segala puji bagiMU ya Allah. Alhamdulillah, Allah menggerakkan tangan ini untuk berkongsi sesuatu dengan kalian. Moga ada manfaatnya disisi Allah.

WELCOME TO THIS SITE!