Dahulu, ketika Muhammad mendapatnya, terus diberi kepada beribu-ribu manusia.
Dahulu, ketika Abu Bakar mendapatnya, terus diberi kepada enam manusia yang kebanyakannya dijamin syurga.
Dahulu, ketika Bilal mendapatnya, terus dibebaskan jiwanya walau tubuh dibaham belati.
Dahulu, ketika Sumaiyyah mendapatnya, terus dikorbankan nyawanya tanpa ada rasa ragu.
Dahulu, ketika Umar mendapatnya, kasar jiwanya terus dihalusi oleh ayat-ayat Yang Maha Esa.
Itu dahulu.
Sekarang?
Kita mendapatnya, lantas kita biarkan ia tersimpan kemas tidak ke mana-mana.
Kita mendapatnya, lantas kita enggan semua orang merasai apa yang kita rasa.
Kita mendapatnya, lantas kita halang mereka memberi pada yang sepatutnya.
Kita merasa tidak layak, padahal kita
sebenarnya dibebani tanggungjawab sejak dari langkah bermula.
Bila pula mula merasa layak, kita melakukannya pula demi segugus nama.
Pedang yang tidak tajam harus diasah.
Pedang yang tajam bukan untuk menikam saudara.
Musuh kita al bathil,
Musuh kita bukan sesiapa yang melangkah dalam soff yang sama.
Tawadhuklah. Berusahalah.
Buatlah kerana mardhatillah,
Daulah takkan tertegak tanpa dakwah, tetapi dakwah takkan terhenti meskipun daulah berdiri dengan masyurnya...
“ Sesungguhnya kerja menggembangkan da'wah itu adalah taufiq dari Allah.
DimudahkanNya bagi sesiapa yang ada kebaikan dalam hatinya. Tugas ini satu
penghormatan dan bukannya bebanan..."
  (imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah) 

Hidup bukan perjudian..tetapi sebuah perjuangan..
:: Jundatullah ::
7/mac/2010

Nukilan buat ummi tersayang.. Nurhayati..(cahaya kehidupanku)
Ummi..
Pertama..utama..kak mohon maaf hujung rambut dan hujung kaki..kak lupa 4/3 adalah tarikh amat bermakna bagimu..kak lupa betul ummi..betul2 lupa..
I new message received  : My mum
Dalam hatiku menjangkakan berita gembira, jwpn kepada suatu permintaanku padanya..
Namun..terkejutnya aku..Astghfirullah..
->  “Kak,birthday umi hari ni..”
Allah..aku lupa birthdaynya..
Maaf umi, kak syg umi..kak tak sengaja..
Pasti dia menunggu ucapan aku..kerana tepat jam lepas jam 12.oo, dan dah masuk 5 haribulan baru dia ingatkan aku..
Dulunya, waktu zaman persekolahan..setiap kali ulangtahun..dan setiap kali hari ibu..aku tidak pernah lupa..malah setiap kali itulah aku memberikan dia hadiah..dulu..aku tidak pernah lupa.. tapi 2 tahun ini aku betul2 lupa.. dulu, waktu di zaman sekolah, pernah ku kumpul duit RM200.00 untuk ku beli kalung mutiara dan ku hadiahkan padanya..mesti dia hairan dan tertanya-tanya..mengapa aku kini boleh lupa..
Airmata ini tak mampu ku tahan..aku rasa berdosa dan bersalah teramat sangat..
Ummiku..Nurhayati..
Dia seorang ibu yang sgt tabah bagiku..dia tidak pernah sesekali melihatkan airmatanya menitis dihadapan kami..
Dialah menjadi ibu..dan dialah menjadi bapa..yang membesarkan aku 6 beradik..11 tahun tanpa abah di sisi..dia yang siang malam bekerja mencari rezeki membesarkan aku, abang2,dan adik2..mencurah keringat tanpa membiarkan kami kelaparan..aku tahu penat kerjanya..aku tahu perit hatinya..aku tahu berat bebannya..tapi mengapa aku boleh lupa..
Kali terakhir aku melihat dia menangis..menangis sgt..apabila kami dapat tahu abah kemalangan dan meninggal di tempat kejadian..abah juga pergi tanpa sempat memberi  pesan..peritnya sebuah kehilangan..peritnya sebuah perpisahan..dan peritnya bila hilang tempat bergantung..dan aku tahu..peritnya ummi membina sebuah keyakinan untuk hidup seorang diri membesarkan kami..
Aku sungguh bertuah punyai ibu yang tabah sepertimu..ummi..
Aku akui..banyak lafaz aku yang masih tersimpan..yang tidak aku katakan pada ummi..saat ini ingin sahaja aku memelukmu..mengatakan aku amat..amat..amat menyayangimu..amat sekali menghargai pengorbananmu..
Ummi.. kak mohon maaf, kak tak sengaja lupa mi..
Astaghfirullah..aku kembali muhasabah diri..Allah taala hijab fikiran dan hatiku sehingga aku lupa..mungkin kerana aku belum benar-benar ikhlas menyayangi ummi seikhlas pengorbanannya padaku...
Ya Allah..ampuni dosa hambamu ini, kupohon padamu ya Rahman ya Rahim..ampuni dosa kedua ibubapaku..rahmatilah keduanya..rahmati abahku yang berada di alam sana..dah rahmati ummiku..lindungilah dia ya Allah..

:: Lafaz tersimpan ::
Luluh..hatiku yang sayu..
Menatap wajahmu..
Tenang dalam lena..
Kasih..ku zahirkan laku..
Sedangkan bibirku..
Jauh dari lafaznya..
Raut tuamu membekas jiwaku..
Meredakan rindu..mendamaikan kalbu..
Tak mungkin ku temu..iras sentuhanmu..
Biarpun ku redah seluruh dunia mencari gantimu..
Betapa sukarnya..
Menyusun bicara..
Meluahkan rasa..
Menuturkan sayang..
Kasih yang terlimpah..
Hanya sekadar tingkah..
Cuma ungkapan kebisuaan yang melindungkan kalimah rahsia..
Masih ku biarkan waktu..melarikan lafaz kasihku padaMU..
Mengapakah sukar menyusun bicara
Menyusun bicara..
Meluahkan rasa..
Menuturkan sayang..
Kasih yang terlimpah..
Hanya sekadar tingkah..
Cuma ungkapan kebisuaan yang melindungkan kalimah rahsia.
Apakah yang hilang andai dilisankan
bait penghargaan penuh kejujuran
tak mungkin terlihat cinta yang merona..
tika hanya renungan mata yang bersuara..
bukan tutur kata…
tiada ertinya pengucapan..
andai akhir nafas di hujung helaan..
sebelum mata rapat terpejam..
usah biar kehilangan..menggantikan lafaz yang tersimpan..
**********************
…Maafkan kak ummi…
…Moga aku bisa menjadi tabah dan tegar sepertimu..moga sucinya pengorbananmu..bisa terbias padaku..

....Selamat hari lahir ummi....maafkanku kerana lewat mengucapkannya..
..Ummi..aku amat menyayangimu..
Anakmu …
…Ya Allah..tuntuni langkah ini menggapai redhoMU..jua menggapai redho ummi dan abahku..



Sedikit motivasi untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat …


Jom kita lihat bagaimana hebatnya juhud orang terdahulu daripada kita, dalam menuntut ilmu@dalam mencari keredhaan-NYA yang maha ESA..


MASRUQ
Dikala mengerjakan haji tidak pernah tidur kecuali dalam keadaan sujud

AN-NAISABURI
Membaca sahih muslim sebanyak 100 kali

IBN SINA
Membaca buku al-Farabi 30 kali

QATADAH
Menghafal buku seberat muatan keldai

YAHYA BIN MA’IN
Menulis lafaz sallahualaihiwassalam sebanyak sejuta kali dan menulis setiap hadis 50 kali

AS-SYA’BI
‘’Yang paling sedikit aku hafal ialah syair, jika kamu mahu aku akan bacakan pada kamu syair-syair itu selama sebulan penuh”

IBNU DURAID
menyalin kitab al-Jamharah sebanyak empat kali

IMAM BUKHARI
Meneliti kitab sahihnya selama 16 tahun.Setiap hadis yang ditulisnya dimulakan dengan mandi dan solat sunat dua rakaat

AS-SYAUKANI
Menghadap 12 pelajaran setiap hari

AHMAD BIN HANBAL
Berjalan sejauh 30000 batu untuk mencari hadis dan menghafal sejuta athar dan mewariskan 40000 hadis dalam musnad

AL-MUZAINI
Membaca kitab Ar-Risalah sebanyak 500 kali

IMAM AHMAD
Memberikan fatwa sebanyak 60000 permasalahan dengan disertai dalil

JABIR B. ABDULLAH
Sanggup menempuh perjalanan selama sebulan ke Mesir semata-mata mencari satu hadis

ULAMA' DARI ANDALUSIA
Membaca sahih Bukhari sebanyak 700 kali

IBN AL-ANBARI
Menghafal 400 tafsir

IMAM AL-GHAZALI
Menghafal al-Quran pada umur 6 tahun dan menjadi ulama' besar ketika berumur 9 tahun


Itulah kehebatan orang terdahulu pada zaman serba kekurangan..Tiada elektrik…Tiada kapal terbang…Tiada computer..Dan bermacam-macam lagi yang tiada...


Jika mereka yang hidup ribuan tahun dahulu mampu untuk hidup cemerlang,kenapa kita hari ini yang hidup dalam serba kemudahan dan kemewahan tidak mampu menjadi sehebat mereka…Keluarlah dari comfort zone masing-masing.Jom sama-sama kita muhasabah diri sendiri…

Ya Allah,, jadikanlah aku dikalangan orang yang mencintai Ilmu dan orang yang berilmu..
~Jundatullah~

ما لي رب سواه

Tiada bagiku Tuhan selain Dia

غفار يمحو الذنوب
Tuhan Yang Maha Pengampun dan Penghapus dosa

ما لي رب سواه
Tiada bagiku Tuhan selain Dia

نور يهدى القلوب
Cahaya yang memberi hidayah kepada hati

يا الله عبد كثرت ذنوبي
Ya Allah hamba ini yang banyak berdosa

زادت حولي كروبي
Bertambah-tambah malapetaka di sekelilingku

منك إليك هروبي
Daripadamu dan kepadamulah jalan keluarku

يا الله لا تحرمني نعيما
Ya Allah janganlah haramkanku syurga Naim

لا تتركني سقيما
Jangan tinggalkanku dalam penderitaan

يا منان الرحيم
Wahai Tuhan Yang Maha Mengurnia lagi Maha Mengasihani

يا الله أنت العلى القادر العظيم
Ya Allah Engkaulah Yang Maha Tinggi, Maha Berkuasa dan Maha Agung

يا الله أنت السميع البصير العليم
Ya Allah Engkaulah Yang Maha Mendengar,Maha Melihat dan Maha Mengetahui

ما لي رب سواه
Tiada bagiku Tuhan selain Dia

رب السماء العطوف
Tuhan kerajaan langit, Tuhan Yang Maha Mengasihani

يغفر لمن عصى
Tuhan Yang Mengampuni orang-orang yang berdosa

وهو الحليم الرءوف
Dan Dialah Yang Maha Lembut dan Maha Mempunyai belas kasihan

يا الله رحمن للبرايا
Ya Allah Tuhan yang bersifat Pemurah atas kebaikanku

غفار للخطايا
Tuhan Yang Maha Pengampun kesilapan-kesilapanku

ورجاءي هو هدايا
Dan Dialah tempatku bergantung harap dan Dialah sumber hidayahku

يا الله ارحم ضعفي وحالي
Ya Allah kasihanilah kelemahanku dan keadaanku

فاق الذنب احتمالي
Bertambah dosa yang aku pikul

فاغفرلي يا ذالجلال
Ampunilah aku wahai Tuhan yang Maha Agung

يا الله انت العزيز الغفور الرحيم
Ya Allah Engkaulah Yang Maha Besar, Maha Pengampun dan Maha Mengasihani

يا الله انت القدوس السلام الكريم
Ya Allah Engkaulah Yang Maha Suci, Maha Sejahtera dan Maha Mulia.


:: jundatullah ::

ghurgah mujahidah

16_februari_2010

"Yang diharapkan dari seorang wanita ialah
seorang ibu yang menggalakkan anaknya untuk syahid..
seorang isteri yang merangsang suaminya berjihad dan melakukan pengorbanan..
seorang mu'minah yang mewakafkan diri dan usahanya untuk jalan Allah..
dan seorang a'lim yang menghafaz al-quran
serta melaksanakan apa yang dipelajari untuk amar ma'ruf.. "
~Yusuf Qardawi~

Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawasanya ;

"Tiap-tiap umat,ada orang yang memegang amanah.pemegang amanah umat ini ialah Abu Ubaidah Al-Jarrah."

Abu Ubaidah merupakan seorang yang amanah dan antara orang yang pertama memeluk Islam setelah Abu Bakar,Beliau juga merupakan salah seorang daripada 10 sahabat dijamin syurga.Beliau juga merupakan pahlawan dan panglima Islam yang gagah dan jujur.


Nama sebenar beliau ialah Amir bin Abdullah bin Al-jarrah berasal daripada keturunan bani Quraisy yang terhormat.Beliau seorang yang kurus,tinggi,berwajah ceria,selalu merendah diri dan pemalu.Beliau juga disenangi oleh masyarakat kerana sifatnya.Beliau terkenal dengan panggilan Abu Ubaidah.

Beliau telah menyertai pelbagai jenis peperangan bersama nabi antaranya termasuklah perang badar,uhud,yarmuk,perang kota fihl dan berjaya menakluk kawasan yang luas daripada wilayah parsi dan menakluk semula kawasan yang ditakluk Rom. Beliau juga telah menghadapi ujian yang getir,antaranya beliau terpaksa bertarung dengan ayahnya didalam perang badar.Didalam perang ini beliau telah berjaya membunuh ayahnya,hal ini telah menyebkan beliau sedih dan berdukacita.

Maka Allah berfirman di dalam Al-quran,surah mujadalah,ayat 22, mafhumnya;-

"Engkau tidak akan dapati kaum yang beriman kepada Allah dan hari kiamat tergamak berkasih sayang dengan org yang menengtang Allah dan rasul-Nya,sekalipun orang itu bapa,anak,saudara ataupun keluarga mereka.Allah telah menetapkan keimanan dalam hati meraka dan menguatkan mereka dgn semangat.Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang dibawahnya mengalir sungai-sungai,mereka kekal di didalamnya.Allah reda akan mereka dan mereka bersyukur dengan nikmat pemberian-Nya.merekalah penyokong agama Allah,ketahuilah penyokong agama Allah adalah orang yang berjaya."


Maka legalah hati Abu Ubaidah dengan turunnya ayat ini. Beliau juga seorang yang gagah dan jujur.Hal ini dapat dilihat melalui peristiwa didalam perang uhud dimana salah satu anak panah yang dilepaskan musuh telah tersangkut pada rahang Rasullah.Abu Ubaidah telah mencabut anak panah itu dengan giginya sendiri sehingga giginya tercabut.Maka Rasulullah telah memberinya gelaran gagah dan jujur.

Sifat jujurnya juga dapat dilihat ketika rombongan dari Najran datang menemui Rasullah.Mereka meminta baginda menghantar seorang sahabat yang paling boleh dipercayai bagi menyelesaikan pertengkaran antara mereka dan mengajar mereka mengenai agama Islam.Baginda telah berjanji untuk menghantar orang yang paling dipercayai,gagah dan jujur.

Saidina Umar al-Khatab berharap dialah orang itu tetapi org yang dimaksudkan ialah Abu Ubaidah. Abu Ubaidah juga seorang yang zuhud dan cintakan Akhirat.hal ini dpt dibuktikan ketika khalifah Umar al-Khatab mengunjungi rumahnya di Baitulmaqdis.Apa yang ada didalam rumahnya hanyalah sebilah pedang,perisai dan pelana kuda.Beliau juga panglima yang menakluk Baitulmaqdis daripada tentera Rom.

Beliau meninggal ketika berumur 58 tahun di syam dan dikebumikan dikebumikan di kawasan yang pernah dibebaskannya daripada kekuasaan Rom.Punca kematiannya ialah wabak penyakit taun yang menyerang Syam.

Sebelum meninggal dunia beliau telah berpesan kepada tenteranya,

"Dirikan sembahyang,tunaikan zakat,puasa di bulan ramadhan,beri derma,tunaikan ibadah haij dan umrah,dan saling nasihat menasihati.Beri nasihat kepada pemimpin kamu,jgn menipu dan jangan terpesona dengan harta dunia.Sesungguhnya Allah telah menetapkan kematian bagi setiap manusia,sebab itu manusia pasti mati.orang yang paling beruntung adalah org yang paling taat kpd Allah dan paling banyak bekalnya untuk Akhirat."

Wallahu a'lam..

Malam 1 Januari 2010, Gabungan Mahasiswa Islam (GAMIS) telah mengadakan Operasi Kehadiran Dirasai (ORKED) ataupun Expdc Dakwah di malam tahun baru, sekitar Masjid Jamek hingga ke Dataran Merdeka.

Saya bersama teman-teman mahasiswa turut turun bersama melihat "pemandangan indah" malam tahun baru bagi masyarakat "1 malaysia"..

Terfikir di benak fikiran ini.."Apakah yang di kejaroleh insan dalam hidup ini??"....

Sewaktu saya bersama teman, Erny. berjalan di sekitar dataran..terpandanglah kami, seorang mak cik yang saya kira sudah lanjut usianya, berkebaya dan bertudung sarimah, dia berdiri di atas kerusi yang pastinya tinggi dari oran-orang sekelilingnya.. menari mengikut rentak penyanyi. Mata-mata di sekeliling memandang mak cik tu, dan ketawa..barangkali lucu bagi mereka.

Saya menghampiri mak cik yang tengah menari dan menyapanya, "Mak cik..sorang je ke?"... tanpa sempat saya menyambung kata-kata, mak cik itu memotong, " Mak cik datang sendiri, sorang je..mak cik memang minat menari..tiap2 hujung minggu , mak cik akan ke istana budaya.." Dia terus menggelekkan badannya..


Saya berborak seketika dengannya..walaupun waktu itu, dia masih bergerak-gerak (still menari) ... pelik juga mata-mata sekeliling memandang saya yang turut berdiri tinggi di atas kerusi bercakap dengan mak cik tu.

Seterusnya..saya menyusun langkah berjalan lagi di sekitar dataran..dari jauh..hati ini berbisik..

Getus hati saya;..apakah yang di kejar dalam hidup yang usianya sudah menginjak senja..??

Kaki saya terus melangkah..mata terpandang, seorang budak kecil yang comel..saya menghampirinya..dia bersama ibunya..namun yang istimewa si comel ini baru sahaja keluar daripada hospital, dia mengalami masalah penafasan tersekat kerana saluran pernafasannya kecil, malah..di lehernya masih lagi ada alat putih untuk membantu pernafasannya..menurut ibunya, dia baru berusia 11 bulan..


Aduhai..si kecil ini di bawa ke sini..udara yang penuh kotor..dengan asap rokok dan asap mercun..

Namun..saya positif, barangkali mungkin ibunya ingin hati anaknya gembira..tapi, di sini jugakah tempatnya..??

Panorama malam tahun baru :-
-Pasangan couple

-Pemuda2 yang menanggalkan baju dan mengipas2 bajunya oleh kerana teruja dengan penyanyi di atas yang berada di atas stage..

-Keluarga2..bersama anak2 yang masih kecil dan masih bayi..yang sudah di ajar dan dibiasakan dengan hedonisme..

-Mak cik yang melepaskan rasa kesunyian membawa diri keseorangan mencari hiburan..

-Pemuda dan pemudi yang mempunyai tanduk menyala di atas kepala, barangkali hadiah 1 Malaysia..
**Namun, kita tidak berhak menghukum..mereka tidak mengerti apa-apa..yang mereka tahu hanya bahagia biarpun dalam kelalaian.. tempelaknya..kena pada aku dan mahasiswa yang terpelajar..tanggungjawab menyedarkan mereka..belum selesai..


Dan yang men'taajub'kan, pastinya "SEGEROMBOLAN MAHASISWA" di tengah2 dataran, dengan laungan "ANAK MUDA, SAYANG MALAYSIA"..inilah ANAK MUDA terpilih yang mindanya langsung berlainan dengan muda-mudi lainnya sehingga mereka ini benar-benar "SI GHURABA' "



Namun, laungan GABUNGAN ANAK MUDA ini tenggelam timbul oleh kerana kuatnya speaker nyanyian di atas stage.

****Jam menghampiri pukul 1 pagi, kami bergerak pulang,

Sayup-sayup saya kedengaran, "Nak buat macam mana, kamu bukannya kerajaan"
Saya terus pusing ke belakang, memandang siapa yang berkata, sekumpulan remaja yang rambutnya punk..

Di hati ini, Ya Allah.. beratnya dosa mereka yang memimpin.. tanggungjawab memerdekakan rakyat dari dosa dan membawa rakyat jauh dari neraka menuju ke syurga itu sukar...bagaimana ye??
Dan MAHASISWA..si anak muda..akan tetap mencari peluang dan ruang..melebarkan suara dan pendirian..menuntut keadilan..

~ Belia Benci Maksiat ~
~Pandanglah mad'umu..dengan pandangan kasih sayang~
~Kerajaan menanggung kejahilan rakyat~

:: Jundatullah ::

WELCOME TO THIS SITE!