**Ingatkan diri..mati itu pasti dan kita semua akan merasai..
قال تعالى :
" وجاءت سكرة الموت بالحق ذلك ما كنت منه تحيد"
“ Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari daripadanya”
(surah Qaf, ayat 19)


**Ingatkan diri..bahawa kematian orang yang zalim itu amat menyakitkan..
قال تعالى :
ولو ترى اذالظلمون في غمرت الموت والملئكة باسطوا ايدهم أخرجوا أنفسكم اليوم تجزون عذاب الهون بما كنتم تقولون على الله غير الحق وكنتم عن ءايته تستكبرون
“Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim (berada) dalam tekanan-tekanan sakaratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya, (sambil berkata) : keluarkanlah nyawamu. Di hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang amat menghinakan, kerana kamu selalu mengatakan terhadap ALLAH (perkataan) yang tidak benar dan (kerana) kamu selalu menyombongkan diri dengan ayat-ayatNYA”
(Surah al-An’-aam ayat 93)


**Ingatkan diri…amal kan dihitung dan segalanya akan menjadi saksi..
قال تعالى :
"اليوم نختم على أفواههم وتكلمنا ايديهم وتشهد ارجلهم بما كانوا يكسبون"
“Pada hari ini (hari dihiutng segala amal) Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan member saksilah kaki terhadap apa yang dahulu mereka lakukan” (Surah Yaasin, ayat 65)


ingatlah diri..sesungguhnya kita pasti akan kembali padaNYA..kita akan dipersoalkan atas segala apa yang kita perbuat di muka bumi ALLAH ni..fikir-fikirkanlah.

:: jundatullah ::
14/februari/09
sabtu.


Siapa kita??.... Perdana Menteri ? Wakil Rakyat? Naib Canselor?? Pengetua Kolej? Pemandu teksi?? Tydp MPP?? Mak Cik kantin?? …dan siapa-siapa jelah makhluk yang bernyawa dan berakal..sedarlah kita Cuma HambaNYA..

Ana dipesan oleh seorang insan yang ana gelarkan dia Murobbi kerana pernah mentarbiyah diri ini..pesannya “orang yang hebat..dia tak rasa pun dia tu hebat walaupun dia ditaklifkan memegang amanah kepimpinan tertinggi, walaupun manusia memandangnya tinggi. Orang yang hebat ni sebenarnya jiwa dia penuh sifat hamba..jiwanya tunduk..dan jiwanya tiada rasa bangga kerana dia sedar dia cuma HAMBA..dan insan yang berpesan ni bagi ana memang seorang yang hebat.

Hamba yang dimaksudkan bukanlah hamba abdi, bukan jua hamba harta dan dunia..tetapi Hamba kepada pencipta. Orang yang berjiwa hamba akan selalu sedar dan sentiasa memagari dirinya. Sedari hakikatnya hanya sebagai hamba, dia takkan menjadi hamba yang hidupnya sia-sia..dan dia ingin menjadi hamba yang terbaik..hamba yang dapat meraih pandangan ALLAH.
Hakikat hamba ni, dia perlu merasai kesusahan dan kepayahan…iaitu kesusahan dan keperitan dalam bermujahadah menggapai CINTA dan REDHO-NYA..insan yang berjiwa hamba akan merasa gusar dan gelisah andai dirinya jauh dari pencipta..dia akan gelisah andai rasa diri terleka..mudah merasa berdosa dan mudah menginsafi..


Jiwa hamba akan membentuk diri menjadi manusia yang redho dan sentiasa bersyukur..dia juga sentiasa ingin mempersembahkan yang terbaik untuk segala apa yang dilakukan..
Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata:-
“Aku tidak sedikitpun berbangga aku dilantik sebagai Khalifah…tetapi aku amat berbangga menjadi Hamba ALLAH”

Ingin ana nukilkan pesanan khususnya buat diri yang dhoif ini dan sahabat –sahabat pimpinan…jangan kita pernah merasa bangga dengan kehebatan diri kita..jangan memandang rendah pada orang lain…lunakkan jiwa kita dengan JIWA HAMBA dan JIWA PEJUANG..kita diamanahkan oleh ALLAH amanah yang berat, yang akan dipersoalkan diakhirat kelak..kita tak layak untuk merasakan diri kita paling baik dan hebat kerana kita cuma HAMBA-NYA..lantaran kita sedar kita Cuma hamba-NYA, kita akan cuba lakukan dan laksanakan amanah ALLAH ini sebaik-baiknya..mudah-mudahan..percakapan kita adalah percakapan yang baik, pemikiran kita adalah pemikiran yang terbaik, perancangan kita adalah perancangan yang terbaik..dan mudah-mudahan kita jadi HAMBA yang HEBAT depan PENCIPTAnya..dan ana yakin sahabat-sahabat seperjuangan ana adalah insan-insan yang berjiwa hamba dan berjiwa pejuang..

Buat adik-adik yang ditarbiyah..didiklah jiwa kalian dengan jiwa hamba yang cintakan perjuangan..kalian harapan ana untuk meneruskan dakwah dan tarbiyah di kampus Nilam Puri..

Ya ALLAH penuhi piala hati ini dengan cahaya keimanan dan sifat kehambaan..sematkan di dada ini ruh sang pejuang yang kan tetap berdiri menegakkan ISLAM walau di tohmah caci dan hina.
Ya ALLAH..moga cakapku adalah zikir(peringatan) dan moga diamku adalah berfikir..

:: jundatullah ::
Kata orang apa yang kita tulis, itulah yang terlintas dihati..apa yang kita tulis itulah yang kita fikirkan. Menulis tidak sama dengan bercakap, kerana bercakap keluarnya suara dan kata-kata. Tetapi, menulis adalah kalam bisu yang tidak mempunyai suara, yang terlakar melalui mata pena dengan digerakkan tangan manusia. Menulis juga mampu membuktikan kita ni jenis manusia yang macam mana?? (“,)..dan dengan menulis juga kita mampu mengetahui idealis seseorang..

Ana kagum dengan mereka-mereka yang rajin menulis ni..maklumlah menulis memerlukan kekreatifan dalam pemikiran. William Shakespeare pun tersohor melalui penulisan sajaknya..tapi, itu orang puteh (“,) ..Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pun menulis…hingga beberapa buah buku diterbitkan..walaupun sibuk dengan taklifannya sebagai MB Kelantan..Saudara Lutfi Osman pun pernah masuk ISA disebabkan penulisannya yang berbisa.

Sahabat-sahabat pimpinan kampus ana pun ada yang suka menulis seper ti Ukhti Masturah dan Ukhti Zalekho. Mas memang selalu update dia punya blog, tapi ana..emm..kesibukan yang menghimpit membuatkan tak cukup masa untuk menulis dan update blog sendiri. Ana teringat tentang task daripada Ydp kami. Setiap seorang perlu menyiapkan satu artikel, dan artikel tu nanti akan dikumpulkan untuk diletakkan di masjid-masjid..dan untuk diedarkan melalui aktiviti Gegar Dakwah nanti. Mulalah kalut sahabat-sahabat yang tak minat menulis tu. Ukhti Khadijah dengan bangga memberitahu ana tajuk artikelnya adalah “KLCC bergoyang”..dan Ukhti Zalekho pulak “Rose VS Raflesia”..dan macam-macam lagi la tajuk yang menarik dan geli hati ana mendengarnya..rasa tak sabar pun ada nak baca diaorang punya penulisan (“,)..

Menulis adalah satu medan dakwah..menulis adalah salah satu medium saluran pemikiran Islam. Jadi, latihlah diri kita supaya minat dan pandai menulis. Kita boleh menegakkan kemakrufan dan mencegah kemungkaran bukan hanya dengan berceramah, berpidato dan berdebat…tapi, dengan menulis pun boleh. Biarlah kalam bisu kita itu bisa menyedarkan ummat manusia..biarlah tinta kita mampu menjadi tinta mujahid yang bisa mengetuk pintu kelalaian insan.
Sama-samalah kita menulis ye (“,)

jundatullah
Semenjak beberapa hari ini..aku dihantui bayangan..

Palestin..

Tangisan kanak-kanak..

Wajah mulus si kecil..

Jeritan suara..

Dentuman bom..

Dan macam-macam lagi..hadir menjadi tetamu lenaku sebagai mimpi..membuatkan hati dan jiwaku turut meruntun dan menangis..walau yang hadir dalammimpiku bukan realiti yang dirasai bumi Palestin. Terjaga sahaja aku dari lena..aku menghitung diri…seupaya mana kan ku membantumu..aku berada jauh berbatu-batu..aku bukan panglima yang gagah perkasa..aku bukannya handal bermain senjata…Cuma yang tak pernah putus untukku hadiahkan padamu Cuma DOAku yang ku panjatkan padaNYA..

Kau hadir lagi dalam mimpiku..Palestin..dan yang pasti, mimpiku itu menunjukkan aku bertekad mengunjungimu..aku bertekad untuk menjadi Syahidah disana..dalam mimpiku, aku bersiap –sedia menyahut seruan jihad..

Tapi, itu Cuma mimpi..mimpi yang kan hilang bila ku terjaga dari lena..mimpi yang hadir bermain di benak minda sehingga membius suatu rasa..suatu bisikan suara..supaya aku tidak lagi membuang masa, supaya aku sentiasa bersedia dan berjaga-jaga,,supaya aku turut merasai peritnya deritamu.

Akan ku tetap utus doaku yang tiada putus-putus untukmu..Palestin yang hadir dalam mimpiku..

al_faqirah ila Allah








Ya Rahman, Ya Rahim..selamatkanlah saudara-saudara seAqidah dan seIslamku di Palestin..kukuh kejapkan hati mereka agar tetap bertahan dalam perjuangan..jika mereka terkorban..korbankan mereka sebagai para Syuhada'..Amiin.

:: Jundatullah ::
1 Januari 2009


Kesat airmata mu.. jangan dibazirkan atas hal yang telah pun berlalu. Terima seadanya apa yang ALLAH bagi. Redha setiap ketentuannya. Sedarilah hakikat kita sebagai seorang hamba. Yang menumpang nikmat dan karunia di buminya. Bila kita berbicara soal ujian, mungkin yang terbayang dalam fikiran adalah keperitan, kesusahan yang terpaksa ditanggung oleh jasad mahupun jiwa.

Ana teringat baru-baru ni, ana dijemput menjadi urusetia untuk satu program iaitu Kem Serikandi. Masa lapang adik-adik ana isikan makanan rohani dengan tazkirah bagi menghidupkan kudup-kudup hati yang kian layu. Sewaktu ana sedang menyampaikan tazkirah, ada seorang peserta yang berumur dalam 14 tahun mengajukan soalan kepada ana tentang ujian..

“ Kak Ayu, saya akui ALLAH menguji setiap insan berdasarkan kemampuannya. Kadang-kadang saya berasa teramat sedih dan hampir rebah bila mengenangkan ujian yang ALLAH timpakan ke atas saya bertimpa-timpa sehingga saya rasa tak terdaya menanggungnya. Apabila melihat sahabat-sahabat lain bahagia, hati saya tersentuh dan berbisik, bilakah bahagia itu akan menjadi milik saya.?? Akan teruskan saya menjadi insan yang tabah ??.”

Lebih kurang macam tu la pertanyaan adik tu, ana menjawab pertanyaannya…

قال الله تعالى :

ولا تهنوا ولا تحزنوا وأنتم الأعلون ان كنتم مؤمنين

“Janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu bersedih kerana kamulah orang-orang yangberuntung sekiranya kamu beriman” {Surah Ali Imran: 139 }


Beruntunglah insan-insan yang diuji oleh ALLAH kerana ujian itu adalah tarbiyah terus daripada ALLAH kepada kita. Insan-insan yang sentiasa di uji inilah insan yang menjadi pilihan ALLAH untuk menguji tahap keimanan kita..Allah rindu mendengar tangisan khauf dan raja’ hamba-hambanya yang soleh yang memohon dan tak pernah berhenti berharap padaNYA.Muhasabah diri kita balik, berapa kerap kita mengalirkan airmata bersungguh-sungguh bila mengenangkan azab dan murka ALLAH..kita hanya mengangis bersungguh-sungguh bila kita rasa tak terdaya menanggung ujian. Jadi, ALLAH nak mengajar kita erti dan hakikat seoarang hamba yang benar-benar mengharapkan Rahmat dan Kasih ILAHI dan sepenuh penggaangtugan pada-NYA. Jangan mudah berputus asa kerana Rahmat dan Kasih Sayang ALLAH meliputi segala-galanya. Selagi mana kamu yakin dengan janji-janji-NYA, kamu takkan pernah rasa berputus asa..dan selagi mana kamu kukuh kejapkan keyakinan dan kecintaan kamu pada ALLAH, nescaya janji-janji-NYA bukan sia-sia. Yakin..yakin..dan yakinlah, pasti mentari bahagia akan menjelma dan pasti tercoret sejuta hikmah disebalik ujian yang menimpa…bisikkan ke dalam diri, pasti ku temui bahagia suatu ketika nanti. Dan jangan kita lupa orang yang dilimpahi dengan kesenangan juga diuji ALLAH dengan ujian kemewahan dan kebahagiaan yang akan melalaikan mereka. Ingat dan hakikat kita sebagai hamba-NYA, ujian ALLAH tak mengira masa, tempat, keadaan..Cuma kita perlu menjadi jiwa yang redha dan menerima..kerana diajarNYA kita supaya ikhlas dan sabar.


Ana lihat dia menanggukkan kepalanya..mugkin bersetuju dengan apa yang ana katakan..saat itu terbayang liku-liku ujian dalam kehidupan yang pernah ana rasai..walaupun ujian itu pahit, hakikat himahnya adalah manis.

Seterusnya..buat beberapa orang sahabat seperjuangan yang sedang bersedih..


Kesat airmata mu, jangan ditangisi dan di kesali apa yang menimpa..kita buka lembaran baru. Sekurang-kurangnya kamu telah berusaha..dan..yang menentukan kejayaan adalah DIA..


Ana teringat part paling menarik bagi ana dalam filem Ayat-ayat Cinta, yang mana sewaktu watak Fahri berada di dalam penjara bersama seorang lelaki. Ketika Fahri di dalam penjara kerana fitnah, dia telah menerima sepucuk surat..dan apabila Fahri membuka surat itu, dia terkejut dan menangis kerana surat yang berada ditangannya adalah surat daripada Universiti Al-Azhar yang memberitahu bahawa dirinya dibuang dari universiti tersebut. Fahri sedih teramat sangat mengenangkan ujian yang menimpa dirinya bertimpa-timpa bagaikan sudahlah jatuh, ditimpa tangga..sehinggakan solatnya pun tidak khusyuk.


Apa yang membuatkan hati ana tersentuh ialah apabila seorang lelaki yang turut bersama fahri di dalam penjara itu berkata, antaranya lebih kurang :-

“ Bangun Fahri ! ini bukan kiamat..ALLAH sedang berbicara denganmu.!! ALLAH sedang mengingatkanmu agar tidak sombong ! istighfar, ingat lagi siapa dirimu?? Kau sombong..kau merasa paling benar..kau merasa paling suci..ingatkah kau pada kisah Nabi Yusuf yang dipenjara kerana fitnah Zulaikha.. Nabi Yusuf memohon kepada ALLAH


“ Ya ALLAH, jika memang kehidupan penjara lebih bererti bagiku daripada dunia luar, maka aku lebih memilih untuk hidup di penjara lebih dekat denganMU daripada aku hidup dengan manusia pendusta”


… ingat Fahri, ALLAH sedang mengajarmu erti IKHLAS dan SABAR !!,,, ”


Begitulah antara kata-kata yang diungkapkan oleh lelaki itu..

Buat sahabat-sahabat yang disayangi..

Lily, Asma’, Ngah, Harir, Kak Dai, Kak Asrar dab Najiha..jangan bersedih..ALLAH sedang berbicara dengan kalian..muslimat tarbiyah tak mudah jatuh. Dan akan tetap bertahan dengan ujian kerana dia yakin ujian itu akan menguatkan dirinya..dan dia juga yakin ALLAH berada disisinya.(“,)

Sekuat mana pun ujian yang terpaksa kita hadapi, sekukuh mana pun cubaan yang harus kita jalani, sebesar apa pun kegagalan yang kita rasai, sesusah mana pun hari-hari yang kita lalui, jangan pernah berhenti harap pada pertolongan ILAHI, jangan pernah berhenti berdoa pada RABBI, kerana harapan adalah masa hadapan, kerana harapan adalah kekuatan, kerana DOA adalah pintu kebaikan dan kerana DOA adalah senjata orang yang beriman..

Ku pohon Maghfirah-MU,

:. Jundatullah .:

Menghitung hari
tahun berganti tahun

bulan bersilih bulan
hari bertukar hari
jam..minit..saat mengikut putaran alam..

seakan rasa baru semalam diri ini bertambah usia

Ya ALLAH
cepatnya masa berlalu

persisku telah meniti titian kehidupan berliku
walau ombak datang membadai

walau apa jua rintangan yang menghunjam
ku kentalkan pendirianku
kukejapkan iman di qalbu

ku teruskan langkah perjuanganku..

Ya Muqtadir
kemanisan yang dikecapi tersirat kisah keperitan
kelapangan dalam kesibukan yang bertalu

kesenangan dijahit nan disulam
kesusahan yang menimpa

semua itu sudah tertulis Qada’ dan Qadar
tiada kuasa yang mampu menghalangNYA..

Ya Rahman,Ya Rahim
jendela baru bakal dikunjungi

meninggalkan tirai yang usang berlalu pergi
moga diriku rancak menyiram taman hati Sahabiah

memurnikan sanubari insan
sambil menabur benih semaian di taman hati ini

ku sisip tarbiyah dan tazkirah seiringan
ku kutip mutiara dalam menongkah bahtera kembaraku

agar mekar mewangi
bersama kalungan munajatku

Ya Karim..Ya Zal JalaliWalIkram…
ku hanya menumpang kasihMU

atas nikmat yang tak terperi lagi terhitung
ku akui kekerdilan diri ini
di hadapan Qudrat dan IradatNYA..

PadaMU
ku rintih
teguhkan amanah Ad-Deen di bahuku
berikan nafas pada hatiku yang layu
moga ku senantiasa menikmati Taqarubbillah

tawadhuk dan istiqamah di jalanMU

Ya Mujib..Ya Fattah..
selamat berjuang untuk diriku
hingga ke titik noktah antara cita-cita dan impian
yang belum tertunai

wasilah dakwah yang di dambakan
perjuangan yang belum selesai
ALLAHU AKBAR !!

Pasti dariNYA kita datang….
Dan padaNYA kita kembali..

~ jendela baru ~

:: jundatullah ::




Pemuda dan pemudi sekarang hanya mampu berteori sahaja dan melaung-laungkan slogan jihad tetapi jiwa mereka kosong. Mereka mengagungkan kegagahan yang dimiliki generasi-generasi terdahulu..kita hanya dapat berbangga dengan teori-teori yang dicipta oleh mereka tanpa kita sendiri yang merealitikan teori tersebut.. Tugas kita bukan setakat berlatih ceramah untuk dikatakan hebat dan petah berkata-kata. Tugas kita juga bukan setakat mengaku sebagai pejuang tetapi tugas kita lebih besar…memahami ISLAM secara SYUMUL, MENDALAMI ILMU –ILMU ISLAM YANG LUAS, MEMBONGKAR LAUTAN HIKMAH DAN MENJADI PEMIKIR ISLAM !!! ISLAM PERLUKAN PEMUDA DAN PEMUDI YANG MENANGIS DI MALAM HARI MENGHITUNG DIRI & SIANGNYA TANGKAS BAGAI KUDA PERANG !! ISLAM PERLUKAN PEMUDA-PEMUDI YANG BERANI KERANA BENAR!!! ISLAM PERLUKAN PEMUDA-PEMUDI YANG MELETAKKAN ALLAH ADALAH SEGALA-GALANYA.. ISLAM PERLUKAN PEMUDA-PEMUDI YANG BENGIS PADA KEMUNGKARAN DAN LEMBUT BILA MELIHAT KEBAIKAN !!!!

Aku kah di kalangan pemuda-pemudi kebanggaan ISLAM itu????

Ya ALLAH..dhoifnya diri ini…

Monolog jundatullah.





“ Kejayaan tidak akan dapat di capai tanpa adanya matlamat yang jelas”….bagaimana ingin mendakap sebuah kejayaan jika matlamatnya tiada untuk digenggam…

Tentunya lebih menarik jika ana bawakan satu cerita untuk kita sama-sama hayati. Seorang pegawai syarikat perlombongan di Afrika Selatan, David Brown sangat bertuah kerana telah dipilih oleh ketuanya untuk berkursus di England. Tugasnya adalah mempelajari teknologi di England untuk dilaksanakan di Afrika Selatan. David Brown sangat gembira kerana inilah kali pertamanya beliau pergi ke England. David Brown juga telah berjanji kepada bosnya untuk mempelajari sebanyak mungkin teknologi di England untuk dipraktikkan bila kembali nanti.Setibanya David Brown di England,, beliau telah terpesona dengan kemajuan dan kemodenan England. Tugasnya telah dilupakan. Beliau mulai meneguk kemajuan dan tenggelam dalam kemewahan yang menipu. Wang syarikat dibelanjakan secara boros. Akhirnya beliau kehabisan wang. Begitulah manusia, kesusahanlah yang akan mengingatkan akan kebenaran. Begitu juga dengan David Brown, beliau telah menyedari bahawa beliau ada tugasan untuk dilaksanakan. Tapi, malang betul bagi David Brown kerana beliau telah lupa apakah tugasnya kerana terlalu asyik berfoya-foya. Beliau mengimpikan kejayaan tetapi sudah lupa tugas dan tidak jelas apa matlamatnya!!

Apa yang ingin ana utarakan adalah lebih penting daripada cerita David Brown. Kejayaan David Brown hanyalah mengenai kemajuan syarikatnya. Tetapi, apa yang ingin ana bicarakan adalah mengenai tujuan hidup manusia. Matlamat hidup manusia. Manusia dalam kehidupan dunia ini terbahagi kepada tiga golongan..dalam golongan manakah kita berada ???

GOLONGAN YANG HIDUP UNTUK DUNIA

Golongan yang hidup untuk dunia adalah golongan yang berfahaman metearilistik, baik dari segi akidah dan realiti kehidupan. Allah menggelarkan golongan ini di dalam AL-QURAN sebagai “DAHRIUN”. ALLAH telah berfirman mengenai golongan ini , mafhumnya:- “Dan mereka mengatakan..“hidup hanyalah kehidupan kita di dunia sahaja dan kita sekali-kali tidak akan dibangkitkan” (AL-AN’AM:29)

Golongan ini mengingkari wujudnya hidup setelah kehidupan dunia ini ; dimana segala perbuatan manusia akan dihisab, maka pada saat itu kehidupan di dunia ini menjadi matlamat utama. Sesiapa yang hidup untuk dunia, akan mengejarnya sehingga karam dalam nafsu dan tipudaya dunia.

ALLAH s.w.t telah berfirman, mafhumnya : “ Dan mereka : “kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan dunia sahaja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa”, dan mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang itu,mereka tidak lain hanyalah menduga-duga sahaja” (AL-JAATSIYAH :24)

Moga- moga kita bukan dari golongan ini…

GOLONGAN YANG SESAT ANTARA DUNIA DAN AKHIRAT

Golongan ini beriman kepada ALLAH dan hari akhirat tetapi, aqidah dan keyakinan mereka terhadap ALLAH dan hari akhirat hanyalah merupakan gambaran kulit sahaja. Aqidah dan keyakinan mereka terpisah terus dari reality hidup yang praktikal.

Golongan ini adalah terdiri daripada kebanyakan manusia yang Aqidah sentiasa bergelora dan sesat dalam menjalani hidup dunia sedang mereka menyangka yang mereka masih melakukan sesuatu yang baik. Golongan ini pada hakikatnya termasuk dalam golongan kebendaan walaupun pada zahirnya melakukan ibadat-ibadat rohani. Apa yang dikatakan oleh seorang penyair ini adalah sungguh tepat untuk menggambarkan golongan kebendaan ini.. “ kita menampal dunia kita dengan mengoyakkan agama kita, tapi tidak satu pun yang kekal baik dunia atau agama kita”

As-Syahid Imam Hassan Al-Banna dalam risalah yang bertajuk “ Ke mana kita menyeru manusia” telah menulis, Al-Quran menentukan matlamat hidup dan tujuan manusia hidup. Al-Quran telah menerangkan satu kaum yang tujuan hidup mereka hanyalah untuk makan dan bermewah-mewah. ALLAH taala telah berfirman, maksudnya: “Dan orang-orang kafir itu bersenang-senang (di dunia) dan mereka makan seperti binatang-binatang makan dan neraka adalah tempat tinggal mereka” (MUHAMMAD: 12)

Kita sama-sama usaha dan doakan kita bukan juga tergolong dalam golongan ini.

Al-Quran menerangkan juga satu golongan lain yang tujuan hidup mereka hanyalah untuk perhiasan dan kemewahan dunia yang akan hancur dan lebur. “Di jadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak,kuda pilihan, binatang ternakan dan sawah-ladang. Itulah kesenangan hidup dunia, dan di sisi ALLAH tempat kembali yang baik.” (ALI-IMRAN :14)

Ada juga golongan lain yang tujuan hidup mereka hanyalah untuk menimbulkan fitnah dan menyuburkan kejahatan serta kebinasaan. ALLAH mensifatkan mereka ini melalui firmanNYA yang bermaksud : “Di antara manusia itu ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu dan dipersaksikannya kepada ALLAH( atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia adalah penentang yang paling keras.” (AL-BAQARAH :204-205)

Marilah kita bersama-sama usahakan dan doakan agar kita bukan dari golongan ini kerana ALLAH telah membersihkan dan menjauhkan kita orang-orang mukmin darinya, mewajibkan kita orang-orang mukmin, tugas yang lebih tinggi dan mulia, meletakkan di atas bahu kita tanggungjawab yang lebih-lebih tinggi dan mulia, meletakkan atas bahu kita tanggungjawab yang lebih agung, tanggungjawab untuk menunjukkan jalan yang benar kepada manusia, menunjukkan arah kebaikan kepada manusia semuanya dengan sinar ISLAM.

GOLONGAN YANG MENGANGGAP DUNIA SEBAGAI LADANG AKHIRAT

Mereka inilah orang-orang mukmin yang sebenarnya. Mereka mengetahui hakikat hidup yang sebenarnya. Mereka juga mengetahui harga dunia berbanding akhirat. Firman ALLAH, mafhumnya: “Dan tiadalah kehidupan akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu memahaminya.” (AL-AN’AM :32)

Kehidupan dunia tidak dapat melalaikan dan menganggu mereka daripada melaksanakan tujuan dan matlamat mereka dicipta ALLAH di dunia ini. Sebagaimana yang telah diterangkan dalam Firman ALLAH, mafhumnya: “Dan AKU tidak menciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka mengabdikan diri kepadaKU.” (ADZ-DZARIYAT :56)

Orang yan benar-benar menganut agama ISLAM menganggap dunia ini sebagai satu medan perlumbaan untuk melakukan taat kepada ALLAH dan mencapai keredhaanNYA. Keseluruhan hidup mereka, baik ilmu,perniagaan,harta,rumahtangga, masa dan fikiran mereka kesemuanya digunakan unutk mencapai matlamat tersebut. Masa dan fikiran mereka kesemuanya digunakan untuk mencapai matlamat tersebut. Sebaliknya golongan kebendaan menggunakan perkara-perkara tersebut untuk menunaikan tuntutan hawa nafsu dan syahwat.

Imam Hassan Al-Banna juga menaqalkan dalam risalahnya “Ke mana kita menyeru manusia”, beliau menyentuh permasalahan ini katanya:-

“ Saudara yang dimuliakan, demi tuhan, adakah ummat ISLAM telah memahami pengertian ini dari kitab ALLAH, Tuhan mereka?. Dengan memahami pengertian ini jiwa mereka menjadi tinggi, semangat mereka menjulang, mereka bebas dari konkongan hawa nafsu dan syahwat. Mereka akan menjauhi perkara yang sia-sia, tujuan-tujuan yang rendah dan hina. Mereka akan membulatkan haluan mereka kepada ALLAH yang menciptakan langit dan bumi. Mereka akan bersifat hanif (suci), menegakkan kalimah ALLAH, berjihad pada jalan ALLAH, menyampaikan agama ALLAH dan mempertahankannya atau sebaliknya akan menjadi tawanan kepada syahwat,menjadi hamba abdi kepada hawa nafsu dan kerakusan. Seluruh impian mereka hanyalah makanan yangenak-enak dan lazat, kenderaan yang mewah, perhiasan yang indah, perempuan jelita yang menggoda, lahiriah yang palsu dan gelaran dan pangkat yang sia-sia”

Ana seru diri sendiri dan sahabat-sahabat….sekarang matlamat kita sudah jelas. Segalanya terpampang di depan mata. Pilihlah untuk kita menjadi golongan yang bagaimana. Matlamat sudah kita ketahui. Kejayaan sedang melambai-lambai menanti kita mendakapnya. Harus kita mulai sekarang usaha untuk mendakap kejayaan kerana tiada esok untuk menanti perubahan kerana bukan kata esok, tapi satu saat akan datang pun tak pasti kita ada lagi di dunia ini. Sebelum terlambat, marilah kita sama-sama berganding bahu..bersatu untuk bersama dan saling mengecapi kejayaan yang gemilang sebagai hamba yang berjaya dunia dan akhirat. Jangan biarkan diri kita masih tidak tahu dan mengerti apa TUJUAN HIDUP. ISLAM yang terbaik dan jangan kita menangguh dalam mengejar Cinta & Redho ILAHI..jangan menunda untuk melaksanakan yang terbaik selaku HambaNYA..

~Pengemis Cinta Ilahi..Perindu Syahid Abadi~

:: Jundatullah ::


WELCOME TO THIS SITE!