Coretan ini saya mulakan dengan bismillah. Semoga ia mendatangkan manfaat buat semua.
Ramadhan ini, marilah sama-sama kita menyelami akan sebuah hakikat kehidupan. Di suatu sudut di dunia ini, ada insan-insan yang memerlukan bantuan, perhatian dan sokongan kita. Mereka itu bukan siapa-siapa, tetapi mereka adalah saudara kita. Saudara seIslam.
PM Somalia & PM Turki, Erdogan.
~Aqidah Islam yg merentasi benua~
Saya terharu dan ingin kongsikan sesuatu. Minggu lepas, Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan dan isteri bersama beberapa orang menteri kabinetnya membuat lawatan rasmi ke Somalia. Tujuannya jelas, melihat sendiri keadaan di sana dan membantu rakyat Somalia dan menarik perhatian dunia berkaitan kemarau yang sedang belaku di sana. Bagi saya, ia adalah suatu sokongan moral yang besar dan meninggalkan kesan yang besar kepada sudut pandangan dunia berkaitan isu ini.
Isterinya juga berjiwa Prihati, turut serta bersama Erdogan
Beliau menyeru, agar negara-negara Islam dan negara maju yang lain turut prihatin dalam isu dan permasalahan yang sedang berlaku di sana. Presiden Somalia, Sharif Ahmad sangat-sangat berbesar hati dengan lawatan ini. Gembira, terharu dan sudah tentu jauh di sudut hatinya berbunga-bunga indah bahawa " Masih ada sinar harapan buat Somalia."

Kerajaan Turki memecah tradisi "ketidakpedulian" terhadap Somalia. Mereka mulakan langkah dan menjadi qudwah buat negara Islam lain. Menurut maklumat yang diterima, mereka telah menghulurkan pelbagai bentuk bantuan, dan PM Erdogan bercadang untuk membina 12 hospital, membina jalan menuju ke lapangan terbang di Somalia dan pembinaan sumber air yang lebih efisien di sana.

Katanya : "Turki tidak akan mempedulikan apa negara lain katakan. Tunjukan komitmen anda sebagai negara yang bertamadun."
Tersenyum puas saya dengan ucapan ini. Tahniah, pemimpin yang lantang dan pemberani. Ini baru pemimpin sejati.
Perkongsian, 
Rohayu Rusli
27.Ramadhan.1432h.

Seorang ibu ibarat sekolah…..

Apabila kamu siapkan dengan baik…..
Bererti kamu menyiapkan satu bangsa (generasi) yang unggul…..
Keluarga mempunyai pengaruh yang sangat dominan dalam pembentukan anak-anak dan penentuan jalan hidup mereka. Bahkan keluarga adalah peletak dasar bagi pewarisan agama dan akhlak (moral).
Seorang penyair Arab bertutur :
Generasi muda kita akan terbentuk
Sesuai apa yang dibiasakan ayahnya dan ibunya.

 *****
Seorang lelaki datang menghadap Amirul Mukminin Umar bin Khattab melaporkan tentang kedurhakaan anaknya. Khalifah lantas memanggil anak yang dikatakan durhaka itu dan mengingatkan bahaya durhaka pada orang tua. Saat ditanya sebab kedurhakaannya, anak itu mengatakan “Wahai Amirul Mukminin, tidaklah seorang anak, mempunyai hak yang harus ditunaikan orang tua?” “ya,” jawab Khalifah. “Apakah itu?” Tanya anak itu. Khalifah menjawab, “Ayah wajib memilihkan ibu yang baik buat anak-anaknya, memberi nama yang baik dan mengajarinya Al-Qur’an.” Lantas sang anak menjawab, “Wahai Amirul Mukminin, tidak satupun dari 3 perkara itu yang ditunaikan ayahku. Ibuku Majusi, namaku Ja’lan dan aku tidak pernah diajarkan Al-Qur’an.

Salam akhir ramadhan buat teman-teman. Setelah lama dibiar taman pena saya ini sunyi tanpa pengisian. Saya tertarik ingin berkongsi bagaimana peritnya hidup saudara kita di Somalia. Ianya kisah benar yang berlaku dalam kehidupan, ianya melibatkan kemanusiaan sejagat yang mana soal sensitiviti kita kepada saudara yang lebih memerlukan.

Alhamdulillah, di peringkat Mahasiswa, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia (PMIUM & PMIUPM) telah melancarkan tabung kemanusiaan mahasiswa bagi mengutip sedikit sumbangan untuk saudara-saudara di Somalia.
Disini saya bawakan bagaimana peritnya kisah seorang ibu yang terpaksa memilih mana anaknya yang akan mati dahulu. Perit, namun itulah kebenaran hidup yang harus ditempuh oleh mereka.
Perjalanan para pengungsi Somalia menuju negara jiran untuk mencari sesuap makanan sehingga menghabiskan waktu berhari-hari. Dalam sesebuah perjalanan, seorang ibu tidak jarang terpaksa meninggalkan anak mereka yang tidak berdaya, demi kelangsungan hidup anak yang lainnya.
Kenyataan pahit ini harus dijalani oleh Wardo Mohamud Yusuf, seorang ibu berusia 29 tahun. Wardo telah berjalan selama dua minggu di tengah terik menuju perbatasan Kenya. Di tempat ini, dia berharap mendapatkan makanan dan minuman di tempat perkongsian yang disediakan negara jiran.

WELCOME TO THIS SITE!