9 julai menjadi tarikh keramat bagi Malaysia. Kebangkitan rakyat yang sedar dan peka tentang tingginya nilai sebuah keadilan dan kebenaran. Perhimpunan BERSIH yang bermatlamat untuk menuntut pilihanraya yang telus,adil dan bersih berjaya menghimpunkan ratusan ribu rakyat yang setia dengan kebenaran,yang hadirnya mereka ini terdiri daripada semua kaum tidak kira cina,india dan melayu. Malah BERSIH membuktikan, bahawa ia adalah sebuah gerakan rakyat!
Sebagai anak muda di sebuah negara yang merdeka dan bebas bersuara. Saya menyatakan kekaguman yang amat terhadap usaha dan semangat rakyat dan penggerak BERSIH. Saya mengagumi mereka ini kerana saya juga anak muda dan rakyat yang mencintai nilai keadilan tidak mengira kaum dan bangsa. Saya tidak ingin menjadi mahasiswa yang pekak dan tuli, yang langsung tidak ambil peduli keadaan negara.
 

 Rakyat masih setia menggerakkan kaki dan jasad mereka di jalanan,walau mendapat larangan,halangan,tentangan yang menyakitkan. Tarikh ini juga menyaksikan ‘hadiah’ besar yang begitu bermakna daripada kerajaan untuk rakyat iaitu gari, gas pemedih mata,water conan, pukulan hingga mencederakan dan sebagainya. Dan yang menyayatkan hati, seorang rakyat yang juga merupakan demonstran dan tentera Bersih telah meninggal kerana sesak nafas akibat ditembak dengan gas pemedih mata. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Baharudin Ahmad  yang syahid di jalan kebenaran,di medan realiti pertempuran.

  Dek kerana takut ditumbangkan, rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa. Mereka berhimpun menyatakan hak keadilan,menuntut ketelusan. Bukannya memusnahkan harta benda awam. Sudah terang-terangan di depan mata kita mana satu yang haq dan batil. Kepada mereka yang masih lagi kabur, pandanglah dengan mata hati kalian apa itu nilai sebuah kebenaran.
Saya juga kagum pada sosok tubuh yang bernama Ambiga. Walaupun beliau bukan seorang yang beragama Islam,tetapi semangat cintakan kebenaran dan keadilan itu terpahat dalam diri beliau. Orang bukan Islam yang menyokong kebenaran lebih kita perlukan daripada orang Islam yang buta mata hati dan gagal memahami nilai kebenaran. Moga-moga Allah memberikan hidayah kepada Ambiga. Ini kata-katanya “kebenaran akan sentiasa mengatasi kekejaman”


Berita yang dipaparkan oleh media seperti Utusan,beritah harian, tv1,tv2 dan tv3 benar-benar meloyakan. Semuanya tidak telus dan berat sebelah. Hanya memanipulasi dan menipu rakyat. Biarkan media dan television ini dengan angka 5-6 ribu mereka. Hakikatnya rakyat sudah membuktikan gelombang Bersih 2.0 itu dihadiri ratusan ribu. Teruskan gelombang Bersih ini untuk bertempur lagi di dalam pilihanraya umum akan datang. PRU 13. Rakyat yang tegar ini sedia menanti untuk bertempur.
Bersih 2.0 dan inspirasi rakyat ini tidak terhenti setakat ini. Tugas seterusnya adalah memastikan pilihan raya ke-13 ini telus dan rakyat berjaya menumbangkan pemerintahan yang kejam dan zalim.
~Road to Putrajaya~
Inspirasi rakyat & bersih 2.0
Rohayu Rusli
Pasir puteh,

0 comments:

WELCOME TO THIS SITE!