Bismillahirrahmanirrahim.
Buat ummi Nur Hayati.
Apabila teman-teman sibuk mengucapkan hari  ibu, saya nekad di dalam hati saya, bahawa untuk ummi saya, tiada hari ibu.
Tiada hari ibu untuk ummi, kerana setiap hari adalah hari ibu. Ummi terlalu istimewa dihati kak. Terlalu bermakna dalam hidup kak. Ummi inspirasi sebuah ketabahan dan kekuatan seorang wanita.
Ummi saya seorang ibu tunggal yang tegar memerah keringat membesarkan 6 orang anaknya. Ummi saya bukanlah orang yang mempunyai latar belakang pendidikan seperti orang lain, malah hanya bekerja kampong sahaja.
Namun, dia adalah madrasah pertama saya mengenal apa itu ALLAH sebagai pencipta. Siapa itu Rasulullah untuk saya cintai. Apa itu solat untuk saya disiplinkan diri. Apa yang paling penting, ummi mengajar saya apa erti ‘berdikari’ sehingga payah sekali airmata ini tumpah andai ada kesusahan yang terpaksa dilalui.
12 tahun hidup tanpa seorang lelaki bernama suami, benar-benar menguji kesabaran dan kekuatannya. Membesarkan kami 6 orang adik beradik yang penuh dengan kerenahnya. Ummi tetap tegar, membanting tulang dan memerah tenaga untuk membesarkan saya dan adik-adik.
Jika hari ini, saya merasai apa itu erti sebuah perjuangan seorang muslimah, maka asalnya saya ini dari kandungan seorang ummi yang kuat.
Ummi pernah bercerita kepada saya kisah ummi dan abah, katanya ummi dan abah tidak pernah bercinta sebelum berkahwin. Malah, berkahwin dulu pun datuk dan nenek yang aturkan, mereka membina cinta selepas berkahwin. Cinta ummi dan abah cinta yang terpelihara dan terjaga. Ummi memberi inspirasi kepada saya untuk mejadi sepertinya.
Ummi, kak masih lagi dalam perjalanan mengutip mutiara ilmu untuk menghadiahkan ummi dan adik-adik sebuah kejayaan. Kak tahu, ummi menanti dan penat menanti. Memang ummi tak pernah cakap, tapi kak tahu wajah ummi menggambarkan harapan.
Ummi, maaf andai kak belum menjadi anak yang betul-betul solehah untuk ummi dan abah. Ummi, kak amat sayangkan ummi.
Ummi..you inspired my life.

1 comments:

Unknown berkata...

subhanallah,,pttlah anaknya hebat
smg mencapai predikat solehah sgy

WELCOME TO THIS SITE!