Selamat Hari Wanita, kuntuman mawar penyeri dunia.



Bismillahirrahmanirrahim. Kiranya saya ini menjadi antara yang terlewat mengucapkan Selamat Hari Wanita kepada seluruh wanita yang berada dimuka bumi Allah ni. Masa yang mengekang membuatkan saya benar-benar terhambat oleh desakan tugas yang banyak menanti untuk diselesaikan. Kepenatan menghinggap apabila terpaksa bergegas pulang ke Kelantan apabila medapat khabar yang tidak baik daripada bonda. Hampir dua hari juga saya di Kelantan, 'menyambut' Hari Wanita bersama dua wanita yang banyak berjasa pada diri saya iaitu umi dan nenek.

WELCOME TO THIS SITE!