Melihat fenomena dakwah di IPT sejak kebelakangan ini, semakin ramai mahasiswa/i yang sedar akan pentingnya tarbiyah dalam kehidupan seharian. Lahirnya pelbagai pertubuhan dan organisasi berfokuskan keIslaman merancakkan lagi program-program, seminar-seminar dan usaha ini mendapat reaksi positif dari kalangan remaja sendiri. Tidak kurang, usaha-usaha badan dakwah IPT sendiri yang bertungkus merencana pelbagai program yang sarat ilmu dan mampu memberikan sentuhan roh Islam dalam diri individu tersebut.

    Persoalan di sini, kadang-kadang kita hanya bersemangat apabila berada dalam program-program tersebut. Usai keluar daripada kepompong tersebut, kita seolah-olah tidak kuat dan masih mencari-cari apa hasilnya? Apa kesannya hadir ke program sebegini? Di sini barulah kita sedar akan pentingnya HATI untuk dibawa ke mana sahaja untuk ditarbiyah.

   Sungguh! Sangat sukar untuk memujuk hati yang kuat merajuk, melatih jiwa yang lesu, mengawal nafsu yang sering mengajak kepada keseronokan.

   Kadang-kadang bertanya pd diri sendiri. Kenapa kita tidak berubah lebih baik dan terus istiqamah dengan sesuatu kebaikan? Adakah jiwa kita tidak kuat? Atau belum cukup ditarbiyah? Bertahun2 di sekolah agama? Masih tidak cukup? Semuanya kembali kepada hati. Kadang-kadang kita cepat bosan apabila disuap dengan makanan yang sama setiap hari, sedangkan masih banyak pilihan terhidang di hadapan mata…

   Sebenarnya dalam menyuburkan tarbiyah dalam diri, hanya satu perkara yang perlu kita tanyakan diri kita…Allah redhakah dengan amalan kita? Oh…jarang sekali kita tanyakan ini pada diri kita...

   Pentingnya menjaga hubungan dengan Allah, sama pentingnya menjaga hubungan dengna makhluk lain. Kadang-kadang bila wujud bosan dalam kamus tarbiyah, sebenarnya itu petanda bahawa kita kurang mengaplikasi tetapi lebih banyak berteori. 

   Ya, tiada silibus pengajian agama yang mengajak kepada kemungkaran, namun diri masih sibuk berbuat dosa, pendek kata perlunya seimbang antara teori dan aplikasi untuk memantapkan tarbiyah dalam diri. Tarbiyah itu melingkupi segenap kehidupan kita, belajar, bersosial, rumahtangga, menghadapi peperiksaan, berhibur, menonton tv. Semuanya boleh menjadi tarbiyah andai kita salurkan dengan cara yang betul. 

Susah tetapi tidak mustahil.

Semoga Allah terus memberi kekuatan untuk mentarbiyah diri. Mungkin mengambil sedikit masa, tetapi ya, itulah pentingnya ISTIQAMAH…

~Perkongsian bersama ; Jundatullah.
:. Bait Srikandi .:
:. 9/Mac/2010 .:

1 comments:

PEKAN GUEST HOUSE berkata...

salam..terima kasih atas perkongsian ini..bnar,praktikal tidak semudah berteori...cbrn diluarlah yg menjadi penanda aras keberkesanan latihan yg kita lalui semasa berprogram..apa pn yg jelas bg ana,masih wujud jurang dan satu sifat malu utk mngaku seorg duta agama..terlalu menebal..hatta diri ini sendiri...sedang juga mencari metod dan medium terbaik..

WELCOME TO THIS SITE!