Zaman satu bangsa yang hina


tidak pernah sunyi dari ilmuan, sasterawan dan orang yang arif bijaksana!


Mereka dipecahbelahkan dengan berbagai ideologi


tetapi semua ideologi itu tertumpu kepada satu rencana:


Mereka ajar anak singa agar menjadi kijang yang pengecut


dan mereka hapuskan kisah-kisah singa pada bicara zaman silam

Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan

Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan.

(Muhammad Iqbal, Diwan Dharb al-Kalim, m.s. 102)


Keterangan


Kandungan madah penyair Islam Muhammad Iqbal Rahimahullah membongkar taktik kotor musuh islam (kaum Yahudi dan Kristian) yang mengasuh anak singa Islam menjadi kijang yang pengecut. Mereka padamkan kisah singasinga Islam dari kalangan para ulama’, ahli zuhud dan para pejuang Islam dari sejarah abad pertama Islam.

Sistem pendidikan jahiliyah dan taghut musuh islam ini telah melahirkan kijang-kijang yang pengecut, tidak lagi mampu menerkam. Kijang-kijang ini tidak mahu lagi memikul apa-apa tanggungjawab dan sentiasa cuba melarikan diri seboleh-bolehnya….!


Pejuang-pejuang muda dan anak-anak singa dididik supaya berlembut dan tunduk kepada syahwat, mengikut hawa nafsu, karam dalam keseronokan seks dan kemewahan hidup. Seterusnya mereka padamkan sejarah umat Islam yang bertamadun tinggi. Mereka hapuskan kisah kisah para ulama’ kerana bimbang ia akan menjadi lampu penyuluh untuk generasi baru muslim, ditakuti menunjukkan jalan kerja kepada mereka semula.


Rancangan mereka telah benar-benar berjaya. Inilah generasi baru dari putera-putera Islam! Anak-anak singa yang bertukar menjadi kijang yang pengecut.


Perancangan mereka telah berjaya. Apa yang berlaku sekarang, kita dapati terdapat sesetengah orang yang ikhlas lebih cenderung untuk beruzlah, mengasingkan diri dan takut berganding bahu bersama-sama umat Islam..tidak lain melainkan adalah akibat pengaruh daripada kesan pendidikan tersebut. Ini jelas membuktikan keberkesanan perancangan mereka.

Ianya bukanlah suatu yang menghairankan. Kalaulah mereka telah berjaya menjauhkan ramai orang Islam dari Islam sendiri, maka tentu lebih mudah bagi mereka untuk menjauhkan lebih ramai lagi orang Islam dari sebahagian dari Islam. Mereka meyakinkan kebanyakan orang Islam dengan perlunya mengasingkan diri (beruzlah) dan lebih baik berjaga-jaga dari sebarang kerja yang mengundang risiko kepada mereka (jihad dan amal Islam).


Ketika itu berlakulah proses peralihan cepat dari Islam kepada jahiliyyah...!

*Dipetik daripada buku ”Al-Munthalaq” karangan Muhammad Ahmad Ar-Rasyid untuk perkongsian bersama*


:: jundatullah::

26_disember_09

0 comments:

WELCOME TO THIS SITE!