Al-Fatihah..sama-sama kita hadiahkan buat sang pejuang dan pemikir Islam yang hebat..Dr. Fathi Yakan.. yang telah kembali ke rahmatullah..

Semenjak dari bangku sekolah menengah lagi, saya sering mendengar nama beliau, malah buku beliau yang pertama-tamanya saya kenali ialah “Maza Ya’ni intimail Islam”- apa ertinya saya menganut agama Islam. Sering jua bermain dibibir guru penasihat Badar sewaktu disekolah dahulu, tentang beliau dan penulisannya. Namun, waktu itu saya belum sepenuhnya mengenali beliau dan gerakan Islam, umumnya.. sehinggalah saya melangkah ke alam kampus

Firman Allah s.w.t, mafhumnya :-

“ sesungguhnya orang-orang yang sebenar beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada ALLAH dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta-benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar ( pengakuan imannya)

{ surah Al-Hujurat : ayat 15 }


Ijlis, nu’min saat..ayuh..melalui pembacaan saya tentang diri beliau, saya mengajak diri saya dan kalian, kita mengimbau jejak sang pejuang ini sejenak.. moga dengan mengenalinya makin menambahkan kecintaan kita terhadap perjuangan Islam.

Dr.Fathi Yakan telah banyak menghasilkan buku dakwah yang telah melahirkan semangat kebangkitan Islam. Beliau dilahirkan pada 9 februari 1933 di Lubnan. Beliau mempunyai seorang isteri iaitu Puan Dr.Mona Haddad Yakan dan 5 orang cahayamata.

Apa yang membanggakan ialah beliau merupakan lulusan B.A dan M.A dalam bidang kejuruteraan, akan tetapi beliau menyambung PHD nya dalam bidan pengajian Islam dan bahasa Arab. Malah, beliau juga antara pelopor yang mengasakan gerakan Islam di Lubnan.

Beliau tidak melihat Islam dari sudut teoritis semata-mata tetapi berjaya seorang daie mestilah hadir ditengah-tengah medan masyarakat dan berpartisipasi dengan penuh iltizam. Beliau juga pernah memenangi kerusi pada pilihanraya Lubnan pada tahun 1992.

Pada mulanya, Fathi Yakan merupakan salah seorang yang tidak bersetuju dengan pilihanraya, akan tetapi, setelah sering gagal menyatakan Islam kepada pemerintah, beliau akhirnya akur bahawa pilihanraya adalah satu-satunya wadah penting yang dapat menguasai negara Islam jika menang tanpa sebarang pertumpahan darah berlaku.

Berbicara tentang Lubnan, negara ini bukanlah sebuah negara arab yang membela Islam. Ini kerana mengikut kepada perjanjian taif, pembahagian kuasa secara adil antara golongan-golongan yang terlibat mesti berlaku. Oleh itu, presiden Lubnan mestu seorang kristian Maronite, Perdana Menteri adalah dari kalangan seorang pengikut sunnah, manakala speaker parlimen adalah daripada seorang pengikut syiah. Dan ini menunjukkan kepelbagaian pegangan agama dan mazhab yang menyukarkan perkembangan Islam di Lubnan.

Pengalaman beliau bersama al-marhum Dr. Mustafa as-sibaie yakni pengasas ikhwan di Syria, telah mematangkan Fathi Yakan untuk menerapkan pendekatan ikhwan di Lubnan. Tulisan dan penglibatan beliau bersama gerakan Islam dianggap mengancam kedudukan pihak berkuasa. Malah, beliau pernah dipenjara dan disiksa dengan diseterika seluruh badannya hingga remuk oleh penguasa taghut laknatullah..namun itu tidak menumpulkan usaha bekiau untuk terus membangkitkan semangat perjuangan islam.

Beliau sering aktif menyampaikan ceramah, membentangkan kertas kerja dan sebagainya. Beliau pernah menghadiri muktamar tahunan Pas dan mempunyai hubungan yang akrab dengan Presiden Pas, iaitu YB Tuan Guru Hj.Abdul Hadi Awang.


Apa yang membuatkan saya ingin membicarakan tentang beliau pada kali ini adalah kerana kesangatan tumpuan beliau terhadap dakwah dan juga kebangkitan generasi pemuda.

Beliau sering meransang anak-anak muda untuk bersama kebangkitan Islam. Dr. Fathi Yakan amat menjiwai peranan pemuda untuk membahterai gerakan Islam.

Antara buku- buku tulisannya adalah:-

1.Maza Ya’ni intimail Islam

2.Bagaimana kita menyeru kepada islam, yang terdapat didalamnya:-

*prinsip2 dakwah Islamiyyah

*Seruan kepada islam

*Maudu’ dakwah

*Tuntutan membentuk tanzim haraki dan kewajipan bekerja di dalamnya.

3. Rintangan perjuangan dalam kehidupan pendakwah.

4. Generasi pemuda dan perubahan.

Banyak lagi hasil penulisan beliau yang tidak saya nyatakan disini, yang mana penulisannya sering dikaitkan dengan dakwah dan pembinaan generasi muda.


Akhirnya, saya kongsikan bersama tulisan yang dilakarkan Dr.Fathi Yakan kepada generasi pemuda:-

“ Generasi pemuda ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam, tetapi orang lain mempergunakan mereka untuk menghancurkan umat manusia.

Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah yang kosong, hanyut dan terbiar; pemuda yang tiada peribadi, bersikap seperti kera, pemuda yang tiada akhlak; yang lebih dekat dengan binatang; pemuda yang dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim, disusun oleh parti-parti kufur dan syaitan; TETAPI, keberkatan datang bersama pemuda yang tinggi cita-cita dan matlamat hidupnya!! ”


Nah! Sedarilah kita wahai generasi muda, kini beliau sudah kembali menemui Sang Pencipta. Walau jasadnya telah tiada, namun hasil penanya mampu menghidupkan jiwa. Kita yang masih bernyawa.. semakin hari berginjak usia, apakah jawapan kita kelak andai ditanya apakah sumbangan kita untuk Islam tercinta. Ayuh!! jiwa muda.. bersama laungkan..kitalah generasi muda yang cintakan syahid.


Melangkah..menuju Redha ALLAH..

Original by : jundatullah

Pasir Puteh, Kelantan.



0 comments:

WELCOME TO THIS SITE!