Salam perjuangan..

Sempat saya menjelajah ke blog sahabat-sahabat seperjuangan dan blogger yang ada memuatkan entri selamat hari bapa@ happy father’s day..

Alangkah indahnya bagi mereka yang masih mempunyai bapa..pasti ucapan itu mampu diungkapkan dan pastinya mereka mampu melihat bapa mereka tersenyum gembira. Tetapi, berlainan bagi diri ini, saya dan abah saya jauh terpisah pada dua alam yang berbeza.. yang kekal hidup bersama saya adalah kenangan bersamanya..itupun waktu dan ketika masih kanak-kanak dan tidak mengenal erti apa-apa.

Abah saya seorang bapa yang sangat baik dan saya merupakan anak yang paling rapat dengannya.. selalu menunggu abah pulang kerja kerana saya pasti tersenyum gembira kerana abah pasti tak pulang dengan tangan kosong..mesti ada saje buah tangan yang dia belikan untuk saya.

Selamat hari bapa..abah yang amat ku sayangi, yang kini tiada lagi di depan mata. Sudah sepuluh tahun dia meninggalkan saya, ummi tersayang dan adik-beradik. Kemalangan jalan raya yang begitu tragis.. yang masih lagi terpahat kukuh di ingatan saya.. yang mana dalam kemalangan itu saya kehilangan dua anggota keluarga iaitu abah tersayang dan bapa sepupu. Perginya tanpa sempat meniggalkan pesanan terakhir buat anaknya ini..juga saya pada waktu itu..tiada sempat menuturkan kata maaf. Cuma pesannya yang selalu meniti dibibir..sewaktu saya menunjukkan buku rekod kemajuan sekolah rendah untuk ditandatangani suatu ketika dulu, masih terngiang-ngiang kata-katanya :-“ kakak, belajar bersungguh-sungguh dan jadi anak yang baik”.

Berita kemalangan dan kematiannya juga saya tahu daripada satu panggilan telefon.. tersedar saya diawal jam 4 pagi apabila terdengar bunyi bising suara orang ramai.. dan saya hanya melihat sekujur tubuh yang sudah dikafankan dan sudah tidak lagi mampu bersuara. Waktu itu..saya belajar menerima erti sebuah kehilangan..walau betapa sayang saya pada abah.. sayang lagi ALLAH pada dia.. semuanya kuasa Allah..dan erti kehilangan itu menjadikan saya orang yang tabah dan redha.. terima kasih Ya Allah..

Buat abah.. doa kakak tak pernah putus.. dan hari bapa dari kakak untuk abah bukan terikat hanya pada hari-hari tertentu sahaja..tapi buat selamanya.. apa yang kakak buat dan lakukan di dunia ni, kakak sedekahkan pahalanya buat abah dan kakak tarbiyah diri menjadi anak dan mujahidah yang solehah..moga2 abah peroleh kebahagiaan di alam sana..

Kata pujangga :- kasihnya ibu membawa ke syurga..kasihnya ayah tiada penghujungnya..

Selamat hari bapa..abah..

Firman Allah s.w.t dalam surah Luqman, ayat 14, mafhumnya ;

“……… bersyukurlah kepada-KU dan kepada kedua-dua orang ibu bapamu, hanya

lepada-KUlah kembalimu”

Anakmu..

0 comments:

WELCOME TO THIS SITE!