Mengapa entri saya kali ini bertajuk ‘MESTI’ ?? Ini kerana, sedar ataupun tidak, bila sesuatu perkara itu ‘mesti’ dilakukan, ianya akan menghasilkan hasil yang memuaskan hati. Apatah lagi kita sering mengungkapkan mesti di waktu yang urgent. Contoh yang sinonim, jika tugasan perlu dihantar pada petang ini, tidak dapat tidak tugasan itu mesti disiapkan jugak sebelum petang ini. Hikmah yang tersirat disebalik kata ‘mesti’ adalah = apa yang kita lakukan akan menjadi, berjaya dan tercapai.

Hanya dengan mendengar kata-kata yang diucapkan oleh seseorang , kita dapat mengetahui sejauh manakah orang itu komited hendak mencapai tujuannya. Kerana perkataan ‘mesti’ ianya adalah suatu yang pasti bukannya seperti perkataan ‘harap’, ‘rasa’.

Apa yang ingin saya katakan di sini adalah, kata-kata yang kita gunakan membawa kesan yang amat kepada minda kita. Cuba kita perhatikan, apabila kita menggunakan kata seperti ‘saya rasa’ dan ‘ saya harap’, kita tidak mendapatkan dorongan bagi bertindak dengan segera. Apabila sesuatu itu mesti dilakukan, kita mengeluarkan segala momentum untuk keberhasilannya..dan tanpa kita sedari kita melakukan luar daripada keupayaan kita.

Jadi, salah satu petua kejayaan adalah mesti.

Saya bawakan satu potongan kisah sejarah pejuang Islam,

Tariq bin Ziyad telah membakar semua kapal-kapal yang dinaiki oleh tentera-tenteranya sewaktu peperangan, seraya beliau berkata:-

“ Di mana jalan pulang?? Laut berada di belakang kamu. Musuh pula berada di hadapan. Sungguh kamu tidak memiliki apa-apa kecuali sikap benar dan jujur.......”

Tariq menambah lagi dengan berkata “Sekiranya perang ini berpanjangan, dan kamu tidak segera menghadapinya, akan hilanglah kekuatan kalian semua. Akan lenyaplah rasa gentar musuhmu pada kalian. Oleh itu, singkirlah sifat hina yang ada dalam diri kamu dengan sifat terhormat. Kamu mesti rela mati.......”

Dan beliau bertempik sekuat hati “ Perang atau mati!!”

Akhirnya Tariq bin Ziyad berserta tenteranya berjaya mengalahkan pasukan musuh.

Berdasarkan kisah Tariq dan tenteranya ini, kita dapati satu hikmah yang amat bernilai iaitu strategi Tariq selaku ketua memasakkan semangat juang pada tentera-tenteranya melalui kata ‘mesti’. Tidak dapat tidak, mereka perlu menghadapi tentera musuh. Dengan aksi berdepan dan memerangi mahupun mati sebagai syahid. Dan inilah yang berjaya menghasilkan momentum jihad dalam jiwa tentera-tenteranya sehinggakan mereka mampu mengalahkan pasukan Raja Roderick.

Minda sang pejuang islam yang telah dipasakkan dengan kata mesti berjuang ataupun syahid, tidak akan duduk diam bersahaja, bahkan semakin rancak mengatur strategi terbaik ke arah tercapainya apa yang dicita.

Kesimpulannya, minda merupakan objek ajaib yang bila diletakkan suatu kata-kata yang ajaib, ianya juga akan menghasilkan sesuatu yang ajaib. ( contohnya : mesti (“,)

Sebagai penuntut ilmu, mesti berusaha belajar supaya berjaya

Sebagai seorang pemimpin, mesti mempunyai kredibiliti dan karisma kepimpinan.

Sebagai seorang pejuang, mesti memperjuangkan Islam selagi termampu.

Dan apa-apa jelah =)

Apa yang mesti, segalanya pasti !!!

Apabila kita menjadikan kejayaan itu suatu kemestian, kita pasti mencari jalan mencapainya!!

“while most are dreaming of success, winners wake-up and work hard to achieve it”

- Ketika kebanyakan orang hanya mengelamun tentang kejayaan, sang juara bangun dan bekerja keras untuk mencapainya- (pepatah inggeris)

Melangkah... menuju redha Allah..

Dari pena : Jundatullah

Pasir Puteh, Kelantan.



0 comments:

WELCOME TO THIS SITE!