Salam perjuangan buat teman-teman.. kali ini saya bawakan entri saya berkenaan dengan Ahmadinejad, Iran dan campurtangan AS yang mana, tumpuan dunia beralih pada isu pilihanraya dan rusuhan rakyat di iran serta kemenangan Ahmadinejad sebagai pihak konservatif yang menimbulkan ketidakpuasan hati pihak-pihak tertentu terutamanya Amerika Syarikat yang kononnya mengatakan pilihan raya Iran penuh penipuan !! Alahai..AS..

Ahmadinejad istimewa??

Mahmoud Ahmadinejad, satu nama besar bagi Iran.. yang memimpin menggunakan konsep konservatif. Seorang pemimpin yang tegas dan berani menyuarakan prinsipnya terhadap kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat. Beliau pernah menegaskan “pergi jahanam dengan barat!!”.

Malah Ahmadinejad ternyata tidak membiarkan begitu sahaja, kelantangan makin jelas pada sidang kemuncak serantau di Rusia dengan mengecam Washington dengan mengishtiharkan bahawa “ zaman empayar AS telah berakhir”. Sewaktu berucap sebagai pemerhati pada sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO), beliau menegaskan sistem kapitalis antarabangsa semakin merosot.

“ sudah nyata bahawa zaman empayar sudah berakhir dan kebangkitannya sudah berakhir”..tegas Ahmadinejad di depan pemimpin dunia dari negara kuasa besar lain termasuk Presiden Rusia, Dmitry Medvedev dan Presiden China, Hu Jintao..

Kelantangan beliau menyebabkan AS semakin tidak senang duduk. Sikap tidak toleran Ahmadinejad membuatkan AS tidak selesa dengan keadaan politik semasa Iran.

Suatu ketika dahulu, Bush pernah menggertak untuk menyerang Iran dengan menggunakan lesen Majlis Keselematan PBB, tetapi Ahmadinejad tidak mempedulikan gertakan itu. Ketika itu, Iran memegang kunci Majlis Keselamatan. Gertakan AS sekadar serangan psikologi untuk melemahkan semangat Iran.

Ahmadinejad juga menyokong pergerakan Hizbullah di Lebanon yang dianggap pengganas oleh barat.

Iran...

Iran telah melalui zaman Revolusi Iran yang dicetuskan oleh Ayatullah Khomeini yang telah menjatuhkan kerajaan kejam Shah Iran pada akhir 70-an. Walaupun Ayatullah Khomeini dan Iran amat terkenal dengan kekuatan ajaran Syiah. Revolusi Iran sebenarnya telah “mencipta” “Iran baru”. Iran yang tidak pernah tunduk pada barat dan sanggup berdepan dengan apa jua sekatan demi mempertahankan kedaulatan negara dan agama.

Iran juga sering muncul sebagai negara yang sering mempertahankan Palestin walaupun ia bukannya dari kalangan Arab. Iran juga didakwa oleh AS memiliki senjata nuklear.

Rusuhan besar berlaku di Iran yang melibatkan penyokong pencabar utama kepada Ahmadinejad iaitu Mousavi adalah rusuhan kedua terbesar selepas rusuhan rakyat Iran ketika Disember 1978 dulu yang menuntut disingkirkan pemerintahan kuku besi Shah Iran.

Kecemburuan AS..

Dakwaan bahawa kemenangan Ahmadinejad dan Pilihan Raya Presiden ke-10 di Iran penuh penipuan membuktikan AS memang amat cemburu. Persoalannya kini, apakah AS tidak faham atau sengaja membutakan mata dengan kemenangan lalu.

Malah Naib Presiden AS, Joe Biden memperlihatkan semacam kebimbangan dengan perkembangan terbaru di Iran dan yakin ada sesuatu yang tidak kena dengan pilihan raya tersebut.

Obama juga dalam beberapa kenyataannya jelas memperlihatkan harapannya agar pemimpin yang dipilih oleh rakyat Iran adalah daripada kalangan reformis. Obama juga kerap menekankan beliau ingin melihat “perubahan” dalam arena politik di Iran. Terang lagi bersuluh menunjukkan harapan Obama supaya Ahmadinejad kecundang dan pemimpin yang lebih “toleran” akan dipilih.

Antara kata-kata Obama kita bakal bedepan dengan rejim Iran yang telah lama bermusuhan dengan AS. Mereka yang menyebabkan masalah di Asia Barat kerana menjalankan program senjata nuklear” ....

ape2 jelah Obama..kalau dah tak senang duduk tu..

Media barat juga menggembar-gemburkan rusuhan rakyat di Iran dan melaporkan keadaan di Tehran sangat-sangat tegang. Nada beberapa media barat kelihatan sangat sehaluan dengan dasar AS yang sememangnya prejudis dengan Ahmadinejad.

*Dunia tidak mendapat gambaran yang jelas mengenai situasi politik di Iran. Bayangan AS terlalu tebal untuk melihat adakah rusuhan yang berlaku itu benar-benar memprotes ketelusan pilihanraya Iran atau campur tangan kuasa asing yang menyusup masuk bagi mencetus porak peranda?

Teman-teman, kita memang sedia maklum tentang sikap AS dan sekutu-sekutunya yang seperti cacing kepanasan apabila melihat ada kuasa lain yang boleh mengatasi mereka.. makhluk yang terkutuk dan penuh dengan perasaan hasad dengki.

Apa yang jelas mengkagumkan saya, ketika AS kuat mengecam.. Ahamadinejad masih tetap gah berdiri menegakkan haknya !

Kesimpulannya, Iran mempunyai Ahmadinejad yang berani dan lantang bersuara mempertahankan hak sehinggakan mampu membuatkan AS tidak boleh duduk diam dengan tindak- tanduknya. Kita pula bagaimana agaknya ya?? (“,)


Dari pena :- Jundatullah.



1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum....saya baru je follow blog ni 1-2 hari lepas...BEST!! :) walaupun post saudari bnyk berkisahkan ttg diri sndri, tapi bila diletakkan utk tontonan umum bnyk manfaat yg boleh dikutip...thnx...
cumanya lps baca post saudari psl tentera muslimah iran and pasal ahmadinejad nih saya tertarik utk berkongsi something...Nabi pnh ingtkan kita ttg akhir zaman.."TAHUN-TAHUN YG PENUH DGN PENIPUAN,ORG BENAR DIKATAKAN SALAH, ORG SALAH DIKATAKAN BENAR..."(disahihkan oleh Albany). yg diuar-uarkan oleh media x smestinya benar. isu iran yg kononnya mempertahankan ISLAM (dari isu pilihanraya sampailah isu nuklear)propaganda belaka. Iraq hanya dihancurkan dlm beberapa hari, tapi smpai ke hari ini Iran masih aman.do u know why?sbb kerajaan Iran asasnya SYIAH..utk pengetahuan saudari, syiah lbh mesra dgn yahudi&nasrani berbanding Islam sunni..mungkin saudari x prcaya, tp hakikatnya syiah bukanlah sekadar 1 mazhab mcm yg kebanyakan org sgka..more than that..org islam sunni di iran dibunuh dan dirogol hanya kerana dia bernama Umar dan 'Aisyah.Ulamak sunni ditangkap dan di siksa hny krg mempertahankan Islam..hanya sekadar peringatan..
b.t.w. jika saudari blh berbahasa arab, saya syorkan saudari surf youtube, n dgr sndri dari mulut saudara islam kita yg hidup di iran sana.. wallahu'alam...

WELCOME TO THIS SITE!