Salam perjuangan, di sini saya bawakan kisah seorang serikandi dahulu buat pedoman diri dan sahabat-sahabat yang mengunjung blog ni. Inilah kisah seorang serikandi solehah yang telah meninggalkan sejarah gemilang untuk dicontohi oleh setiap wanita sepanjang zaman.

Beliau ialah Ummu Sulaim atau nama gelarannya Rumaisha iaitu ibu kepada Saidina Anas bin Malik. Salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang terkenal. Ummu Sulaim merupakan seorang yang tegas dan kuat keyakinannya kepada Islam. Beliau lebih menyintai perjuangan Islam. Beliau lebih rela berpisah dengan suaminya iaitu ayah kepada Anas yang masih seronok dengan alam jahiliyah.

*Bercerai dengan suaminya kerana kebenaran Islam

Walaupun sudah berkali-kali Ummu Sulaim mengajak suaminya kepada kehidupan yang lebih baik dengan percaya dan tunduk dengan hokum-hukum ALLAH, tapi suaminya enggan dan akhirnya berlakulah perceraian. Setelah berlaku perceraian dengan Malik Nazhar, Ummu Sulaim berazam tidak akan berkahwin lagi sehinggalah Anas dewasa. Ini adalah kerana mahu anaknya benar-benar terdidik dan menjadi anak yang bertaqwa.

*Anaknya sebagai hadiah kepada sebuah perjuangan Islam.

Sewaktu Rasulullah berhijrah ke Madinah, Ummu Sulaim membawa Anas berjumpa dengan Baginda s.a.w. Ketika itu usia Anas baru meningkat 10 tahun. Ummu Sulaim berkata kepada Rasulullah SAW:-

“Hampir semua kaum Ansar, baik lelaki mahupun wanita telah menghadiahkan Baginda dengan suatu hadiah yang berharga. Aku tidak mempunyai sesuatu untukku hadiahkan, melainkan seorang anak lelakiku. Maka ambillah dia supaya dapat dia melayani dan melakukan tugas yang Baginda perintahkan kepadanya”

Ummu Sulaim sangat menginginkan anaknya memperoleh sebanyak mungkin keberkatan daripada Rasulullah SAW. Akhirnya Anas menjadi seorang yang alim yang tinggi ilmunya dan banyak meriwayatkan hadis.

*Perkahwinan kali kedua

Datanglah Abu Talhah yang masih kafir ingin mengahwini Ummu Sulaim. Ummu Sulaim telah memintanya membawa mas kahwin yang paling tinggi. Abu Talhah pergi mendapatkan Rasulullah SAW dan menceritakan segala-galanya.

*Mas kahwin yang teramat tinggi nilaianya :- Kalimah Syahadah LA ILAHA ILLA ALLAH

Lalu Rasulullah SAW menikahkan Abu Talhah dengan Ummu Sulaim menurut syarat yang diminta. Berkahwinlah Ummu Suliam buat kali kedua dengan Abu Talhah dengan mas kahwinnya ialah Abu Talhah mengucap dua kalimah Syahadah.

Mungkin pada zaman sekarang, kalau berlaku sekarang..masyarakat akan pelik. Bagaimanakah seorang wanita sanggup berkahwin tanpa ada ems, perak, duit hantaran ataupun apa-apa pemberian sebagai mas kahwin. Hakikatnya ALLAH S.W.T tidak pernah memandang kepada harta kemewahan kita, tetapi yang paling utama disisiNYA adalah Iman dan Taqwa.

*Seorang isteri yang solehah.

Ummu Sulaim hidup bersama Abu Talhah dengan penuh kebahagiaan, beliau menjadi isteri yang taat, sentiasa menyuburkan jiwa suaminya dengan iman dan taqwa. Memberikan galakn kepada suaminya agar gigih berjuang, takut dengan ALLAH, rindu dengan syurga ALLAH dan sabar serta redha dalam menghadapi ujian ALLAH. Beliau melayani suaminya sebaik-baiknya. Tidak pernah meminta itu dan ini, beliau merasa cukup dengan apa yang ada. Masa terluang beliau gunakan untuk beribadah, bertahajjud, berwirid dan berzikir kepada ALLAH. Ummu Sulaim tidak menyibukkan diri dengan dunia, hatinya sentiasa terikat dengan ALLAH.

*Diuji ALLAH SWT dengan kematian anaknya.

ALLAH SWT menurunkan ujian untuk menguji dan meningkatkan lagi ketaqwaan kepada-NYA. Anaknya yang masih kecil meninggal dunia setelah menderita sakit beberapa lama ketika Abu Talhah tiada di rumah. Ummu Sulaim dengan tenang menghadapi kematian anaknya itu. Dimandikan, dikafankan dan ditutup anaknya itu dengan kain.

Apabila Abu Talhah pulang ke rumah, seperti biasa dia menanyakan tentang keadaan kesihatan anaknya itu, Ummu Sulaim menjawab : “Dia kini sudah tenang dan berehat sepuas-puasnya.” Pada sangkaan Abu Talhah, anaknya itu telah sembuh.

Kebetulan hari itu mereka berpuasa. Ummu Sulaim menyediakan makanan dan berbukalah mereka. Tiba waktu malam, Ummu Sulaim berdandan dan bersolek serta mengenakan wangi-wangian dan melayan suaminya sehingga suaminya lupa untuk bertanyakan khabar anaknya itu.

Sehinggalah keesokan harinya, Abu Talhah bersiap-siap untuk keluar, Ummu Sulaim berkata kepada Abu Talhah : “Wahai suamiku, ada seorang jiran kita telah diberi pinjam pinggan padanya, datang tuan pinggan untuk mengambil pinggannya kembali. Tetapi, jiran kita itu tidak mahu memulangkan semula pinggan itu kepada tuan empunya pinggan. Apa pendapat engkau tentang jiran kita ini??

“Mereka tidak berhak berbuat demikian”, jawab Abu Talhah. Lalu Ummu Sulaim berkata lagi : “ Allah telah meminjamkan kepada kita anak, kemudian DIA meminta kembali anak itu, wahai suamiku.”

Terdiam Abu Talhah, lalu dia pergi berjumpa dengan Rasulullah SAW dan menceritakan apa yang berlaku antara dia dan isterinya. Bersabda Rasulullah SAW: “ semoga Allah memberkati kamu berdua dalam perbuatan kamu malam tadi.”

Doa Rasulullah itu dimakbulkan. Dan dengan kematian anaknya itu, ALLAH gantikan dengan kurniaan yang makin bertambah. Sejak malam itu, Ummu Sulaim mengandung dan melahirkan anak lelaki yang diberi nama Abdullah yang kelaknya menjadi ayah dari seorang anak lelaki pula yang diberi nama Ishaq iaitu seorang tabi’in besar dan alim dalam ilmu hukum-hukum Islam, dan anak lelakinya yang lain kesemuanya berjumlah Sembilan orang. Kesemuanya adalah orang yang berilmu dan penghafal Al-Quran.

***********************************##***************************************

Demikianlah sebuah kisah wanita solehah yang hati dan cintanya hanya untuk ALLAH.. yang mahar perkahwinannya Kalimah Tauhid..subhanallah.. indahnya perhiasan dunia wanita solehah.. mampukah aku menjadi sehebat ini..(“,)

Ya Allah..jadikan aku serikandi solehah..penyejuk dimata, penawar dihati..yang mampu mengetuk pintu kelalaian insani.

Perkongsian :- Jundatullah


Bersama kita mendokong gagasan Helwani Gamis tentang SIGMA (Srikandi Gerakan Muslimat Muda) Power, Power,Power!!! Takbir..ALLAHU AKBAR!!

Akhir bulan Jun nanti, saya akan meneruskan pengajian di UmKL..dan pastinya cabaran perjuangan di sana berbeza dengan cabaran di bumi Nilam..saya perlu bina kekuatan supaya tidak kalah pada persekitaran..kerana di sana medan realiti perjuangan mahasiswa.

Saya ada berbincang dengan beberapa orang teman seperjuangan tentang gerakan muslimat melihatkan kepada kondisi keperluan semasa, perlunya muslimat ke depan mendepani cabaran dan menyuarakan buah fikiran dengan lebih matang serta mampu melontarkan hujah-hujah dalam menghadapi gerakan Feminisme Radikal yang menconteng fitnah kepada Muslimah Islam..

Ya, muslimat perlu berani dan perlu move!! Dari mana nak mula?? Dari dalam diri kita dulu..bina kubu diri kuat-kuat, hasilkan momentum perjuangan...kemudian sama-sama kita sebarkan pada anak-anak panah serikandi yang lain..moga bisa menjadi anak panah srikandi yang hebat!
Tapi, awas! Jangan hanya pandai mengatur bicara dan bermain bait kata.. buktikan dengan pelaksanaan!

Langkah pertama :-
Kenal pasti masalah muslimat gerakan dan analisis ape masalah utama muslimat.

-Macam biasa : malu, segan, kurang yakin, terlalu memikirkan halangan dan masalah, emosi dan sebagainya..

Langkah kedua:-
Cara atasi masalah, pembangunan insan merangkumi SQ(Spritual Quation), IQ(intellectual Quation), EQ( emotional Quation). .dan perubahan sikap.
-Pastikan masalah diberi penawar yang sesuai.
-Pembangunan spiritual (rohani) amat2 perlu dititikberatkan..dari jiwa yang kuat akan menghasilkan srikandi-srikandi yang hebat..

Firman ALLAH S.W,T, mafhumnya:-
“ Katakanlah: “ Sesungguhnya aku diperintahkan agar menyembah ALLAH dengan penuh ketaatan kepada-NYA dalam menjalankan agama. Dan aku diperintahkan agar menjadi orang yang pertama-pertama berserah diri..(Az-Zumar :11)

-Selain itu..Kita sedia maklum, muslimat seringkali dikaitkan dengan masalah kurang berjaya mengawal emosi, jadi aspek pembangunan pengurusan emosi perlu ditekankan supaya ianya tidak menjadi batu penghalang untuk muslimat lebih maju ke hadapan. Ramai muslimat yang mudah kecundang disebabkan gagal menguruskan emosi dengan cara yang terbaik. Jadi, selaku anak panah srikandi gerakan..cuba fikir cara yang terbaik untuk kita mengurus emosi. Dan, jangan biarkan muslimin mudah menunding jari mengatakan muslimat ni emosi. Buktikan kita srikandi yang matang!

-Kenapa muslimat selalu tolak-menolak bila disuruh bercakap kat depan??(“,)… bila diselidiki, pertamanya, perasaan malu yang terlampau membaluti jasad..he2..dan yang menjadi sebab paling penting adalah kurangnya ILMU, jadi tak tahu nak cakap ape..dan satu lagi yang menjadi penyakit adalah krisis keyakinan.. krisis inilah yang menjadi penyakit warisan muslimat..
Jadi, Intelectual Quation perlu dibangunkan.. muslimat perlu topup ilmu, banyakkan membaca dan mengkaji.. ini juga amaran penting bagi diri saya! Kita kena kuasai ilmu, jadi manusia yang gilakan ilmu..kuasai dan juarai isu-isu semasa..jangan kita jadi katak didalam gelas kaca, nampak apa yang berlaku, tetapi tak pandai dan tak reti nak respon ape..he3.

Wahai diriku yang sangat dhoif dan sahabat-sahabat muslimat..timbalah ilmu banyak-banyak!!
-Lakukan anjakan paradigm pada sikap kita yang negative menjadi positif.. ubah dari malas kepada rajin, pengecut kepada berani dan lain-lain..
-Penampilan (imej) :- yang ni merupakan salah satu aspek yang perlu dibangunkan..imej amat penting bagi seorang muslimat, apatah lagi bagi kita anak panah srikandi gerakan. Setiap mata yang tertumpu pada kita bukan setakat memandang, tetapi membuat penilaian. So, jaga imej.

Langkah ketiga :-
Aturkan muslimat di posisi yang boleh mereka bergerak dan boleh menguntungkan diri mereka dan memberi manfaat pada apa yang mereka dokong. Jangan memaksa diri anda andaikata anda memang tak boleh. Tapi, takkan selamanya kita ingin membiarkan diri kita di takuk lama dan tidak ingin mencabar diri melakukan luar dari kebiasaan diri kita kan?? (“,)


Tapi, berhati-hati..jangan tamak..buat sekadar mampu…
- Yang boleh bercakap tu, teruskan improve lagi mahir bercakap supaya boleh memikat telinga yang mendengar setiap ungkapan dakwah anda.

-Yang puitis dan bijak berkarya..jadikan penulisan sebagai medium terbaik buat kalian menyebarluaskan fahaman.. pastikan hujung pena anda sampai kehujung hati mad’u.

-Dan banyak lagilah lapangan yang perlu muslimat penuhi..dan ingatlah, yang tak boleh berkata-kata..tak semestinya anda bisu, malahan anda mungkin jauh lebih hebat merancang, merencana dan melaksana daripada mereka yang pandai berkata-kata.

Ape-ape pun, nak jadi hebat, bukan dalam masa sehari..tapi memerlukan jangka masa yang terisi dengan perancangan dan pembinaan yan teliti. Mulakanlah dengan diri kita, setiap saat bagi pejuang ISLAM..sangat2 berharga!

Namun ingatlah, saya ingin pagarkan diri saya sendiri serta anak-anak panah srikandi gerakan yang lain.. kita nak jadi hebat adalah untuk Islam.. bukan kerana kepentingan individu.. dan hebatnya kita bertitik tolak daripada hebatnya hubungan dan penggantungan kita pada ALLAH.. tiada yang Maha Hebat melainkan DIA..tiada Yang Maha Berkuasa Menentukan melainkan DIA..

Rancang dan laksanakanlah… moga akan terhasil ANAK PANAH SRIKANDI GERAKAN ISLAM yang POWER,POWER,POWER!!!

Teringat saya akan kata-kata nasihat berunsur cabaran dari seorang ustaz, katanya “kita perlu menghasilkan muslimat yang boleh berhujah dan berdebat dengan sister in Islam siapa la agaknya??” Wahai diriku, mampukah dikau??? Jawapannya, mampu jika engkau mahu!!

Termenung jugak saya dibuatnya memikirkan kata-kata itu..

Ape yang saya tulis ni adalah amaran buat diri saya, sudah semestinya saya yang perlu menghasilkan momentum SIGMA dari dalam diri saya dahulul !! Doakan saya ye..

:: Srikandi muda : jundatullah

Saat ini, aku amat rindu pada Bumi Nilam Puri..aku teramat rindu pada sahabat-sahabat yang setiap saat ada didepan mataku suatu tika dahulu..aku rindu gelak tawa kalian..usikan dan gurauan yang sering menghiburkan hatiku..aku rindu kata-kata tasyji’ dan tazkirah yang sering bermain di bibir kalian saban waktu..

Ya Allah..pedihnya..menanggung rindu pada mereka yang tiada disisi lagi..fatrah cuti ini betul-betul menguji rinduku pada kalian.. apatah lagi bila aku terdengar lagu kenangan kita bersama.. “Maafkan Teman” dendangan Far East. Aku terkenang saat kita semua menangis bila mendengar lagu ini sewaktu liqa’ muslimat di musolla Aisyah suatu ketika dahulu.. apatah lagi bila aku membuka laptop melihat gambar-gambar kenangan mengimbau memori terindah kita sewaktu di Nilam Puri….emm.. ni baru sehari dua kita berpisah, tu pun kita akan jumpa balik kat UMKL, macam mane la agaknya..bila kita dah grade nanti..kita semua akan berpisah membawa haluan masing-masing serta membawa misi Islam untuk kesejahteraan ummat..

Sahabat-sahabat yang ku sayangi ..

Umi Za dan Mas yang selalu menemani..bangun tidur hinggalah nak tidur…muka dua orang nilah yang selalu ada depan mata, Kak Syima yg suka makan pedas , Kak Husbah yang selalu migrain dan suka mengusik, Teh(farhah) yg suka bercerita, Adawiyah yang kdg2 kalut(“,) dan sentiasa bersamaku, Erny yang sempoi, Munirah yg cool , Farhana yg sangat suka ambil berat & prihatin, Asma & Lily yang macam kids, Ngah yang rajin cari duit, Azlina yang ceria bersama Ruqayyah dan Maryam yang setia, Fannas & Jannah yang kreatif, Kak Dila yang garang, Kak Normah dan Kak Awanis yang selalu balik rumah tiap kali hujung minggu, Wani dan Kak Fadilah yang baik, Dib & Im yang tak pernah berpisah, Kak Hasmidar yang ceria, Kak Nija yang pernah sembunyi-sembunyi membasuh pakaianku satu baldi waktu dia melihat aku tertidur kepenatan, Kak Taah yang sukakan bunga rose, Kak Dila yang pandai multimedia , Husna yang sentiasa dibibirnya ucapan ‘InsyaAllah’, juga Latipah yang pendiam, dan Kak Dayang yang boleh kugelarkan dia ‘Laptop bergerak’(“,)....serta sahabat2 yang lain yang tidak ku sebut di sini..”

Hakikatnya kalian semua adalah insan-insan yang hebat, yang ruh dan jasadnya penuh dengan semarak perjuangan..yang kental hatinya.. yang berikrar untuk hidup dan mati semata kerana ALLAH..

Kalianlah yang menjadi warna-warni dalam lembaran kehidupanku..

Nanti, kita akan terpisah ikut jurusan masing-masing..kalau dulu kat APIUM dan AMK..berbisik pun dengar..nanti, pandai2lah jaga diri, jaga hubungan kita dengan Allah kerana Allah sahajalah penguat kita..dan, jangan lupa doa kerana doa yang mengikat hati-hati kita..

Sahabat-sahabatku..nama kalian tidak pernah luput dari dalam doaku.. walau kini kalian tiada didepan mata, kalian tetap bertakhta dihati ini..dan aku tidak pernah lupa mendoakan kejayaan dan kebahagiaan kalian.. aku yakin kasih sayang yang kita sulamkan pada ikatan ukhuwwah kerana Allah ini akan mampu memberatkan timbangan mizan kita di akhirat nanti.. kerana kita bertemu dan berpisah adalah semata kerana ALLAH..dan jalan perjuangan ini menjadi saksi utuh terjalinnya ikatan ukhuwwah antara kita..

Sunnah kehidupan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan… jangan mengharapkan sebuah pertemuan andai tidak mahu menghadapi sebuah perpisahan. Jangan salahkan sebuah perpisahan kerana ianya adalah ujian dari Allah untuk menguji seutuh mana ukhuwwah yang diikrar atas nama-NYA..

Wahai angin, sampaikan salam rinduku pada teman-temanku..katakan pada mereka bahawa mereka terlalu istimewa dalam hidupku..

Juga tak lupa pada sahabat soff mujahid-mujahid, yang bersama di jalan perjuangan ini..kalianlah mujahid-mujahid harapan ummah..

Ya ALLAH..terima kasih kerana mengurniakan aku nikmat persahabatan ini..

Lagu ini untuk kalian yang amat ku sayangi :-

~Maafkan Teman~

Hembusan bayu yang bertiup ..

bersama deruan ombak yang memukul pantai,

hatiku sayu…

bila mengenangkan perpisahan yang tiada diundang..

bertahun kita melangkah bersama,

seia cita- cita buat bekalan kesana..

harapan ayahbonda..

janji pada agama..

kita kan terus mara..

walaupun badai yang datang melanda..

kita hanya mampu berusaha..

hanya ALLAH menentukannya..

segalanya adalah miliknya..

dalam berusaha..kita diuji

kekang dan tohmah..kita dicaci..

diturutkan rasa hati..

ingin dilepaskan beban ini..

mujur ada teman pembantu..

sokonganmu buat inspirasi..

berpeganglah pada janji kita yang dibina..

semoga bersama.. kita kan dirahmati.. oh teman

*Antara salah satu golongan daripada tujuh golongan yang akan mendapat naungan Arasy ALLAH di hari yang tiada Naungan melainkan Naungan-NYA adalah “ dua orang saudara yang saling kasih mengasihi kerana ALLAH, mereka bertemu kerana ALLAH dan mereka berpisah kerana ALLAH”

Bisikan Rindu :- Jundatullah


1/julai/2oo7..hari pertama aku melangkah ke Akademi Pengajian Islam Nilam Puri..bumi bertuah yang banyak mengajar diri ini erti kehidupan. Bermula minggu haluan siswa..semester satu hinggalah semester empat..dan kini, aku telah melangkah keluar untuk meneruskan kembaraku ke Rimba Ilmu di UMKL..


Lembah Tarbawi :-
Masuk saje ke ApiumNP ni, perkataan yang sinonim dengannya ialah Bumi Tarbiyah dan juga ‘biah solehah’. Awal-awal dulu, aku pun pelik dengan senior2..kenapa mereka selalu cakap yang Nilam Puri ni bumi tarbiyah..tetapi, lama-kelamaan..setelah melalui proses pentarbiyahan.., barulah aku mengerti dan merasai bahawa benarlah Nilam Puri ini Bumi Tarbiyah…daripada dulunya menjadi mutarobbi dan kini, aku pula yang menjadi orang yang mentarbiyah dan menjadi orang yang memastikan kelancaran agenda dakwah dan tarbiyah di kampus Nilam serta merasai perit jerih yang pernah senior-seniorku lalui.

Bumi Nilam ini nilaiannya tinggi bagiku..yang mana banyak mentarbiyah diri aku menjadi insan berjiwa hamba dan insan yang mengenal apa erti perjuangan dan bernilainya sebuah kehidupan yang didasari ketaqwaan pada ALLAH.. yang mengajar aku hidup semata-mata untuk ALLAH dan ISLAM..


Pendidik-pendidik yang banyak berjasa :-
Terima Kasih buat pensyarah2 yang tak pernah kenal erti penat lelah dalam mencurahkan ilmu.. Prof Madya Ust Syukeri, Dr.Muhiden, Dr.Syed, Ust Hazrul, Ust Zamri, Ustzh Fatimah, Ust Ibrahim, Ustzh Serifah, Ustzh Wan Rohani dan lain-lain..kalian adalah yang terbaik..kalianlah sumber inspirasiku dalam menuntut ilmu.

Sof kepimpinan mujahid dan mujahidah MPP & JTK 08/09 :-


Antum dan antunna memang insan-insan yang hebat. Terima kasih atas komitmen yang baik selama melaksanakan amanah kepimpinan. Teruskan melangkah, jangan pernah gentar kerana ALLAH bersama kita. Simpanlah segala pengalaman yang kita lalui itu sebagai pedoman dan panduan dalam mencatur langkah dimedan perjuangan yang bakal kita tempuh dibumi KL nanti. Allahu Ghayatuna, Ar-Rasul Qudwatuna, Al-Quran Dusturuna, Al-Jihadu Sabiluna, Al-Mautu Fi Sabilillah Asma Amanina..

Sahabat-sahabat brainstormer:-
Ust Safwan, Ust Syahid, Ust Naufal, Ust Hawari, Ust Rusydan, Ust Amirudin, Ukht Zalekho, Ukht Masturah, Ukht Hasimah, Ukht Husbah dan Ukht Farhah.. Nahnu Hawariyun. Pasakkan suatu keyakinan untuk masa depan Islam..teruskan menjadi pemikir Islam..gempur tanpa gentar!!

Adik-adik soff kepimpinan MPP JTK 09/10 :-
Adik-adikku..kalianlah permata berharga yang kami tinggalkan untuk meneruskan agenda dakwah dan tarbiyah di bumi Nilam. Coraklah zaman antum/antunna sendiri.. Binalah Biah Ilmu yang kalian idam-idamkan. Segala kelompangan yang kalian lihat , tampunglah. Kita semua manusia biasa, tak pernah lari daripada melakukan kesilapan. Buat yang terbaik, nilaian utama adalah nilaian ALLAH S.W.T..

Adikku sayang, Siti Faridah bt Ahmad (Timbalan YDP MPP 09/10) :-
Adikku Faridah, aku sentiasa mendoakan dirimu dari jauh. Aku pernah berada ditempatmu.. memegang taklifan tertinggi yang pastinya banyak menguji kesabaran dan ketabahan. Bersedia untuk menelan segala kepahitan. Anggaplah setiap ujian yang datang itu sebagai tanda kasih sayangNYA..jaga hak ALLAH..ALLAH akan jaga hak kita..hanya kita yang pernah berada ditempat ini akan merasai pahit dan manisnya melalui jalan ini..walau dicaci dihina, sambutlah dengan iman.

Adik-adik usrahku :-
Najiha, Siti Khairani, Hasyimah, Saadah, Nadia, Fatimah, Aminah, Arina, Latifah dan Illy,..yang jiwanya sangat tulus..aku bangga dengan semangat antunna dalam mencari ilmu..antunna adalah insan-insan yang sangat mencintai ilmu..setiap kali usrah, pasti banyak persoalan yang kalian akan ajukan..teruskan usaha antunna untuk menimba ilmu..kalianlah penawar dakwahku..tempatku mencurah dakwah dan tarbiyah..

Juga buat adik-adik usrah Borneo.. Nina, Ziela, Ches, Acha, antunna memang bagus, lebih-lebih lagi bila pertandingan debat antara kumpulan usrah borneo malam tu,walaupun tak menang(“,).. maafkan aku kerana tak selalu bersama kalian..selamat tinggal..

Banyak sebenarnya yang ingin aku coretkan..tetapi aku tak mampu…sebak didada telampau mencengkam.. tak mampu aku teruskan coretan ini..biarlah ku simpan segala kenangan indah itu dihati yang kini mulai merasa teramat rindu pada Nilam Puri.
Terima kasih Ya ALLAH..kerana membenarkan aku merasai indahnya berada di bumi Nilam Puri..akan ku himpun segala kenangan pahit manis untuk mengubat kerinduanku pada bumi Nilam..

Tika kaki ini melangkah keluar..teramat sebak terasa didada..airmata yang mengalir seakan tak dapat ku tahan..Ya ALLAH..kuatkan aku menghadapi perpisahan ini..jadikan aku insan yang redha dengan perpisahan ini.. aku tatap puas-puas setiap inci bangunan yang tidak mampu bersuara itu..aku amat sayangkan Lembah Tarbawi ini. bumi Nilam tetap akan berdiri disitu, melihat satu persatu insan yang hadir dan pergi..dan aku, pernah menjadi insan yang hadir dan kini menjadi insan yang meninggalkanmu..

~Terima kasih Lembah Tarbawi, Nilam Puri..
~Terima kasih ya ALLAH..

:: jundatullah::
26_mei_o9

WELCOME TO THIS SITE!