Menumpang ??? (",)... apa yang kalian faham tentang menumpang? apakah menumpang tempat tinggal? atau menumpang teduh ?

Satu hari, kak Husbah mengajukan kepada ana satu soalan.. "umi, tau tak apa ertinya menumpang ?? Ana agak pelik dengan pertanyaannya, kenapa tiba-tiba menyebut ttg menumpang...dalam fikiran ana time tu, siapa yang menumpang? dan apa benda pulak yang ditumpang..
petangnya pulak umi za menanyakan soalan yang sama..


Ana bertuah kerana memiliki sahabat seperjuangan yang sangat baik seperti umi za, k.husbah, k.syima, masturah, farhah, adawiyah, k.dayang, farhana, lily, asma', munirah, lin, ruqayyah dan ramai lagi, kalau nak sebut semua, banyak perenggan la jadinya (",)...

mereka punyai perwatakan yang berbeza yang mana sering menjadi pengubat tatkala diri ini bersedih dan peneman setia saat terasa penat dalam melaksanakan amanah kepimpinan..


Dalam dua tiga hari tu ana mencari jawapan erti menumpang yang dimaksudkan oleh sahabat baik ana itu.. Hati ana sebak bila teringat kata-kata Lily & Asma' semasa kami di musolla setelah selesai berhalaqoh tazkirah asar. Kata mereka berdua " umi, nanti bila kat UmKl jangan tinggalkan kami..kami masih ingin bersama-sama umi di jalan dakwah dan tarbiyah ni.." waktu tu hati kecil ana menangis..makin bertambah sayang ana pada mereka..

Masturah dan umi za pun berkata benda yang sama pada ana...Allah je tahu hati ini macam mane..


Satu hari tu, dalam jam 10.00 pagi, ana bersama umi za sedang menyiapkan assignment nahu.. dalam sibuk menyiapkan assignment tu, kami berborak-borak..dan terkeluarlah cerita tentang persahabatan kami semua..mengimbau kenangan bersama..susah perit di jalan perjuangan ini bersama..dan apa yang membuatkan airmata ana hampir menitis bila umi za berkata :
" Ana tak punyai ape2 kelebihan pun, ana rasa..hadirnya ana tidak mampu memberi kesan..ana hanya menumpang..ana menumpang kelebihan yang ada pada sahabat-sahabat..ana menumpang kasih sayang sahabat2 dalam perjuangan ni."

Ana sebak..tetapi ana cukup mengerti..inilah erti sebenar menumpang yang mereka maksudkan..

Benar mereka mengatakan tentang menumpang... tetapi, bagi ana.. kami semua saling menumpang..menumpang kelebihan antara satu sama lain untuk kami maniskan jalan yang pahit ini..kami saling menumpang rasa kasih dan sayang yang akhirnya membuahkan buah ukhuwwah yang kami sulam dengan benang keikhlasan yang jarumnya adalah Aqidah..

Umi za, Mas, Kak Husbah dan sahabat-sahabat yang amat ana sayangi.. kita semua saling menumpang.. jangan rasa sendirian..kita semua diikat hati dengan satu perjuangan..walau nanti kita mungkin akan berpisah. ingat! kita semua saling menumpang..kita semua saling melengkapi..demi memartabatkan Islam..kalian semua amat istimewa di hati ana..

Andai kata ditakdirkan kita semua berpisah..ana redho..biarlah kita berpisah mencari pusat menyebarkan dakwah dan menyuburkan tarbiyah kerana ana yakin bahawa hati, fikrah dan amal kita telah lama menyatu.

Ana tak harapkan pertemuan abadi kita bersama di dunia..tetapi yang menjadi harapan di sudut hati ini moga kita semua dapat bertemu di pertemuan abadi di SYURGA.. kita berhalaqoh usrah disana.. yang mana Naqibnya Rasulullah dan naqibatnya Siti Khadijah, Siti Aisyah..


Biar kita saling menumpang kasih dan sayang hingga ke syurga...

Sahabat-sahabatku...aku mengasihi kalian kerana ALLAH..

Luahan rasa..

:: jundatullah ::
3.48 pagi

26/02/09
khamis


Salam sahabat-sahabat..ana ada terbaca satu cerita pendek bertajuk usrah, meeting, program dan...??? sama-sama kita baca dan ambik input yang positif dalam cerpen di bawah ni ye (",)

****************************************************

Tariq melabuhkan badannya ke tilam murah di rumah sewa setelah penat membawa usrah sebentar tadi. Dia menyiapkan beberapa tugasan untuk dihantar pada pensyarah pagi esok. Selesai saja tugasan, Tariq terpaku seketika dek terkenangkan ahli-ahli usrah yang dibawanya... Adakala rasa seronok berkongsi pandangan dengan mereka. Tapi... "Ahh... Malas la nak fikir, tidur lagi bagus", detik hatinya. Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi.

Sebelum Subuh lagi Tariq bangun untuk bersiap-siap ke surau. Dengan mata yang bengkak kerana tak cukup tidur, dia jalan terhuyung-hayang menuju ke surau berdekatan setelah mengambil wudhuk di rumah. Selesai solat berjamaah, ia berzikir sambil 'menunduk-nudukkan kepala' tanda sangat 'khusyuk' dalam zikirnya. "Alahai.. mengantuknya. Balik rumah je la. Boleh landing kejap sebelum ke kuliah.."

"Tariq...! Awak mengantuk lagi, pergi basuh muka", tegur pensyarahnya, Dr. Syarah. Mata Tariq cerah semula. Ramai pelajar tersenyum sinis memandangnya. "Alamak... kantoi lagi aku dengan Dr. Syarah", getus hatinya. Tariq membuat muka selamba seolah tiada apa-apa yang berlaku. Pensyarah itu meneruskan syarahnya walaupun mata Tariq masih lagi 'bergelombang' sayup-sayup layu mata memandang.

Sedang mendengar kuliah dengan mata kemerah-merahan, handphone Tariq vibrate menandakan ada call atau sms dari seseorang. "Salam. Jangan lupa 8.15 malam ni diadakan meeting di aras jamaah, fakulti program." Begitulah pesanan sms yang tertulis dari kawan seusrahnya, Mutarriq. "Meeting lagi", keluh hatinya. "Malam tadi dah usrah, malam ni meeting pulak", tambah hatinya. Selesai hantar tugasan dan kuliah 'tidur' jam 10.30 pagi, Tariq meluru ke motornya sambil membelek buku kecilnya jika ada perkara-perkara yang perlu dilakukan.

"Ishh... Yang ni tak buat lagi, yang ni pun tak buat lagi. Hari ni dah Khamis, program hari Sabtu. Apa aku nak jawab dengan Mutarriq malam nanti?" tanya hatinya. Mahu tak mahu Tariq pulang ke rumahnya. Ia membuka komputer sambil menaip-naip sesuatu sambil memicit kepalanya. "Ok. Kuliah lambat lagi. Pukul 2.00 petang. Boleh aku siapkan kerja aku ni", cetus hatinya sambil melihat jam tangannya yang menunjukkan pukul 11.00 pagi.

Setelah dua jam berhempas pulas, akhirnya kerja yang berkaitan dengan program Sabtu terdekat selesai. "Alhamdulillah..." syukur Tariq padaNya kerana memudahkan urusannya. Tariq cukup yakin akan pertolongan Allah bagi orang yang menolong agamaNya. Selesai solat Zohor, Tariq bergegas ke fakulti untuk kuliah. Dengan macho ia masuk ke kelas. Belum sempat Tariq duduk dan bertegur sapa dengan kawannya, pensyarah berkata, "Ok kelas, kita ada kuiz sekarang. Sila tutup buku dan nota". Hilanglah macho Tariq apabila mendengar perkataan keramat itu. Mulutnya ternganga kelu tanpa kata. "Habis la aku kali ni... Satu apa pun aku tak baca", kata hatinya.

Timbullah suara-suara jahat Azazil: "Itulah kau. Sibuk usrah, meeting, program memanjang sampai belajar entah ke mana. Kalau kau belajar saja kan bagus. Mesti kau boleh score punya. Usrah, meeting, program ni lepas belajar pun boleh buat. Malam esok kamu pulak ada usrah di rumah Pak Cik Murabbi. Bila pulak kamu nak study? Haa.. Jawab, jawab...!". Tariq tak jawab apa-apa oleh kerana kagetnya sambil mulut ternganga. Lebih jahat lagi Azazil menghasut: "Kamu nak mintak tolong siapa sekarang. Pak Cik Murabbi tak dapat tolong kamu. Jamaah pun tak dapat tolong kamu. Allah tak tolong kamu. Fail nanti kamu jugak yang susah." Walaupun sedang dilema, Tariq meneruskan kuiznya sekadar yang termampu.

"Tariq mesti istiqamah dalam perjuangan...", kata Pak cik Murabbi setelah Tariq mengadu masalahnya. "Belajar tu wajib. Kamu mesti bersedia sepanjang masa", tambahnya lagi. "Tapi Pak Cik, macam mana? Setiap hari ada saja kerja yang perlu dibuat sampai tak sempat nak study", kata Tariq. "Masing-masing diberikan masa secukupnya, cuma kita yang tak pandai menggunakannya", jawab Pak Cik Murabbi. "Banyak lagi masa yang kita ada. Cuba kamu kira, berapa lama berbual-bual dengan kawan? Berapa lama melayari internet? Berapa lama menonton televisyen? Berapa lama bermain games? Berapa lama makan di gerai?" tambahnya.

"Semua itu pencuri masa kita. Kurangkan masa-masa tersebut dan Tariq pasti ada masa untuk study", tegasnya. Lantas Pak Cik berpesan kepada Tariq sebelum pulang dari usrah: "Jangan salahkan perkara atau orang lain jika salah itu datang daripada diri kita sendiri. Salah kita kerana tidak pandai menguruskan masa. Orang lain pun lebih sibuk daripada awak dan ia juga berjaya dalam pelajarannya. Ia juga diberi 24 jam sehari seperti awak." Amat tepat sekali jawapan Pak Cik Murabbi kepada Tariq dan menimbulkan kembali semangat juangnya untuk Islam dan tidak melupakan masa untuk belajar.

Namun, Tariq bertanya: "Siapa orang lain yang berjaya tu Pak Cik?". Dengan selamba Pak Cik Murabbi menjawab: "Pak Cik la orang lain tu. Nak bagitau nama orang lain Pak Cik tak tau...", sambil senyum meleret pada Tariq sambil ternampak gigi. "Terima kasih atas nasihat Pak Cik", kata Tariq sambil tersenyum. Tariq pulang bersama mutiara berharga dari Pak Cik Murabbi yang juga cemerlang dalam usrah, meeting, program dan... Akademik semasa belajar dahulu.

"Masa itu ibarat pedang. Jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita."
(Pepatah Arab)

26/Februari/2009
Khamis





Setiap organisasi mahupun persatuan punyai strategi dan perancangan, apatah lagi bagi penggerak kepada gerak kerja Islam yang mana memfokuskan kepada agenda dakwah tarbiah. Daripada mula sampai akhirnya..kita semestinya sudah membayangkan bagaimana caturan pergerakan kita..bagaimana akan terlaksananya segala gerak kerja kan?? Bilamana sudah mula bergerak, ada diantara strategi dan perancangan kita berjaya..dan ada jugak yang kurang berjaya.. tetapi tak semua kurang berjaya..

Kita berjalan dan terus berjalan..kita bergerak dan terus bergerak..kita melaksana dan terus melaksana..dan tanpa kita sedari sebenarnya kita sudah berada hampir-hampir di penghujung..segala strategi dan perancangan hampir semua telah dilaksanakan, hanya tinggal beberapa kerat je lagi.. AKAN TETAPI,,, datanglah masalah yang bagi kita amat besar, datanglah masalah yang hampir membuatkan kita buntu untuk meneruskan agenda dalam gerak kerja kita..sehinggakan ada segelintir jiwa-jiwa yang tersasar dan hilang fokus utama oleh kerana sibuk memikirkan masalah yang timbul. Di sini kita silap besar, bilamana kita hilang fokus utama, bilamana kita tersasar daripada objektif gerakan yang ingin kita capai..

Sahabat-sahabat..satu analogi yang cukup mudah, kita berjalan dan bermusafir untuk ke sebuah desa yang akan mengadakan perlawanan jaguh kampung yang terbaik yang dapat memanjat pokok-pokok kelapa yang kesemuanya teramat tinggi, kampung tu agak jauh dan kita memerlukan masa 2 hari untuk sampai ke kampung tu..dan kalau sampai, kita akan sampai pada hari pertandingan..kita persiap siagakan segala bekalan sepanjang perjalanan, jalan mana yang kita nak guna,jalan mana paling pantas, jalan mana yang perlu kita redahi, kita dah maklum tentang semua tu..kita pun mula berjalan,,,dalam perjalanan kita tu, kita terpaksa melalui padang yang mana penuh dengan pohon semalu dan kemuncup..kaki kita sakit, dan kemuncup begitu banyak melekat pada pakaian kita, amat menyerabutkan….

->Andai kata kita berhenti untuk mencabut semua kemuncup dan membuang semua duri semalu tu sehinggakan kita selesa..kita pasti ketinggalan untuk menyertai pertandingan jaguh kampung terbaik tu sebab kita sibuk nak membuang kemuncup. Dan kita bukan sahaja ketinggalan, bahkan menghampakan harapan semua orang kampung yang berharap pada kita..

->Andai kata kita terus berjalan dengan mengenepikan pohon semalu dan kemuncup yang hanya Cuma ada di sekitar kawasan padang itu..kita akan dapat meneruskan perjalanan ke kampung dan boleh menyertai pertandingan jaguh kampung terbaik memanjat pokok kelapa yang tinggi. Kita bukan sahaja dapat menyertai pertandingan, malahan kalau kita menang..kita dapat menggembitakan hati semua orang kampung kan??

Kesimpulannya, hakikat jalan dakwah..tak pernah sunyi dari cabaran..apa yang ingin ana utarakan disini..kita sebagai rijaluddakwah mahupun daie dan juga golongan yang mentarbiyah, kita sememangnya sudah punyai matlamat dan fokus, kita punyai strategi..adalah lumrah bilamana datangnya cabaran yang menjadi batu penghalang..kita sudah hampir sampai pada matlamat akhir, akan tetapi.. datangnya cabaran menghinggap yang membuatkan fokus kita sedikit berganjak dan lari sedikit daripada perancangan sebenar dan banyak gerak kerja tertangguh dan terbantut..

Jadi.. bagi ana, kita pandanglah cabaran ataupun masalah itu sebagai kemuncup dan pohon semalu,,,jangan terlalu sibuk memikirkan macammana nak cabut kemuncup sehinggakan kita terlupa perancangan dan gerak kerja yang perlu kita selesaikan.. berfikir dan bertindak secara bijak dan matang..anggap setiap masalah dan cabaran itu sebagai satu peluang untuk kita jadi manusia yang lebih baik..


Yakin dengan pertolongan ALLAH..kerana apa yang kita pikul ni bukan Bid’ah, apa yang kita bawa ni bukan benda salah, tetapi apa yang kita bawa ni adalah amanah ALLAH..apa yang kita gerakkan adalah Dakwah dan Tarbiyah, apa yang kita bawa adalah ISLAM..

***Buat diriku dan sahabat-sahabat penggerak kepada agenda dakwah dan tarbiyah ummat….ingatlah kita mulia kerana ISLAM..

:: aku HambaMU,aku Pejuang AgamaMU ::



**Ingatkan diri..mati itu pasti dan kita semua akan merasai..
قال تعالى :
" وجاءت سكرة الموت بالحق ذلك ما كنت منه تحيد"
“ Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari daripadanya”
(surah Qaf, ayat 19)


**Ingatkan diri..bahawa kematian orang yang zalim itu amat menyakitkan..
قال تعالى :
ولو ترى اذالظلمون في غمرت الموت والملئكة باسطوا ايدهم أخرجوا أنفسكم اليوم تجزون عذاب الهون بما كنتم تقولون على الله غير الحق وكنتم عن ءايته تستكبرون
“Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim (berada) dalam tekanan-tekanan sakaratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya, (sambil berkata) : keluarkanlah nyawamu. Di hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang amat menghinakan, kerana kamu selalu mengatakan terhadap ALLAH (perkataan) yang tidak benar dan (kerana) kamu selalu menyombongkan diri dengan ayat-ayatNYA”
(Surah al-An’-aam ayat 93)


**Ingatkan diri…amal kan dihitung dan segalanya akan menjadi saksi..
قال تعالى :
"اليوم نختم على أفواههم وتكلمنا ايديهم وتشهد ارجلهم بما كانوا يكسبون"
“Pada hari ini (hari dihiutng segala amal) Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan member saksilah kaki terhadap apa yang dahulu mereka lakukan” (Surah Yaasin, ayat 65)


ingatlah diri..sesungguhnya kita pasti akan kembali padaNYA..kita akan dipersoalkan atas segala apa yang kita perbuat di muka bumi ALLAH ni..fikir-fikirkanlah.

:: jundatullah ::
14/februari/09
sabtu.


Siapa kita??.... Perdana Menteri ? Wakil Rakyat? Naib Canselor?? Pengetua Kolej? Pemandu teksi?? Tydp MPP?? Mak Cik kantin?? …dan siapa-siapa jelah makhluk yang bernyawa dan berakal..sedarlah kita Cuma HambaNYA..

Ana dipesan oleh seorang insan yang ana gelarkan dia Murobbi kerana pernah mentarbiyah diri ini..pesannya “orang yang hebat..dia tak rasa pun dia tu hebat walaupun dia ditaklifkan memegang amanah kepimpinan tertinggi, walaupun manusia memandangnya tinggi. Orang yang hebat ni sebenarnya jiwa dia penuh sifat hamba..jiwanya tunduk..dan jiwanya tiada rasa bangga kerana dia sedar dia cuma HAMBA..dan insan yang berpesan ni bagi ana memang seorang yang hebat.

Hamba yang dimaksudkan bukanlah hamba abdi, bukan jua hamba harta dan dunia..tetapi Hamba kepada pencipta. Orang yang berjiwa hamba akan selalu sedar dan sentiasa memagari dirinya. Sedari hakikatnya hanya sebagai hamba, dia takkan menjadi hamba yang hidupnya sia-sia..dan dia ingin menjadi hamba yang terbaik..hamba yang dapat meraih pandangan ALLAH.
Hakikat hamba ni, dia perlu merasai kesusahan dan kepayahan…iaitu kesusahan dan keperitan dalam bermujahadah menggapai CINTA dan REDHO-NYA..insan yang berjiwa hamba akan merasa gusar dan gelisah andai dirinya jauh dari pencipta..dia akan gelisah andai rasa diri terleka..mudah merasa berdosa dan mudah menginsafi..


Jiwa hamba akan membentuk diri menjadi manusia yang redho dan sentiasa bersyukur..dia juga sentiasa ingin mempersembahkan yang terbaik untuk segala apa yang dilakukan..
Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata:-
“Aku tidak sedikitpun berbangga aku dilantik sebagai Khalifah…tetapi aku amat berbangga menjadi Hamba ALLAH”

Ingin ana nukilkan pesanan khususnya buat diri yang dhoif ini dan sahabat –sahabat pimpinan…jangan kita pernah merasa bangga dengan kehebatan diri kita..jangan memandang rendah pada orang lain…lunakkan jiwa kita dengan JIWA HAMBA dan JIWA PEJUANG..kita diamanahkan oleh ALLAH amanah yang berat, yang akan dipersoalkan diakhirat kelak..kita tak layak untuk merasakan diri kita paling baik dan hebat kerana kita cuma HAMBA-NYA..lantaran kita sedar kita Cuma hamba-NYA, kita akan cuba lakukan dan laksanakan amanah ALLAH ini sebaik-baiknya..mudah-mudahan..percakapan kita adalah percakapan yang baik, pemikiran kita adalah pemikiran yang terbaik, perancangan kita adalah perancangan yang terbaik..dan mudah-mudahan kita jadi HAMBA yang HEBAT depan PENCIPTAnya..dan ana yakin sahabat-sahabat seperjuangan ana adalah insan-insan yang berjiwa hamba dan berjiwa pejuang..

Buat adik-adik yang ditarbiyah..didiklah jiwa kalian dengan jiwa hamba yang cintakan perjuangan..kalian harapan ana untuk meneruskan dakwah dan tarbiyah di kampus Nilam Puri..

Ya ALLAH penuhi piala hati ini dengan cahaya keimanan dan sifat kehambaan..sematkan di dada ini ruh sang pejuang yang kan tetap berdiri menegakkan ISLAM walau di tohmah caci dan hina.
Ya ALLAH..moga cakapku adalah zikir(peringatan) dan moga diamku adalah berfikir..

:: jundatullah ::
Kata orang apa yang kita tulis, itulah yang terlintas dihati..apa yang kita tulis itulah yang kita fikirkan. Menulis tidak sama dengan bercakap, kerana bercakap keluarnya suara dan kata-kata. Tetapi, menulis adalah kalam bisu yang tidak mempunyai suara, yang terlakar melalui mata pena dengan digerakkan tangan manusia. Menulis juga mampu membuktikan kita ni jenis manusia yang macam mana?? (“,)..dan dengan menulis juga kita mampu mengetahui idealis seseorang..

Ana kagum dengan mereka-mereka yang rajin menulis ni..maklumlah menulis memerlukan kekreatifan dalam pemikiran. William Shakespeare pun tersohor melalui penulisan sajaknya..tapi, itu orang puteh (“,) ..Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pun menulis…hingga beberapa buah buku diterbitkan..walaupun sibuk dengan taklifannya sebagai MB Kelantan..Saudara Lutfi Osman pun pernah masuk ISA disebabkan penulisannya yang berbisa.

Sahabat-sahabat pimpinan kampus ana pun ada yang suka menulis seper ti Ukhti Masturah dan Ukhti Zalekho. Mas memang selalu update dia punya blog, tapi ana..emm..kesibukan yang menghimpit membuatkan tak cukup masa untuk menulis dan update blog sendiri. Ana teringat tentang task daripada Ydp kami. Setiap seorang perlu menyiapkan satu artikel, dan artikel tu nanti akan dikumpulkan untuk diletakkan di masjid-masjid..dan untuk diedarkan melalui aktiviti Gegar Dakwah nanti. Mulalah kalut sahabat-sahabat yang tak minat menulis tu. Ukhti Khadijah dengan bangga memberitahu ana tajuk artikelnya adalah “KLCC bergoyang”..dan Ukhti Zalekho pulak “Rose VS Raflesia”..dan macam-macam lagi la tajuk yang menarik dan geli hati ana mendengarnya..rasa tak sabar pun ada nak baca diaorang punya penulisan (“,)..

Menulis adalah satu medan dakwah..menulis adalah salah satu medium saluran pemikiran Islam. Jadi, latihlah diri kita supaya minat dan pandai menulis. Kita boleh menegakkan kemakrufan dan mencegah kemungkaran bukan hanya dengan berceramah, berpidato dan berdebat…tapi, dengan menulis pun boleh. Biarlah kalam bisu kita itu bisa menyedarkan ummat manusia..biarlah tinta kita mampu menjadi tinta mujahid yang bisa mengetuk pintu kelalaian insan.
Sama-samalah kita menulis ye (“,)

jundatullah

WELCOME TO THIS SITE!